Anda di halaman 1dari 28

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 1 SIRI 3 / 2013 15 APRIL 2013 18 APRIL 2013

PENGENALAN
Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia

ketika membentangkan

Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan

bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual,

pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji. Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti mampu yang dirancang, pelajar dan

dapat mengenal

diri (real-self) dan

mengaplikasikan

pengetahuan

pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG). Melalui penyertaan dan penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa. Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model kepada masyarakat. Justeru itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisianpengisian positif , penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada era globalisasi. Lantaran itu, pada 15 April 2013, guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah menjalani program Bina Insan Guru yang bertempat di

Kampung Teluk Nipah, Kuala Muda, Kedah. Program Bina Insan Guru ini dijalankan selama 4 hari 3 malam. Hal ini bererti program Bina Insan Guru ini tamat pada 18 April 2013. Program ini disertai oleh guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 1 ambilan Januari 2013. Seramai 62 orang guru pelatih dan seramai 12 orang pensyarah yang terlibat dalam program Bina Insan Guru ini.

OBJEKTIF LAPORAN
Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Melalui program BIG ini pelajar dapat mencapai objektif iaitu untuk menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama Seterusnya adalah meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan selain meningkatkan ketahanan fizikal dan mental dan menguasai interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat. Selain itu, meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan supaya pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian. Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru PISMP diharapkan dapat meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan secara berterusan dan menunjukkan sikap keprihatinan dan kesedaran terhadap kepentingan hidup dalam sesebuah organisasi dan komuniti. Hal ini mnyebabkan peserta- peserta kursus akan dapat menimba pengetahuan dan pengalaman praktikal asas mengenai persediaan dan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan selain peserta- peserta kursus akan mendapat pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran aktiviti-aktiviti utama dan sampingan dalam masyarakat.

LAPORAN BINA INSAN GURU


HARI PERTAMA (15 APRIL 2013) Guru-guru pelatih telah bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas. Semua peserta Bina Insan Guru sampai ke tapak perkhemahan kira-kira pukul 12.00 tengah hari. Apabila sampai ke tapak perkhemahan, guru-guru pelatih memunggah barang keperluan daripada lori. Saya salah seorang dari AJK Peralatan telah ditugaskan untuk memeriksa rekod peralatan dan memastikan semua peralatan mengikut kuantiti seperti dalam rekod. Seterusnya, semua guru pelatih bekerjasama untuk memindahkan kesemua barangbarang kegunaan sepanjang perkhemahan berlangsung ke dalam stor. Sementara AJK Peralatan melakukan tugas mereka, AJK Tugas-tugas Khas telah mengedarkan barang-barang keperluan seperti nametag, kain anduh, wisel, tali, sarung tangan dan buku program. Setelah selesai AJK Peralatan dan AJK Tugas-tugas Khas melakukan tugas, semua guru pelatih mendirikan khemah. Bagi guru pelatih lelaki, mereka mendirikan khemah besar untuk kegunaan solat, aktiviti dan penginapan manakala guru pelatih perempuan pula mendirikan khemah jenis igloo dan sebahagian daripada mereka menyediakan tempat tidur di bawah rumah. Selain itu, sebahagian guru pelatih lelaki memasang banner dan lampu manakala kumpulan memasak bagi makan tengah hari untuk hari pertama iaitu kumpulan Hijau menjalankan tugas mereka. Apabila aktiviti persiapan tempat yang dikelolakan oleh AJK Persiapan Tempat selesai, semua guru pelatih dan jurulatih menikmati makan tengah hari dan menunaikan solat Zohor dan Asar secara jamak. Selepas solat, semua guru pelatih berkumpul di khemah besar untuk sesi taklimat bersama kem komandan iaitu Encik Mohd Azman bin Basiron. Beliau telah memberi penerangan dan perincian yang jelas tentang peraturan semasa menjalani program Bina Insan Guru ini. Di samping itu, beliau memberikan motivasi dan nasihat kepada semua guru pelatih mengenai matlamat dan peranan sebagai bakal guru yang akan mendidik anak bangsa kelak. Setelah itu, aktiviti kemahiran tali telah dikelolakan

oleh Encik Yusry bin Yusoff dan Kak Shafinaz. Sebanyak tujuh jenis kemahiran ikatan tali yang diajar antaranya ikatan Buku Sila, ikatan Manok dan ikatan Balak. Selepas kemahiran tali, Encik Yusry membuat demonstrasi untuk menunjukkan cara-cara mengikat rakit untuk aktiviti berakit nanti. Aktiviti seterusnya adalah minum petang. Selepas menikmati minum petang, aktiviti diteruskan dengan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama Puan Laila binti Kasma. Dalam aktiviti ini, pelbagai perancangan yang telah dilakukan oleh Puan Laila binti Kasma. Sebelum melakukan aktiviti yang dirancang, beliau mengarahkan semua guru pelatih untuk mengisi boring SDS dan menyimpan boring tersebut untuk sesi LDK pada waktu malam. Setelah itu, beliau mengarahkan semua guru pelatih untuk berkumpul di tepi pantai untuk aktiviti seterusnya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengurut pasangan, membuat kumpulan berdasarkan tarikh lahir dan kedudukan dalam keluarga dan seterusnya membuat kumpulan berdasarkan ketegori binatang dan mempersembahkan bunyi binatang yang unik dan menarik mengikut jenis binatang yang telah ditetapkan. Setelah selesai semua aktiviti yang dijalankan dalam sesi LDK ini, Puan Lalia binti Kasma mengarahkan setiap kumpulan yang dibentuk untuk menyatakan refleksi mengenai aktiviti yang dijalankan. Apa yang saya dapat daripada aktiviti ini adalah dapat mencungkil bakat dan kreativiti sebagai seorang guru untuk mempelbagaikan kaedah mengajar supaya lebih menarik. Selain itu, mendekatkan dan merapatkan hubungan silaturahim dengan rakan yang sebelum ini hanya kenal sahaja tetapi tidak mengenali dengan lebih mendalam sifat dan kebolehan mereka. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan juga membantu dalam memupuk sifat keberanian dalam berhadapan dengan orang ramai. Ini bertepatan dengan kerjaya sebagai seorang guru yang sentiasa berkhidmat untuk masyarakat dan sentiasa bersemuka dengan masyarakat. Setelah aktiviti tamat, semua guru pelatih diberi masa untuk merehatkan diri dan pengurusan diri dan kumpulan bagi menyediakan makanan malam iaitu kumpulan Kuning. Selepas solat Maghrib dan Isyak secara jamak, sesi tazkirah yang diberikan oleh saudara Mohd Aidil Firdaus bin Mohd Abdullah dengan tajuk Ciri-ciri Seorang Guru. Selepas sesi tazkirah, semua guru pelatih menikmati makan malam. Aktiviti 6

seterusnya adalah sesi LDK bersama Puan Laila binti Kasma mengenai potensi diri. Beliau memberi pencerahan mengenai borang SDS yang diisi pada sebelah petang dan memberi pendedahan terhadap kategori-kategori yang terdapat dalam borang SDS dengan menggunakan persembahan visual. Aktiviti yang seterusnya tidak dapat saya ikuti kerana kumpulan saya iaitu kumpulan Biru terlibat untuk giliran menyediakan minum malam. Melalui aktiviti yang sempat saya ikuti, saya dapat menilai dan mengetahui ciriciri dan kecenderungan kelebihan yang ada pada diri saya. Selain itu, tayangan visual yang dipersembahkan oleh Puan Laila binti Kasma mengenai huraian bagi setiap kategori dan ciri yang terdapat dalam borang SDS tersebut dapat memberi pengetahuan mengenai kelemahan yang terdapat pada diri saya. Sementara menunggu untuk minum malam, saya diarahkan oleh ketua AJK Peralatan untuk memeriksa peralatan untuk mendaki bukit pada keesokan harinya. Peralatan utama yang diperiksa adalah memeriksa peraltan memasak dan tin gas untuk memasak bagi mengelakkan masalah dan kesulitan ketika berada di atas bukit. Setelah itu, saya meneruskan aktiviti bersama dengan guru-guru pelatih untuk minum malam dan menantikan aktiviti yang seterusnya. Jurulatih telah memberi taklimat mengenai peraturan dan keperluan untuk aktiviti night walk pada malam itu. Setelah itu, kem komandan telah membahagikan kami kepada dua kumpulan di mana satu kumpulan bersama beliau dan satu kumpulan lagi bersama Encik Yusry. Saya bersama kumpulan yang dbimbing kem komandan. Kem komandan iaitu Encik Azman telah membawa kami ke tempat aktiviti yang hendak dijalankan di sebuah bukit yang tidak jauh daripada kawasan perkhemahan. Encik Azman mengingatkan kepada kami peraturan. Kami dikehendaki menjejak cahaya yang berfungsi sebagai checkpoint. Dalam menjalankan aktiviti ini, kumpulan saya telah melakukan kesalahan kerana mengingkari arahan jurulatih kerana masalah salah faham yang berlaku. Akibat daripada kesalahan tersebut, semua guru pelatih dihukum untuk memakai Buoyancy Aid (BA) dan berkumpul di tepi pantai untuk aktiviti Water Confident. Tetapi perkara tersebut tidak berlaku atas pertimbangan jurulatih sebaliknya hukuman tetap dilaksanakan di mana kami dihukum untuk tidur bersama Buoyancy Aid (BA). Melalui 7

aktiviti night walk ini saya memperolehi pengalaman yang berharga di mana melatih keberanian diri berjalan seorang diri dalam keadaan gelap di kawasan hutan di samping mengurus emosi daripada perasaan takut dan panik apabila tidak menjumpai checkpoint ketika berada di pertengahan laluan dan mengajar saya untuk mencari inisiatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, mengajar kepada diri saya untuk sedia menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan tanpa membantah arahan yang diberikan. Bagi saya ia adalah suatu proses di mana memberi saya kesedaran bahawa dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan, kita tidak boleh lari dengan undang-undang dan peraturan. Ini supaya kita menjadi seorang yang berdisiplin dan mampu melalui sesi perkhemahan ini dengan jayanya tanpa sebarang masalah. HARI KEDUA (16 APRIL 2013) Setelah menunaikan solat Subuh secara berjemaah, sesi membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh saudara Fakarudin. Setelah itu, semua guru pelatih bersiap dengan pakaian yang sesuai untuk aktiviti mendaki bukit. Semua guru pelatih diarahkan oleh Pengerusi program untuk berkumpul untuk perhimpunan pagi dan senaman pagi yang diketuai oleh saudara Mohd Sheikh Hafifi yang merupakan AJK Aktiviti. Hal ini kerana, senaman yang dijalankan penting untuk memanaskan badan dan otot untuk mendaki bukit. Setelah perhimpunan dan senaman pagi selesai, semua guru pelatih menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh kumpulan Merah. Saya bersama ahli dan ketua AJK Peralatan mengumpulkan dan membahagikan peralatan yang perlu dibawa bagi setiap kumpulan di hadapan stor penyimpanan barang mengikut kuantiti dan jenis barang yang disenaraikan. Setelah itu, Pengerusi memanggil kesemua guru pelatih untuk berkumpul di hadapan stor mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Ketua AJK Peralatan mengarahkan saya dan ahli yang lain untuk mengagihkan alatan kepada setiap kumpulan. Selain itu, setiap kumpulan dibekalkan dengan tiga botol air besar untuk kegunaan memasak dan setiap individu dibekalkan dua botol air kecil untuk kegunaan peribadi sepanjang aktiviti mendaki bukit. Ketua AJK Peralatan mengingatkan kepada semua guru pelatih keperluan asas yang perlu dibawa oleh setiap individu seperti sarung tangan, wisel dan nametag.

Setelah itu, kem komandan mengarahkan semua guru pelatih untuk berkumpul di tepi pantai dan mengagihkan barang yang diamanahkan untuk dibawa seperti tali untuk mendaki dan lain-lain. Seterusnya, kem komandan mengarahkan untuk menyebut nombor dari kumpulan saya iaitu kumpulan Biru sehingga kumpulan yang terakhir dan mengingat nombor tersebut sepanjang aktiviti mendaki. Setelah itu, perjalanan dimulakan di mana Encik Nuzul iaitu salah seorang jurulatih mengetuai perjalanan tersebut. Setibanya di suatu cerun bukit di hutan Kampung Teluk Nipah, beberapa orang jurulatih mendaki bukit untuk mengikat tali bagi memudahkan pelatih guru mendaki bukit yang curam tersebut bersama barang-barang memasak. Seterusnya, perjalanan diteruskan dengan meredah hutan dengan berpandukan tanda yang dipasang pada pokok-pokok. Sementelahan itu, kami berhenti sebentar di sebuah kawasan untuk berhenti berehat dan menghilangkan lelah. Kemudian perjalanan diteruskan dengan meredah kawasan kebun getah yang terletak di lereng bukit yang curam, memanjat bukit yang cerun dan akhirnya tiba di suatu kawasan lapang di atas bukit. Kem komandan mengarahkan untuk menyiapkan tempat atau kawasan memasak bagi setiap kumpulan dan melakukan aktiviti memasak mengikut kumpulan. Setelah makanan siap disediakan, setiap kumpulan perlu memperuntukkan sebahagian dari makanan yang dimasak untuk jurulatih dan selebihnya dinikmati bersama ahli kumpulan. Selepas semua pelatih guru selesai menikmati makan tengah hari, kem komandan mengarahkan semua kumpulan untuk berkemas dan pulang ke tapak perkhemahan. Setelah semua kumpulan selesai berkemas, kem komandan memanggil semua ketua kumpulan termasuk saya untuk berjumpa dengan beliau sebelum bergerak untuk pulang. Beliau memberi penerangan mengenai tugasan yang bakal diberikan kepada kami. Beliau mengamanahkan kami sebagai ketua kumpulan mencari jalan pulang tanpa mengikut jalan asal yang digunakan ketika mendaki bukit tersebut manakala semua guru pelatih termasuk semua jurulatih akan mengekori kami dari belakang. Oleh itu, kami perlu mencari inisiatif untuk membawa semua peserta pulang ke kawasan perkhemahan.

Pada awalnya, kami menggunakan pancaindera pendengaran kami untuk mengesan bunyi hasil daripada aktiviti manusia berdekatan kawasan bukit tersebut bagi menentukan arah perjalanan kami. Selain itu, kami mencari arah laut kerana pada pendapat kami kawasan perkhemahan kami adalah di kawasan teluk yang berdekatan dengan pantai. Oleh itu, kami telah sepakat dan bersetuju untuk menggunakan jalan yang telah dipersetujui. Saya dan saudara Fauzan berada di hadapan untuk mencari laluan manakala ketua-ketua kumpulan yang lain membimbing semua pelatih guru untuk mengharungi cerun yang curam dan berbahaya bagi mengelakkan kecederaan. Saya dan saudara Fauzan telah menjumpai jalan untuk pulang mengikut jalan yang baru tetapi jurulatih mengarahkan untuk kembali di suatu kawasan kerana kesilapan kecil dan mereka tidak mahu menggunakan jalan tersebut. Kem komandan telah menegur kami kerana tidak menjaga anak-anak buah dan meninggalkan mereka di belakang bagi mencari jalan untuk pulang ke kawasan perkhemahan. Selain itu, beliau menegur mengenai kepentingan nombor bagi setiap individu bagi memeriksa bilangan peserta yang mencukupi. Oleh itu, beliau telah mengarahkan semua pelatih guru untuk menyusup ke dalam hutan dan semak yang tebal sehingga tidak ada kelibat yang dilihat dalam kiraan 10. Seterusnya, kem komandan mengarahkan untuk setiap individu menjerit nombor masing-masing bermula dari 1 hingga 62. Setelah itu, kem komandan mengarahkan semua pelatih guru untuk keluar dari kawasan hutan dalam kiraan 10. Beliau telah menunjukkan kepentingan nombor bagi setiap individu pada aktiviti yang diarahkan tersebut. Selepas itu, semua pelatih guru dikehendaki beratur mengikut nombor di mana di bahagian hadapan

adalah saya bersama ketua-ketua kumpulan yang lain. Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke kawasan perkhemahan mengikut laluan baru yang ditunjukkan oleh jurulatih. Semasa kami hampir sampai ke kawasan terbuka untuk memasuki kawasan kampung, kaki saya tiba-tiba mengalami kekejangan dan memaksa perjalanan dihentikan. Salah seorang ketua kumpulan iaitu saudara Hakim telah membantu saya untuk mengurangkan kekejangan saya. Setelah itu saya telah dipapah untuk meneruskan perjalanan sehingga sampai ke tapak perkhemahan. Setelah itu, saya 10

telah meminta bantuan AJK Keselamatan dan Kebajikan untuk memberikan ubat untuk melegakan kesakitan pada otot di kaki saya. Aktiviti mendaki bukit memberikan pengalaman baru kepada saya. Apa yang saya dapat daripada aktiviti ini adalah nilai kerjasama di mana setiap ahli dalam kumpulan bekerjasama untuk membawa barang-barang untuk memasak seperti periuk, dapur memasak bahan masakan dan barang amanah. Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan ketika memasak dengan masing-masing melaksanakan peranan bagi memastikan makanan dapat disediakan walaupun keadaan yang tidak selesa seperti ada yang menyediakan rencah bagi masakan, ada yang memotong buah tembikai, ada yang menumis bahan masakan dan mengemas kawasan. Aktiviti ini juga mengajar saya erti tolak ansur di mana kami perlu memberi sebahagian makanan kami untuk jurulatih. Selain itu, aktiviti ini mengajar saya untuk mencari inisiatif bagi menyelesaikan sesuatu perkara. Hal ini kerana, saya yang merupakan salah seorang ketua kumpulan dikehendaki untuk mencari laluan baru untuk pulang ke kawasan perkhemahan. Di samping itu, mengajar saya erti persahabatan dan menolong rakan yang ditimpa kesusahan. Saya amat terhutang budi dengan saudara Hakim yang telah membantu mengurangkan kekejangan otot yang menimpa saya. Setelah itu, kem komandan telah memberikan masa selama 15 minit untuk bersiap bagi aktiviti yang seterusnya iaitu water confident. Oleh itu, kami diarahkan untuk membawa wisel dan memakai Buoyancy Aid (BA). Semua guru pelatih diarahkan berkumpul di tepi pantai mengikut jantina dan berbaris memanjang. Setelah itu, kem komandan mengarahkan untuk menyebut nombor dari awal sehingga hujung. Seterusnya beliau membahagikan kumpulan untuk aktiviti water confident di mana pelatih guru lelaki dalam satu kumpulan manakala pelatih guru perempuan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pelatih guru lelaki bersama Encik Yusry, satu kumpulan pelatih guru perempuan bersama kem komandan iaitu Encik Azman dan kumpulan yang terakhir bersama Puan Zety. Pelbagai teknik yang diajar oleh jurulatih untuk memupuk keyakinan terhadap air.

11

Melalui aktiviti ini saya telah mendapat kemahiran baru untuk berenang di dalam air di samping menambah kemahiran yang sedia ada. Selain itu, aktiviti seperti water confident adalah penting kerana melalui aktiviti ini akan dapat memberi keyakinan kepada seseorang semasa di dalam laut. Oleh sebab itu, aktiviti ini dilakukan terlebih dahulu oleh perenang sebelum mereka berenang. Pada pendapat saya, aktiviti ini sangat berguna dan menyeronokkan. Semasa aktiviti ini selain dapat mengurangkan stres saya juga dapat mengetahui asas dan teknik berenang yang betul. Antara pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang aktiviti air ialah dapat belajar cara berenang dan cara memakai jaket keselamatan dengan betul. Lebih penting saya juga diajar tentang cara untuk mengendalikan aktiviti bersama anak-anak murid kelak apabila ingin melakukan aktiviti air iaitu dari aspek keselamatan dan kawalan pelajar. Setelah aktiviti water confident selesai, semua pelatih guru diberi masa untuk pengurusan diri. Setelah itu, semua guru pelatih menunaikan solat maghrib dan isyak secara jamak dan sesi tazkirah yang disampaikan oleh saudara Luqman. Selepas sesi tazkirah selesai, semua guru pelatih menikmati makan malam yang disediakan oleh kumpulan Ungu dan selepas makan malam aktiviti diteruskan dengan sesi LDK bersama Puan Aisyah binti Hamid. Pada aktiviti dalam sesi ini beliau telah menetapkan setiap kumpulan dengan nilai-niai wang seperti 10 sen, 20 sen, 50 sen, RM 1.00 dan RM 2.00. Kumpulan saya telah memperolehi nilai 20 sen. Dalam aktiviti ini kami dikehandaki untuk membentuk kumpulan yang mempunyai pelbagai nilai untuk membentuk jumlah RM 3.86. Sebanyak tiga kumpulan yang berjaya membentuk nilai yang ditetapkan tetapi tiga kumpulan lagi termasuk lebihan pelatih guru yang tidak mempunyai kumpulan tidak berjaya membentuk nilai sebanyak RM 38.60. Oleh itu, Puan Aisyah telah memberi aktiviti baru iaitu aktiviti pertukaran di mana sesiapa yang berada di dalam kumpulan yang sukarela untuk menggantikan tempat mereka kepada dengan rakan yang masih tidak mempunyai kumpulan dengan nilai tukaran yang sama. Sebagai contoh ada satu kumpulan yang telah berjaya membentuk RM 3.86 lalu mereka menggantikan dua orang ahli mereka yang masing-masing bernilai RM 1.00 setiap seorang untuk digantikan dengan seorang rakan yang bernilai RM 2.00 yang masih belum mempunyai kumpulan. Saya ingin menggantikan tempat 12

saya untuk rakan yang masih berdiri kerana kasihan melihat mereka letih untuk berdiri dan mengurangkan jumlah bilangan individu yang berada di hadapan tetapi nilai saya yang kecil manakala nilai kumpulan kami yang masih tidak mencukupi kerana terdapat seorang yang bernilai RM 2.00, seorang yang bernilai RM 1.00, dua orang yang bernilai 20 sen, seorang yang bernilai 10 sen dan seorang yang bernilai 1 sen. Oleh itu, nilai kami tidak mencukupi untuk menggantikan mana-mana ahli kumpulan dengan rakan yang berada dihadapan kerana nilai mereka yang besar iaitu RM 2.00. Setelah itu, Puan Aisyah menyatakan tujuan aktiviti tersebut dijalankan iaitu untuk melihat sikap toleransi, kepentingan diri dan rasa tanggungjawab individu. Hasil daripada aktiviti ini memberikan pengajaran dan kesedaran kepada saya mengenai nilai tanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri, mengamalkan sikap toleransi dalam pengamalan seharian dalam komuniti lebih-lebih lagi dalam kerjaya sebagai seorang guru kerana tugas guru adalah untuk berkhidmat kepada orang lain dan tidak terhad kepada tugas mengajar sahaja. Oleh itu, seorang guru perlu mengamalkan nilai-nilai yang baik dan murni yang mencerminkan sebagai seorang arkitek di mana membentuk acuan masyarakat dan generasi yang akan datang. Setelah sesi LDK ini selesai, aktiviti diteruskan dengan aktiviti membuat rakit bagi persediaan aktiviti berakit pada kesokan harinya. Oleh itu, kem komandan telah memanggil kesemua ketua kumpulan termasuk saya untuk mendapat taklimat yang disampaikan oleh En Yusry berkenaan jenis dan bilangan peralatan yang diperlukan bagi membuat rakit. Selain itu, En Yusry juga menekankan asas rekabentuk bagi sebuah rakit tetapi memberi kebebasan kepada setiap kumpulan mengikut kreativiti masing-masing. Di samping itu, Encik Yusry menekankan ciri-ciri yang perlu ada bagi sebuah rakit iaitu sauh, bendera kumpulan, kreativiti susunan PVC. Rakit yang dibuat adalah menggunakan PVC dan pelampung. Setiap kumpulan dibekalkan dengan empat batang PVC panjang, enam batang PVC sedehana panjang dan empat buah pelampung besar. Oleh kerana, bilangan pelampung besar tidak mencukupi maka ada kumpulan yang hanya mendapat tiga buah pelampung besar dan tiga buah pelampung kecil termasuk kumpulan saya.

13

Oleh itu, disebabkan perkara ini berlaku saya perlu menangani masalah ini dengan sebaik-baiknya kerana bilangan yang diperolehi ini memberi masalah kepada kestabilan rakit ketika di dalam air. Saya telah berbincang dengan ahli kumpulan serta jurulatih untuk mendapatkan pendapat dan pandangan mengenai idea yang dikemukakan untuk mengatasi masalah kestabilan. Selain itu, saya telah

membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan saya seperti empat orang menyiapkan rangka asas rakit, dua orang menyiapkan ciri asas seperti sauh dan bendera kumpulan dan dua orang lagi ditugaskan mengisi angin pada pelampung yang dibekalkan. Setelah itu, kesemua ahli kumpulan akan melengkapkan ciri-ciri dan struktur rakit dari segi pelampung, ciri asas dan pemeriksaan akhir. Setelah kerja-kerja pemeriksaan akhir telah disempurnakan, kesemua ahli kumpulan pulang ke khemah masing-masing untuk tidur. Daripada aktiviti ini mengajar saya untuk menjadi seorang pemimpin yang cekap dan efisien dengan memberikan arahan dan agihan tugas yang jelas kepada orang bawahan saya untuk mencapai kesempurnaan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Selain itu, mengajar saya erti ketelitian dalam melaksanakan pemeriksaan akhir terhadap kerja-kerja membuat rakit. Hal ini kerana, saya sebagai seorang ketua berasa bertanggungjawab terhadap keselamatan dan keyakinan anak-anak buah saya terhadap rakit yang dibina di samping tidak mahu menimbulkan kesusahan dan kesulitan kepada orang lain terutama jurulatih untuk membantu sekiranya rakit yang dibina mengalami masalah seperti bocor atau struktur rakit longgar menyebabkan rakit terburai di tengah lautan. Di sampng itu, mengaplikasikan kemahiran mengikat tali yang dipelajari. HARI KETIGA (17 APRIL 2013) Setelah menunaikan solat Subuh, sesi tazkirah yang disampaikan oleh saudara Zulkarnain. Selepas sesi tazkirah, semua pelatih guru berkumpul untuk perhimpunan pagi serta senaman. Setelah itu, menikmati sarapan yang disediakan oleh kumpulan Oren. Kemudian kem komandan mengarahkan untuk mengangkut rakit bagi setiap kumpulan ke tepi pantai dan disusun. Seterusnya, taklimat bagi aktiviti berakit disampaikan oleh jurulatih air iaitu Encik Chee Pao Kam. Beliau mengajar bagaimana 14

untuk menggunakan pendayung dengan cara yang betul dan teknik-teknik yang khusus dan dilakukan secara berulang-ulang. Setelah sesi taklimat dan latihan diberikan, setiap kumpulan diarahkan untuk mengangkut rakit ke dalam air. En Yusry mengarahkan agar setiap pelatih guru untuk melumurkan lumpur di muka dan seterusnya mengarahkan setiap kumpulan untuk menaiki rakit masing-masing dan seterusnya mendayung rakit menuju ke arah bot yang dinaiki beberapa jurulatih yang berada di tengah-tengah laut. Setelah tibanya di bot tersebut kami dikehendaki untuk menyusun rakit secara memanjang dan kemudian mengikat rakit yang disambungkan antara rakit ke rakit bagi mengelakkan rakit hanyut oleh ombak. Aktiviti seterusnya adalah melakukan tiga jenis terjunan ke dalam air dan setiap individu wajib melakukan aktiviti ini. `Selepas itu, kem komandan mengarahkan setiap kumpulan untuk mendayung rakit ke Pantai Merdeka. Di sana kami menikmati makan tengah hari yang telah siap dibungkus dan hidangan istimewa yang menanti adalah ABC Gunung Jerai. Kami menikmati dengan baik hidangan tersebut. Apabila semua peserta selesai menikmati hidangan istimewa kem komandan mengarahkan semua pelatih guru untuk berkumpul di kawasan pendaratan rakit. Kem komandan memberi dua pilihan sama ada untuk pulang mengikut jalan darat atau menolak rakit mengikut jalan laut. Kata sepakat telah dicapai bahawa jalan laut telah dipilih untuk pulang ke kawasan perkhemahan. Semua kumpulan memeriksa semula keadaan rakit dan mengikat peralatan seperti pendayung pada rakit bagi mengelakkan rakit hilang dihanyut ombak. Oleh itu, semua rakit diturunkan kembali ke dalam air dan ditolak menuju ke kawasan perkhemahan mengikut tebing dan pesisir kawasan pantai. Perjalanan pulang menuju ke kawasan perkhemahan mengikut jalan laut mula menmpakkan kesulitan kerana pada ketika itu permulaan air pasang dan ombak kuat. Di samping itu, di kawasan pesisir pantai sepanjang laluan balik ke kawasan perkhemahan dipenuhi dengan batu besar dan banyak. Oleh itu, ia memberi risiko kepada semua pelatih guru kerana sehingga ramai yang cedera kerana berlaga dengan batu yang besar dan menyakitkan selain membahayakan nyawa. Akhirnya, semua pelatih guru berjaya sampai ke destinasi yang dituju. 15

Pengalaman yang saya perolehi adalah amat berharga kerana walaupun aktiviti yang dijalankan berbahaya ia memberi manfaat dan menyeronokkan apabila difikirkan kembali. Hal ini kerana, sukar untuk memperoleh pengalaman meredah ombak dengan menolak rakit di samping berusaha untuk mengelakkan bahaya. Bagi pendapat saya, dalam situasi bahayalah yang dapat mempertajamkan kreativiti dan inisiatif seseorang untuk lebih berusaha dan mengaplikasikan kemahiran yang ada. Ini kerana dalam situasi yang biasa dan tenang kita hanya diterapkan dengan teori bagaimana menyelamatkan diri tetapi tidak ada unsur praktikal yang memungkinkan kita untuk mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana mengharungi dan mengaplikasikan kemahiran dan teori yang dipelajari. Selain itu, semangat berpasukan ketika berakit ke Pantai Merdeka yang ditunjukkan memberi pengajaran dan merapatkan lagi ukkhuwah antara ahli pasukan. Setelah semua pelatih guru tiba dengan selamat, setiap kumpulan diarahkan untuk meleraikan ikatan pada rakit dan membuka ikatan tersebut dan menyusun mengikut jenis barang seperti tali PVC bersaiz sederhana dan panjang. Apabila selesai tugas tersebut, semua guru pelatih diberi masa untuk pengurusan kendiri untuk membersihkan diri dan solat jamak bagi solat Zohor dan Asar. Setelah itu, ramai pelatih guru yang tidur, sebahagian pula menyiapkan minum petang. Sebahagian lagi menyiapkan tempat untuk memanggang bagi aktiviti BBQ pada sebelah malamnya. Setelah solat Maghrib dan Isyak yang dilakukan secara jamak, sesi tazkirah yang disampaikan oleh saudara Fakarudin mengenai tajuk akhlak Rasulullah. Setelah sesi tazkirah, semua kumpulan melakukan persediaan dan latihan bagi Malam Kebudayaan tetapi Malam Kebudayaan tersebut ditunda pada keesokan harinya. Semua pelatih guru menikmati makan malam yang disediakan. Pada malam tersebut, kem komandan mengarahkan semua guru pelatih untuk mengemas dan menyusun peralatan bagi kemudahan untuk mengangkut barang untuk dibawa pulang pada keesokan harinya. Di samping itu, AJK Peralatan melakukan semakan rekod bagi peralatan untuk mengelakkan kesulitan dan masalah. Setelah itu, semua pelatih guru masuk tidur ke kwasan penginapan masing-masing. Disebabkan hujan lebat pada malam sebelumnnya yang menyebabkan khemah besar yang digunakan oleh pelatih guru lelaki basah dan 16

runtuh maka pada malam tersebut kami menggunakan alas yang telah dijemur dan dikeringkan dan dihamparkan di tapak yang sama cuma pada malam tersebut tidak ada bumbung mahupun dinding dan hanya tidur beralaskan hamparan dan berbumbungkan bintang dan langit. Bagi saya ia merupakan pengalaman yang berharga kerana dapat merasai keunikan tidur di kawasan terbuka tanpa berbumbung. Ia mengajar saya erti kepayahan kerana kita sering diberi kemudahan dan keselesaan dan menyebabkan kita tidak pernah merasai rasa kepayahan dan kesukaran yang menyebabkan kita sentiasa merungut dan tidak berpuas hati dengan apa yang kita perolehi sedangkan ia sudah memadai untuk diri kita. Selain itu, saya memahami dengan arahan yang diberikan oleh kem komandan tersebut kerana ia bertujuan mengelakkan kehilangan barang-barang yang telah disusun di luar stor. HARI KEEMPAT (18 APRIL 2013) Selepas solat Subuh, semua guru pelatih terlibat dengan perhimpunan pagi. Selepas itu, Semua guru pelatih menikmati sarapan pagi. Selepas sarapan pagi, kem komandan mengarahkan untuk diadakan pagi kebudayaan bagi menggantikan malam kebudayaan yang tidak dapat dilaksanakan semalamnya. Oleh itu, pada aktiviti yang dijalankan pada pagi ini dapat dilihat gelagat dan perwatakan yang cuba ditonjolkan oleh semua guru pelatih bagi menggamatkan suasana dan memeriahkan majlis. Setelah tamat pagi kebudayaan tersebut, sesi penyampaian hadiah bagi sepanjang aktiviti yang dijalankan pada program BIG ini. Apabila selesai sesi penyampaian hadiah tersebut, kem komandan

melaksanakan satu sesi refleksi bagi setiap kumpulan dan menyatakan kekurangan program yang dijalankan dan cadangan penambaikan program pada masa akan datang. Setelah itu, kem komandan mengarahkan semua guru pelatih untuk memunggah barang ke dalam lori kerana pengangkutan untuk pulang ke institut sudah sampai. Setelah selesai, sesi bersalaman bersama jurulatih-jurulatih dan kemudian bertolak ke institute dengan dua buah bas. Setibanya di institut kami memunggah barang dari lori ke dalam stor dan seterusnya bersurai 17

REFLEKSI KENDIRI
Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya mengharungi semua aktiviti semasa kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Kampung Teluk Nipah, Kuala Muda, Kedah pada 15 April hingga 18 April 2013 yang lalu. Kursus BIG ini sebenarnya merupakan program yang sangat dinanti-nantikan bagi saya selama semester ini memandangkan majoriti kursus BIG ini adalah terdiri daripada aktivitiaktiviti lasak yang sekaligus menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Hal ini kerana, program Bina Insan Guru (BIG) ini menepati dengan jiwa saya yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak yang menguji kemampuan fizikal dan mental dan seterusnya mengasah bakat dan kemahiran yang dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian malahan menjadi seorang guru yang bakal berkhidmat untuk masyarakat kelak. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya dapat bertahan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 4 hari 3 malam. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Pertama sekali, saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah bertangguh atau tergendala, ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau aktiviti yang seterusnya. Kesannya, semua perkara terpaksa dijalankan dengan kadar yang lebih cepat dan menyebabkan kami menghadapi kekurangan masa bagi sesuatu sesi atau slot aktiviti. Sepanjang BIG ini, saya sentiasa patuh akan masa dan menasihati atau memberitahu akan rakan yang lain supaya membuat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, selepas sampai ke kawasan perkhemahan setelah menjalani aktiviti mendaki bukit, kem komandan telah memberi masa selama 15 minit untuk bersiap untuk aktiviti water confident walaupun masih kepenatan tetapi semua pelatih guru tetap mengikut arahan mengenai kepatuhan masa dan bersiap tidak sampai 15 minit. Pendek kata, saya berpendapat bahawa sikap menepati masa haruslah dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan sesuatu aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar.

18

Selain itu, kursus BIG ini juga berjaya membina keperibadian saya yang sempurna, seperti memupuk sikap keterbukaan, toleransi, kerjasama, tolong-menolong, kerajinan, kesabaran, ketabahan, dan sebagainya dalam diri saya. Hal ini demikian kerana sepanjang 4 hari dan 3 malam ini, saya dan juga rakan-rakan yang lain terpaksa melakukan banyak perkara yang tidak pernah saya lakukan dalam seumur hidup saya, seperti mendirikan gajet, memasang rakit, berakit, menghidupkan api dan memasak di hutan rimba, dan banyak lagi. Saya sedar bahawa tanpa nilai-nilai yang saya perkatakan di atas, semua itu mustahil dapat dilaksanakan dan dilakukan. Malah daripada BIG ini, saya sedar bahawa kerjasama yang sepenuh dan koheren dalam kalangan ahli kumpulan adalah penting demi menyiapkan sesuatu tugasan tepat pada masanya. Oleh itu, kursus BIG ini telah berjaya memupuk nilai-nilai moral yang baik dalam diri saya, membina modal insan yang lebih sempurna dan menjadikan saya seorang yang lebih baik dalam semua aspek. Di samping itu, kursus BIG ini juga merupakan satu media untuk membolehkan saya memahami akan diri saya dengan lebih mendalam lagi. Iktibar dan kesedaran ini telah saya peroleh sepanjang saya menghadiri dan menyertai aktiviti LDK yang diadakan sepanjang kursus tersebut dijalankan. Dalam LDK tersebut, kami telah diminta membuat beberapa kajian soal selidik seperti Soal Selidik Minat Kerjaya (SelfDirected-Search/SDS), Inventori Pengurusan Konflik, What Motivates You?, dan Self Esteem Test. Daripada aktiviti-aktiviti soal selidik yang telah saya jalankan, saya dapat memahami diri saya dengan lebih mendalam lagi. Bagi Soal Selidik Minat Kerjaya, saya sedar bahawa ciri social adalah amat penting sekali bagi pekerjaan sebagai seorang guru kerana kita sentiasa berhadapan dan dengan murid dan mendidik mereka. Sekiranya kita tidak suka bersosial ataupan berurusan dengan orang lain, maka adalah sukar bagi kita sekiranya kita ingin menjalankan tugas kita dengan baik. Dan sudah tentu ciri-ciri yang lain, seperti artistic, investigative, reality, dan sebagainya juga adalah amat penting sebagai pelengkap bagi pekerjaaan kita sebagai seorang guru. Bagi Inventori Pengurusan Konflik pula, saya bersyukur kerana selepas menjalani inventori tersebut, saya merupakan salah seorang yang berada pada kategori yang normal. Namun, ini menyedarkan saya supaya sentiasa berwaspada dan mengambil berat tentang perasaan dan pengurusan konflik saya demi menjadikan saya seorang yang 19

lebih sempurna dan seimbang dari semua aspek. Malah, untuk soal selidik What Motivates You pula, saya sedar bahawa kerjaya yang menyeronokkan, melakukan kerja yang bermanfaat dan cabaran tugas atau kerja merupakan antara 3 aspek yang harus menjadi prioriti dan keutamaan dalam memilih pekerjaan berbanding dengan aspek-aspek yang lain seperti cuti, ganjaran, gaji, jaminan masa hadapan dan sebagainya. Kajian soal selidik dan aktiviti ini penting bagi saya kerana ia telah meningkatkan semangat saya untuk menjadi seorang guru yang

bertanggungjawab, berdedikasi, dan bersentiasa berpusatkan murid dalam melakukan semua perkara. Malah, saya juga sedar bahawa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan adalah amat penting. Hal ini demikian untuk memastikan keselamatan kita terjamin dan demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, saya pelajari bahawa kita haruslah mematuhi semua peraturan dan undang-undang kerana setiap peraturan yang ditetapkan mempunyai kewajaran dan rasionalnya. Contohnya, apabila kami mula sampai ke kawasan perkhemahan, kami telah diberi taklimat ringkas oleh Encik Mohd Azman bin Basiron, Kem Komandan Program BIG ini tentang peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi sepanjang 4 hari 3 malam ini. Dalam taklimatnya, beliau telah menegaskan tentang aspek pengangkutan, pakaian, kawasan larangan, pergerakan, kebersihan, bilik air, menepati masa, tempat makan, adab makan, keselamatan, kecemasan, tazkirah, dan sebagainya. Begitu juga untuk setiap aktiviti, seperti aktiviti air dan aktiviti darat, arahan dan peraturan telah dijelaskan terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang aktiviti. Pada pengamatan saya, ini penting, khususnya semasa di aktiviti air kerana ada sesetengah guru pelatih tidak mahir berenang dan dengan peraturan dan arahan yang dibagi akan memastikan semua guru pelatih sentiasa selamat dan tidak berada dalam keadaan yang membahayakan. Saya juga sedar bahawa kita haruslah bertanggungjawab dalam semua perkara yang telah diamanahkan kepada kita. Sebagai contoh setiap kumpulan telah ditetapkan untuk bertugas menyediakan makanan bagi semua pelatih guru. Oleh itu, semua menjalankan tugas seperti yang telah ditetapkan. Selain itu, mengambil contoh tugas 20

AJK Peralatan yang diketuai oleh saudara Aidil di mana jika beliau tidak mengarahkan ahli-ahli di bawahnya termasuklah saya untuk menjalankan tugas nescaya proses perjalanan program mesti akan terbantut kerana tiada komitmen dari setiap ahli AJK Peralatan dalam memeriksa peralatan yang diperlukan bagi setiap aktiviti yang menyebabkan program tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Saya turut dapat memahami tentang flora dan fauna serta lautan dengan lebih mendalam melalui BIG ini. Semasa melakukan aktivti darat, iaitu kembara ke hutan rimba, kami telah melalui berbagai-bagai jenis laluan yang mempunyai berbagai-bagai jenis tumbuhan selain memerhatikan keadaan sekeliling dan binatang-binatang yang dijumpai sepanjang aktiviti mendaki ini dijalankan. Oleh itu, saya berpeluang untuk melihat banyak haiwan dan tumbuhan yang tidak pernah saya lihat selama ini dan mendapat banyak pendedahan Sementara aktiviti berakit di laut semasa aktiviti air merupakan sesuatu yang baharu kepada saya kerana ia merupakan kali pertama saya berakit di laut. Saya berpeluang untuk mendekati lautan dan merasai keunikan alam sekitar. Saya turut merasai kesukaran menghidupkan api dan memasak di hutan rimba dan juga di persisiran pantai. Semua ini adalah sebagai persiapan kepada saya selepas menamatkan pengajian sekiranya saya ditempatkan di tempat pedalaman. Walaupun agak susah dan penat, tetapi ia telah membakar semangat saya untuk tabah meneruskan kehidupan dan lebih memahami hutan rimba dan lautan. Di samping itu, saya berpendapat bahawa kursus BIG ini mampu mencungkil bakat dan potensi yang sekian terpendam dalam diri seseorang. Sebagai contoh, sebelum ini saya berasa rendah diri apabila pemilihan ketua bagi sesuatu organisasi atau program. Saya pernah menjadi pengerusi untuk sebuah kelab di sekolah tetapi disebabkan keyakinan diri saya yang rendah menyebabkan saya tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dan menjalankan tugas dengan baik. Oleh itu, pada program BIG ini saya telah menanamkan azam dan semangat untuk melatih sifat kepimpinan saya apabila ahli kumpulan memilih saya sebagai ketua kumpulan. Oleh itu, saya cuba memberanikan diri untuk cuba menonjolkan sifat kepimpinan dalam diri saya. Saya bersyukur kerana mendapat ahli kumpulan yang memberi kerjasama dan mematuhi setiap arahan yang saya berikan. Malah, saya perhatikan sebenarnya 21

terdapat ramai rakan saya yang mahir memasak dalam kumpulan kami. Saya bersyukur kerana dengan bakat dan potensi memasak yang ada dalam kalangan ahli kumpulan saya, dapatlah saya mempelajari kemahiran dan asas-asas memasak daripada rakan sekumpulan. Hal ini kerana, saya bukanlah seorang yang pandai memasak mahupun menumis rencah untuk masakan. Jadi, saya berpendapat bahawa BIG membolehkan setiap orang melihat kebolehan, bakat dan potensi sendiri yang tidak perasan selama ini dan dari situlah seseorang itu akan berusaha untuk mengasah dan meningkatkan kebolehan dan bakat masing-masing. Lantas, saya percaya dan berpegang kuat kepada prinsip kita haruslah berani mencuba sesuatu yang baharu dan tidak mengalah kalah sehingga kita mencuba dengan sedaya upaya. Sebagai contoh, semua pelatih guru tidak pernah memasak dalam keadaan tidak selesa di mana kami terpaksa memasak di kawasan yang sempit yang dipenuhi dengan lalang dan tumbuhan kerana sebelum ini mendapat keselesaan dalam apa jua perkara yang hendak dilakukan. Ini tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan tugas dengan menjalankan peranan masing-masing bagi

menyiapkan bahan masakan untuk kepentingan kami bersama. Ia juga merupakan sesuatu pengalaman yang baru apabila dapat memasak di dalam hutan dalam keadaan terbuka. Jadi, ini jelas membuktikan bahawa semua perkara akan berhasil dan menampakkan kejayaan sekirannya kita berusaha gigih dan mempunyai iltizam untuk membuat perkara tersebut. Saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna melalui BIG ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia adalah golongan yang hidup berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah kita. Dengan mengambil contoh BIG ini, saya telah berjaya mendapatkan banyak bantuan daripada rakan sekelas dan juga rakan dari kumpulan yang lain dengan berkenalan dan berkomunikasi dengan mereka, sama ada semasa memasak, mendirikan bendera, 22

memasang khemah, membina gajet, menjalankan aktiviti ketika LDK dan sebagainya. Tanpa bantuan daripada rakan yang lain, adalah mustahil saya dapat melaksanakan semua ini. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sosial yang aktif adalah sangat penting bagi memastikan kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Kursus ini juga secara langsung merapatkan hubungan silaturahim sesama rakan sekelas dan juga rakan-rakan juga kumpulan yang lain. Semua ini tidak dapat saya pelajari jika tidak menjalankan BIG pada semester ini. Terdapat beberapa kelemahan pada diri saya yang telah saya perasan dan sedar sepanjang saya menjalankan BIG ini. Antaranya termasuklah saya tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, sebelum menjalankan BIG ini, saya telah dimaklumkan bahawa ahli kumpulan sepakat untuk melantik saya sebagai seorang ketua kumpulan kami. Pada mulanya saya amat menolak dan tidak mahu kerana takut akan menjejaskan prestasi kumpulan dan menimbul dan mencetuskan masalah serta membebankan ahli kumpulan saya. Namun atas dorongan dan sokongan dari ahli kumpulan dan juga rakan sekelas, saya telah mengambil keputusan untuk menyahut cabaran tersebut. Begitu juga semasa aktiviti air, sebenarnya saya tidak mahir untuk membina rakit dan risau rakit yang saya cadangkan untuk dibina bakal memberi masalah kepada ahli kumpulan saya dan orang lain. Namun dengan bantuan rakan yang sama kumpulan dan sekelas, saya telah berjaya menjalankan semua aktiviti yang dirancang oleh pihak institut dengan lancar dan berjaya. Jadi, selepas ini, saya dapati keyakinan saya meningkat dan sentiasa berasa berkeyakinan diri dalam melakukan semua perkara. Selain itu, saya juga mendapati bahawa saya agak lemah dari segi mental dan fizikal. Dari segi mental, dahulu saya sering mengambil alternatif mudah dengan memutus asa apabila berhadapan dengan masalah yang meruncingkan. Saya sedar bahawa semua aktiviti yang dirancang dalam BIG adalah bertujuan untuk memupuk, menguji, dan meningkatkan ketabahan dan keberanian diri sebagai seorang guru melalui semua aktivti tersebut. Mengetahui kelemahan saya itu sekarang, jadi saya bertekad menjadi seorang yang sentiasa sihat dan kuat dari aspek mental dan fizikal. Saya juga akan sentiasa melatih dan meningkatkan aspek fizikal dan mental saya, 23

seperti bersenam pada masa lapang, membaca buku-buku motivasi, sentiasa berbualbual dan mendapatkan nasihat yang berguna dan padat dengan senior ataupun guru pensyarah saya. Nescaya selepas menjalani BIG ini dan mempraktikkan semua langkah yang telah saya cadangkan di atas, saya akan menjadi seorang yang cerdas dan cergas serta mempunyai jati diri yang kuat pada masa yang akan datang.

24

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi cara-cara penambahbaikan pula, pada pendapat saya, program BIG ini akan menjadi lebih menarik jika sesetengah slot dan sesi diisi dengan aktiviti-aktiviti IQ yang mencabar, seperti stesen games, dilemma konflik, main peranan, dan sebagainya. Permainan berbentuk stesen games merupakan salah satu cadangan yang sangat digalakkan. Dalam stesen games, setiap kumpulan haruslah menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam setiap stesen, sama ada berbentuk fizikal atau mental. Setiap kumpulan hanya boleh pergi ke stesen yang seterusnya sekiranya mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Dengan ini, barulah semangat bekerjasama antara kumpulan dapat dipraktikkan dengan baik, lantas ia dapat menguji ketabahan seseorang peserta menyelesaikan masalah dalam situasi yang begitu meruncingkan. Selain itu, saya juga dapati bahawa bahan makanan, sama ada yang kering ataupun yang basah yang dibekalkan adalah terlalu banyak dan tidak dapat dihabiskan bagi kumpulan kami. Oleh itu saya ingin mencadangkan agar mengurangkan kuantiti bahan mentah untuk sesi makanan untuk mengelakkan pembaziran. Kita juga boleh mengurangkan kuantiti makanan dengan berkongsi sesuatu bahan dengan kumpulan yang lain. Sebagai contoh, sebungkus serbuk kari, Ajinamoto, ataupun santan boleh dikongsikan dalam 2 kumpulan kerana bukan setiap kali kumpulan tersebut akan memasak menu yang sama setiap hari. Saya lihat aktiviti yang dijalankan pada program Bina Insan Guru (BIG ) ini juga kurang kerana sepanjang saya mengikuti perkhemahan untuk pelbagai program, kebiasaannya aktiviti yang dijalankan untuk sepanjang hari adalah padat di mana sentiasa berterusan. Pada program ini saya lihat pelatih guru lebih banyak berehat dan mempunyai masa yang lapang sehingga boleh tidur dalam tempoh yang agak lama kerana untuk menanti aktiviti yang seterusnya. Pada pandangan saya aktiviti perlu diselaraskan semula untuk menepati matlamat dan tujuan program dijalankan dan bukannya untuk tujuan bercuti dan terlepas daripada sesi kuliah semata-mata. Oleh itu, penggunaan masa yang disesuaikan dengan aktiviti berfaedah perlu ditekankan bagi mengelakkan pembaziran waktu oleh pelatih guru. 25

Tambahan pula, slot moral boleh ditambahbaikan dan dimurnikan dengan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Contohnya semasa slot moral, kita bukan sahaja akan membuat pembentangan, tetapi juga boleh melakukan aktivti-aktiviti yang lebih menarik seperti berinteraksi, forum, perbahasan, public speaking, dan sebagainya. Sememangnya peruntukan 4 hari 3 malam bagi kursus BIG ini adalah sedikit mendesak dan tidak mencukupi. Oleh itu, saya ingin mencadangkan bahawa alangkah baiknya jika kursus BIG ini diadakan selama 5 hari dan 4 malam supaya masa untuk setiap aktivti yang dirancang mencukupi, tidak terdesak dan kesannya para peserta akan dapat belajar dan memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan pada tahap yang maksima. Ini kerana sesuatu pengalaman untuk mengasah bakat atau kemahiran tidak hanya diperolehi dalam masa yang singkat bahkan berlaku secara berperingkatperingkat dan bukannya sekaligus. Oleh itu, faktor tempoh masa penting bagi menekankan matlamat dan tujuan program yang dijalankan untuk mencapai matlamat. Di samping itu, saya ingin menekankan mengenai peranan dan tugas AJK. Hal ini kerana, dalam program Bina Insan Guru (BIG ) yang dijalankan ini pada penglihatan saya ada AJK yang tidak berfungsi dan menjalankan tugas yang sepatutnya. Sebagai contoh AJK Keselamatan dan Kebajikan yang tidak menampakkan tugas mereka berjalan seperti kawalan malam. Hal ini perlu dielakkan kerana setiap AJK mempunyai peranan dan fungsi yang penting bagi menjayakan sesebuah program dan kewujudan sesuatu AJK bukanlah hanya memenuhi syarat yang perlu dipatuhi untuk

melaksanakan sesuatu program. Oleh itu, bagi saya pemurnian tugasan perlu ditekankan di mana setiap AJK perlu dipantau dan dilaksanakan tugas mengikut bidang tugas yang telah ditetapkan bagi memastikan setiap AJK yang diwujudkan dan dilantik bertindak dan berfungsi selaras dengan matlamat program yang dijalankan. Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman kerana menyediakan aktiviti yang begitu bermakna untuk guru-guru pelatih untuk mengisi masa lapang kami dan juga untuk melatih kami untuk menjadi seorang guru yang sentiasa tabah 26

menghadapi cabaran, berani menghadapi segala masalah dan meningkatkan semangat kami untuk bertekad menjadi seorang guru yang dedikasi dan cinta akan pekerjaannya. selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Azaman Basiron, Kem Komandan BIG Siri 3 Tahun 2013 kerana sentiasa membantu kami sepanjang kem BIG ini dan menggalakkan aktiviti yang mencabar. Tidak lupa juga kepada semua para jurulatih, terima kasih diucapkan kerana sentiasa membimbing, membantu dan menolong kami. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan BIG ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Secara keseluruhannya, program BIG ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang seimbang. Ternyata banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan semasa BIG (bina insan guru). Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Saya berasa seronok dan bersemangat menyertai aktiviti BIG ini. Diharapkan agar aktiviti ini dijalankan setiap tahun. Saya juga belajar untuk memberi kerjasama yang jitu dan bertolak ansur dengan ahli kumpulan. Saya dapat rasakan satu ikatan terjalin semasa aktiviti BIG ini. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.

27

PENUTUP
Melalui Kursus Bina Insan Guru ini, insan guru dapat dilihat sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang disamping menjadi role model kepada masyarakat Malaysia umumnya. Justeru, program Bina Insan Guru ini akan membantu para guru dalam memantapkan serta menguatkan jati diri dalam lima aspek penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) Kursus BIG ini sememangnya wajar dilaksanakan kerana melalui penglibatan pelatih-pelatih guru ini, matlamat program dalam membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Semoga denagn adanya program seperti ini dapat meningkatkan lagi kecermelangan dan pengetahuan semua dalam memacu anak-anak didik ke arah jaya. Sesungguhnya, program Bina Insan Guru (BIG ) ini banyak memberi pengalaman baru dan kemahiran serta pengetahuan baru kepada saya dan mempersiapkan diri saya untuk berkhidmat dalam komuniti. Hl ini kerana, dunia penuh dengan cabaran dan pelbagai rintangan. Jika seseorang guru itu tidak kuat dalam mengharungi cabaran tersebut maka persepsi masyarakat akan berubah dan memandang enteng peranan seorang guru dan kewibawaan seorang guru dalam memabawa transformasi kepada generasi akan datang.

28

Anda mungkin juga menyukai