Anda di halaman 1dari 3

4.

0 ANALISIS KAJIAN
4.1 Analisis Deskriptif Berdasarkan borang selidik bahagian B, iaitu mengkaji faktor bebanan tugasan yang mempengaruhi kebimbangan di mana seramai 11 orang atau 42.3% yang setuju manakala terdapat 7 orang atau 26.9% yang sangat setuju bahawa bebanan tugas menyebabkan mereka tertekan. Di sebaliknya, hanya terdapat seorang atau 3.8% yang sangat tidak bersetuju bahawa kepelbagaian tugas menyebabkan mereka berasa tertekan. Berdasarkan borang soal selidik bahagian C, iaitu mengkaji faktor pensyarah yang mempengaruhi kebimbangan di mana seramai 13 orang atau 50% yang sangat setuju bahawa cara pengajaran pensyarah mempengaruhi mereka semasa belajar. Seramai 11 orang atau 42.3% yang sangat setuju bahawa pensyarah yang tegas menyebabkan mereka berasa tertekan. Manakala terdapat seorang atau 3.8% yang sangat tidak setuju bahawa pensyarah yang bersikap mesra memotivasikan pelajar. Kebanyakan responden iaitu 53.8% yang setuju bahawa kekurangan pensyarah yang pakar akan mempengaruhi prestasi pembelajaran. Seramai 11 orang yang setuju dan sangat setuju bahawa emosi pensyarah akan mempengaruhi proses pembelajaran. Berdasarkan borang soal selidik bahagian D iaitu terdapat seramai 18 orang atau 69.2% yang bersetuju bahawa suasana yang sibuk dengan kerja menyebabkan kebimbangan di kalangan para pelajar di Kolej Astin. Selain itu terdapat 10 orang atau 38.5% yang kurang bersetuju bahawa suasana semasa menghadiri kelas menyebabkan pelajar gelisah, manakala seramai 1 orang atau 3.8% yang sangat tidak bersetuju suasana semasa membuat pembentangan di depan kelas menyebabkan pelajar gelisah. Berdasarkan borang soal selidik di bahagian E iaitu terdapat 15 orang atau 57.7% yang bersetuju bahawa berucap di hadapan orang ramai akan menyebabkan pelajar berasa bimbang dan gelisah. Seramai 3 orang atau 11.5% yang tidak bersetuju bahawa pelajar akan gelisah apabila berhadapan dengan pensyarah yang garang, manakala terdapat 3 orang atau 11.5% yang sangat

bersetuju bahawa pelajar akan berasa kurang berkeyakinan diri dalam melakukan sesuatu perkara. 4.2 Analisis Inferensi Merujuk kepada jadual persilangan antara jantina dengan tahap pendidikan tertinggi didapati seorang lelaki kelulusan Diploma manakala terdapat 11 orang lelaki kelulusan Ijazah Sarjana Muda(Degree). Bagi perempuan pula, terdapat seorang perempuan yang mendapat kelulusan Diploma dan 13 orang yang mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Degree). Berdasarkan kajian soal selidik yang dibuat, keputusan menunjukkan bahawa nilai korelasi antara bebanan tugasan dengan kebimbangan dan kegelisahan adalah 0.755. Dengan merujuk kepada jadual Nilai Pekali Korelasi, ini menunjukkan terdapat hubungan yang tinggi antara bebanan tugasan dengan kebimbangan dan kegelisahan. Bagi faktor pensyarah dengan kebimbangan dan kegelisahan menunjukkan nilai korelasi sebanyak 0.061. Nilai korelasi ini menunjukkan hubungan yang sangat lemah antara pensyarah dengan kebimbangan dan kegelisahan. Bagi faktor suasana dengan kebimbangan dan kegelisahan menunjukkan nilai korelasi sebanyak 0.840. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang tinggi antara faktor suasana dengan kebimbangan dan kegelisahan. Dapatan kajian menunjukkan regrasi antara ketiga-tiga pembolehubah tidak bersandar (IV) dengan pembolehubah bersandar (DV) iaitu kebimbangan dan kegelisahan. Nilai R Square yang didapati ialah 0.750 atau 75%. Ini menunjukkan bahawa terdapat 25% yang tidak dapat mempengaruhi kebimbangan dan kegelisahan. Nilai alpha yang digunakan untuk menganalisis kajian ini adalah 0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai signifikasi bagi bebanan tugasan adalah 0.062 atau 6.2%. Ini bermaksud 0.062>0.05, maka tolak H 1 terima H0 dan ini bermaksud bebanan tugasan tidak mempunyai hubungan yang positif

terhadap kebimbangan dan kegelisahan. Manakala, nilai signifikasi bagi pensyarah adalah 0.640 atau 64%. Ini bermaksud 0.640>0.05, maka tolak H 1 terima H0 dan ini bermaksud pensyarah tidak mempunyai hubungan yang positif terhadap kebimbangan dan kegelisahan. Di samping itu, nilai signifikasi bagi suasana adalah 0.001 atau 1%. Ini bermaksud 0.001<0.05, maka tolak H 0 terima H1 dan ini bermaksud suasana mempunyai hubungan yang positif terhadap kebimbangan dan kegelisahan.

Anda mungkin juga menyukai