Anda di halaman 1dari 7

1.

PENDAHULUAN Usaha dakwah merupakan satu usaha yang mulia yang mana keperluannya bagi manusia tidak boleh ditangguhkan. Usaha ini memerlukan satu tahap kesungguhan dan keikhlasan yang tinggi. Mengikut Kamus Pengetahuan Islam (Dusuki, 1976) menjelaskan dakwah sebagai usaha atau perjuangan suci untuk mengubah keadaan yang belum Islam kepada keadaan yang mempunyai nilai-nilai Islam. Di samping itu ianya merupakan tabligh untuk menyiarkan agama kepada penganut-penganut Islam yang lalai dari ajaran agama mereka dan juga sebagai undangan ke suatu majis yang bersifat kebajikan. Dakwah ertinya mengajak, menyeru, menyampaikan nasihat kepada manusia supaya taat kepada Allah, menyeru kepada kebenaran, kebaikan dan meninggalkan larangan ataupun tegahan-tegahan Allah. Dakwah kepada orang-orang Islam atau kepada orang bukan Islam agar memahami hakikat sebenarnya ajaran agama Islam dan seterusnya menerima Islam menjadi cara hidup adalah menjadi tanggungjawab setiap mukallaf. Maka peranan berdakwah bukan sahaja dipertanggungjawabkan kepada orang tertentu sahaja, bahkan ia merupakan tanggungjawab bagi setiap individu Muslim pada semua peringkat masyarakat dengan firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud: Serulah kepada Allah jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baikdan bantahlah mereka dengan cara yang terlebih baik.Sesungguhnya, tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalannya dan dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk. Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah sentiasa menjadi pegangan bagi setiap pendakwah untuk memastikan dakwahnya sentiasa berkesan terhadap masyarakat. Dengan kemajuan dan kemodenan yang dikecapi oleh umat Islam pada zaman sekarang seperti media cetak dan elektronik, ianya bukan lagi alasan bagi mereka untuk lari dari tanggungjawab yang telah diamanatkan oleh Allah S.W.T. Sepertimana yang telah diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya:

Maksudnya:"Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Barangsiapa dikalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu aka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman." Peluang dakwah kepada pelajar bukan Islam di kampus terbuka luas dan menjadi kewajipan kepada orang Islam untuk menunaikannya.Usaha dakwah yang berterusan amat perlu bagi memastikan golongan mahasiswa bukan Islam mendapat pendedahan tentang Islam dengan secukupnya (Mohd Sahandri,2010).

2. LATAR BELAKANG MASALAH

Tanggungjawab dan tugas dakwah kepada orang bukan Islam bukanlah suatu usaha yang baru tetapi ianya mempunyai sejarah yang lama.Masalah yang dihadapi dalam usaha ini adalah: i. Prejudis Islam sebagai suatu cara hidup yang mempunyai nilai-nilai yang tinggi tidak begitu difahami dan kurang dapat disaksikan oleh masyarakat bukan Islam amnya baik di Malaysia mahupun di Barat.Media umumnya dan media Barat khususnya amat prejudis dan sering memberikan gambaran buruk dan negatif terhadap dikaitkan secara sedar atau tidak dalam Islam.Ungkapan fundamentalist,extremist,terrorist,dan conservative atau kolot sering dikaitkan dengan Islam.Umat Islam digambarkan sebagai mundur dan jahil dan Islam dipamerkan sebagai ketinggalan zaman dan tidak relevan. ii. Keadaan Ummah Umat Islam umumnya pada hari ini berada dalam keadaan yang mundur dan lemah dalam pandangan mata dunia.Kebanyakan negara Islam digolongkan dalam dunia ketiga yang merupakan gelaran bagi negara yang mundur.Negara Islam amat bergantung kepada negara Barat dalam banyak perkara seperti kemajuan sains dan teknologi,kekuatan ketenteraan,dan sebagainya.Masyarakat bukan Islam

tidak dapat melihat keagungan dan kebaikan Islam sebagai suatu cara hidup.Hakikat khaira ummah seperti yang dijanjikan oleh al-Quran tidak dapat dizahirkan.Dakwah Islamiah tidak mendapat galakan dari keadaan umat Islam hari ini. iii. Kesedaran dakwah Individu Muslim yang tidak memainkan peranan dakwah tidak dapat membantu usaha dakwah kepada orang bukan Islam.Ramai Muslim tidak menyedari bahawa tanggungjawab menyampaikan Islam walaupun sepotong ayat adalah

tanggungjawab setiap individu Muslim.Ianya merupakan tugas utama para Rasul dan gelaran rasul atau messenger itu memberikan gambaran jelas terhadap peranan utama utusan Allah dari Adam as sehingga Muhammad s.a.w. Mengikut contoh baginda s.a.w sebagai penyampai risalah Ilahi yang merupakan penyampaian rahmat ke seluruh alam. iv. Ketahanan jiwa dan rohaniah Peribadi para pendakwah menjadi lemah apabila berdepan dengan golongan sasaran. Inilah yang membimbangkan dan perlu tindakan dalam diri pendakwah. Kebanyakan para pendakwah hanya tertumpu pada amalan berbentuk kebatinan. Namun, apa yang penting adalah ketahanan jiwa dan kerohanian lagi ampuh yang dapat melawan kemungkaran, kefasikan dengan penuh sabar dan reda kepada Allah (SWT).

3. PERNYATAAN MASALAH

Sebagai mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terdiri daripada golongan pelajar muda serta kelompok etnik dan agama yang berbeza,pasti mempunyai pemikiran kritikal yang sentiasa memikirkan keagungan pencipta dan kewujudan manusia.Bagi golongan pelajar bukan Islam khususnya mereka yang tidak teguh

pegangan agama atau bagi mereka yang tidak beragama sentiasa mencari sesuatu pegangan hidup sebagai panduan supaya tidak menjadi manusia yang tidak bertuhan. Terdapat usaha golongan yang mempunyai rakan karib Islam cuba mendekati dan mempelajari amalan dan tatacara beragama dan bersosial mengikut lunas-lunas Islam. Keadaan ini berlaku secara meluas dalam masyarakt kampus sama ada di IPTA atau IPTS (Mohd Sahandri, 2010). Sehubungan itu, pengkaji mengambil initiatif meleraikan permasalahan dengan membuat kajian terhadap mekanisme potensi dakwah dan penilaian pelajar bukan Islam terhadap agama Islam di UTM.

4. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penilaian pelajar bukan Islam terhadap potensi dakwah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Secara keseluruhannya kajian ini bertujuan untuk mengukur kefahaman pelajar bukan Islam terhadap Islam.Antara objektifnya adalah : a) menentukan status penilaian berkaitan faktor penilaian motivasi,dan strategi dalam kalangan pelajar bukan Islam.
b) mengkaji sejauhmana perilaku pelajar Islam dan komuniti kampus dapat menarik

perhatian pelajar bukan Islam. c) mengetahui tahap penghayatan mengenai Islam dalam kalangan pelajar bukan Islam.

5. PERSOALAN KAJIAN

a) Sejauhmana faktor penilaian,motivasi,strategi dan srategi dapat menarik perhatian pelajar bukan Islam di UTM? b) Bagaimanakah perilaku pelajar Islam mencerminkan ajaran sebenar Islam dalam kehidupan seharian? c) Sejauhmanakah tahap penghayatan mengenai Islam dalam kalangan pelajar bukan Islam?

6. KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini menjelaskan tentang pandangan,tanggapan dan penilaian pelajar bukan Islam terhadap Islam.Selain itu,kajian ini turut membantu meneroka potensi dakwah dalam kalangan pelajar yang merangkumi pelbagai aspek seperti sosial,intelektual,dan teknologi.Maklumat yang diperolehi dapat membantu komuniti UTM bagi menghasilkan perancangan strategik dalam usaha memanfaatkan peluang yang ada kepada golongan pelajar yang berminat kepada Islam.

7. SKOP KAJIAN/BATASAN KAJIAN Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini hanya terhad kepada pelajar yang menjawab soal selidik sahaja dan tidak menggambarkan keseluruhan Universiti Teknologi Malaysia.Kajian ini tertumpu kepada responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar bukan Muslim daripada tahun satu hingga empat di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini meliputi 50 orang pelajar daripada pelbagai fakulti.Aspek yang dikaji adalah berkaitan persepsi pelajar Universiti Teknologi Malaysia mengenai tahap penghayatan Islam dalam kalangan pelajar bukan Islam.. Di samping itu, kajian ini juga melihat persepsi pelajar mengenai sejauhmana perilaku pelajar Islam dan komuniti kampus dapat menarik perhatian pelajar bukan Islam.

8. DEFINISI ISTILAH

Potensi Dakwah Dakwah bermaksud penyebaran agama Islam.Maka berdakwah bererti menjalankan kegiatan penyebaran agam Islam dan ajaran-ajarannya.Ruang kegiatan yang boleh dterokai dalam usaha menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. Dalam kajian ini, potensi dakwah yang dikenalpasti ialah sejauhmana fenomena penyebaran informasi Islam (dakwah) dilaksanakan di UTM dan bagaimana penerimaan pelajar bukan Islam terhadap penjelasan informasi berkaitan.

Pelajar Bukan Islam Yang dimaksudkan dengan pelajar bukan Islam ialah orang yang belum memeluk agama Islam yang terdiri daripada mereka yang dinamakan musyrik, tidak

beragama,Kristian,munafik dan Yahudi.

Kalangan Yang dimaksudkan dengan kalangan ialah lingkungan atau golongan.

9.

KESIMPULAN Sebagai seorang pendakwah yang hidup di zaman yang serba moden, pemikiran yang kreatif dan kritis diperlukan untuk memastikan aktiviti dakwah yang dilakukan mencapai kejayaan yang diharapkan. Seorang pendakwah juga hendaklah sentiasa memandang ke hadapan supaya mereka tidak akan ketinggalan dalam dunia yang serba canggih ini. Tetapi, seseorang pendakwah juga tidak boleh membelakangkan pendekatan dakwah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W pada zaman kepimpinannya yang memberi kesan yang amat mendalam dan positif terhadap umat terdahulu. Ianya hendaklah menjadi panduan kepada seorang pendakwah supaya kerja dakwahnya berjaya dari segi duniawi dan ukhrawi disamping pendekatan-pendekatan moden yang terdapat pada zaman sekarang.

10. RUJUKAN a) Buku/Journal I.


Abdul Ghani Samsudin, Ishak Sulaiman, Engku Ibrahim. (2001). Seni dalam Islam, Selangor: Intel Multimedia and Publication.

II.

Konsep Dakwah.(2007, Jun 12). Retrieved April 4, 2010, from Keluarga Mahasiswa Islam Institut Teknologi Bandung: http:gamais.itb.ac.id/ Johari, A. (2006).

III.

Pengaruh Pengetahuan Agama ke atas Amalan dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam. Universiti Teknologi MARA Johor, 1-8. Mounia Lakhdar, Genevive Vinsonneau, Michael, J.A, & Etienne Mullet. (2007).

b) Internet I. II.
http://simfoniislam.blogspot.com/ http://www.facebook.com/notes/bercouple-itu-haram/kerja-dakwah-tiadapenghujung/164947386897158

III.

http://chitchat85.blogspot.com/2008/03/dakwah-non-muslim-masalah-danstrategi.html