Anda di halaman 1dari 30

1.

PENGENALAN Pelaksanaan program dalam kokurikulum Kelab Bola Sepak selama 20 minggu ini dirancang bagi membentuk satu pasukan bola sepak bawah 12 tahun SJKC Damansara yang akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Zon Petaling Utama yang akan diadakan pada bulan Januari 2013. Pihak pengurusan sekolah menetapkan matlamat agar pasukan bola sepak sekolah yang dibentuk ini sekurang-kurangnya dapat memasuki peringkat separuh akhir di kejohanan tersebut. Bagi memastikan pasukan bola sepak bawah 12 tahun SJKC Damansara berjaya mencapai sasaran yang di tetapkan, satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menyediakan perancangan program latihan tersebut. Antara mereka yang memainkan peranan utama bagi melaksanakan program latihan ini ialah jurulatih pasukan bola sepak. Jurulatih memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan sesuatu jenis bentuk latihan. Jurulatih adalah dianggap sebagai perancang utama dan fasilitator yang akan mengendalikan pelbagai aspek fisiologi, sosiologi dan fisiologi yang kompleks. Oleh itu program latihan yang dirancang seharusnya mengambilkira beberapa faktor seperti umur, kebolehan dan kualiti atlet yang terbabit. Ini adalah kerana bukan semua atlet memiliki kebolehan dan kemampuan yang sama. Kebolehan jurulatih untuk merancang program yang sesuai dan berkesan akan dapat membantunya memberi latihan yang secukupnya bagi memastikan atlet mencapai tahap prestasi yang maksimum pada masa yang dikehendaki. Program kokurikulum juga perlu mengambilkira faktor pemulihan atau rehat antara masa latihan bagi memastikan peningkatan prestasi yang berterusan. Untuk memastikan tahap yang terbaik dalam sesuatu pertandingan, ianya haruslah seiring dengan keadaan tubuh fizikal yang cemerlang. Kemantapan fizikal mempunyai signifikan iaini berkaitan dengan pembentukan pelbagai tahap dan kesesuaian fizikal. Memiliki tahap kemahiran yang tinggi dan sempurna, tahap psikologi yang mantap serta mempunyai tahap kesihatan yang baik merupakan ciri-ciri yang sangat penting agar atlet dapat menyerap tekanan semasa latihan dan juga semasa pertandingan terutama pada peringkat yang tinggi.

-1-

Latihan fizikal dalam sukan yang diceburi bukan sahaja menyediakan atlet kepada pencapaian yang meransangkan tetapi juga akan dapat membantu mengelakkan kecederaan, ketidakseimbangan otot, ketahanan kardiovaskular dan dayatahan otot yang rendah, masalah kelenturan serta kecederaan sukan yang disebabkan oleh latihan fizikal yang tidak mencukupi. Latihan biasanya didefinisikan sebagai suatu proses pengulangan yang sistematik, progresif serta melibatkan proses pembelajaran dan pengadaptasian dengan situasi dan persekitaran. Atlet yang menceburi sukan dengan serius tidak sahaja menumpukan perhatian pada latihan fasa pertandingan sahaja bahkan meliputi latihan pada fasa persediaan, fasa prapertandingan, dan fasa transisi. Prinsip latihan fizikal yang mustahak adalah meliputi aktiviti memanaskan, progresif, ketepatan, intensiti, tahap kapasiti, kekuatan, dan motivasi. Teras latihan fizikal dari segi keberkesanan pencegahan kecederaan memerlukan komponen kelenturan, kekuatan, kuasa dan dayatahan yang dipertingkatan. Kesimpulannya, kecemerlangan dan kejayaan hanya akan dapat dicapai sekiranya program latihan yang dirancang diikuti dengan jayanya. 2.0. OBJEKTIF KOKURIKULUM KELAB BOLA SEPAK Program kokurikulum ini di adakan untuk mepertingkatkan kecergasan dari pelbagai aspek seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kepantasan, kekuatan seterusnya menyediakan pemain dari segi persediaan fizikal, persediaan teknikal, persediaan taktikal dan persediaan psikologi ke arah menghadapi pertandingan mahupun kejohanan sebenar. Antara objektif kokurikulum bola sepak ialah seperti berikut : 2.1. 2.2. 2.3. Menyediakan pasukan bawah bola sepak bawah 12 tahun SJKC Damansara untuk Kejohanan Bola Sepak Zon Petaling Utama. Menguasai kemahiran dan meningkatkan kemahiran melalui program yang lebih spesifik san sistematik. Mempertingkatkan pontensi pemain serta memperkembangkan keupayaan biomotor pemain ketahap yang optima.
-2-

2.4. 2.5.

Mengaplikasi perancangan atau strategi yang akan digunakan semasa tempoh kejohanan. Persediaan pemain dari segi psikologi yang melibatkan kemahiran penetapan matlamat, mengawal kebimbangan, motivasi, visualisi dan simulasi. Kesimpulan dari objektif kokutikulum tersebut antaranya menyediakan pemain dari aspek persediaan mental untuk menghadapi suasana pertandingan atau kejohanan sebenar. Ianya adalah satu prosedur yang saintifik dan sistematik seterusnya akan dapat membantu pemain membawa bersamanya persediaan fizikal, teknikal dan taktikal apabila menghadapi pertandingan sebenar. 3.0 JAWATANKUASA KOKURIKULUM KELAB BOLA SEPAK 1. 2. 3. 4. 5. 6. 4.0 Penasihat Pn. Poh Leh Hon (Penolong Kanan Kokurikulum) En. Effindi Hussin (Ketua Jurulatih) En. Mokhtar Yaakub (Penolong Jurulatih) En. Johari Mat Jap (Penolong Jurulatih) Puan Lao Hung Chai (Setiausaha merangkap Bendahari) En. Hor Jun Hin (Guru Besar)

KEMUDAHAN TEMPAT LATIHAN/PERALATAN/KEWANGAN 1. 2. Padang bolasepak Peralatan bolasepak

3.

Kewangan :Wang SUWA, Kokurikulum, PIBG dan yuran keahlian 5.0 MURID Murid tahun 4, 5 dan 6 (70 murid). 6.0 LATIHAN KOKURIKULUM KELAB BOLA SEPAK Berdasarkan rajah 1 di bawah, persediaan fizikal dan teknikal mewakili asas prestasi yang hendak dicapai oleh pemain kemudian barulah diikuti oleh persediaan taktikal dan psikologi.
-3-

Rajah 1 Persediaan Psikologi Persediaan Taktikal Persediaan Teknikal Persediaan Fizikal

Jadual 1 Fasa-fasa latihan dan komponen-komponen yang harus diberikan penekanan. Fasa ( % ) Persediaan Pra Khusus 50 30 10 10 Pertandingan 30 30 30 10

Program Fizikal Teknikal Taktikal Psikologi

Persediaan Umum 70 20 10

Pertandingan 10 40 40 20

Transisi 40 - 50 -

7.0.

MASA LATIHAN DAN KEKERAPAN LATIHAN KELAB BOLA SEPAK Program latihan ini akan digunakan berulang-ulang sehingga 20 minggu. Tujuannya adalah untuk memastikan keberkesanan dalam sesuatu latihan setelah pemain menjalani sesuatu kaedah latihan yang telah ditetapkan. Keberkesanan sesuatu kaedah latihan adalah di antara 4 minggu hingga 5 bulan. Untuk mendapatkan keberkesanan kaedah latihan jurulatih haruslah menetapkan komponen-komponen yang akan dilatih secara umum mengikut minggu. Kekerapan sesuatu latihan akan dijalankan selama 20 minggu. Akan tetapi jurulatih harus membuat pengubahsuaian jenis aktiviti atau kaedah. Ini adalah bertujuan bagi memudahkan pengendalian, penilaian dan untuk mengelakkan kejemuan. Selain itu, 20 minggu adalah masa yang tidak terlalu awal dan tidak terlalu
-4-

lewat untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pemain. Ini akan dapat memberi masa kepada jurulatih untuk membuat pengubahsuaian dengan lebih sempurna. Intensiti Maksimum 95 - 100 % Sub Maksimum 85 94 % Tinggi 75 94 % Sederhana 65 74 % Rendah 60 64 % Rehat : Aktif Pasif Aktiviti Hari

LSD Ahad

Beban Isnin

Selasa

Litar Rabu Rajah 2

Jeda M.Desa Khamis Jumaat Sabtu

LSD Ahad

Kitaran Latihan Satu Minggu Program Latihan Bola Sepak Bawah 12 Tahun SJKC Damansara 2012 Kitaran latihan tersebut haruslah dilaksanakan mengikut hari yang ditentukan, disamping menetapkan kaedah latihan dan intensiti latihan. Jurulatih haruslah memastikan kekerapan latihan yang dilaksanakan diubahsuai mengikut keperluan bagi mengelakkan prinsip timbalbalik, prinsip kestabilan dan prinsip kejemuan dapat dielakkan. Latihan akan diadakan selama 6 bulan untuk persediaan pemain-pemain menghadapi pertandingan peringkat daerah.Masa dan hari latihan adalah seperti berikut: Peruntukan latihan setiap minggu. (2 kali seminggu)

