Anda di halaman 1dari 9

KERTAS CADANGAN PROJEK KAMI INGIN BERBAKTI SKUAD KITALAH BINTANG SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA PONTIAN, JOHOR

TEMPAT: SURAU AL GHAZALI SK KAMPONG JAWA PONTIAN,JOHOR.

ANJURAN: SKUAD KITALAH BINTANG 2013 BERSAMA GURU PELATIH PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

1.0 PENDAHULUAN Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Tujuan PBSS adalah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Antara programprogram yang diadakan ialah Program Sekolah Bersih , Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan. Hasil kombinasi dari kempen-kempen tersebut maka terhasil Program 3K yang membawa maksud Kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Melalui program ini juga, para pelajar dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria, amalan gaya hidup sihat dan juga tentang aspek keselamatan. Tiga komponen pendidikan ini amatlah penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. 1.1 PROJEK KAMI INGIN BEBRAKTI Kegiatan gotong-royong merupakan amalan turun-temurun. Kegiatan ini masih diamalkan di kawasan kampung. Oleh itu, kegiatan ini perlu disemarakkan kembali kerana banyak manfaatnya kepada masyarakat. Di kawasan sekolah, ia boleh mewujudkan satu suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria serta tenteram kepada para pelajar agar pelajar dapat belajar dengan suasana yang kondusif sesuai dengan tuntutan ilmu dan kehendak proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, Projek Kami Ingin Berbakti ini dipilih bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan keceriaan sekolah. Pelajar-pelajar juga akan dapat memupuk semangat bantu-membantu dan tolong-menolong terutamanya ketika menghadapi kesusahan. Daripada gotong royong ini juga, ia akan mewujudkan sikap sayang-menyayangi dan semangat muhibah di antara pelajar. Para pelajar akan lebih bersemangat dan merasa lebih yakin ketika berada di sekolah.

Suasana sekolah yang bersih, ceria dan selamat amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar. 2.0 TUJUAN 2.1 2.2 2.3 Memohon kelulusan daripada pihak-pihak yang berkenaan. Memohon peruntukan dan bantuan kewangan daripada pihak-pihak yang berkenaan. Memaklumkan kepada pihak-pihak yang berkenaan mengenai program yang akan dijalankan. 3.0 NAMA PROGRAM Kami Ingin Berbakti 4.0 TEMA PROGRAM Bakti Disemai,Budi Dituai 5.0 MATLAMAT Melahirkan murid-murid yang mempunyai peribadi mulia dan bermotivasi dengan memupuk nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah, di samping menjadikan mereka sebagai murid yang berilmu, berdisiplin, berketrampilan dan berkeyakinan serta mampu memartabatkan nama sekolah. 6.0 OBJEKTIF 6.1 Umum 6.1.1 Menyahut seruan kerajaaan malaysia untuk membasmi penularan wabakwabak pendermik dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aspek amalan pengurusan kesihatan dan kebersihan. 6.1.2 Menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia menerapkan amalan budaya sekolah bersih dan selamat selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan masyarakat sihat dan selamat. 6.1.3 Menyemai mengamalkan budaya kerja sihat dan sejahtera semasa melaksanakan pekerjaan dan pembelajaran disamping mengukuhkan ikatan ukhwah sesama manusia.

6.2

Khusus 6.2.1 menyemarakkan dan memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar untuk menjaga kebersihan sekolah dan persekitarannya. 6.2.2 memastikan sekolah sentiasa bersih dan selamat untuk pembelajaran dan pengajaran pelajar dan guru. 6.3.4 Meningkatkan keprihatinan, kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kebersihan dan kesihatan sekolah.

7.0 FORMAT PELAKSANAAN Bil 1 Pelaksanaan Tugas Penyediaan kertas kerja program. Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan asas dari pihak-pihak penganjur dan pelaksana program melalui mesyuarat dan bersemuka. ( Mesyuarat 2 3 Kali Pertama) Pelantikan AJK Program secara rasmi. Mengaktifkan sebuah bilik gerakan Setiausaha Program AJK Persiapan Tempat Setiausaha Program Semua AJK Program Setiausaha Program AJK Promosi/Buku Program Setiausaha Program Tindakan Setiausaha Program

bagi

pelaksanaan kerja-kerja asas program. (Cadangan 4 5 Bilik Gerakan) Mesyuarat Kali Ke 2 AJK Program Menjalankan kerja-kerja penyediaan, percetakan dan mengirim surat dan kad / surat jemputan. 6 Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat pos, e-mail, mesin faksimili atau pertemuan peribadi. (Kepada agensi-agensi dan 7
8

individu terlibat) Tempahan makanan untuk jamuan selepas gotongroyong Membeli peralatan untuk gotong royong. Pengumpulan bahan / fotografi / rakaman video untuk pendokumentasian.

AJK Jamuan AJK Persiapan Tempat/Peralatan AJK Fotografi / Dokumentasi

8.0 PENGANJUR Skuad Kitalah Bintang 2013 9.0 TARIKH 18 April 2013 10.0TEMPAT Kawasan sekitar Surau Al-Ghazali Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa

11.0PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN Calon UPSR yang menjadi anggota Skuad Kitalah Bintang 2013 .

12.0CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PELAKSANA

PROJEK KAMI INGIN BERBAKTI SKUAD KITALAH BINTANG SK KAMPONG JAWA PENASIHAT Pn.Yahtimi Sipin Guru Besar PENGERUSI Puan Rafidah Yusof Guru Penolong Kanan 1 TIMBALAN PENGERUSI Puan Maznah Ibrahim Guru Penolong Kanan HEM PENYELARAS Pn.Norrasidah Musuroh Ketua Skuad Kitalah Bintang BENDAHARI Puan Siti Zainab Tamrinan AHLI JAWATANKUASA FOTOGRAFI / DOKUMENTASI Pn Saharnooaini Mahmood SIARAYA En Mohd Shahrulmizan Ismail JURUACARA MAJLIS En.Mohd Zuami Erfan PROMOSI / BUKU PROGRAM Pn Noor Azimah Ibraim

DISIPLIN / KAWALAN MURID En Suhairi Sidek

PERALATAN En.Zulkarnain Basir

MAKANAN Pn.Asliza Abdullah

13.0PROGRAM TENTATIF
MASA 8.00 pagi 8.15 pagi 8.30 pagi AKTIVITI Ketibaan murid-murid ke sekolah Taklimat agihan tugas. Gotong royong bermula

11.00 pagi 11.15 pagi

Gotong royong selesai Simpan alatan Jamuan makan Reflektif

15.0PENUTUP Diharapkan agar kertas cadangan projek gotong royong yang dirancang ini mendapat sokongan dan kelulusan daripada pihak pihak yang berkenaan bagi menjayakannya. Semoga projek ini benar benar memenuhi matlamat dan objektif asal serta dapat membantu pihak SK Kampong Jawa, khasnya. Semoga projek ini akan memberi manfaat dan pengalaman yang amat berharga kepada semua komuniti masyarakat yang akan turut serta dalam projek Kami Ingin Berbakti ini.