Anda di halaman 1dari 4

Leadership In Education (SGDU 5023)

Jurnal 3.

Hubungan Kepemimpinan Transformational Pengetua Dengan Efikasi Kendiri Guru.

Pengenalan. Tajuk artikel saya yang terakhir ialah Hubungan Kepemimpinan Transformational Pengetua Dengan Efikasi Kendiri Guru. Artikel ini telah ditulis dan dihasilkan secara bersama oleh Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Teng Lung Kiu, Foo Say Fooi, Zakaria Kasa dan Jegak Uli.

Ringkasan Artikel. Matlamat utama kajian dijalankan adalah untuk melihat hubungan antara kepemimpinan transformational pengetua dengan efikasi kendiri guru. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk : mengenalpasti tahap efikasi kendiri guru. mengenalpasti persepsi guru terhadap tahap kepemimpinan transformational pengetua. mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan transformational pengetua dengan efikasi kendiri guru.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Leadership In Education (SGDU 5023)

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif-korelasi. Penulis menggunakan kajian deskriptif supaya dapatan kajian dapat dibentangkan dalam bentuk yang ringkas, terperinci dan bermakna. Manakala, korelasi pula adalah contoh terbaik bagi menerangkan perhubungan di antara dua pembolehubah. Kajian ini telah dijalankan di 18 buah sekolah menengah di bahagian Kuching / Samarahan, Sarawak dengan mensasarkan seramai 420 orang guru sebagai responden utama. Justeru, satu set borang soal selidik telah digunakan untuk mendapat maklum balas subjek kajian terhadap amalan kepemimpinan transformational pengetua dan efikasi kendiri guru.

Kajian mendapati para responden yang dipilih mempunyai efikasi kendiri yang tinggi. Guru-guru ini dilihat mempunyai efikasi kendiri yang tinggi terhadap strategi pengajaran dan pengurusan kelas tetapi untuk efikasi terhadap penglibatan pelajar adalah pada tahap sederhana sahaja. Walaupun kajian Ishak (2001) dan kajian Hipp (1996) mendapati guru mempunyai tahap efikasi kendiri yang sederhana namun kajian penulis ini telah menyokong dapatan Lim dan Poon (1997) serta Milson (2001) yang melihat bahawa guru mempamerkan tahap efikasi kendiri yang tinggi.

Guru yang mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi sangat diperlukan dalam bidang pendidikan. Responden yang dikaji cenderung untuk lebih komited dalam pengajaran, sangat bermotivasi serta tekun berusaha untuk meningkat ke tahap prestasi yang lebih baik. Guru dapat memberi penjelasan apabila diminta pelajar, membina soalan yang baik kepada pelajar, menjawab sebarang permasalahan pelajar serta mampu menguruskan kelas dengan baik dan berkesan.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Leadership In Education (SGDU 5023)

Dapatan hasil kajian penulis ini seterusnya menunjukkan bahawa pengetua mempamerkan ciri-ciri kewibawaan dan keyakinan pada tahap yang tinggi mengikut persepsi guru berbeza dengan dapatan Lee (2001) yang melihat pengetua kurang berwibawa. Responden kajian mendapati pengetua mengamalkan kepemimpinan transformational pada tahap yang tinggi. Pengetua dilihat mengamalkan dimensi inspirasi motivasi, dimensi tingkahlaku unggul dan dimensi ciri-ciri unggul pada tahap yang tinggi berbanding dimensi stimulasi intelek dan pertimbangan individu pada tahap sederhana tinggi sahaja. Hasil kajian penulis juga mendapati guru-guru di Sarawak mempersepsikan bahawa pengetua kerap atau sangat kerap mengamalkan kesemua tingkahlaku kecuali stimulasi intelek dan pertimbangan individu.

Dapatan seterusnya membuktikan bahawa amalan transformational pengetua dalam kajian ini adalah lebih tinggi. Seseorang pengetua perlu mengamalkan kepemimpinan jenis ini di sekolah kerana kepemimpinan ini dianggap sebagai sesuatu yang boleh memajukan sekolah. Hasil kajian telah menunjukkan amalan kepemimpinan transformational pengetua mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan efikasi kendiri guru. Jadi, apabila pengetua mengamalkan kepemimpinan

transformational, maka ia akan mempengaruhi seterusnya meningkatkan tahap efikasi kendiri guru. Tidak salah kiranya, dengan dapatan ini, kepemimpinan transformational disarankan untuk digunapakai di semua sekolah kerana ia dapat meningkatkan motivasi serta keyakinan guru ke arah yang lebih cemerlang. dimensi kepemimpinan transformasi pengetua dengan dimensi kapasiti kepemimpinan guru di sekolah kajian.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Leadership In Education (SGDU 5023)

Kesimpulan. Berdasarkan apa yang dibincangkan di atas, kita telah sedia maklum bahawa seorang pemimpin transformational adalah mereka yang sentiasa memberi semangat kepada kakitangannya untuk terus berusaha meningkatkan mutu kerja serta mencapai potensi prestasi secara yang maksimum. Jelas kepada kita betapa seseorang pengetua patut meneruskan amalan kepemimpinan transformational di samping mempelajari ilmu kepemimpinan tersebut bagi meningkatkan keupayaan dalam aspek stimulasi intelek dan pertimbangan individu. Untuk itu, pengetua perlulah sentiasa menunjukkan sifat kebijaksanaan, penuh inspirasi serta bertimbang rasa dalam usaha memikat hati para guru dalam meningkatkan keyakinan guru terhadap bidang tugas mereka.

Namun begitu, kita tidak seharusnya berasa selesa hanya kerana tahap efikasi kendiri guru berada pada tahap yang tinggi sedangkan kita terlupa bahawa tahap efikasi terhadap penglibatan pelajar berada pada tahap yang sederhana sahaja. Ini kerana efikasi terhadap penglibatan pelajar perlu ditingkatkan disebabkan aspek ini amat penting dalam menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dalam dimensi komunikasi, penyelesaian masalah serta hubungan kemanusiaan yang boleh ditingkatkan melalui pengajaran dan pembelajaran aktif yang berpusatkan pelajar. Untuk itu, guruguru di sekolah yang terlibat perlu mendapat latihan yang secukupnya.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai