Anda di halaman 1dari 36

PENDAHULUAN Segala puji dan syukur bagi Allah S.W.

T yang telah melimpahkan ke atas kita berbagai-bagai nikmat yang tidak terhingga, memuliakan kita atas sekalian umat dengan iman dan Islam dan memandu kita melalui syariat-Nya ke jalan keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Selawat dan salam dipohonkan bagi junjungan kita Muhammad s.a.w yang telah diutus sebagai rahmat bagi semesta alam dan sebagai cahaya yang menerangi segala kegelapan, begitu juga bagi seluruh keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikutnya hingga ke akhir zaman. Tugasan yang diberikan kepada kami ini bertajuk Golongan Yang Berhak Menerima Harta Pusaka dan seperti mana yang diketahui bahawa harta yang ditinggalkan, meskipun ia dianggap suatu kebaikan, tetapi ia juga merupakan ujian bagi orang-orang yang berada di sekelilingnya. Hampir setiap mereka menginginkannya, tetapi masalahnya, siapakah di antara mereka yang berhak? Berapa kadar hak masingmasing? Adakah semua harta yang ditinggalkan tersebut boleh dibahagikan kepada mereka? Orang yang tidak beriman yang tidak memahami perkara ini akan berusaha mencari jalan untuk memperolehi harta tersebut sebanyak mungkin, sekiranya boleh mereka mahu mengambil ke semuanya. Tetapi orang yang beriman dan memahami hukum Allah, sebelum ia mendekatinya, ia akan memastikan terlebih dahulu adakah ia tergolong ke dalam orang yang mempunyai hak untuk memperolehi harta tersebut, kemudian berapa kadar haknya dan sebagainya. Orang yang beriman, tentu memahami bahawa segala sesuatu adalah milik Allah S.W.T. Dialah pemilik yang sebenarnya atas segala sesuatu. Pemilikan selainnya adalah pinjaman dan bukan sebenarnya, dan pemilikan tersebut hanya di anggap halal apabila dimiliki melalui jalan yang diizinkan oleh Nya. Oleh sebab itu, janganlah kita mengambil apa yang Allah S.W.T tidak jadikan sebagai hak kita, atau apa yang Allah S.W.T haramkan bagi kita memilikinya daripada harta yang ditinggalkan oleh seseorang yang mati, maka wajiblah kita mempelajari

perkara-perkara yang mesti dilakukan terhadap harta yang ditinggalkan dan mempelajari siapa orang-orang yang berhak terhadapnya dan berapa kadar haknya. Akhir kata, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Nizam Bin Jamaludin kerana telah banyak mengajar dan membantu kami dalam matapelajaran pentadbiran harta orang Islam ini. Terima kasih juga kepada rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan tugasan yang diberi ini. Sekiranya ada kesilapan diharap uztaz dapat memberi teguran agar kami dapat memperbaikinya di masa akan datang. Sekian, Wasalam.

DEFINISI GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA HARTA PUSAKA 1. Golongan Kamus Dewan mendefinisikan golongan sebagai kumpulan atau kelompok.1 2. Berhak Berhak diertikan di dalam kamus Dewan sebagai mempunyai hak atau mempunyai kuasa ( atas sesuatu).2 3. Menerima Didefinisikan sebagai sesuatu perbuatan mengambil ( mendapat atau menadah).3 4. Harta Pusaka Membawa maksud barang-barang yang dipunyai oleh seseorang, juga yang membawa maksud harta benda yang dipunyai oleh seseorang yang telah ditinggalkan oleh pewaris yang telah meninggal dunia.4 Golongan yang berhak menerima harta pusaka mereka adalah terhad, yang berhak ke atas harta peninggalan si mati di sebabkan oleh perkahwinan, kekeluargaan dan atas sebab seseorang tuan dan hamba yang membentuk hubungan wala ( wala ialah tuan yang memerdekakan hamba sama ada lelaki atau perempuan. Mereka yang terdiri daripada pihak-pihak yang mempunyai sebab-sebab mewarisi ini dinamakan sebagai waris. SEBAB-SEBAB MEWARISI HARTA PUSAKA
1 2

Kamus Dewan. 1997. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 410. Ibid. Halaman 428. 3 Ibid. Halaman 1432. 4 Ibid. Halaman 1074.

Sebab-sebab mewarisi harta pusaka terbahagi kepada tiga iaitu disebabkan perkahwinan, keturunan dan wala, mereka ini merupakan golongan yang berhak mewarisi harta peninggalan si mati yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. 1. Perkahwinan Perkahwinan menyebabkan seorang lelaki dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan menjadi suami isteri yang boleh saling mewariskan dan mewarisi harta pusaka. Apabila harta si mati tidak ada yang mewarisi dengan sebab perkahwinan maka pewarisan itu diberikan kepada pihak yang lain yang lebih berhak.5 2. Keturunan, Kekeluargaan atau Kerabat Hubungan kerabat ( kekeluargaan) ialah mereka yang ada pertalian nasab dengan si mati seperti anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, datuk dan nenek, adik-beradik (saudara). Kerabat terbahagi kepada 2 bahagian : i. ii. Kerabat yang boleh mempusakai pusaka (waris) sama ada ashabul furud atau mereka yang mengambil harta secara asobah. Kerabat yang tidak boleh mempusakai pusaka ( zawil arham).6

3. Wala ( yang memerdekakan ) Wala menyebabkan tuan yang memerdekakan berhak mempusakai harta pusaka hambanya yang telah dimerdekakan sekiranya hamba itu tidak mempunyai waris seperti anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, datuk dan nenek, saudara lelaki dan perempuan dan lain-lain. pemberian hak mewarisi harta pusaka ini juga menunjukkan bahawa :

Muhammad Ali As- Sobuniy. Hukum-hukum Warisan. Cetakan 2004. Terbitan al- Hidayah Publishers. Halaman 35. 6 Ibid . Halaman 36.

i.

Islam amat prihatin terhadap umatnya yang telah berbakti kepada orang lain.

ii.

Kemerdekaan yang diberikan oleh tuan kepada seseorang hamba merupakan sesuatu yang berharga yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

iii.

Semangat persaudaraan Islam dapat disuburkan antara tuan dan bekas hambanya atau kerabat hambanya.

iv.

Pemberian itu merupakan tanda penghargaan bekas hamba terhadap jasa tuannya.7 Rasulullah bersabda :


Maksudnya : Wala itu persaudaraan seperti persaudraan nasab.8

7 8

Muhammad Ali As- Sobuniy (2004), op. cit. Halaman 37. Riwayat Imam Ahmad.

SYARAT-SYARAT MEWARISI Meskipun telah ada sebab untuk mewarisi pada diri seseorang, tetapi mereka tidak akan mewarisi melainkan mereka telah memenuhi syarat-syarat berikut:9 1. Matinya orang yang mewariskan harta, baik secara hakikat seperti yang di ketahui, mahupun secara hukum, iaitu apabila qadi menghukumkan bahawa ia telah mati dalam perkara yang hilang berdasarkan tanda-tanda yang menunjukkan demikian. 2. Diketahui hidupnya pewaris dengan yakin setelah matinya orang yang mewariskan harta. Dalam masalah bayi di dalam kandungan, syarat ini dipenuhi apabila bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan hidup dalam jangka masa yang ditetapkan oleh syarak. 3. Tidak ada orang yang menghalangnya dengan pendidingan sepenuhnya, iaitu yang disebut sebagai Hajbul hirman. 4. Tidak ada mani (halangan) iaitu perkara-perkara yang mencegah seseorang daripada mewarisi seperti disebabkan perbezaan agama, perhambaan dan pembunuhan.

Abdul Monir Yaackob. Pentadbiran Harta Menurut Islam. Cetakan 1999. terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia. Halaman 43.

GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA HARTA PUSAKA

1. Ashabul Furud dan Asobah. Orang yang disepakati mewarisi harta terbahagi kepada 2 golongan iaitu : i. Ashabul Furud ( sahibul fard ), iaitu golongan yang telah ditetapkan kadar bahagiannya dalam al-Quran ataupun di dalam as-sunnah seperti( 1/2,1/4, 1/8, 2/3, 1/3, 1/6 ). Furud yang telah ditetapkan dalam al-Quran ada 6 dan waris ashabul furud yang akan mewarisi furud tersebut ada 13 orang, mereka terdiri daripada 4 orang di pihak lelaki dan 9 orang di pihak perempuan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :


Maksudnya: Orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat. Sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu, iaitu bahagian yang telah diwajibkan ( ditentukan oleh Allah).10 Ashabul furud daripada pihak lelaki dan perempuan adalah seperti berikut: 4 orang dipihak lelaki terdiri daripada: 11 1) suami 2) bapa 3) datuk sebelah bapa 4) saudara lelaki seibu 9 orang di pihak perempuan terdiri daripada :
10

Tafsir al-Quran Mushaf Malaysia. Surah an-Nisa ayat 7:4. Cetakan 2005. Terbitan Yayasan Restu. Halaman 79. 11 Abdul Monir Yaackob (1999), op. cit. halaman 67

1) isteri 2) ibu 3) nenek sebelah bapa 4) nenek sebelah ibu 5) anak perempuan 6) cucu perempuan daripada anak lelaki 7) saudara perempuan seibu sebapa 8) saudara perempuan sebapa 9) saudara perempuan seibu Kadar-kadar bahagian yang ditetapkan berserta syaratnya: Ashabul Furud 1- Suami Kadar dan Syaratnya a) suami mendapat apabila si isteri tidak mempunyai anak, sama ada anak lelaki, cucu lelaki sebelah lelaki ( furuwaris mutlaqah ke bawah).Firman Allah Taala :


Maksudnya : Dan bagi kamu daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak.12 b) bagi suami jika isteri mempunyai anak sama ada anak itu daripada isteri sekarang atau suami terdahulu.


Maksudnya : tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu mendapat daripada harta yang mereka tinggalkan.13 2- Isteri a) bagi isteri yang seorang atau ramai, jika si suami tidak mempunyai furu waris
12 13

Tafsir al-Quran Mushaf Malaysia. Surah an-Nisa ayat 12:4 (2005), op cit. Halaman 80. Ibid. Halaman 80.

mutlaqah sama ada lelaki atau perempuan. Iaitu daripada beliau mahu pun daripada orang lain. b) 1/8 bagi isteri yang seorang atau pun ramai dengan syarat suaminya mempunyai furu waris mutlaqah sama ada lelaki atau perempuan. Iaitu daripada beliau mahu pun daripada orang lain. 3- Bapa a) 1/6 mutlak dan tidak mengambil asobah sekiranya bersamanya furu waris muzakkar iaitu anak lelaki ( ibin ), cucu lelaki sebelah bapa(ibin ibin sehingga ke bawah) b) 1/6 fardhu dan baki apabila bersamanya furuwaris muannas selepas diagihkan baki kepada ashabul furud. c) Bapa akan mengambil keseluruhan baki harta jika si mati tidak meninggalkan furu waris mutlaqah sama ada lelaki atau 4- Ibu perempuan. a) 1/6 fardhu sekiranya si mati meninggalkan furu waris mutlaqah, sama ada lelaki atau perempuan, seorang atau berbilang-bilang, serta berbilang-bilang adik- beradik bersamanya.

b) 1/3 daripada keseluruhan harta, jika tidak ada furu waris sama ada lelaki atau

perempuan dan tidak berbilang-bilang adik- beradik bersamanya. c) 1/3 baki selepas bahagian salah satu pihak sama ada suami atau isteri itu diberikan, ini berlaku apabila bersama ibu itu seorang bapa dan salah seorang daripada pasangan suami atau isteri dan tidak bersamanya furu waris juga saudara5- Anak perempuan kandung saudara si mati. a) bagi seorang anak perempuan jika dia bersendirian, tiada bersamanya anak perempuan yang lain dan tiada orang yang boleh mengambil asobah iaitu anak lelaki ( ibin). b) 2/3 bagi 2 orang anak perempuan atau lebih, sekiranya tiada bersamanya anak lelaki bagi si mati yang akan berkongsi bersamanya. c) perwarisan dengan cara perkongsian (asobah bilghairihi). Ini berlaku sekiranya bersamanya anak lelaki, sama ada anak perempuan itu seorang atau lebih atau anak lelaki itu seorang atau lebih. Maka jadilah anak lelaki itu 2 : 1 kepada anak 6- Cucu Perempuan sebelah bapa perempuan. a) jika bersendirian sekiranya tiada bersamanya cucu perempuan yang lain atau seseorang yang lebih tinggi kedudukannya daripada anak-anak si mati iaitu ( ibin dan bintun), tiada cucu lelaki, dan tiada waris perempuan yang lebih

10

rapat dengan si mati. b) 2/3 jika terdapat 2 orang cucu perempuan atau lebih dengan syarat tiada yang lebih tinggi kedudukannya daripada anak-anak si mati iaitu ( ibin dan bintun), tiada cucu lelaki yang boleh berkongsi dengannya, dan tiada waris perempuan yang lebih rapat dengan si mati. c) mewarisi harta dengan cara berkongsi (asobah bilghairihi) dengan syarat ada seorang cucu lelaki atau yang sama darjat dengannya atau yang lebih rendah darjatnya contoh seperti ibin ibin ibin ke bawah. d) 1/6 apabila ada seorang anak perempuan bersamanya (bintun) dengan syarat tiada anak lelaki atau cucu lelaki. e) gugur haknya jika bersamanya 2 orang anak perempuan ( bintun) atau lebih kerana 2/3 bahagian telah diambil oleh 2 orang anak perempuan (bintun) itu. Gugurnya hak cucu perempuan kerana tiada bersamanya seorang yang boleh menguatkannya iaitu cucu lelaki (ibin ibin) atau seorang yang lebih rendah darjatnya (ibin ibin ibin). f) cucu perempuan akan dimahjubkan oleh ibin atau ibin ibin yang lebih tinggi darjatnya sama ada cucu perempuan seorang atau bersamanya seseorang yang

11

boleh menguatkannya. 7- Adik-beradik perempuan kandung a) jika dia seorang dengan syarat tiada bersamanya adik beradik lelaki kandung dan orang yang boleh memahjubkannya. b) 2/3 jika 2 orang atau lebih adik-beradik perempuan kandung dengan syarat tiada orang yang boleh berkongsi dengan mereka iaitu adik-beradik lelaki kandung. c) ambil baki jika ada pasangannya (asobah bilghairihi) dengan syarat tiada orang yang boleh memahjubkan mereka iaitu ibin ke bawah. d) ambil baki selepas anak perempuan(bintun) atau cucu perempuan (bintun ibin) ambil bahagiannya secara fardhu dengan syarat tiada anak lelaki (ibin) ke bawah, bapa ke atas dan adik beradik lelaki. e) Mahjub adik beradik perempuan kandung sama ada seorang atau lebih jika ada furu waris muzakkar walaupun bersamanya orang yang boleh menguatkannya. Mereka boleh 8- Adik beradik sebapa dimahjubkan juga oleh bapa kandung. a) jika dia bersendirian dan tiada bersamanya adik beradik lelaki sebapa atau orang-orang yang boleh memahjubkan mereka. b) 2/3 bagi 2 orang adik beradik

12

perempuan sebapa atau lebih dengan syarat tiada bersamanya adik beradik lelaki sebapa yang boleh berkongsi dengannya berserta orang-orang yang boleh memahjubkannya. c) 1/6 jika seorang atau lebih dan bersamanya ada seorang adik beradik perempuan kandung seorang untuk menyempurnakan hak wanita 2/3 dengan syarat tiada bersamanya adik beradik lelaki sebapa yang boleh berkongsi dengannya berserta orang-orang yang boleh memahjubkannya. d) kongsi jika ada pasangannya ( asobah bilghairihi) iaitu adik beradik lelaki sebapa, mereka akan berkongsi dan diberikan 2 kali ganda harta bagi adik beradik lelaki sebapa bersamaan satu bahagian bagi adik beradik perempuan sebapa. e) mengambil baki apabila ada furu waris muannas iaitu anak perempuan ( bintun), cucu perempuan (bintun ibin), selepas mereka mengambil bahagian melalui fardhu dengan syarat tiada adik beradik lelaki sebapa dan orang yang boleh memahjubkannya. f) 2 orang adik beradik perempuan kandung akan memahjubkan adik beradik perempuan sebapa kerana mereka telah

13

mengambil 2/3 bahagian wanita adik beradik perempuan sebapa, jika sekiranya tanpa adik beradik lelaki sebapa yang boleh menguatkannya nescaya akan gugurlah hak adik beradik perempuan sebapa. g) mahjub sekira bersamanya bapa, anak lelaki, cucu lelaki sebelah bapa ke bawah, adik beradik lelaki kandung, atau berbilang adik beradik perempuan kandung. Adik beradik perempuan sebapa akan ambil baki jika bersamanya anak perempuan dan cucu perempuan setelah mereka mngambil 9- Saudara perempuan seibu bahagian melalui fardhu. a) 1/6 jika seorang sama ada lelaki atau perempuan jika sekiranya tiada orang yang boleh memahjubkannya seperti datuk,furu waris muzakkar dan muannas ke bawah. b) 1/3 jika lebih dari satu sama ada perempuan atau lelaki diagihkan antara mereka dan dilebihksn bahagian lelaki daripada perempuan kerana berlaku perkongsian asobah. Adik beradik lelaki dan perempuan seibu mereka bukan dari golongan asobah bahkan mereka mengambil harta pusaka hanya melalui fardhu sahaja. c) mahjub apabila saudara perempuan seibu bersamanya seorang yang boleh memahjubkannya seperti bapa, datuk ke atas, furu waris lelaki atau perempuan ke

14

bawah. 10- Datuk kandung a) 1/6 fardhu jika si mati meninggalkan furu waris muannas ( perempuan). b) 1/6 fardhu dan baki asobah jika si mati meninggalkan furu waris muzakkar (lelaki). c) Mewarisi harta secara baki asobah jika si mati tiada furu waris lelaki dan 11- Nenek kandung perempuan. a) 1/6 jika dia seorang , jika lebih daripada seorang akan berkongsi 1/6, jika seorang mati meninggalkan nenek sebelah ibu akan mendapat 1/6, dan jika ada bersamanya nenek sebelah bapa berkongsi 1/6, walaupin berbilang-bilang nenek mereka tetap berkongsi 1/6. b) nenek tidak akan mewarisi harta pusaka kerana dimahjubkan oleh 3 keadaan berikut: i- apabila adanya ibu (um), ibu memahjubkan semua sekali nenek-nenek sama ada mereka itu adalah daripada kedua-dua belah pihak iaitu sebelah ayah atau sebelah ibu, kerana nenek-nenek itu mewarisi harta pusaka yang mengambil kedudukan ibu (um) yang sebenar. ii- jika ada bapa (ab), bapa akan memahjubkan ibu sebelahnya dan bapa sebelahnya dan tidak boleh baginya memahjubkan ibu sebelah ibu dan ibu

15

boleh memahjubkan mana-mana ibu sebelah ibu dan ayah,manakala bapa tidak boleh memahjubkan ibu sebelah ibu tetapi hanya boleh memahjubkan sebelahnya sahaja. iii- nenek yang dekat akan memahjubkan nenek yang jauh, nenek yang sama taraf seperti ibu sebelah bapa dan ibu sebelah ibu akan berkongsi 1/6, nenek yang dekat akan memahjubkan nenek yang jauh apabila berhimpun di antara ibu sebelah ibu (um um) dengan nenek yang lebih jauh darjatnya. Maka ibu sebelah ibu (um um) berhak mengambil 1/6 dan nenek yang jauh akan dimahjubkan oleh nenek yang lebih dekat. Perincian terhadap ahli waris :14 5 orang menerima fardhu ( bahagian ) terdiri daripada : 1) suami 2) seorang saudara perempuan seibu sebapa 3) seorang saudara perempuan sebapa 4) seorang anak perempuan 5) saudara cucu perempuan daripada anak lelaki si mati 2 orang menerima fardhu ( bahagian ) terdiri daripada : 1) suami 2) isteri 1 0rang menerima fardhu (bahagian 1/8) terdiri daripada :
14

Ibid. Halaman 69.

16

1) isteri 4 orang menerima fardhu ( bahagian 2/3) terdiri daripada : 1) 2 orang saudara perempuan seibu sebapa atau lebih 2) 2 orang saudara perempuan sebapa atau lebih 3) 2 orang anak perempuan atau lebih 4) 2 orang cucu perempuan atau lebih daripada anak lelaki si mati 2orang menerima fardhu ( bahagian 1/3) terdiri daripada : 1) ibu 2) 2 orang saudara seibu atau lebih 8 orang menerima fardhu ( bahagian 1/6) terdiri daripada: 1) bapa 2) ibu 3) datuk 4) nenek sebelah ibu 5) nenek sebelah bapa 6) seorang atau lebih saudara peempuan sebapa 7) seorang saudara seibu ( sama ada lelaki atau perempuan) 8) cucu perempuan daripada anak lelaki

Ashabul furud terbahagi kepada 2 golongan :

17

a) Mereka yang mewarisi hanya dengan fardhu sahaja iaitu mengambil kadar bahagian yang telah ditetapkan baginya, tidak dengan lainnya. Mereka adalah : suami, isteri, ibu, nenek dan saudara seibu, baik lelaki mahupun perempuan. b) Golongan yang mengambil dengan fardhu dan juga dengan tasib iaitu dengan mengambil baki setelah dibahagikan. Kemudian, di antara mereka ini ada yang mengambil dengan fardhu sahaja atau dengan tasib sahaja, seperti anak perempuan, cucu perempuan, saudara perempuan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa. Ada juga yang mengambil dengan keduanya, baik secara menghimpun atau pun secara bersendirian iaitu bapa dan datuk.15 ii. Asobah, iaitu golongan yang disepakati mewarisi, tetapi tidak ditetapkan kadar bahagiannya.maka ia mengambil seluruh harta kalau menyendiri atau seluruh baki yang ada setelah dibahagikan kepada ashabul furud. Asobah terbahagi kepada 3 golongan : a) Asobah binafsihi, iaitu setiap lelaki yang mempunyai pertalian dengan si mati tanpa perantara atau dengan perantaraan lelaki sahaja.Mereka itu adalah bapa, datuk (ke atas ), anak lelaki, cucu lelaki (ke bawah), saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa, anak saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa , bapa saudara seibu sebapa, anak bapa saudara seibu sebapa atau sebapa, mutiq atau mutiqoh dan baitulmal.

Contohnya : seorang mati meninggalkan seorang anak lelaki bersamanya bapa dan juga seorang adik beradik lelaki kandung, dalam keadaan ini
15

Abdul Rashid Hj Abdul Latiff. Undang-undang Pusaka dalam Islam Suatu Kajian Perbandingan. Cetakan 1997. Terbitan Al- Hidayah Publishers. Halaman 53.

18

anak lelaki akan mengambil baki keseluruhan selepas bahagian bapa 1/6 mengambil bahagiannya dan adik beradik lelaki kandung dimahjubkan olehnya dan bapanya yang lebih tinggi darjatnya dalam mewarisi harta. Anak lelaki Baki(asobah) Bapa 1/6 fardhu Adik beradik lelaki kandung Mahjub

b) Asobah bighairihi, iaitu yang mengambil seluruh harta atau bakinya bersama-sama dengan saudara lelakinya, anak perempuan, cucu perempuan, saudara perempuan seibu sebapa, dan saudara perempuan sebapa.Waris lelaki akan mendapat pusaka melebihi daripada waris perempuan dengan kadar 2:1. mereka mendapat asobah dengan sebab mereka berhimpun bersama waris lelaki yang mempunyai hubungan yang sama seperti hubungan mereka dengan si mati.


Maksudnya : Allah S.W.T perintahkan kamu ( pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu ) iaitu bahagian anak lelaki menyamai 2 bahagian anak perempuan.16 Contohnya : seorang mati meninggalkan seorang anak lelaki bersamanya 2 orang anak perempuan, seorang ibu. Seoramg anak lelaki dan 2 orang anak perempuan akan berkongsi secara asobah bilghairihi dan mengambil baki keseluruhannya dengan kadar 2:1 apabila ashabul furud yang lain mengambil bahagian secara fardhu. Seorang anak lelaki 2 orang anak perempuan ibu 1/6 Baki asobah
16

Tafsir al-Quran Mushaf Malaysia. Surah an-Nisa ayat 11:4. Cetakan 2005. Terbitan Yayasan Restu. Halaman 79.

19

2:1 iii. Asobah maa ghairihi, iaitu saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa yang mengambil baki harta bersama anak perempuan atau cucu perempuan, sedang anak perempuan atau cucu perempuan itu sendiri tetap memperoleh bahagiannya yang telah ditetapkan. Mereka disebut asobah maa ghairihi kerana mereka mendapat asobah dengan sebab mereka berhimpun bersama furud waris perempuan kepada si mati.17 Contohnya : Apabila si mati meninggalkan seorang anak perempuan berserta seorang cucu perempuan dan juga seorang adik beradik perempuan kandung maka anak perempuan akan mengambil dan cucu perempuan akan mengambil 1/6 untuk mencukupkan kadar perempuan wanita 2/3 manakala adik beradik perempuan kandung akan mengambil baki secara asobah maa ghairihi setelah anak perempuan dan cucu perempuan mengambil bahagiannya secara fardhu. Anak perempuan cucu perempuan 1/6 adik beradik perempuan kandung Baki ( asobah)

2. Ahli waris lelaki dan perempuan yang berhak menerima harta pusaka. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris bukanlah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati, tetapi baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak, atau
17

Abdul Rashid Hj Abdul Latiff (1997), op.cit. Halaman 54.

20

dikeluarkan daripadanya segala pembiayaan pengurusan jenazah, dibayarkan hutangnya, baik hutang kepada Allah atau pun kepada manusia, dan ditunaikan segala wasiat yang dibuatnya. Ahli waris yang disenaraikan di bawah akan mewarisi harta pusaka berdasarkan urutan kedudukan masing-masing yang terhampir dengan si mati. Oleh itu, mereka yang giliran urutannya terkemudian akan terhalang dengan mereka yang urutannya terdahulu sama ada mereka memahjubkan dengan hajbul hirman ( mahjub sepenuhnya daripada mewarisi kepada tidak mewarisi), atau hajbul nuqsan (mahjub yang mengurangkan kadar pada seseorang). a) Waris lelaki yang berhak menerima harta pusaka. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. Anak lelaki Cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke bawah Bapa Datuk sebelah bapa hingga ke atas Saudara lelaki seibu sebapa Saudara lelaki sebapa Saudara lelaki seibu Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa Bapa saudara seibu sebapa Bapa saudara sebapa Anak lelaki bapa saudara seibu sebapa Anak lelaki bapa saudara sebapa Suami Tuan yang memerdekakan hamba18

b) Waris perempuan yang berhak menerima harta pusaka. i.


18

Anak perempuan

Musa Fathullah Harun. Masalah Wasiat dan Faraid. Cetakan 1994. Terbitan Universiti Teknologi Malaysia. Halaman 35.

21

ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

Cucu perempuan daripada anak lelaki Ibu Nenek sebelah ibu Nenek sebelah bapa Saudara perempuan seibu sebapa Saudara perempuan sebapa Saudara perempuan seibu Isteri atau isteri-isteri Puan yang memerdekakan hamba19

Apabila berkumpul semua lelaki, maka yang mewarisi hanyalah anak lelaki, bapa dan suami. Dan apabila berkumpul semua peempuan, maka yang mewarisi hanyalah anak perempuan, cucu perempuan, ibu, isteri dan saudara perempuan seibu sebapa, dan apabila berkumpul semuanya, antara lelaki dan perempuan, maka yang mewarisi hanyalah bapa, ibu, anak lelaki, anak perempuan dan salah seorang daripada suami atau isteri. Barangsiapa yang menyendiri daripada lelaki maka ia memperoleh semua harta pusaka, kecuali suami dan saudara lelaki seibu. Sementara perempuan, tidak ada yang memperoleh semua harta meskipun menyendiri, kecuali al- mutiqotu( perempuan yang memerdekakan si mati daripada perhambaan).20

GOLONGAN YANG BERHAK MEWARISI APABILA KETIADAAN AHLI WARIS

19 20

Ibid. Halaman 36 Ibid. Halaman 37

22

Apabila ahli waris tidak ada, atau terdapat baki harta setelah dibahagikan kepada yang ada di antara mereka maka dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat :21 1) Asal pendapat mazhab syafie r.a mengatakan bahawa harta pusaka atau bakinya tidak diwariskan kepada zawil arham dan juga tidak dikembalikan bakinya kepada ahlul fard ( ahli waris yang telah ditetapkan kadar bahagiannya), tetapi harta atau bakinya itu dimasukkan ke dalam baitulmal, tidak kira sama ada baitulmal itu diuruskan secara terancang ataupun tidak, kerana ia menjadi warisan bagi kaum muslimin dan imam adalah sebagai pengawal atau pentadbir. Tidak adanya pengawalan atau pentadbiran ini tidak menghilangkan hak mereka selama mereka itu ada. 2) Jumhur (kebanyakan ulama mutakhirin) memberikan fatwa : apabila keadaan baitulmal tidak diuruskan secara teratur, maka baki harta dikembalikan kepada ahlul fard, selain suami atau isteri, mengikut perbandingan bahagian mereka masing-masing. Dan apabila ahlul fard tidak ada, maka harta tersebut diberikan kepada zawil arham, berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah, Hakim dan Ibnu Hibban bahawa rasulullah s.a.w bersabda:


Maksudnya: Bapa saudara dari pihak ibu adalah pewaris bagi orang yang tidak mempunyai ahli waris.22 Dan juga zawil arham diutamakan kerana adanya hubungan kerabat. Sebaliknya, jika baitulmal diuruskan secara teratur dengan ditadbir oleh seorang imam yang adil, maka harta atau bakinya tidak diberikan kepada zawil arham atau dikembalikan kepada ahlul fard, sebaliknya dimasukkan ke dalam baitulmal. Zawil Arham

21 22

Ibid. Halaman 38. Sunnah Ibnu Majah. Bahagian 2. Halaman 914.

23

Yang dimaksudkan dengan zawil arham ialah kerabat si mati yang tidak mendapat pusaka sama ada dengan mengambil furud (bahagian tertentu) atau dengan tasib ( mengambil baki pusaka yang tinggal). Mereka tidak termasuk ke dalam golongan ahli waris, mereka adalah :23

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

Setiap datuk atau nenek yang tidak mendapat bahagian , seperti datuk dari pihak ibu, bapanya serta ibunya dan ke atas. Cucu dari pihak anak perempuan ke bawah. Anak perempuan dari saudara lelaki. Anak lelaki dan perempuan dari saudara perempuan. Anak lelaki dari saudara lelaki seibu. Bapa saudara seibu dari pihak bapa Anak-anak perempuan bapa saudara Emak saudara dari pihak bapa Bapa saudara dari pihak ibu Emak saudara dari pihak ibu dan ke bawah.

PENUTUP Berdasarkan kenyataan yang telah diberi, jelaslah bahawa Allah S.W.T Maha Berkuasa dan kita hendaklah bersyukur kepada Allah Taala kerana dikurniakan sebuah
23

Musa Fathullah Harun (1994), Op. cit. Halaman 39

24

keluarga. Melalui keluarga itu, dapatlah kita mewarisi harta peninggalan yang ditinggalkan oleh si mati kepada golongan yang berhak. Dan daripada itu, kita dapat mengenali waris-waris dan mengutamakan nilai persaudaraan lebih daripada harta. Ini kerana seperti yang kita ketahui bahawa harta itu tidak boleh dibawa hingga ke mati kerana itu lah sesuatu perhubungan itu lebih berharga dari segala yang ada di dunia ini. Kita juga dapat melaksanakan tanggungjawab pembahagian berasaskan hukum faraid dan sesungguhnya Islam agama yang adil dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Hukum faraid juga memberi hak pusaka kepada yang berhak dan layak. Tiada persengketaan antara waris-waris kerana hukum telah termaktub di dalam al-Quran kepada mereka yang berhak. Oleh yang demikian, janganlah kita terburu-buru dalam keinginan untuk memiliki harta sekiranya belum tentu harta itu menjadi hak kita, ini kerana jika kita termakan harta yang bukan menjadi milik kita, bimbang nanti akan mendapat balasan dari tuhan akan perbuatan kita itu. Oleh itu, kita hendaklah bersabar dalam setiap perkara yang dihadapi bagi mengelakkan percetusan keluarga berlaku.

BIBLIOGRAFI

Abdul Monir Yaackob. Pentadbiran Harta Menurut Islam. Cetakan 1999. terbitan Institut Kefahaman

25

Islam Malaysia. Halaman 43, 67 dan 69. Abdul Rashid Hj Abdul Latiff. Undang-undang Pusaka dalam Islam Suatu Kajian Perbandingan. Cetakan 1997. Terbitan Al- Hidayah Publishers. Halaman 53 dan 54. Kamus Dewan. 1997. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 410, 428, 1432 dan 1074. Muhammad Ali As- Sobuniy. Hukum-hukum Warisan. Cetakan 2004. Terbitan al- Hidayah Publishers. Halaman 35, 36 dan 37. Musa Fathullah Harun. Masalah Wasiat dan Faraid. Cetakan 1994. Terbitan Universiti Teknologi Malaysia. Halaman 35, 36, 37, 38, dan 39. Riwayat Imam Ahmad. Sunnah Ibnu Majah. Bahagian 2. Halaman 914. Tafsir al-Quran Mushaf Malaysia. Surah an-Nisa ayat 7:4, 11:4 dan 12:4 Cetakan 2005. Terbitan Yayasan Restu. Halaman 79 dan 80.

26

KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH


SUBJEK : PENTADBIRAN HARTA ORANG ISLAM ( AA 2053) NAMA PENSYARAH: USTAZ MUHAMMAD NIZAM BIN JAMALUDIN NAMA AHLI : SYAHELI BINTI MOHD HATA (PID 06347) NOORHANA BINTI TUKIRAN (PID 06225) SITI NURAFIQAH BINTI ABU HASSAN (PID 06316) TAJUK : GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA HARTA PUSAKA JABATAN: SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG KUMPULAN : ENAM (6)TAHUN 2 SESI 2006/2007

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36