Anda di halaman 1dari 3

4/30/13

'PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~TEKNOLOGI HIJAU~', diklaila_93's blog message on Netlog

diklaila_93
female - 20 years 116 visitors Pictures (7) | Friends | Guestbook | Blog | Shouts

Report abuse Share

Blog / PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~TEKNOLOGI HIJAU~


Thursday, 5 January 2012 at 23:59 PENDAHULUAN -Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semula jadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. - Secara konsep, teknologi hijau ditakrifkan sebagai pengaplikasian ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk tujuan praktikal dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa mengakibatkan kepupusan sumber dan mencemarkan alam sekitar. - Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. - Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. ISI (KEBAIKAN/MANFAAT) 1-Menjana Tenaga. -Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hibrid dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi. - Teknologi Hijau diharapkan dapat membantu mencari ketidak bergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga Negara. Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana ia boleh menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos yang murah, selamat dan mesra pengguna. - Ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dan amalan di negara-negara maju yang telah berjaya membangunkan industri ini sejak sekian lama dan menjadi alternatif sumber tenaga baru kepada masyarakat dunia. 2-Memulihara dan Meminimumkan Kesan kepada Alam Sekitar. -Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. - Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima. - Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup. - Meningkatkan kualiti udara dan air. - Mengurangkan pembuangan bahan yang tercemar. - Melindungi sumber semula jadi 3-Ekonomi - Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. - Mengurangkan kos operasi. - Meningkatkan nilai asset dan keuntungan. - Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. - Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan - Mengoptimumkan prestasi kitar hidup ekonomi. - Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan. - Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharu atau renewable energy. - Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara Malaysia. - Mengikut unjuran, menjelang tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). 4-Komuniti -Meningkatkan kualiti udara,terma dan bunyi persekitaran. - Contoh penggunaan kereta berenjin hybrid. - Meningkatkan kelesaan dan kesihatan penghuni bandar. - Mengurangkan masalah infrastruktur tempatan. - Meningkatkan kualiti hidup. - Antara bangunan hijau di Malaysia ialah Pusat Tenaga Malaysia (PTM), iaitu bangunan hijau (green energy office atau GEO) berkonsepkan bangunan tenaga rendah dan mesra alam, selain dilengkapi sistem building integrated photovoltaic (BIPV) yang mesra alam kerana tidak mencemar selain mengurangkan penggunaan tenaga daripada sumber bahan api fosil. ISI ( LANGKAH MEMAJUKAN TEKNOLOGI HIJAU) 1-DHTN Your rating: 0 no rating
Report abuse Share

en.netlog.com/diklaila_93/blog/blogid=6166411

1/3

4/30/13

'PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~TEKNOLOGI HIJAU~', diklaila_93's blog message on Netlog


-Memperkenalkan Dasar Teknologi Hijau Nasional (DHTN). - DTHN merupakan dasar penting untuk meneruskan kepesatan pembangunan negara pada masa depan, di samping menjadi salah satu usaha untukmenggunakan teknologi yang lebih baik dan kurang berbahaya kepada persekitaran. 2-Kesedaran Awam - Dana sebanyak RM20 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk memperhebat aktiviti kesedaran rakyat mengenai perlunya menghijaukan persekitaran dan mengamalkan budaya hidup yang mesra alam. - Langkah ini selaras dengan strategi pelaksanaan DTHN iaitu mempertingkat promosi dan kesedaran awam mengenai teknologi hijau dan kepenggunaannya. 3-Memajukan Pembekalan dan Penggunaan Teknologi Hijau. - Usaha ini juga selari dengan keputusan untuk mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion dalam memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. - Melalui dana ini, syarikat pengeluar dan pengguna teknologi hijau dapat membuat pinjaman untuk membiayai aktiviti yang menyokong pertumbuhan industri teknologi hijau. - Pinjaman maksimum untuk syarikat pengeluar sehingga RM50 juta dan syarikat pengguna sehingga RM10 juta membuktikan bahawa kerajaan benar-benar komited untuk memajukan industri ini. - Kerajaan turut menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah pinjaman tersebut dengan nisbah jaminan 60 peratus dan institusi perbankan 40 peratus. - Permohonan pinjaman pula boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. - Skim ini yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2010 memberikan faedah kepada lebih daripada 140 buah syarikat. 4-Memperkukuh Struktur Pelaksanaan dan Pembangunan Teknologi Hijau - Berdasarkan Belanjawan 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. - Pusat ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau dan berperanan sebagai agensi yang menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau. 5-Mengekalkan Sumber Tenaga. -Penekanan kepada sumber tenaga memang tepat pada masanya kerana menjelang 2030, penggunaan tenaga utama dunia dijangka meningkat sebanyak 1.6 peratus setahun atau 45 peratus keseluruhannya dalam tempoh 21 tahun yang akan dating. - Di Malaysia, keperluan tenaga elektrik dijangka mencecah sehingga 18 947 megawatt (MW) pada 2020 dan 23 092 MW pada 2030. - Sehubungan itu, komitmen semua pihak perlu digembleng untuk mengenal pasti dan membangunkan sumber tenaga alternatif, khususnya sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, mini hidro, biojisim, dan geotermal untuk menggantikan penggunaan minyak dan arang batu. - Terdapat beberapa dasar yang diluluskan untuk mengurus kemungkinan yang timbul akibat pengurangan sumber bahan api seperti Dasar Penyusutan Nasional untuk mengawal pengeksploitasian simpanan minyak mentah; Dasar Kepelbagaian Empat Bahan Api untuk memberikan fokus kepada sumber empat tenaga utama, iaitu minyak, gas, kuasa hidro, dan arang batu, serta Dasar Bahan Api Kelima untuk mempelbagaikan sumber tenaga penjanaan kuasa. 6-Pembinaan Bangunan Hijau. -Bagi menggalakkan pembinaan dan pemerolehan bangunan hijau, dua galakan fisikal diperuntukkan dalam Belanjawan 2010, iaitu pemilik bangunan yang memperoleh Sijil Green Building Index (GBI) bermula 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014 diberikan pengecualian cukai pendapatan yang nilainya bersamaan dengan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan. -Selain itu, pembelian bangunan dan rumah kediaman yang memperoleh Sijil GBI diberikan pengecualian duti setem surat cara pindah milik. - GBI yang dimaksudkan dilancarkan pada 21 Mei 2009. - GBI merupakan indeks penarafah hijau ke atas bangunan mesra alam. - Sesebuah bangunan bakal diberikan Sijil GBI setelah pihak penilai mendapati bangunan berkenaan memenuhi enam kriteria utama seperti kecekapan tenaga, kualiti persekitaran dalaman, perancangan dan pengurusan tapak yang lestari, bahan-bahan dan sumber, serta kecekapan penggunaan air dan inovasi. - Berdasarkan kriteria tersebut, jelaslah bahawa untuk mewujudkan sebuah bangunan hijau bukan sahaja memerlukan pelbagai teknik dan bahan teknologi hijau, tetapi perlu diaplikasikan secara optimum. KESIMPULAN - Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. - Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang

en.netlog.com/diklaila_93/blog/blogid=6166411

2/3

4/30/13

'PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~TEKNOLOGI HIJAU~', diklaila_93's blog message on Netlog


PENGAJIAN AM KERTAS 2 | PENGAJIAN AM KERTAS 2

Comment
You need to log in to post a comment. If you don't have an account yet, register now!

en.netlog.com/diklaila_93/blog/blogid=6166411

3/3

Anda mungkin juga menyukai