Anda di halaman 1dari 5

Leadership In Education (SGDU 5023)

Jurnal 1.

Kepimpinan Transformasi Pengetua dan Penggantian Kepimpinan Sebagai Penentu Komitmen Terhadap Organisasi dan Perlakuan Warga Organisasi Pendidikan.

Pengenalan. Tajuk artikel yang saya pilih ialah Kepimpinan Transformasi Pengetua dan Penggantian Kepimpinan Sebagai Penentu Komitmen Terhadap Organisasi dan Perlakuan Warga Organisasi Pendidikan. Artikel ini ditulis oleh Abdul Ghani Abdullah dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan diterbitkan pada tahun 2005.

Ringkasan Artikel. Dalam artikel ini, tujuan utama penulis membuat kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan penggantian kepimpinan ke atas perhubungan antara gaya kepimpinan transformasi dengan sikap dan prestasi guru. Apa yang pasti, kajian ini sebenarnya ingin melihat kesan utama gaya kepimpinan transformasi dengan kehadiran kesan penggantian kepimpinan ke atas variable kriterion. Selain itu, penulis juga ingin mengenal pasti kesan moderasi penggantian kepimpinan ke atas perhubungan antara gaya transformasi dengan variable kriterion. Untuk itu, penulis telah menggunakan data guru dan pengetua yang didapati dari 151 buah sekolah menengah harian biasa di sekitar negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sebagai tempat kajian dengan menggunapakai

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Leadership In Education (SGDU 5023)

kaedah disproportionate stratified random sampling. Kesemua data yang diperoleh ini kemudiannya diproses menggunakan unit analisis peringkat sekolah.

Berdasarkan dapatan hasil kajian yang dilaksanakan oleh penulis artikel ini, dapat dibuat beberapa kesimpulan. Dapatan pertama adalah merujuk kepada kesan agregat ke atas variabel kriterion. Berpandukan kepada data dan maklumat yang dianalisis, penulis telah membuktikan kepada kita bahawa gaya kepimpinan transformasi dan penggantian kepimpinan merupakan penentu terhadap prestasi dan sikap guru. Ini bermaksud, dapatan kajian tersebut menunjukkan betapa seseorang pengkaji itu akan hilang keupayaan menghujah terhadap sikap dan prestasi guru sekiranya tidak memasukkan faktor penggantian kepimpinan. Keputusan ini dengan secara langsungnya telah mencadangkan bahawa penggantian kepimpinan secara relatifnya adalah lebih kritikal dalam menentukan kesannya terhadap sikap dan prestasi seseorang guru itu.

Dapatan hasil kajian penulis ini seterusnya merujuk kepada kesan ke atas individu. Secara keseluruhannya, dapatan beliau telah menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan transformasi dan penggantian kepimpinan mempunyai satu atau lebih kesan secara individu ke atas variabel kriterion. Kesan perubahan utama ke atas variabel kriterion ini adalah seperti berikut : Kesan utama ke atas altruisme guru. Hanya satu gaya kepimpinan sahaja iaitu gaya kepimpinan ketrampilan peribadi dan ganjaran di luar kawalan pemimpin.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Leadership In Education (SGDU 5023)

Kesan utama ke atas pematuhan guru. Cuma empat gaya kepimpinan sahaja yang mempunyai kesan utama iaitu merangsang dan merealisasi wawasan, mempunyai ekspetasi dan keyakinan tinggi terhadap guru, ketrampilan peribadi dan merangsang intelek organisasi.

Kesan utama terhadap keperibadian tinggi. Dua gaya kepimpinan transformasi boleh digunapakai terhadap keperibadian tinggi iaitu ekspetasi dan keyakinan tinggi serta stimulasi intelek organisasi.

Kesan utama ke atas komitmen terhadap organisasi. Hanya satu daripada gaya kepimpinan transformasi yang mempunyai kesan ke atas komitmen terhadap organisasi iaitu ketrampilan peribadi.

Kesan utama ke atas keinginan untuk berpindah. Hanya satu gaya kepimpinan transformasi iaitu ketrampilan peribadi sahaja yang mempunyai kesan secara negatif terhadap keinginan untuk berpindah.

Dapatan seterusnya merujuk kepada kesan moderasi. Dapatan beliau telah menunjukkan kepada kita bahawa kesan moderasi penggantian kepimpinan paling banyak dipengaruhi oleh variabel komitmen terhadap organisasi, diikuti variabel altruisme dan keperibadian tinggi. Manakala, gaya kepimpinan transformasi yang paling banyak dipengaruhi oleh kesan moderasi ialah gaya kepimpinan keprihatinan individu, menjana permuafakatan dan ketrampilan peribadi. Akhir sekali, kajian juga mendapati ciri penggantian kepimpinan yang paling banyak menghasilkan kesan moderasi ialah jurang pemisah antara pemimpin dengan guru dan keperluan untuk bersendirian.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Leadership In Education (SGDU 5023)

Kesimpulan. Berdasarkan apa yang dibincangkan di atas, jelas kepada kita bahawa penggunaan gaya kepimpinan transformasi oleh seseorang pengetua

berkeupayaan meningkatkan prestasi guru (perlakuan warga organisasi) dan sikap guru ( komitmen guru). Justeru, sebagai seorang pengetua yang bijak dan berkebolehan, maka beliau mestilah mempunyai inisiatif untuk memajukan gaya kepimpinan beliau ketika menguruskan sesebuah organisasi sekolah. Daripada apa yang dikaji oleh penulis, ini dapat dilihat sebagai satu petanda iaitu kajian mengenai kepimpinan hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya untuk mengelakkan berlakunya berat sebelah. Selain itu, ia turut menunjukkan kepada kita penggantian kepimpinan sebenarnya meletakkan kepimpinan transformasi pengetua ke dalam perspektif yang tepat apabila memberi lokus pencapaian kepimpinan pengetua ke atas guru dalam bentuk yang lebih nyata dan realistik.

Apa yang pasti, sumbangan kepimpinan transformasi pengetua terhadap sikap dan prestasi guru tidak boleh dinafikan. Pengetua sebagai pemimpin transformasi berhak menggunakan moderator (faktor penggantian kepimpinan) bagi mengukuh dan menyederhanakan kepimpinan beliau dalam usaha meningkatkan sikap dan prestasi guru dengan menggunapakai ciri-ciri yang terdapat pada komuniti kepimpinan di persekitaran sekolahnya. Ini jelas kerana tanpa sokongan mantap komuniti kepimpinan persekitaran sekolah, seseorang pengetua itu akan menjadi kurang berkesan dan dibelenggu permasalahan, cabaran serta kebuntuan untuk menanamkan rasa percaya dan yakin para guru

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Leadership In Education (SGDU 5023)

terhadap beliau. Dan sebagai pengetua, beliau tidak boleh lagi terlalu bergantung kepada arahan dan kawalan semata-mata tetapi hendaklah mengagihkan kepimpinan beliau itu melalui kefahaman bersama. Pengetua yang bijak dan berperanan sebagai pemimpin transformasi di sekolah mestilah melayan moderator penggantian kepimpinan seperti enhancer, neutralizer dan substitute secara berbeza. Seterusnya, bijak memilih moderator yang mana sesuai untuk dimanipulasi secara dengan lebih kreatif dalam menguruskan sumber manusia.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai