Anda di halaman 1dari 6

TENTERA BERGAJAH ABRAHA Abraha ialah gabenor negeri Yaman. Dia raja yang kaya.

Abraha ingin menjadikan Yaman negeri terkenal. Abraha menerima berita tentang Kota Mekah. Mekah lebih terkenal dari Yaman. Kaabah menjadi tumpuan orang untuk beribadah. Kota Mekah menjadi tumpuan para pedagang. Mekah menjadi maju. Abraha menjadi cemburu. Kini, Mekah lebih maju dari Yaman. Abraha membina gereja yang besar dan cantik di Kota Sana Yaman. Abraha mahu semua orang beribadat di Kota Sana Yaman. Katanya, pasti Mekah akan sepi. Tiada orang berkunjung lagi. Malangnya, tiada siapa pun yang datang ke gereja itu. Mereka semua tetap berkunjung ke Mekah. Abraha menjadi marah. Dia mengumpulkan tenteranya untuk menyerang Mekah. Mereka ingin meruntuhkan Kaabah. Abraha menyediakan tentera bergajah. Tentera Quraisy Mekah kalah di tangan mereka. Abraha menjadi semakin angkuh. Tentera Abraha semakin menghampiri Kota Mekah. Penduduk Mekah melarikan diri. Mereka takut diserang tentera bergajah. Tiba-tiba, suasana menjadi mendung. Kelihatan seperti awan awan hitam bergerak. Ia menghampiri tentera bergajah. Apabila hamper, ternyata ianya burung. Ribuan burung menghampiri tentera bergajah. Itulah, burung Ababil. Ababil membawa seketul batu di muncungnya. Batu-batu itu digugurkannya ke atas pasukan tentera bergajah. Akibatnya, tentera bergajah menjadi lemah. Badan mereka hancur berdarah. Tulang di badan mereka pula menjadi reput. Akhirnya, tentera bergajah tewas. Ababil diturunkan Allah untuk melindungi Kaabah. Allah Maha Berkuasa.

PERISTIWA NABI DI GUA HIRA Penduduk Mekah hidup dengan kekerasan dan pertempuran. Nabi Muhammad amat risau. Baginda memikirkan cara untuk atasinya. Semasa itu, usia Nabi 40 tahun. Baginda ke suatu tempat jauh dari orang ramai. Baginda menuju ke sebuah gua. Gua itu ialah Gua Hira. Baginda masuk ke dalam gua. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba, merpati membuat sarang di tepi pintu gua. Labah-labah segera merentangkan jaringnya di muka pintu gua. Di gua itu, baginda duduk sendirian. Baginda beribadah kepada Allah. Memohon bagaimana hendak memusnahkan kekafiran. Nabi Muhammad tekun beribadah. Baginda bersungguh ketika berdoa. Siti Khadijah, menghantar bekalan makanan. Malam 17 Ramadhan, Malaikat Jibril turun ke Gua Hira. Jibril bertukar wajah menyerupai manusia. Jibril datang menemui Nabi Muhammad. Jibril mengejutkan Nabi dengan salam. Baginda terkejut. Setahunya tiada manusia di situ. Nabi sangat takut. Badannya menggigil. Jibril menyuruh Nabi membaca. Dia tidak tahu. Nabi seorang buta huruf. Jibril memeluk Nabi. Nabi menjadi semakin takut. Jibril mengajar Nabi membaca. Akhirnya, Nabi dapat membaca. Ayat Al-Quran pertama yang dibaca dengan lancar. Jibril hilang dari pandangan Nabi. Nabi menjadi takut. Baginda segera balik ke rumah. Siti Khadijah terkejut melihat Nabi ketakutan. Badan Nabi diselimutkannya. Nabi menceritakan apa yang telah berlaku. Siti Khadijah segera menemui sepupunya Waraqah. Waraqah adalah seorang ahli Kitab. Dia telah memberitahu bahawa Muhammad bakal menjadi Nabi. Siti Khadijah segera balik menemui baginda. Berita dari Waraqah diceritakan kepada Nabi Muhammad. Baginda amat bersyukur. Sejak hari itu, Siti Khadijah sentiasa berada di sisi nabi. Dia mesti pastikan Nabi dilindungi. Sejak itu, Nabi Muhammad kerap didatangi oleh Jibril. Jibril membawa wahyu dari Allah.

KISAH NABI ADAM Nabi Adam adalah manusia pertama. Nabi Adam dijadikan dari tanah. Malaikat diperintah sujud kepada Nabi Adam. Semua Malaikat sujud kecuali iblis. Iblis angkuh. Ia tidak mahu sujud. Alasannya, Nabi Adam dijadikan dari tanah. Nabi Adam tinggal di syurga. Dia tinggal seorang diri. Allah jadikan Siti Hawa. Kini, Nabi Adam telah ada teman. Mereka berdua dikahwinkan. Malaikat menjadi saksi. Mereka hidup gembira. Iblis sakit hati. Ia berjanji akan mengganggu Nabi Adam. Di syurga ada pohon larangan. Pohon tidak boleh dihampiri. Allah melarangnya. Iblis memujuk Nabi Adam supaya pergi ke pohon itu. Baginda takut akan perintah Allah. Iblis menghasut pula Siti Hawa. Siti Hawa memujuk Nabi Adam untuk menghampiri pohon itu. Nabi Adam mendengar pujukan Siti Hawa. Baginda pun menghampiri pohon itu. Dia lupa larangan Allah. Allah murka. Nabi Adam dan Siti Hawa dihukum. Mereka dicampak ke bumi. Sejak itu, Nabi Adam dan Siti hawa tinggal di dunia. Mereka adalah manusia pertama hidup di muka bumi. Manusia hidup di muka bumi bermula dari peristiwa itu. Nabi Adam dikenali sebagai bapa manusia.

NABI MUHAMMAD KITA Muhammad nabi kita. Ibunya bernama Siti Aminah. Abdullah nama ayahnya. Meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan. Nabi lahir di Kota Mekah, waktu subuh, hari Isnin, Tahun Gajah. Nabi anak yatim kerana tidak berayah. Ayahnya ada tinggalkan harta. Lima ekor unta dan sekawan biri-biri. Ummu Aiman, budak perempuan, pengasuh nabi. Halimatus Saadiah ibu susunya. Dua tahun tinggal dengan ibu susuannya. Baginda dijaga dan disayang. Nabi mengikut ibunya ke Madinah. Mereka menziarah keluarga dan makam ayahnya. Semasa perjalanan pulang, ibunya meninggal dunia. Baginda sedih, kini menjadi yatim piatu. Nabi hidup tanpa ibu dan ayah. Namun, baginda ada seorang datuk. Abdul Muttalib nama datuknya. Baginda dijaga dengan penuh kasih sayang. Abdul Muttalib amat sayang cucunya. Nabi sentiasa berada di sisi datuknya. Mereka selalu ke Kaabah bersama. Suatu hari, Abdul Muttalib jatuh sakit. Baginda amat sedih melihat datuknya. Akhirnya, Abdul Muttalib meninggal dunia. Kini, bapa saudaranya Abu Talib menjaganya. Mengembala kambing tugas hariannya. Baginda sering mengikut Abu Takib berniaga. Nabi Muhammad seorang yang jujur. Barang dagangan laris dijual. Namanya harum dan terkenal. Nabi diminta agar membawa barang Siti Khadijah. Jualan baginda mendapat untung besar. Siti Khadijah amat gembira. Akhirnya, Nabi Muhammad berkahwin dengan Siti Khadijah. Ketika itu, usia Nabi 25 tahun. Manakala, usia Siti Khadijah 40 tahun. Nabi menpunyai isteri kaya tetapi hidup sederhana. Baginda sering membantu orang miskin. Ketika berusia 35 tahun, Nabi turut serta membaiki Kaabah. Orang Arab Mekah amat menghormati baginda. Nabi Muhammad bersifat jujur, amanah dan bijaksana. Baginda digelar Al Amin oleh penduduk Mekah.

PERPINDAHAN HAJARUL ASWAD Mekah dilanda banjir besar. Rumah tenggelam dan haiwan banyak yang mati. Kaabah turut rosak. Cuaca kembali pulih. Banjir mula surut. Penduduk kembali ke rumah masing-masing. Mereka mula membersihkan dan membetulkan segala kerosakan. Kaabah juga turut musnah. Kaabah perlu dibaiki dan dibina semula. Penduduk bekerja siang dan malam. Akhirnya, bangunan Kaabah siap dibina. Timbul perselisihan siapa yang akan meletakkan Hajarul Aswad. Pembesar dari suku kaum di Mekah bertelagah. Masing-masing merasakan layak mengangkatnya. Akhirnya, keputusan dibuat. Mereka perlu mencari seseorang yang layak. Mereka menunggu orang pertama masuk ke masjid. Pada subuh esoknya, mereka menunggu di masjid. Mereka terkejut melihat Nabi Muhammad yang sampai dahulu. Oleh itu, nabi Muhammadlah yang akan dipilih. Nabi akan mengangkat Hajarul Aswad ke tempat asalnya. Keesokan harinya, mereka berkumpul di Kaabah. Nabi ada bersama untuk acara itu. Semua ketua suku kaum juga ada bersama. Nabi mengambil kain putih. Baginda menghamparkan kain tersebut. Hajarul Aswad diangkat dan diletakkan di atas kain itu. Pembesar suku kaum diarah memegang penjuru kain. Mereka mengangkat Hajarul Aswad bersama. Mereka mengusungnya ke sisi Kaabah. Orang ramai menyaksikan acara itu. Semua orang memuji kebijaksanaan Nabi. Nabi sendiri mengangkat Hajarul Aswad. Baginda meletakkannya di tempat asal. Pergaduhan tidak berlaku. Akhirnya, Kota Mekah pulih seperti sediakala. Ramai orang datang menziarahinya. Kota Mekah menjadi maju semula.

KEJINYA ABU LAHAB Abu Lahab adalah seorang pembesar Mekah. Dia bersikap angkuh dan sombong. Suatu hari, Abu Lahab berjalan di pasar. Abu Lahab merampas dagangan seorang pedagang. Pedagang itu amat ketakutan. Pedagang amat sedih. Semua dagangannya telah dirampas. Dia takut hendak pulang. Tuannya pasti marah. Tiba-tiba, datang seorang lelaki kepadanya. Lelaki iti dinasihatkan agar menemui Rasulullah. Pedagang menuju ke rumah Rasulullah. Dia keletihan. Dia datang dengan harapan baginda menolongnya. Akhirnya, pedagang menghampiri rumah Rasulullah. Pedagang member salam. Salam pedagang disambut oleh Rasulullah. Pedagang menceritakan kejadian yang berlaku. Dia minta bantuan Rasulullah. Rasulullah bawa pedagang menemui Abu Lahab. Barang yang dirampas perlu dipulangkan. Abu Lahab diberitahu aduan pedagang pada Rasulullah. Dia sangat marah pada pedagang itu. Rasulullah dan pedagang menemui Abu Lahab. Penyokong Abu Lahab berkumpul di rumahnya. Rasulullah sampai ke rumah Abu Lahab. Penyokong Abu Lahab bersorak dengan ejekan. Rasulullah memberi salam. Abu Lahab keluar dengan sombongnya. Tiba-tiba, dia jadi ketakutan. Mukanya pucat. Abu Lahab memulangkan barang yang dirampas. Dia nampak harimau di sisi Rasulullah. Haiwan itu seolah-olah mahu menerkamnya. Penyokongnya menjadi hairan. Mereka tidak nampak harimau tersebut. Harimau itu adalah jelmaan malaikat. Pedagang bersyukur atas bantuan Rasulullah. Peristiwa itu menyebabkan Rasulullah makin dihormati.

Anda mungkin juga menyukai