-5-

.Hari : Masa:

Rabu dan Jumaat 4.30 petang hingga 6.30 petang

** Setiap sesi latihan diperuntukan selama 2 jam. * Hari dan masa latihan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Jadual Aktiviti Latihan Kecemerlangan Kelab Bola Sepak Bulan Jan Minggu 1 Undangundang/peratura n .Latihan kecergasan fizikal. Feb kemahiran 5 sepasukan i. menendang ii. menendang lambungan iii mengelecek iv. hantaran lencong v. menjaga gol Mac Latihan Litar Latihan secara berpasukan. -perlawanan persahabatan ii.Aerobik keperluan oksigen LSD/Fartlek Latihan kemahiran (latih-tubi) Tendangan penalti April Latihan Kemahiran Latihan Kemahiran Latihan Corak menyerang Pertahanan Hantaran /tandukan Teknik/taktik Latihan Kemahiran Perlawanan Persahabatan Perlawanan Persahabatan Latihan kecergasan fizikal Kecergasan Fizikal i. Anaerobik ketangkasan,daya tahan. Kemahiran Perlawanan dalam kumpulan kecil. (posisi pemain) penyerang/pertah anan Bateri Ujian Kecergasan berlandaskan kesihatan Lari 2.4km Tekan tubi Teknik permainan Minggu 2 Tayangan video Minggu 3 Kemahiran asas berpasangan umpanan/dan menahan Minggu 4 1. Latihan bebanan i. latihan isotonic ii. latihan isometrik

leret kekuda kaki kelajuan,kuasa,

-6-

Corak menyerang Teknik.Taktik permainan Latihan kemahiran Mengawal lawan; kedudukan badan, pandang bola, tunjuk Jun arah,jarak Perlawanan Persahabatan Pasukan luar Post mortem

Kawalan bola; bola ke kaki,bola leret,paha,bola kelajuan Latihan bebanan Ujian kecergasan

(latih-tubi) Tendangan, balingan dalam

Post mortem penilaian prestasi pemain pemilihan

Kesalahan dalam tinggi,pelbagai Mei Latihan kemahiran khusus Ikut posisi Post mortem

Transisi Aktiviti kesenggangan dan rekreasi. Latihan intensiti Rendah.

Latihan khas Persediaan. Menjaring gol Pertahanan

Program motivasi Tayangan Video Peraturan permainan

Transisi Aktiviti intensiti Ringan Berkumpulan.

8.0.

INTENSITI LATIHAN KELAB BOLA SEPAK

-7-

9.0. 9.1

LATIHAN KECERGASAN Kaedah Perlaksanaan Latihan Litar i. ii. iii. Individu dibahagikan secara berpasangan (A dan B). A berperanan sebagai pelaku manakala B sebagai pencatat. Sebelum aktiviti dimulakan jurulatih akan menunjukcara setiap aktiviti di setiap stesyen. Jurulatih juga akan menekankan tentang masa dan ulangan yang perlu dilaksanakan oleh pelaku.

-8-

9.2

Kaedah Latihan Bebanan Latihan bebanan dimulakan dengan menggunakan berat badan sendiri sebagai

rintangan untuk membina kekuatan umum sebelum dimulakan dengan peralatan bebanan bagi tujuan pembinaan khusus. Prinsip ini amat penting bagi pemain yang belum mendapat pendedahan latihan bebanan. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti bangkit tubi, tekan tubi, angkat kaki, squat, burpee dan sebagainya. Pada peringkat kedua murid akan diperkenalkan dengan penggunaan alatan. Akan tetapi, pada peringkat ini penggunaan bola segar amat sesuai dalam melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bebanan. Seterusnya diperkenalkan peralatan bebanan (weight). Pada peringkat ini, atlet akan menggunakan bar kosong untuk mempelajari teknik mengangkat termasuk cara pemafaran yang betul. Jika menggunakan bebanan yang berbentuk mesin seperti multi-purpose gym, dicadangkan menggunakaan beban yang paling rendah untuk mempelajarinya. 10.0. LATIHAN KEMAHIRAN Kemahiran asas dalam permainan bolasepak amat penting untuk diaplikasikan dalam permainan. Kemahiran asas seperti cara menendang, cara mengawal dan cara membuat hantaran harus dikuasai oleh setiap pemain. Setiap kemahiran tersebut mempunyai fungsi dan tujuan yang berlainan. Untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut setiap pemain haruslah mengikuti latihan yang bersesuaian dengan kemahiran dalam permainan bolasepak. 10.1. Latihan Mengawal Bola Antara tujuan seseorang pemain mengawal bola ialah untuk menstabilkan bola yang ditujukan kepadanya supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan dengan mudah. Bahagian-bahagian badan yang boleh digunakan bagi tujuan mengawal pergerakan bola antaranya melalui : ii. Hujung kaki iaini bahagian kekura kaki, perut kaki, luar kaki dan bahagian luar tapak kaki
-9-

iii. iv. v.

Batang kaki iaini peha dan bahagian bawah lutut. Bahagian dada. Bahagian perut. Gambar 1 Kawal Bola Dengan Perut Kaki Gambar 2 Kawal Bola Dengan Lutut Kaki

10.1.1. Aktiviti Kemahiran Mengawal Bola Langkah-langkah berikut dapat dipraktikan dalam latihan kemahiran mengawal bola, antaranya ialah : Latihan Berpasangan Seorang pemain mengumpan bola untuk dikawal oleh pasangannya, bola diumpan ke pelbagai aras dan arah. i. ii. Kepala, dada, perut dan lutut. Bola leret dari kiri, kanan dan depan.

- 10 -

iii.

Lantunan bola ke aras pinggang untuk dikawal dengan kaki.

A A mengumpan bola kepada B. B menahan bola menggunakan bahagian perut kaki. A B mengumpan bola kepada A. A menahan bola menggunakan bahagian luar kaki. A A mengumpan bola kepada B. B menahan bola menggunakan bahagian tapak kaki

Rajah 8.2.1. : Aktiviti Mengawal Bola Berpasangan 10.1.2. Latihan Berkumpulan

Latihan Mengawal Bola Dalam Bulatan Seorang pemain berada di tengah-tengah bulatan, seterusnya mengumpan kepada pemain lain seorang demi seorang, selepas satu pusingan, pemain lain pula akan mengambil tempatnya di tengah bulatan. 10.1.3. Latihan Mengawal Bola Dalam Barisan

- 11 -

Pemain dalam barisan berlari ke hadapan dan mengawal bola yang dihantar oleh pengumpan dan kemudiannya menolak bola kembali kepada pengumpan. Pemain yang akhir sekali mengawal bola akan menjadi pengumpan baru.

X X

X X

X X X

Rajah 7.1.2 : Aktiviti Mengawal Bola Dalam Bulatan P

X 1. X berlari ke garisan mengawal bola. 2. Bola diumpan semula ke P X X X Rajah 7.1.3 : Aktiviti Mengawal Bola Dalam Barisan
- 12 -

10.2.

Tendangan dan Hantaran Sesebuah pasukan bola sepak yang baik ialah pasukan yang berjaya menguasai

teknik melakukan tendangan dan hantaran yang yang berkualiti. Kebolehan membuat tendangan dan hantaran sangat mempengaruhi kecekapan menghantar bola dan menjaring. Latihan kemahiran ini amat penting untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya. 10.2.1 Jenis-Jenis Tendangan Untuk menguasai kemahiran membuat hantaran, seorang pemain haruslah mempunyai kebolehan menendang. Terdapat tiga jenis tendangan asas yang harusi dimiliki oleh seorang pemain iaitu : i. ii. iii. Membuat tendangan leret Membuat tendangan tinggi Membuat tendangan voli Gambar 3 Tendangan Leret Gambar 4 Tendangan Voli

10.2.1.1

Teknik Asas Menendang

Antara teknik asas menendang ialah :


- 13 -

i. ii. iii.

Untuk mengerakkan bola secara leret atau rendah, kaki hendaklahdiletakan di tengah-tengah belakang bola semasa menendang. Untuk menaikkan atau membuat sepakan bola tinggi, kaki hendaklah diletakkan pada bahagian bawah garisan tengah. Bahagian kaki yang leper dan senang bergerak adalah sesuai untuk menyepak atau menggerakkan bola.

Tendangan Leret

Tendangan Tinggi Bola dinaikkan Bahagian bola yang disentuh dengan kaki Bahagian bola yang disentuh dengan kaki

Rajah 7.2.2. : Cara-Cara Untuk Membuat Tendangan Leret dan Tinggi Kemahiran asas seperti mengawal bola, menendang, menanduk dan membuat hantaran adalah antara kemahiran yang amat penting untuk diaplikasikan kepada pemain-pemain. Sebagai jurulatih bola sepak kemahiran-kemahiran asas tersebut perlu diterapkan dan dikuasai oleh pemain-pemain sebelum mereka menguasai teknik dan skil yang tinggi dalam permainan bola sepak. Apabila pemain sudah menguasai kemahiran asas tersebut, segala perancangan yang melibatkan teknikal dan taktikal akan mudah diaplikasikan dalam situasi permainan sebenar.

- 14 -

- 15 -

11.0 Bil

PELAN TAKTIKAL 2012 Program Objektif T/Jawab Tempoh Kos / Sumber Indikator Pencapaian TOV ETR

Kursus 1 Kejurulatihan guru

Meningkatkan jumlah guru Sekolah berkemahiran pengendalian kelab. dalam PPD,JPS, Agensi berkaitan -Guru penasihat -Penyelaras kelab -PK Mempelbagaikan kaedah Kokurikulum -Guru penasihat -Penyelaras kelab Februari Ogos 2012 Februari Ogos 2012 Februari Ogos 2012

RM

300 Bilangan guru mahir 1 4

Peruntukan kokurikulum

Anda

Buat,

Meningkatkan kehadiran aktiviti kokurikulum

peratus

RM100 Peruntukan kokurikulum % kehadiran pelajar 60% 90%

Anda Dapat

murid dalam

RM200 Peruntukan kokurikulum

1 Pelajar, 1 Bola

penggunaan peralatan untuk aktiviti Kelab Bola Sepak

peralatan

dan

kelengkapan

80%

90%

PELAN OPERASI KELAB BOLA SEPAK 2012

- 16 -

Nama Program Objektif Tempoh Kumpulan Sasaran

KURSUS KEJURULATIHAN GURU Meningkatkan jumlah guru berkemahiran dalam pengendalian kelab. Februari Ogos 2012 Guru Guru Penasihat Kelab Bola Sepak 1. 2. Penasihat Pn. Poh Leh Hon (Penolong Kanan Kokurikulum) En. Effindi Hussin (Ketua Jurulatih) En. Mokhtar Yaakub (Penolong Jurulatih) En. Johari Mat Jap (Penolong Jurulatih) Puan Lao Hung Chai (Setiausaha merangkap Bendahari) En. Hor Jun Hin (Guru Besar)

Guru Terlibat

3. 4. 5. 6. 1. 2. 3. 4. 5.

Taklimat program Kenal pasti kumpulan sasaran daripada TOV Perbincangan pelaksanaan Pelaksanaan aktiviti Bahan keperluan............... Jumlah = RM300

Proses Kerja

- 17 -

Kekangan

-Jadual aktiviti sekolah yang terlalu padat menyebabkan kursus kejurulatihan sukar dijalankan. -Kemudahan yang terhad sukar untuk membuat latihan

Pemantauan

-guru terlatih atau individu berpengalaman

Penilaian

-berdasarkan kemahiran guru-guru selepas program dijalankan

Penambahbaikan

-GPK kokurikulum haruslah membuat keputusan yang bijak dalam mengendalikan dan mengagihkan peruntukan dan aktiviti bagi keseragaman setiap kelab dan persatuan. PELAN OPERASI KELAB BOLA SEPAK 2012

Nama Program Objektif Tempoh

ANDA BUAT, ANDA DAPAT Meningkatkan peratus kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum Februari Ogos 2012

- 18 -

Kumpulan Sasaran

Ahli Kelab Bola Sepak Guru Penasihat Kelab Bola Sepak 1. 2. Penasihat Pn. Poh Leh Hon (Penolong Kanan Kokurikulum) En. Effindi Hussin (Ketua Jurulatih) En. Mokhtar Yaakub (Penolong Jurulatih) En. Johari Mat Jap (Penolong Jurulatih) Puan Lao Hung Chai (Setiausaha merangkap Bendahari) En. Hor Jun Hin (Guru Besar)

Guru Terlibat

3. 4. 5. 6.

1. Taklimat program 2. Kenal pasti kumpulan sasaran daripada TOV Proses Kerja 3. Perbincangan pelaksanaan 4. Pelaksanaan aktiviti 5. Bahan keperluan = RM 100.00 -murid pergi menghadiri kelas tuisyen ketika waktu ko-kurikulum -kurang sokongan daripada ibu bapa untuk aktiviti ko-kurikulum - guru pembimbing kelab Bola Sepak

Kekangan

Pemantauan

- 19 -

Penilaian

-berdasarkan jumlah kehadiran setiap minggu sediakan kemudahan bola sepak yang mencukupi

Penambahbaikan -

peruntukan untuk mengadakan lebih banyak pertandingan masa bermain yang sesuai

PELAN OPERASI KELAB BOLA SEPAK 2012

Nama Program Objektif Tempoh Kumpulan Sasaran Guru Terlibat

1 PELAJAR, 1 BOLA Mempelbagaikan kaedah penggunaan peralatan untuk aktiviti Kelab Bola Sepak Februari Ogos 2012 Ahli Kelab Bola Sepak Guru Penasihat Kelab Bola Sepak 1. 2. 3. Penasihat Pn. Poh Leh Hon (Penolong Kanan Kokurikulum) En. Effindi Hussin (Ketua Jurulatih) En. Hor Jun Hin (Guru Besar)

- 20 -

4. 5. 6.

En. Mokhtar Yaakub (Penolong Jurulatih) En. Johari Mat Jap (Penolong Jurulatih) Puan Lao Hung Chai (Setiausaha merangkap Bendahari)

Taklimat program Kenal pasti kumpulan sasaran daripada TOV Proses Kerja Perbincangan pelaksanaan Pelaksanaan aktiviti Bahan keperluan = RM 200.00 kekurangan kemudahan bola sepak yang berkualiti Kekangan Pemantauan Penilaian tiang gol yang kurang selamat untuk murid-murid sekolah rendah keadaan fizikal padang yang kurang memuaskan

- guru-guru pembimbing kelab bola sepak - menilai murid dari segi kemahiran yang telah diajar dengan mempelbagaikan kemudahan yang disediakan -menambah kuantiti bola sepak yang sedia ada - memperbaiki keadaan fizikal padang -menggantikan tiang gol yang sedia ada dengan yang baru agar menjamin keselamatan murid ketika bermain

Penambahbaikan

- 21 -

12.0 12.1 i)

PELAN STRATEGIK 2012-2013 ANALISIS PERSEKITARAN DAN ISU STRATEGIK Analisis Persekitaran TOWS / COWS Matriks (UNIT KOKURIKULUM)
KEKUATAN (S) DALAMAN S1 Terdapat 2 orang guru yang berkemahiran, berpengalaman dan berminat dalam sukan bola jaring sukan bola sepak. kejohanan atau aktiviti peringkat sekolah. KELEMAHAN (W) W1 Terdapat guru yang kurang mahir dalam mengendalikan kelab atau sukan bola sepak. sukan bola sepak. kejohanan yang dianjurkan di peringkat sekolah. aktiviti dan peralatan untuk ahli yang ramai. Strategi WO W1+O1 Memberi bimbingan, latihan, kursus atau seminar sama ada di peringkat daerah atau negeri. W2+O1 Mengadakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan

S2 90 % pelajar berminat dan sebahagiannya aktif dalam W2 10 % pelajar kurang berminat dan tidak aktif dalam S3 Penglibatan dan pencapaian pelajar di dalam beberapa W3 Kurang penyertaan pelajar dalam beberapa S4 Kemudahan fizikal dan prasarana untuk sukan bola W4 Kekurangan kemudahan untuk menjalankan LUARAN PELUANG (O) O1 Kursus pengurusan dan meningkatkan kemahiran anjuran Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan beberapa agensi-agensi yang berkaitan. O2 Beberapa kemudahan dan padang awam berhampiran sekolah atau tempat tinggal pelajar. sepak mencukupi. Strategi SO S1+O1 Guru-guru dapat meningkatkan kemahiran atau kepakaran melalui seminar, kursus dan bimbingan oleh pihak PPD, JPN atau jurulatih bertauliah. S3+O3

- 22 -

O3 Guru-guru berkemahiran dan menjadi jurulatih pakar di peringkat daerah atau negeri. O4 PIBG memberi sokongan dan memberi sumbangan untuk aktiviti penting sekolah.

Pelajar dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman melalui kejohanan atau pertandingan yang disertai. S3+O4 Penganjuran aktiviti atau program mendapat sokongan dan bantuan dari pentadbir dan PIBG. Strategi SC S2+S4+C1 dan penjaga serta kepada semua guru. S4+S2+C3 Gunakan sepenuhnya peranan PIBG dalam menjalankan aktiviti sukan/permainan. S3+S4+C2 Tindakan disiplin kepada pelajar yang tidak hadir aktiviti sukan/permainan.

menarik, serta pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya ke peringkat lebih tinggi. W4+O4 Meningkatkan prasarana untuk aktiviti melalui peruntukan sekolah atau sumbangan pihak luar. Strategi WC W2+W3+C3 dan pada mesyuarat agong PIBG. W1+C2 Latihan dan kursus motivasi dalaman kepada guruguru baru atau guru yang kurang mahir atau tidak berminat.

CABARAN: C1 Pelajar menghadiri kelas tuisyen pada hari sukan / permainan. hari sukan / permainan. C3 kurang sokongan ibu bapa atau penjaga dalam sukan atau permainan. C4 Pengaruh video game yang berhampiran sekolah. C2 Guru kurang memberi perhatian dan terlibat aktiviti lain pada

Makluman aktiviti sukan/permainan kepada ibu bapa Taklimat serta penerangan semasa hari pendaftaran

ii) Penilaian Strategi Terbaik

- 23 -

BIL 1 2 3 4

KOD STRATEGI SO: S1+O1+O3 WO: W2+W3+O2 WO: W2+W4+O3 SC: S2+S4+C2

STRATEGI YANG TELAH DIJANA ST1 Meningkatkan kemahiran dan kepakaran guru melalui seminar dan kursus anjuran PPD, JPS dan agensi yang berkaitan. ST2 Meningkatkan dan mempelbagaikan aktiviti kelab serta memberi pengiktirafan atau ganjaran kepada pelajar yang aktif dan kehadiran baik. ST3 Menambah segala kemudahan dan kuantiti peralatan aktiviti melalui peruntukan yang ada atau sumbangan pihak tertentu. ST4 Memastikan aktiviti kokurikulum dijalankan dengan berkesan melalui perkongsian kemahiran dan pengalaman dalam kalangan guru.

iii)

Analisis Pemilihan Strategi Berdasarkan Pemberatan


ST1 ST2 ST3 ST4 3 5 3 3 4 4 3 4 4 4 4 5 4 4 4 4 4 5 4 5 5 4 5 5 3 3 4 3 3 3 3 3 5 4 4 5 35 36 34 37 3 2 4 1 Pemilihan kepada ST1

KRITERIA PEMILIHAN 1. Tahap kesukaran proses (paling sukar:1, paling mudah:5) 2. Kompetensi staf yang bertanggungjawab 3. Sumber kewangan dan kos pembiayaan yang terlibat 4. Kemudahan infrastruktur dan peralatan 5. Andaian keupayaan mengatasi halangan 6. Andaian hasilan yang dijangkakan / impaknya untuk mencapai objektif, matlamat / isu, misi dan visi. 7. Akur / kepatuhan dengan mandat / arahan 8. Rekod keberkesanan pelaksanaan yang lepas 9. Kesesuaian dengan persekitaran terkini Jumlah Skor Keputusan Ulasan

- 24 -

Skala: 1 hingga 5, di mana 5 yang terbaik. iv) Senarai Strategi Mengikut Keutamaan

KEUTAMAAN 1 2 3 4

Strategi yang telah dijana STI- Meningkatkan kemahiran dan kepakaran guru melalui seminar dan kursus anjuran PPD, JPS dan agensi-agensi tertentu

ST4- Memastikan aktiviti kokurikulum dijalankan dengan berkesan melalui perkongsian kemahiran dan pengalaman dalam kalangan guru ST3- Menambahkan segala kemudahan dan kuantiti peralatan aktiviti melalui peruntukan yang ada dan sumbangan dari pihak tertentu ST2- Meningkatkan dan mempelbagaikan aktiviti persatuan, sukan ,dan unit beruniform serta memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada pelajar yang aktif dan kehadiran baik.

12.2

PELAN STRATEGIK KELAB BOLA SEPAK 2011-2013

- 25 -

NKRA:

Memperluaskan peluang pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan Masalah Guru kurang pengalaman dan kemahiran mengajar teknik bermain sukan bola sepak. Hanya 60% pelajar yang hadir untuk aktiviti kokurikulum disebabkan oleh masa kokurikulum yang kurang sesuai. Kemudahan dan peralatan tidak sesuai atau tidak mencukupi. Matlamat Meningkat dan menambah kemahiran guru melalui seminar, kursus atau aktiviti yang dapat meningkatkan motivasi dan kesedaran guru Meningkatkan dan mempelbagaikan aktiviti kelab bola sepak serta menentukan masa ko-kurikulum yang sesuai untuk menarik minat murid.

Sub NKRA: Indikator

SBT dan Tawaran Baru Sasaran (ETR) TOV 2011 2012 2013

Isu Prestasi pencapaian bola sepak masih rendah

Strategi Menyusun dan mengagihkan tugas kepada guru mengikut kemahiran, kepakaran dan minat. Perancangan aktiviti yang berkualiti dan memberi faedah kepada semua pelajar

Pencapaian (KPI) Bilangan guru berkemahiran

Pelajar kurang berminat menyertai atau menghadiri aktiviti kelab bola sepak.

% murid hadir

60%

80%

90%

100%

Kemudahan dan peralatan tidak sesuai dan tidak mencukupi

Melengkapkan segala kemudahan dan kuantiti peralatan untuk aktiviti kelab bola sepak.

Mengagih dan menyusun penggunaan kemudahan dan peralatan mengikut


- 26 -

% peralatan dan kelengkapan prasarana 85% 90% 95% 100%

keutamaan dan keperluan.

- 27 -

LAPORAN KELAB BOLA SEPAK SJKC DAMANSARA 2012 1. AKTIVITI Aktiviti kokurikulum Kelab Bola Sepak yang dijalankan di SJKC Damansara melibatkan guru dan murid. Penglibatan murid tahap dua iaitu darjah empat, lima dan enam diutamakan. Aktiviti kokurikulum ini juga diadakan setiap minggu kedua dan keempat pada setiap bulan. Murid yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum akan memakai pakaian yang sesuai pada hari tersebut. Ini bagi memastikan murid-murid diterapkan dengan disiplin di samping menimbulkan rasa semangat dalam diri mereka semasa menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental. Untuk memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar dan teratur, cikgu Pn. Poh Leh Hon sebagai guru penolong kanan kokurikulum akan memastikan dan memantau setiap perjalanan aktiviti supaya berjalan dengan baik dan lancar. Pemantauan yang dijalankan adalah bagi memastikan murid-murid menjalankan aktiviti dalam keadaan selamat dan berjaya. Selain itu juga, semasa menjalankan aktiviti kokurikulum, pihak sekolah perlu memberi perhatian terhadap perkara-perkara seperti semua aktiviti perlu mendapat kebenaran daripada Guru Besar, kebenaran bertulis daripada ibu bapa, guru penasihat perlu sentiasa mengawasi murid sepanjang aktiviti dijalankan dan juga murid perlu diberitahu tentang segala peraturan dan undang-undang penyertaan aktiviti kokurikulum. 2. KELEBIHAN Terdapat kelebihan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Antaranya Guru Penolong Kanan Kokurikulum menyediakan jadual waktu gerak kerja kokurikulum dan memaklumkannya kepada semua guru, pelajar dan ibu bapa. Kedatangan pelajar juga direkodkan setiap kali latihan atau aktiviti diadakan. Selain
- 28 -

itu, dengan adanya aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah, beberapa orang murid telah mewakili sekolah ke acara sukan sekolah peringkat zon Petaling Utama dan mendapat tempat ketiga dalam acara sepak bola sepak. Selain itu juga, semangat perpaduan antara penduduk sekitar meningkatkan rasa semangat di kalangan murid-murid untuk menyertai aktiviti gotong-royong. Ini disebabkan mereka sudah terdedah dari kecil lagi untuk membantu jiran tetangga seperti aktiviti rewang untuk majlis-majlis tertentu. Sikap muhibbah ini menimbulkan rasa tanggungjawab murid terhadap aktiviti sekolah khususnya dan aktiviti masyarakat setempat amnya. 3. KELEMAHAN Terdapat juga kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Antaranya kekurangan kemudahan atau prasarana aktiviti kokurikulum seperti tempat khas untuk menjalankan aktiviti. Ini disebabkan keadaan sekolah yang kecil dan padat. Selain itu juga, keadaan murid yang kurang terdedah dengan suasana bandar menyebabkan kurangnya minat di kalangan mereka untuk bersaing dengan sekolah-sekolah lain semasa pertandingan diadakan. Oleh itu, guru bertanggungjawab menggilap bakat-bakat tersebut bagi membangkitkan kejayaan sekolah di masa akan datang. 4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Cadangan penambahbaikan aktiviti kokurikulum di adalah dengan

mengadakan bilik gerakan bagi Kelab Bola Sepak. Selain itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan satu sistem penilaian dan pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum. Pengiktirafan tersebut samada dalam bentuk sijil, surat akuan atau anugerah. Selain itu, bilik gerakan tersebut perlu dilantik beberapa murid untuk ditubuhkan jawatankuasa. Ini dapat mendedahkan kepada murid rasa kepimpinan terhadap tanggungjawab menjaga dan membersih bilik tersebut. Ini sedikit sebanyak

- 29 -

boleh mendidik murid merasai suasana yang akan berlaku semasa di sekolah menengah dan institut pengajian tinggi kelak. Jawatankuasa kokurikulum sekolah perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang kegiatan kokurikulum di sekolah. Antaranya ialah membanyakkan aktiviti yang dapat memupuk nilai murni dalam jiwa murid seperti bergotong royong, kerjasama dan sebagainya. Antara lain, memberi keutamaan dan penekanan kepada aktiviti dan program yang melibatkan penyertaan lebih ramai murid. Selain itu, mengadakan aktiviti dan program yang dapat memupuk dan mengembangkan bakat dan kemahiran yang berkaitan dengan seni suara, lakonan, muzik, syarahan dan sebagainya. Akhir sekali adalah dengan menjalankan dan membanyakkan aktiviti yang melibatkan pendidikan bukan formal kerana pendedahan awal bermula di bangku sekolah rendah adalah sangat penting kepada mereka.

- 30 -

Anda mungkin juga menyukai