P. 1
SIP Senarai Band SR 2010

SIP Senarai Band SR 2010

|Views: 244|Likes:
Dipublikasikan oleh aboyy

More info:

Published by: aboyy on Apr 30, 2013
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/21/2013

pdf

text

original

Sections

  • PENCaPaIaN BaND 1
  • PENCaPaIaN BaND 2
  • PENCaPaIaN BaND 3
  • PENCaPaIaN BaND 4
  • PENCaPaIaN BaND 5
  • PENCaPaIaN BaND 6
  • PENCaPaIaN BaND 7

1

Nkra Pendidikan

kejayaan tahun 2010

Pada pertengahan tahun 2009, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan inisiatif-inisiatif
dalam 6 bidang keberhasilan utama sebagai sebahagian daripada Program Transformasi
Kerajaan (GTP) dan juga pemangkin kepada peningkatan kehidupan rakyat yang lebih
baik di seluruh negara. Kementerian Pelajaran sebagai peneraju Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA) Pendidikan, telah menyelesaikan semua inisiatif dengan jayanya
pada tahun ini dan hasilnya mampu meningkatkan taraf kehidupan ribuan kanak-kanak
dengan meluaskan akses kepada pendidikan asas.

Berikut adalah ringkasan inisiatif pendidikan pada tahun 2010:

Prasekolah dan LINUS

Secara menyeluruh, rasional NKRA Pendidikan diperkenalkan adalah
untuk meluaskan akses dan meningkatkan kualiti pendidikan asas.
Hasrat murni inisiatif Prasekolah dan LINUS bertujuan menetapkan
satu standard piawaian pendidikan negara bagi memastikan bahawa
setiap kanak-kanak akan memperoleh pendidikan permulaan
(headstart) yang berkualiti melalui pendidikan awal kanak-kanak
selain daripada mampu menguasai kemahiran membaca, menulis
dan mengira selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

Inisiatif pertama ialah meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak
prasekolah kepada 72% berbanding 67% pada tahun sebelumnya, di
samping meningkatkan kualiti prasekolah di seluruh negara. NKRA
Pendidikan juga melalui inisiatif kedua, menetapkan bahawa untuk
meningkatkan kadar asas literasi dan numerasi di kalangan murid
Tahun 1 kepada 90%, maka usaha mengenalpasti murid ialah dengan
mengadakan saringan secara berkala terlebih dahulu. Sekiranya
murid-murid tidak melepasi saringan tersebut maka kelas-kelas
pemulihan akan diadakan untuk membantu mereka. Program Literasi
dan Numerasi (LINUS) diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bertujuan untuk mencapai literasi dan numerasi sehingga
100% bagi semua kanak-kanak sekolah di Malaysia apabila mereka
sampai ke Tahun 3.

Contents - Primary School - BM.indd 1

6/10/2011 11:53:20 AM

2

Sekolah Berprestasi Tinggi dan Tawaran Baru kepada Pengetua dan
Guru Besar

Dalam usaha melonjakkan tahap keseluruhan sistem, sebanyak 20 Sekolah
Berprestasi Tinggi telah dipilih sebagai penanda aras sekolah di peringkat
antarabangsa. Sekolah-sekolah “creme de la creme”ini terdiri daripada sekolah
rendah dan menengah yang telah memenuhi kriteria yang ketat termasuklah
pencapaian akademik yang cemerlang, sokongan alumni, pengiktirafan
antarabangsa, jalinan dengan Institusi Pengajian Tinggi serta jaringan kukuh
dengan sekolah tempatan dan luar negara. Sekolah-sekolah ini juga ditakrifkan
sebagai sekolah yang memiliki etos, perwatakan dan identiti unik yang
membolehkannya cemerlang dalam semua aspek pendidikan.

Inisiatif Tawaran Baru bagi Pengetua dan Guru Besar diperkenalkan sebagai
pendekatan baru penilaian berasaskan pencapaian untuk semua Pengetua
dan Guru Besar dalam sistem pendidikan negara. Hasrat murni ini bertujuan
memastikan bahawa sekurang-kurangnya 2% Pengetua dan Guru Besar
melepasi sasaran dalam pencapaian murid bagi tahun penilaian 2010.
Sebelum inisiatif Tawaran Baru, sistem penilaian Pengetua dan Guru Besar
tidak berasaskan pencapaian dengan menilai keberhasilan murid sebagai
kayu pengukuran pencapaian. Ganjaran Tawaran Baru untuk Pengetua dan
Guru Besar dicadangkan kerana inisiatif ini bukan sahaja dapat meningkatkan
motivasi mereka malahan guru-guru juga agar sentiasa berusaha lebih
gigih dalam meningkatkan pencapaian murid. Inisiatif ini telah menerima
maklumbalas positif daripada warga pendidik kerana melalui Tawaran Baru,
guru-guru berpandangan usaha mereka akan dihargai.

Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP)

Selain meningkatkan akauntibiliti Pengetua dan Guru Besar di seluruh negara,
penyenaraian kedudukan sekolah juga membantu Kementerian Pelajaran
mengenalpasti sekolah-sekolah yang memerlukan khidmat sokongan dan
bantuan tambahan supaya sekolah-sekolah ini mampu mencapai objektif
memberi pendidikan berkualiti kepada semua kanak-kanak di Malaysia.
Khidmat sokongan ini hasil daripada program komprehensif iaitu Program
Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP) bertujuan untuk memberi bimbingan
kepada Pengetua dan Guru Besar dalam program Pembimbing Pembangunan
Sekolah dan membantu guru-guru meningkatkan pengajaran dalam bilik darjah
dalam Program Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah. Sepanjang tahun 2010
sebanyak 297 Pembimbing Pembangunan Sekolah dan seramai 144 Jurulatih
Pakar Pembangunan Sekolah telah dihantar ke 209 sekolah-sekolah rendah
dalam Band 6 dan 7 untuk meningkatkan pengajaran di sekolah Band yang
sama. Impaknya, sebanyak 88 sekolah rendah telah berjaya keluar daripada
Band 6 dan 7 menjelang akhir tahun 2010.

Di bawah inisiatif Tawaran Baru pada tahun 2010, sebanyak 9,814 sekolah telah
disenaraikan buat pertama kalinya dalam sejarah di Malaysia. Penyenaraian ini
berasaskan keputusan peperiksaan awam dan skor Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) tahun 2009. Penyenaraian kedudukan sekolah telah
didokumenkan di dalam booklet yang telah diagihkan kepada semua Pengetua
dan Guru Besar di seluruh negara.

Pada tahun ini juga, penyenaraian kedudukan sekolah bukan sahaja boleh
diperolehi dalam bentuk salinan cetak (hard copy), tetapi juga boleh diakses
di internet (online) oleh semua Pengetua dan Guru Besar serta guru-guru di
seluruh negara.

Contents - Primary School - BM.indd 2

6/10/2011 11:53:20 AM

Band Prestasi Sekolah

Toolkit Penambahbaikan

Sekolah

Talian atau Khidmat
Sokongan

Instrumen
penarafan
kendiri

Gred
Purata
Sekolah

Pelan
Tindakan

Penambahbaikan

Sekolah

Beban
tugas dan
prestasi
guru

Prioriti
Pemimpin
Sekolah

Bahan dan
bantuan
sokongan

Proses dan
protokol

Pembangunan
Kapasiti

Kemudahan
asas dan
Infrastruktur

Prestasi
setiap
kelas

Band prestasi sekolah bertujuan untuk memberi gambaran
kedudukan sebenar sekolah bagi membantu menyediakan
sasaran pencapaian yang perlu dicapai. Band Prestasi ini
juga membantu Kementerian Pelajaran, mengenalpasti
kategori sekolah yang perlu diberi bantuan sewajarnya
untuk meningkatkan prestasi sedia ada.

Band prestasi dihasilkan dengan mengumpulkan sekolah
kepada tujuh kategori pencapaian berdasarkan kepada
keputusan peperiksaan awam dan skor penarafan kendiri
sekolah. Sekolah juga akan dikumpulkan berdasarkan

Ranking sekolah diperkenalkan dalam Tawaran Baru kepada
Pengetua/Guru Besar sebagai asas untuk pemberian
ganjaran kepada pemimpin sekolah yang melepasi sasaran
yang ditetapkan. Walau bagaimana pun, dalam Program
ini ranking sekolah dikumpulkkan berdasarkan band bagi
mengenalpasti intensiti bantuan yang perlu diberikan
kepada sekolah untuk berjaya.

Mulai sekarang, Band Prestasi Sekolah bagi Sekolah
Rendah dan Menengah di Malaysia akan diumumkan pada
umum setiap tahun.

Toolkit Penambahbaikan Sekolah ialah instrumen
yang mengumpul dan menganalisis data atas
talian yang dapat memberi maklumat sebenar bagi
merancang pelan tindakan yang realistik untuk
menambaik prestasi sekolah masing-masing. Toolkit
menganalisis kekuatan dan kelemahan setiap

yang diperlukan oleh sekolah dari aspek kepimpinan
sekolah, prestasi guru, penglibatan ibu bapa dan
murid serta keperluan infrastruktur.

Toolkit ini dibangunkan dengan mengambilkira
maklumat sedia ada dan digabungkan dalam data asas
yang bersepadu dan analisis maklumat dipaparkan
melalui carta atau graf yang mudah dibaca.

Paparan ini memudahkan pemimpin sekolah
melihat, memantau dan mengukur prestasi sekolah
dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun,
keberkesanan toolkit ini bergantung kepada
kesahihan dan ketepatan maklumat yang dimasukkan
bagi menjana bantuan yang perlu diberikan kepada
setiap sekolah.

Maklumat yang dijana daripada toolkit akan dapat
membantu pihak sekolah dan Kementerian mengetahui
keperluan khusus yang diperlukan oleh setiap sekolah.

Perkara ini akan memudahkan kedua-dua pihak iaitu
sekolah dan Kementerian mengenalpasti bentuk bantuan
( sekiranya perlu) untuk diberikan kepada sekolah bagi
meningkatkan prestasi sekolah. Asas utama program ini
supaya pemimpin sekolah lebih akauntabel dan memainkan
peranan utama sebagai pemutus dasar dalam memacu
peningkatan prestasi sekolah. Pemimpin sekolah
perlu memahami keperluan sekolah yang dipimpin dan
bersedia bertanggungjawab dalam merancang dan
melaksanakan pelan tindakan bagi mencapai sasaran.

Walau bagaimana untuk sekolah-sekolah yang tiada
upaya untuk meningkat prestasi dan sering berada
dalam band prestasi sekolah yang rendah, maka Talian
atau Khidmat Sokongan (Service Lines) akan disediakan
dalam 4 perkara utama berikut iaitu Pengetua/Guru
Besar, Guru, Muird dan Ibu Bapa dan infrastruktur asas
bagi memastikan sekolah mencapai sasaran. Talian
atau Khidmat sokongan merupakan bantuan yang akan
diberikan seperti Program Pembimbing Pembangunan
Sekolah dan Program Jurulatih Pakar Pembangunan
Sekolah.

Sokongan, penambaikan kemudahan asas dan
infrastuktur serta amalan terbaik yang diperkenalkan dari
sekolah-sekolah yang terbukti berjaya, nyata memberi
impak terhadap pencapaian sekolah.

3

Bagaimanakah kaedah Pelaksanaan Program Pembangunan Prestasi Sekolah?

Contents - Primary School - BM.indd 3

6/10/2011 11:53:21 AM

4

keputusan Penyenaraian kedudukan Sekolah rendah Tahun 2010

Penyenaraian kedudukan sekolah rendah berdasarkan Skor Komposit yang
terdiri daripada 70% Gred Purata Sekolah (GPS) dan 30% daripada penilaian
menyeluruh sekolah dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Gred
Purata Sekolah berasaskan pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam yang
diperolehi daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Manakala SKPM ialah
instrumen penarafan kendiri sekolah yang akan diverifkasi oleh Jemaah Nazir.

Sekolah-sekolah juga akan dikategorikan kepada 7 pencapaian band
berdasarkan Skor Komposit. Band 1 menunjukkan pencapaian band yang
tertinggi manakala Band 7 adalah pencapaian band yang terendah. Sekolah-
sekolah dalam Band 1 layak memohon untuk dipertimbangkan sebagai Sekolah
Berprestasi Tinggi sekiranya memenuhi syarat-syarat Sekolah Berprestasi
Tinggi.

Penyenaraian kedudukan Sekolah rendah Tahun 2010

Contents - Primary School - BM.indd 4

6/10/2011 11:53:22 AM

27 113

407

178

1

2

1,797

3

3,540

4

1,573

5

6

7

5

analisis Penyenaraian kedudukan Sekolah rendah Tahun 2010

Rajah 1

keputusan penyenaraian kedudukan mengikut pencapaian band

Jumlah sekolah rendah

Pencapaian band berdasarkan skor komposit

Sebanyak 7,635 sekolah rendah telah dibuat penyenaraian kedudukan kepada
7 band, merangkumi daripada pencapaian tertinggi (Band 1) sehinggalah ke
pencapaian terendah (Band 7) yang memerlukan sokongan tambahan.

Pencapaian Band

Skor komposit

1

85.0% dan ke atas

2

75.0% ke 84.9%

3

65.0% ke 74.9%

4

55.0% ke 64.9%

5

45.0% ke 54.9%

6

35.0% ke 44.9%

7

34.9% dan ke bawah

Berdasarkan rajah 1, sebahagian besar sekolah rendah di Malaysia berada
dalam Band 1 hingga Band 3. Walau bagaimanapun, Kementerian Pelajaran
prihatin terhadap sekolah-sekolah yang berada dalam Band 4 hingga Band 7.
Peruntukan sumber yang lebih besar akan disalurkan kepada sekolah-sekolah
yang lebih memerlukan untuk memastikan khidmat sokongan dan bantuan
dapat diteruskan.

Contents - Primary School - BM.indd 5

6/10/2011 11:53:22 AM

1

2

3

4

5

6

7

Bilangan sekolah mengikut band

Pengagihan pencapaian sekolah mengikut negeri

Peratus Sekolah

Band 7

Band 6

Band 5

Band 4

Band 3

Band 2

Band 1

40%

41%

1,261

7%

10% 1%

Sarawak

8 85 505 521 127 15

23%

43%

23%

1,060

6%

4%

Sabah

5 62 243 455 248 43 4

3

3

7 45 398 397 32

53%

20%

20%

2% 2%

2% 842

Perak

16%

54%

24%

636

0%

3%

Selangor

3 18 99 344 152 20

53%

32%

10%

3% 409

Kelantan

2

6

2 41 217 130 11

29%

61%

4%

5%

346

Terengganu

1

1

8 39 170 115 8

13%

61%

22%

264

3%

Pulau Pinang

2

1 33 162 59 7

22%

63%

12% 3% 73

Perlis

16 46 9

2

18%

71%

12%

17

Labuan

3 12 2

80%

20%

10

Putrajaya

8

2

10%

37%

48%

5% 198

Kuala Lumpur

1

9 120 96 5

52%

42%

231

4%

2%

Melaka

1

1 19 95 73 9

50%

34%

2% 11%

342

2%

N. Sembilan

2

1

1 17 210 101 14

44%

40%

8%

4% 531

2%

Pahang

10 15 17 169 444 170 17

45%

45%

4%

0% 5%

885

Johor

3 11 82 322 103 9

15%

61%

19%

2% 530

2%

Kedah

4

8 12 41 231 212 23

6

Rajah 2

Pencapaian band mengikut geograf

Contents - Primary School - BM.indd 6

6/10/2011 11:53:24 AM

7

Rajah 2 (mukasurat sebelah) menunjukkan penyenaraian kedudukan sekolah
mengikut negeri. Negeri Sabah dan Sarawak menunjukkan jumlah sekolah
yang terbesar tetapi juga mempunyai jumlah sekolah berprestasi rendah yang
terbesar. Kebanyakan sekolah (73%) dalam Band 6 hingga 7 yang terlibat di

Rajah 3

Pencapaian band mengikut geograf

dalam Program Pembangunan Prestasi Sekolah terdiri daripada sekolah-sekolah
yang terletak di kawasan pedalaman dan kawasan terpencil di mana status
sosio ekonomi komunitinya rendah seperti mana yang dipaparkan di rajah 3.

Kebanyakan sekolah di pedalaman memerlukan bantuan segera dan khusus
untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dan juga guru. Walaupun NKRA
Pendidikan telah menunjukkan impak dan kejayaan besar melalui inisiatif-
inisiatifnya, namun sepertimana yang telah dijelaskan pada macapada buku
ini, khidmat sokongan dan bantuan perlu ditingkatkan kepada sekolah Band 6
dan 7. Program Pembangunan Prestasi Sekolah akan terus memacu usaha dan
menambahkan sumber-sumber kepada sekolah-sekolah yang tidak melepasi
sasaran. Selain itu, pelbagai pihak akan terlibat untuk memperkasakan latihan

secara sistematik bagi menjana sumber tenaga pengajar yang lebih komited
dan efsyen.

Sekolah-sekolah boleh menggunakan Toolkit untuk penarafan kendiri dan
merancang program-program untuk menambahbaik prestasi mereka dan
murid-murid. Sekolah-sekolah mendapat inisiatif untuk menjalankan program-
program tersebut dengan kerjasama guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan
komuniti.

Bilangan sekolah mengikut band

Peratus sekolah mengikut band

Peratus Sekolah

1

2

3

4

5

6

7

24%

13%

47%

46%

33%

20%

2% 7%

5,544

Luar
Bandar

Bandar

1%

2%

2,091

1%

5%

Band 2 Band 3

Band 4 Band 5

Band 6 Band 7

Band 1

26 100 366 1305 2560 1116 71

1 13 41 268 980 681 107

Contents - Primary School - BM.indd 7

6/10/2011 11:53:24 AM

8

Pengkisahan Peningkatan Pencapaian Daripada Sekolah Berprestasi rendah kepada Sekolah Luar Biasa

Dalam NKRA Pendidikan, Kementerian Pelajaran berhasrat untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti ke seluruh negara, dan pada masa yang sama
menyediakan khidmat sokongan kepada sekolah-sekolah berprestasi rendah. Kejayaan Tawaran Baru Untuk Pengetua dan Guru Besar telah merungkai pelbagai
kisah wira-wira yang tidak disanjung (‘the unsung heroes’) di sebalik kejayaan sekolah-sekolah tersebut. Jasa dan pengorbanan wira-wira ini wajar diberikan
penghargaan tinggi kerana merekalah peneraju kepada kejayaan pencapaian murid waima sekalipun berhadapan dengan pelbagai rintangan. Berikut ialah dua
kisah kecemerlangan sekolah, iaitu SK Bebangan di Kapit, Sarawak dan SJK(T) Ladang Semantan di Mentakab, Pahang yang telah berjaya dalam Tawaran Baru
Untuk Pengetua dan Guru Besar.

untuk murid mudah faham dan ingat apa yang telah dipelajari”. Encik Kuji
mengatakan bahawa guru-guru mata pelajaran secara bergilir-gilir bertugas
mengajar mengikut jadual yang telah ditetapkan. Program ini juga dibantu oleh
pembantu murid dan warden asrama.

Selain daripada kelas ulang kaji, sekolah juga mengadakan program tambahan
untuk meningkatkan prestasi murid Tahun 6. Program peningkatan Prestasi
UPSR dijalankan dalam dua fasa. Dalam fasa pertama, murid Tahun 6 diberi
bimbingan pada waktu petang dan malam bermula dari bulan Januari hingga
Februari. Dalam fasa kedua, murid Tahun 6 akan memulakan kelas pada awal
pagi dari bulan Mac hinggalah masa peperiksaan UPSR. Bermula daripada bulan
Ogos hingga September murid-murid Tahun 6 diminta tinggal di asrama untuk
membiasakan diri dengan rutin belajar tanpa gangguan.

Daripada pengkisahan pencapaian SK Bebangan, jelaslah bahawa peranan
guru-guru sangat penting dalam menentukan kejayaan sekolah. Gabungan
usaha guru muda dan guru berpengalaman saling lengkap-melengkapi. Guru-
guru muda di SK Bembangan kerap menggunakan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran, contohnya mencari bahan-bahan terkini di internet untuk
menarik perhatian murid. Walaupun Guru Besar baharu sahaja bertugas di
sekolah ini pada awal Januari namun beliau terharu apabila sekolah berjaya
menunjukkan lonjakan dalam penyenaraian kedudukan sekolah.

1. Sk Bebangan, Pejabat Pelajaran Daerah kapit, Sarawak.

SK Bebangan di Kapit ialah sekolah yang mendapat lonjakan kelima tertinggi
dalam penyenaraian kedudukan sekolah pada tahun 2010 dengan peningkatan
sebanyak 57.05% dari kedudukan tempat 2,406 (tahun 2009) ke tempat 1,738
(tahun 2010). Gred Purata Sekolah (GPS) sekolah ini bertambah baik daripada
2.98 pada tahun 2009 ke 1.28 pada tahun 2010. Menurut Encik Kuji anak Ungop,
Guru Penolong Kanan, sekolah telah mula menunjukkan peningkatan secara
tekal sejak 2004, apabila pihak berkuasa sekolah memulakan program kelas
ulang kaji pada awal pagi bermula jam 5 pagi setiap hari persekolahan. “Kelas
ini diwujudkan kerana guru-guru percaya waktu pagi merupakan waktu terbaik

Seorang guru menyelia murid-murid di dalam kelas di SK Bebangan.

Contents - Primary School - BM.indd 8

6/10/2011 11:53:24 AM

9

2. SJkT Ladang Semantan, Pahang

SJK(T) Ladang Semantan, Pahang merupakan
sebuah lagi sekolah yang menunjukkan pencapaian
cemerlang pada tahun 2010 dalam penyenaraian
kedudukan sekolah. Sekolah yang terletak dalam
estet di Pahang ini, berjaya menambahbaik
Gred Purata Sekolah daripada 2.46 pada tahun
2009 kepada 1.34 pada tahun 2010. Kejayaan ini
melonjakkan kedudukan sekolah daripada tempat
ke 2507 pada tahun 2009 kepada tempat ke 746
pada tahun 2010, dengan peningkatan sebanyak
45.63%.

Guru Besar Puan Isvaree A/P Suppramaniam juga
merupakan seorang guru Bahasa Inggeris mengajar
murid Tahun 6 berpendapat terdapat dua faktor
utama membantu peningkatan pencapaian
sekolah; iaitu faktor kerjasama daripada ibu bapa
dan komitmen guru-guru.

“Ibu bapa murid-murid sering bekerjasama dengan
guru-guru dalam penyediaan alat tulis dan bahan
untuk latihan dan kertas peperiksaan. Selain itu,
ibu bapa mengambil berat terhadap pendidikan
anak-anak”kata Puan Isvaree. “Ibu bapa sering
berjumpa dengan guru-guru sebanyak empat kali
setahun untuk membincangkan pencapaian murid.
Pertemuan ini bukan sahaja merapatkan hubungan
tetapi tindakan segera akan diambil sekiranya
murid mula menunjukkan penurunan dalam
prestasi. Kejayaan ini diperkuatkan lagi dengan
kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru

(PIBG) yang sering memberi bantuan kewangan
seperti membeli kertas untuk peperiksaan”.

Selain sokongan ibu bapa, guru-guru SJKT Ladang
Semantan sering meluangkan masa dengan murid
dan prihatin terhadap kebajikan murid. Guru-
guru membentuk hubungan mesra dengan murid
menyebabkan murid rasa segan untuk berkelakuan
tidak baik di sekolah. Selain itu, murid juga dapat
meningkatkan kawalan diri sendiri sebelum murid
mula membentuk sikap terhadap pembelajaran.
Kejayaan Guru Besar dan guru dalam mendidik

murid dengan pendekatan rohaniah telah terbukti
apabila seorang murid yang paling bermasalah di
sekolah ini telah dapat dipulihkan dan akhirnya
beliau berjaya mendapat 5A dalam UPSR pada
tahun lepas.

“Saya percaya aspek pemantauan yang berterusan
terhadap pengajaran dan pembelajaran, hubungan
rapat dengan guru, guru dengan murid dan
perbincangan kerap bersama ibu bapa sebenarnya
merupakan resipi kejayaan sekolah”, kata Puan
Isvaree.

Guru-guru dan murid-murid SJK(T) Ladang Semantan bergambar bersama.

Contents - Primary School - BM.indd 9

6/10/2011 11:53:25 AM

10

kedudukan
Sekolah
rendah
pada
tahun
2010

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->