Rancang aktiviti sains yang menjurus kepada minat mereka. Dengan itu, guru akan lebih senang untuk mengawal murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru juga perlu mengelakkan aktiviti yang memerlukan banyak penerangan dan arahan. Hal ini kerana murid akan menjadi keliru dan tidak memahami apa yang perlu dilakukan. Aktiviti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga harus dielakkan seperti ingin menerangkan konsep medan magnet. Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan sebagainya, jadikan peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa. CONTOH PELAKSANAAN AKTIVITI HANDS ON Contohnya, dalam topik kumpulan makanan, murid dikehendaki mengenalpasti kumpulan makanan. Jika diterangkan di dalam kelas dan memberikan contoh, besar kemungkinan murid tidak dapat memahami sepenuhnya dan sukar untuk mereka ingat kumpulan makanan tersebut. Jadi, guru akan membawa pelajar berjalan-jalan di kantin sekolah dan setiap murid dikehendaki mengenal pasti kumpulan-kumpulan makana yang telah disediakan di kantin sekolah. Peringkat ini, murid akan membuat prediction dan observation ( kedua-dua ini adalah dikenali sebagai kemahiran proses sains , (KPS). Setelah mereka mengenalpasti kumpulan makanan tersebut, tugas guru adalah memantau tingkah laku mereka semasa membuat pemerhatian pengenalpastian kumpulan makanan. Guru hendaklah memastikan pelajar berada di kantin sekolah bukannya merayau di kawasan lain.( aspek keselamatan adalah priority nombor 1 seorang guru sains ). Cara terbaik untuk mengajar atau memperkenalkan sains kepada kanak-kanak ialah dengan cara hands-on experiences iaitu mereka belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Selain itu, pilih aktiviti yang biasa berlaku dalam persekitaran kanak-kanak untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu mereka lakukan. Mengajar mereka melakukan sesuatu yang asing bagi mereka adalah sukar. Untuk menjadikan pengajaran sains lebih bermakna, Rochel Gelman mencadangkan supaya memilih 1 atau 2 konsep yang berhubung kait. Contohnya konsep didalam" dan "diluar atau konsep perubahan biologi" dan "kitaran hidup. Adalah amat penting untuk anda sebagai guru untuk kekal mengajar konsep yang sama selama sebulan atau lebih (Gelman dan Brenneman 2004). Mengajar sesuatu topik dalam tempoh masa yang agak lama tidak akan menghadkan ruang lingkup pembelajaran kanak-kanak, tetapi sebenarnya setiap konsep yang diajar boleh dikembangkan lagi ke dalam bentuk aktiviti sains yang pelbagai. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk fokus kepada konsep perubahan biologi dan kitaran hidup, anda boleh mengembangkan lagi topik ini . Contohnya :
a) Biji benih dan tumbuh-tumbuhan (contoh:mengira biji benih dalam buah epal;) b) menanam biji benih; membuat pemerhatian tentang bagaimana tumbuhan membesar. c) Belajar mengenai kitaran hidup pelbagai jenis haiwan seperti katak, rama-rama dan sebagainya. d) Mengukur pertumbuhan/perubahan fizikal tumbuhan atau haiwan. e) Belajar tentang kesihatan dan penyakit.
KELEBIHAN AKTIVITI HANDS ON Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands on kepada murid kelainan upaya. Antaranya ialah dapat meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid kelainan upaya ini kurang berminat untuk belajar dan melibatkan diri dalam pembelajaran. Dengan memberi mereka peluang untuk melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka berasa berminat untuk belajar. Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama. Aktiviti hands on juga memudahkan murid untuk memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah. Murid kelainan upaya juga akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi aktiviti hands on, murid akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari dalam situasi kehidupan yang bersesuaian. Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik. Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan dengan menggunakan strategi aktiviti hands on. Selain itu, aktiviti hands on yang dilakukan dapat meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid Aktiviti hands on turut meningkatkan kemahiran-kemahiran proses sains seperti kemahiran memerhati dan keupayaan untuk menginterpretasi data