Anda di halaman 1dari 9

APA ITU TEKANAN UDARA?

Berdasarkan kepada Teori Kinetik Jirim: - Zarah-zarah sentiasa bergerak dan berlanggar antara satu sama lain dan menghentam dinding bekas. - Pelanggaran dan hentaman ini menghasilkan tekanan udara Udara menekan ke atas semua benda di bumi dan tekanan ini disebut tekanan udara

Ciri-ciri tekanan udara


a) bertindak ke semua arah b) berubah-ubah dari satu tempat ke tempat yang lain c) berkurangan dengan pertambahan ketinggian dari permukaan bumi. Ini kerana udara berkurangan di tempat yang tinggi

Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udara


Tekanan udara bertambah apabila: 1) Gas ditambah (bilangan zarah-zarah gas ditambah) - bilangan pelanggaran ke atas dinding bertambah bekas

2) Isipadu bekas dikecilkan (gas dimampatkan)

- pelanggaran zarah dengan dinding bekas menjadi lebih kerap

3) Gas dipanaskan - tenaga zarah-zarah bertambah dan berlanggar dengan dinding bekas dengan lebih kerap dan kuat

Aplikasi prinsip tekanan udara dalam kehidupan harian

Picagarii

Straw straw

Sifon

Sucker hook

Penitis

Gas di bawah tekanan tinggi


Apabila gas dikenakan tekanan yang cukup tinggi atau disejukkan, gas akan berubah menjadi cecair Tekanan tinggi Gas Cecair Cecair akan menjadi gas semula apabila tekanan dibebaskan

Langkah keselamatan semasa penggunaan gas di bawah tekanan tinggi


1. Letakkan tangki dalam keadaan tegak 2. Jauhkan tangki daripada api atau cahaya matahari 3. Nyalakan mancis terlebih dahulu sebelum membuka pili gas 4. Jangan buang tin aerosol ke dalam api kerana ia akan meletup 5. Guna air sabun untuk memeriksa kebocoran pada saluran gas