Anda di halaman 1dari 5

Leadership In Education (SGDU 5023)

Jurnal 2.

Amalan Kepimpinan Transformasi Dan Kapasiti Di Dua Buah Sekolah Kluster Di Malaysia.

Pengenalan. Tajuk artikel atau jurnal kedua yang menjadi pilihan saya ialah Amalan Kepimpinan Transformasi Dan Kapasiti Di Dua Buah Sekolah Kluster Di Malaysia. Artikel ini telah dihasilkan secara bersama oleh Aziah Ismail, Abdul Ghani Kanesan Abdullah dan Abdullah Saad dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan diterbitkan pada tahun 2005.

Ringkasan Artikel. Berdasarkan hasil kajian, tujuan utama penulis membuat kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara amalan kepimpinan transformasi pengetua dan kapasiti kepimpinan guru di sekolah kluster. Secara dasarnya, para penulis jurnal ini ingin mengkaji berkenaan : perbezaan amalan kepemimpinan transformasi pengetua. perbezaan kepemimpinan guru. hubungan antara amalan kepemimpinan transformasi dengan kapasiti

kepemimpinan guru.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Leadership In Education (SGDU 5023)

dimensi kepemimpinan transformasi yang menjadi peramal signifikan bagi tahap kapasiti kepemimpinan guru.

Untuk melaksanakan hasil kajian mereka, penulis telah melakukan kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik bagi mengumpulkan hasil data kajian. Analisis unit kajian ini telah dijalankan di dua buah sekolah kluster di kawasan Utara Semenanjung Malaysia yang dicirikan sebagai Sekolah A dan Sekolah B. Kajian ini telah melibatkan seramai 93 orang guru sebagai responden utama.

Berdasarkan dapatan hasil kajian yang dilaksanakan oleh penulis artikel ini, dapat dibuat beberapa kesimpulan. Dapatan pertama adalah merujuk kepada perbezaan amalan kepemimpinan transformasi pengetua antara sekolah kajian. Hasil ujian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap amalan keempat-empat dimensi kepemimpinan transformasi antara pengetua di sekolah-sekolah kajian. Ini bermaksud amalan kepemimpinan transformasi antara pengetua sekolah kajian adalah berbeza.

Dapatan hasil kajian penulis ini seterusnya merujuk kepada perbezaan tahap kapasiti kepemimpinan guru antara sekolah kajian. Hasil kajian membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kapasiti kepemimpinan guru antara sekolah kajian. Ini menjelaskan kepada kita yang tahap kepemimpinan guru di sekolah kajian berada pada tahap yang sama.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Leadership In Education (SGDU 5023)

Dapatan seterusnya merujuk kepada kesan hubungan antara kepemimpinan transformasi dengan kapasiti kepemimpinan guru. Berdasarkan hasil kajian tersebut, dapat dilihat bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi kepemimpinan transformasi pengetua dengan dimensi kapasiti kepemimpinan guru di sekolah kajian.

Dapatan hasil kajian berikutnya dapat dilihat menerusi dimensi kepemimpinan transformasi yang menjadi peramal kepada kapasiti kepemimpinan guru di sekolah kajian. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat dimensi kepemimpinan transformasi pengetua yang boleh menjadi peramal yang signifikan kepada tahap kapasiti kepemimpinan guru sekolah kajian.

Kesimpulan. Berdasarkan apa yang dibincangkan di atas, jelas kepada kita bahawa sememangnya terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap amalan dimensi-dimensi kepemimpinan transformasi antara sekolah kajian. Ini kerana seseorang pengetua yang mengamalkan tahap kepemimpinan transformasi pada tahap yang tinggi sudah pastilah akan memperoleh komitmen dan kerjasama yang tinggi daripada orang bawahannya jika dibandingkan dengan pengetua yang mengamalkan tahap kepemimpinan transformasi pada tahap yang rendah atau sederhana.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Leadership In Education (SGDU 5023)

Namun begitu, kita akan dapat melihat bahawa kapasiti kepemimpinan guru di sekolah kajian berada pada tahap yang sederhana. Ini disebabkan oleh guru-guru di sekolah bestari yang dikaji mengamalkan ciri-ciri kepemimpinan pada tahap yang sederhana seperti apa yang didapati oleh Halijah (2004) dalam dapatan kajiannya. Kita juga mengetahui bahawa tiada hubungan yang signifikan antara amalan kepemimpinan transformasi pengetua dengan tahap kapasiti kepemimpinan guru di sekolah kajian. Ini kerana kapasiti kepemimpinan guru di sekolah kluster yang dikaji tiada perkaitan rapat dengan amalan kepemimpinan transformasi pengetuanya.

Masalah yang berlaku sekarang mungkin disebabkan oleh wujudnya perbezaan iaitu sekolah-sekolah dari kluster cemerlang aktiviti kokurikulum yang berbeza. Sekolah A misalnya dari kluster sekolah premier yang cemerlang dalam kokurikulum (pancaragam, hoki, bola sepak dan kriket) manakala Sekolah B dari kluster sekolah menengah agama yang cemerlang kelab dan persatuan. Tambahan pula, sekolah kajian tersebut masih baru dinaik taraf sebagai sekolah kluster dan masih mencari-cari identiti masing-masing. Justeru, sudah pasti pengaruh amalan kepemimpinan transformasi pengetua terhadap tahap kapasiti kepemimpinan guru masih lemah. Jadi, tahap kapasiti kepemimpinan guru yang sederhana haruslah diberi keutamaan memandangkan sekolah kluster mengamalkan PBS dan memerlukan guru turut serta berperanan dalam memajukan urusan kepemimpinan sekolah. Apa yang nyata adalah tujuan utama kepemimpinan ini ialah untuk memperkaya kapasiti individu dan menyelesaikan sebarang masalah secara kolektif dengan ahli organisasi. Lantaran itu, sebagai seorang pengetua, beliau mestilah bijak bertindak untuk menyuburkan kapasiti kepemimpinan

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Leadership In Education (SGDU 5023)

guru di sekolah masing-masing dengan mengamalkan dimensi kepemimpinan transformasi.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai