Anda di halaman 1dari 64

SKRIP

SKRIP FILEM CEREKA PENDEK

OLEH : NUR ROZIYANA BINTI AHMAT @ OSMAN

KERTAS CADANGAN RANCANGAN/SKRIP FILEM CEREKA

1. NAMA RANCANGAN: SKRIP FILEM 2. TAJUK RANCANGAN: ADA SINAR CAHAYA 3. GENRE RANCANGAN: DRAMA / FILEM REKAAN KHAYALAN 4. BAHASA: BAHASA MELAYU NON-FORMAL, BAHASA INGGERIS 5. SALURAN PENERBITAN: 6. MASA SIARAN: 7. JUMLAH MASA SIARAN: 8. KHALAYAK SASARAN: SETIAP LAPISAN MASAYARAKAT/ UMUM ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------9. RASIONAL/PERMASALAHAN RANCANGAN/SKRIP: Rasional cereka ini adalah untuk melihatkan rasional kehidupan dari alam berbeza yang disebutkan dalam hadis Al-Quran. Dalam kepercayaan melayu lama, terdapat seperkara yang dijadikan teladan dan bahan takutan kepada kanak-kanak atau dijadikan bahan hiburan sembang bagi mengigatkan semua orang tentang pentingnya mempelajri ilmu alam dan juga ilmu akhirat kerana ramai yang mula lalai. Jin yang dikenali dengan bunian ini menjadi bahan utama membezakan hidup alam ghaib dan manusia dipisahkan oleh Allah SWT kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. Disebabkan itulah, Allah mencipta jurang perpisahan. Hanya mereka yang terpilih sahaja boleh melihat jin dengan izin Allah. Cerita ini lebih kepada pengajaran yang membezakan kepentingan sesuatu perkara itu terhadap manusia. 10. SINOPSIS Cerita ini menceritakan kisah dua sahabat, Rash dan Sophie yang menjadi kawan setelah berpindah di kawasan perumahan di Ledang, Tangkak. Dari dalam alam mistik, terdapat panggilan yang diterima oleh Rash semasa berada di rumah. Kerana daya tarikan kunangkunang telah menemukan Rash dengan kawasan pohon beringin yang menjadi tempat petempatan makhluk bunian atau lebih kepada gerbang perpisahan sang bunian dan masyarakatnya. Sophie, yang tertarik dengan Rash tidak memberitahu identiti sebenar dirinya membawa kepada misteri kisah lama dan kini dibangkitkan. Dari jauh, Sophie cuba tidak membangkitkan sejarah lama keluarga yang memisahkan ayahnya dengan keluarga di dunia menyebabkan sayang dan cinta hanya disimpan di dalam hati. Perbezaan dua dunia tidak membebarkan cinta yang mula berputik di hati di simpan jauh dari pandangan dan harus dipisahkan dengan baik. Dikaitkan juga kisah yang terjadi 30 tahun dahulu, cinta di antara Ayie dan Hani, kisah cinta dua dunia berbeza yang akhir membawa kepada kebahagiaan dan juga kekecewaan. 11. FORMAT/PENDEKATAN PENERBITAN/PENULISAN Guna motion picture skrip yang serupa dengan format movie televisyen dan program lain yang diproduce oleh film.

Kesemua dialog dan diskripsi terhadap scene adalah dalam jangkau satu dan ditulis dalam upper- and lowercase letters. Jangkau dua diantara section yang berbeza bagi dialog dan juga diskripsi scene dan dialog. NAMA dan CAMERA SHOT dalam huruf besar.

12. OBJEKTIF RANCANGAN Adalah untuk menekankan perbezaan diantara jurang kehidupan di alam maya dan alam mistik dan mengapa ianya dipisahkan melalui contoh yang akan memberi pengajaran kepada mereka agar menguatkan iman kepada Tuhan. 13. MATLAMAT RANCANGAN Memberi pengajaran kepada manusia tentang perbezaan yang telah dinyatakan dalam AlQuran mengenai perbezaan hidup manusia dengan jin dan iblis yang dipisahkan dari pandangan mata agar mereka hidup di dalam alam yang berbeza dan jangan sesekali cuba untuk menukar apa yang telah ditentukan olehNya. 14. Rancangan Drama/Filem NAMA: Rash Bin Riaz WATAK: Remaja berumur 17 tahun, watak utama dalam cerita ini. Membawa watak yang suka kepada cabaran dan meneroka kawasan perhutanan. Berbangsa Melayu yang berada dalam golongan anak orang berada berkulit putih kuning, tinggi 6 kaki dan berwajah Jawa Cina. Mempunyai perwatakan lucu dan berhati lembut tapi tegas. NAMA: Sophie WATAK: Remaja berumur 17 tahun, watak kedua utama dalam cerita ini. Membawa perwatakan gadis yang suka menyendiri namun periang. Berasal dari masyarakat bunian. Berkulit putih merah, tinggi 5 kaki 4 inci, dan berwajah Cina Peranakan. NAMA: Pak Leman WATAK: berusia dalam lingkungan 60-an yang membawa watak seorang lelaki tua sedang menunggu. Perwatakan yang selalu membuat watak mencurigakan. Berbangsa melayu dan mempunyai kulit sawo matang dan tinggi 5 kaki. Seorang yang berpegang teguh terhadap agama

NAMA: Mak Cik Kina WATAK: berusia lewat 50 an dan merupakan isteri kepada Pak Leman. Badan berisi, 5 kaki tinggi dan merupakan penduduk Jawa di Tanah Melayu dan muka manis walaupun sudah berumur. NAMA: Rina

WATAK: kakak kepada Rash. Berumur 24 tahun Kulit putih dan berbadan sedikit gempal. Tinngi dalam 5 kaki 1 inci. Gadis yang periang dan suka mengusik. Tidak serius dengan suatu perkara tapi penyayang. NAMA: Joe WATAK: kekasih kepada Rina. Berbadan besar dan tinggi. Membawa perwatakan yang agak serius kerana kematangan. Umur dalam 25 tahun. NAMA: Puan Rosnah WATAK: ibu kepada Rash dan Rina. Perwatakan yang melambangkan ibu yang berkejaya, bergaya dan mempunyai karisma sebagai wanita dalam golongan orang berada. Dalam lingkungan lewat 40-an dan berbadan sedikit berisi. NAMA: Encik Riaz WATAK: merupakan bapa kepada rash dan Rina dan suami kepada Puan Rosnah. Melambangkan seseorang yang sangat terpengaruh dan berbadan tinggi dan tegap. Dalam lingkungan lewat 40-an. Mempunyai perwatakan yang serius dan tegas.

TAJUK ADA SINAR CAHAYA oleh NUR ROZIYANA AHMAT @ OSMAN

1ST DRAFT 20 SEPTEMBER 2008

NUR ROZIYANA AHMAT @ OSMAN, 2008 9, JALAN PERMATANG PASIR TAMAN PERMATANG PASIR 75460 MELAKA TENGAH MELAKA

Hasil karya: NUR ROZIYANA AHMAT @ OSMAN (2008)

ADA SINAR CAHAYA FADE IN BLACK SCREEN Kita akan HOLD untuk satu BEAT, di bawah BUNYI angin meniup daun kering dan juga kicauan burung menunjukkan keadaan aman dan damai. INCREASING BUNYI tawa mesra suara lelaki dan perempuan dan kita akan lihat... EXT., POKOK BERINGIN 30 TAHUN DAHULU MALAM ZOOM AND RACK FOCUS Kelihatan sebuah buaian di bawah pokok yang rendang, berhayun sendiri tanpa sesiapa di sana dan keadaan ceria dengan kunang-kunang berterbangan mengelilingi kawasan buaian dan pokok-pokok bunga. Tiada siapa di situ hanya bunyi angin menampar pokok bagaikan suatu nyanyian merdu. Perlahan-lahan terdengar tawa kecil yang mesra dan gembira. Tawa dari suara wanita dan lelaki. Kedengaran hanya berdua. PEMANDANGAN SEMAKIN MENJAUH DARI BUAIAN DAN KINI, SERAP MASUK KE ERA SEKARANG, DI HUTAN YANG SAMA DISSOLVE TO: EXT., DALAM HUTAN ESTABLISHING - HAMPIR SENJA FROM VIEW ONTOP OF THE FOREST Kita sedang melihatkan kawasan hutan yang berada di tepi taman perumahan yang baru dibina di pinggir bandar di mana, RASH dan SOPHIE, yang merupakan diantara mereka yang mulakan hidup baru di tempat lain bersama ibu bapa; sedang berlari dan berkejaran sambil berteriak kegembiraan. TRACKING SHOT Dua remaja kelihatan bahagia bersama, SOPHIE mengejar RASH. Mereka kelihatan berteriakan dan sedang meredah pokok dan semak dan berlari dan terus berlari. Mereka masih berlari dan secara tiba-tiba, RASH memperlahankan larian dan mula mencari arah yang ingin ditujui. PANNING TO LEFT AND RIGHT Melihat dia sedang menjongketkan kaki dan melihat kiri dan kanan dan apabila dia menjumpai jalannya. Kelihatan satu kawasan yang agak lapang dan menarik di mana terdapat anak sungai dan yang paling menarik perhatian adalah FOCUS ON sebuah buaian yang bergayut di antara tali dan akar pokok Beringin tua. Mereka sedang kelihatan termengah-mengah selepas berlari. RASH Kan aku dah kate? Kau tak mau percaya!! Aku jumpe semalam mase aku nampak ada asap dari tingkat atas rumah aku. Macam tak percaya,kan? SOPHIE dengan muka mencebik dan masih tercungap-cungap sambil mengelap peluh di dahi, mula melihat sekeliling kawasan dengan perasaan kagum dan mula tersenyum. SOPHIE

Lar! Macam ni pun kau nak berlagak dengan aku ke? Not bad la. Tapi kat rumah aku pon ada kalu kau nak main buaian oi!! Tak yah la nak bawak aku jauh-jauh dalam hutan ni. Mane tau ada something fishy ke. Kau tak risau ke? RASH Nengok tu....nak jugak cari gaduh dengan aku....orang tua kata, dari benci jadi sayang! SOPHIE Dah mula nak melebih lar tu....mat oi!! Cermin muka kau tu!!! Bbbuuuuwwweeekkkkk!!!! RASH mula meninjau-ninjau kawasan itu dengan mengindahkan ngomelan SOPHIE yang juga meninjau-ninjau kawasan itu. PANNING 360 FROM SOPHIE EYE ANGLE VIEW SOPHIE Jap. Kau tak rase pelik ke RASH? Aku rase macam ada yang tak kene la kat tempat ni. RASH Ala, ape pulak otak kau pikir ni? Dah mula nak mengarot la tuh! SOPHIE Aku bukan mengarot doh! aku ni pikir logik bego! RASH Dah aku lak kene bengong.... bodoh kau bantai jugak kat aku?.. Pergh!! Kau ni pe hal minah? Kau gak bosan tadi! Ape yang logik nyer? SOPHIE Sorry la sayang,... intan payung,.... putera kayangan!.... (mengelip-ngelipkan kelopak mata) Aku just terpikir je. Kau tak rase pelik ke? RASH Haah ek. Aku memang pelik dari dulu pon.... Perempuan ni selalu jer leceh.... Otak pon pikir leceh gak!

SOPHIE Sedap nyer mulut kau nak mengutuk ek. Aku dah cakap sorry pon tak jalan gak. Bukan ape pon, aku pelik sebab tempat ni lawa sangat. RASH Lar, tu ke yang kau pelikkan? Tapi betol gak kau cakap. Bersih semacam. Tepi anak sungai plak tu. Kawasan yang dilihatkan agak rapi. Tiada lalang atau pokok lain yang tumbuh di satu kecuali kawasan yang berdiameter 100 meter ini dipenuhi pelbagai jenis pokok bunga hutan dan orkid yang tumbuh rapi, rumput yang tidak panjang, dan terdapat buaian di bawah rumpun redup pokok berangin yang kelihatan sudah lama tumbuh dengan dahan yang tegap, tali yang dililitkan dengan akar berjuntai pokok itu, kelihatan kuat melilit bangku buaian itu. SOPHIE mendekati buaian itu dan menghayunkan bangku. RASH Kau nak cuba naik ke? SOPHIE Nak jugak. Ape kate kau yang naik dulu. Test drivekan untuk aku. Kalau tak kuat kayu ni, kau yang jatuh dulu. (gelak) RASH Brilliant gak otak kau ek. Kalu aku jatuh, terseliuh pinggang aku, boleh gak kau dokong aku balik rumah,kan? Mesti romantik giler! (lawan gelak SOPHIE) SOPHIE berhenti ketawa. Muka mula mencebik. Dia melihat RASH menarik-narik tali dan juga mengetuk-ngetuk papan yang menjadi tempat duduk buaian itu. Kelihatan RASH duduk dengan teragak-agak. Kemudian, dia diam tanpa bergerak. Kaki mula menghayun perlahan ke belakang dan kedepan. RASH (mula menjerit secara tiba-tiba) Yeay! Best siot! Aku dapat try dulu. (gelak mengejek) rugi kau! (gelak lagi) SOPHIE

Woi, dah la. Aku nak naik la pulak. Mane ada lelaki naik buaian. Buruk pemandangan tuh! Selamat la kat tengah hutan. Kalu tak, malu aku nak ngaku kawan! RASH Sedap je kau bercakap ek. Aku cili mulut tu baru kau tau. SOPHIE (menjelirkan lidah) mane pulak nak cari cili kat dalam hutan ni oit? RASH Oh! Berlagak..! kau tunggu lar nanti! Aku pakai cili boh mama aku! SOPHIE (menjelir lidah) Kau rase ada orang punyer ke kawasan ni? Aku still rase pelik la. Kedengaran BUNYI jam tangan RASH berbunyi, menandakan jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Cuaca mula berubah warna dan kelihatan keadaan mula gelap. Kelihatan RASH mengeluarkan lampu suluh yang di bawa di tepi seluar khakis dan mula turun dari buaian dan bersedia untuk meninggalkan kawasan itu.

RASH Helo minah chi! Kite kene cabut sekarang la. SOPHIE Nape plak? Aku tak dapat naik lagi la. Nape kau dengki sangat ni? RASH Ngada-ngada btol la kau ni. Jom! Dah pukul 6 la. Kau nak mama kau ngamuk, aku boleh je tinggalkan ko kat sini. Lagi senang aku jalan balik sorang-sorang. RASH terus menyambar lengan SOPHIE yang ingin membalas hujah RASH, lalu menariknya ke jalan keluar kawasan itu.

Dari setiap bahagian di dalam kawasan itu, SHOT FROM BIRDS EYES TO EXTREME LOW ANGLE RANDOMLY WATHING THEM terdapat banyak mata-mata yang sedang memerhati tingkahlaku mereka. Setelah melihat SOPHIE dan RASH keluar dari tempat itu, mereka mula berterbangan mengelilingi kawasan mereka.

INT., BILIK SOPHIE LEWAT MALAM CONTINUOUS Lewat malam, CLOSE ON SOPHIE yang sedang tidur dengan muka yang cemas dan berpeluhpeluh. Matanya tersentap terbuka dan bingkas duduk di atas katilnya. Dia bagaikan melihat langsir kamarnya tersentap membuka dan angin masuk menurjah ke dalam. MONTAGE MIMPI Obor-obor terpadam. Muka tidak dikenali. Angin bertiup berligar. Api-api kecil bertaburan. Buaian menghayun sendiri. Tangisan. Keadaan menjadi ribut. Dengan serta merta, matanya terbuka sekali lagi dari mimpinya dengan mengejut dan dia kelihatan bingkas bangun dan berlari membuka pintu biliknya sendiri dan berlari dengan laju keluar bilik.

DISSOLVE TO: INT., KELAS DI SEKOLAH TENGAHARI Di bahagian belakang kelas, kelihatan SOPHIE sedang termenung memandang ke luar tingkap. Muka yang pucat dan kelihatan bagaikan kurang tidur. Guru tiada dalam kelas. PANNING Keadaan riuh kerana masih awal tahun. Rash datang ke arah SOPHIE sejerus melihat keadaannya yang agak lesu. Tiada siapa yang lain meneger dia. Dia lebih suka duduk berseorangan di belakang. RASH (menepuk meja) Woit! Apasal ni? Gaduh dengan boyfriend ke? Relaks la. Aku kan ada? (mengenyit mata dan buat senyuman nakal) SOPHIE Kau jangan nak mengarut kat sini ek. Aku takde mood nak layan nakal kau tu. (mengangkat sikit kening kiri) And for your info, aku ni single mingle ek. Jangan nak buat serkap jarang je ye.

RASH tersenyum perlahan. Cuba menyembunyikan apa yang dirasakan pada masa itu. Kelihatan SOPHIE masih melayan perasaannya seorang diri. Kelihatan macam baru mengalami keadaan buruk. RASH bertanya lagi; RASH Sure ke kau takde masalah ni? Aku risau lak nengok kau macam ni. Jadi tak program kita petang ni? Mama kau takde kan? SOPHIE (mengangguk lemah) yup. Daddy pun still outstation, ni mama plak tinggalkan aku. Kita dua orang je ke? RASH Fuh! Lagi romantis,kan? Boleh la aku manja-manja dengan kau,kan? SOPHIE Wei? Your head dah ada kat lutut ke? Kau nak buang tebiat? Sia-sia jer kawin free dengan kau. Tak mau aku. RASH Helo Yang, aku belum tak siuman lagi tau. Akak aku bawak boyfriend dia sekali. Ofcause la kakak aku guna alasan nak teman kau. Kalau tak, kau ingat mama aku nak bagi ke?.... Mustahil! SOPHIE tersenyum kelat. Belum sempat membalas omelan RASH, cikgu kimia masuk kelas dan melihat semua pelajar di dalam kelas mula duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk ditelaah. Masa berjalan dan kelihatan SOPHIE masih dalam keadaan tadi, RASH menoleh ke belakang untuk melihat keadaan SOPHIE dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya.

EXT., KAWASAN PERUMAHAN CONTINUOUS Kelihatan RASH sedang sibuk memeriksa alatan perkemahan yang akan diadakan di kawasan yang baru diketemui itu. Melihat kakaknya, RINA sedang membuat perkara yang sama Cuma barang makanan yang dibawa bagaikan mahu berkemah untuk 5 hari. RINA RASH, kau rase la, kat situ ada ke tempat nak buang hajat tak? Tak banyak ke nyamuk nyer? Tempat nak masak? Betul ke ada anak sungai?

Bersih ke air tu? Boleh buat minum ke? Kalau tak, kite kene bawak air lagi ke? Kau dah bawak aid kid? Takde ular ke? Binatang buas?.... RASH Cop! Cop! Dah la tuh. Ape ni kak? Nak semua orang punye mood lari ke? Ape guna adik ni pernah menang banyak kali kadet ranger kat sekolah? Yang boyfriend akak kan boleh jaga kebajikan akak? RINA (menunding jari telunjuk ke arah mulut dan bercakap perlahan) Hish kamu ni! Slow la sikit. Kalau kantoi dengan mama, jangan harap kau dapat pergi sana nanti dengan SOPHIE jugak tau. Melihat RASH terkedu tanpa berkata-kata dan mereka mula bergerak keluar kawasan perumahan selepas bersalaman dengan mama mereka dan selang dua blok kawasan perumahan, teman lelaki RINA keluar selepas pakirkan kereta di belakang blok rumah kosong kerana takut diketahui oleh mama mereka. JOE Hai RASH. Dah makin besar kau. Dulu lagi pendek dari aku! RASH Tengok orang la! Kot-kot lagi macho dari kau! (mereka berdua gelak sambil berjambat tangan) RINA Helo!! Guys reunion later ek. Now nak go camping! mereka sama-sama bergerak ke hujung kawasan perumahan di mana rumah SOPHIE terletak bertentangan dengan kawasan padang yang memisahkan kawasan perumahan itu dengan kawasan perhutanan gunung yang mereka ingin tuju. RASH Kenalkan, ni my sis, RINA and ni pulak pakwe dia, JOE. SOPHIE

Hai kak. Ape khabar. Rash tak bagitau pun akak ni comel orang nyer. RINA Lar, dia tak bagitau ke? Ish budak ni, akak yang comel pun tak bagitau orang. (gelak) RASH Dah mula la tuh! Nyampah! RINA Lah, jangan la jeles Dik! (cubit pipi RASH) RASH Waduh!! Ape ni kak?? Nak manja-manja plak....ni bukan kat rumah la! Mereka bersalaman dan sekali lagi RASH memeriksa apa yang kurang dan alat untuk perkemahan seperti yang mereka rancang dalam perjalanan balik dari hutan beberapa hari yang lepas. Muka SOPHIE masih macam di sekolah tapi kali ini, kelihatan SOPHIE memandang ke arah padang tanpa dengan muka kosong tanpa mimik muka. RASH melihat gelagat itu lagi dan mereka mula bergerak. RASH Ok. Jom gerak. Kang lambat lak sampai tempat tu. JOE Nak tanye ni. Kakak kau tak bagitau abang detail la. Jauh ke dari tepi padang tu? RASH Ape la akak ni? Tu la, semalam dah bagitau tak mau dengar betol-betol. RINA Ala, dah excited sangat sampai tak ingat la. (muka mimik manja) Jangan la marah. RASH

Aritu kitaorang pergi dalam sejam gak la jalan nyer. Kalu bawak akak ni, lagi lama la kot. RINA Excuse me! Hey! Akak baru minum tongkat ali punyer kopi tau! Jangan pandang senget kat orang ek! Sindiran mereka sepi bagi SOPHIE yang kelihatan menyepikan diri di belakang mereka. WIDE ANGLE Padang bola yang disediakan oleh pengusaha perumahan di lintasi dengan ngomelan RINA dan RASH. Penorama kawasan hutan mula kelihatan. Di situ, pagar yang mengelilingi hutan itu dibuat pintunya. Terdapat papan tanda yang terselindung di belakang pokok dan agak lusuh. Perjalanan yang dilalui agak mendaki kerana berada di kawasan bukit dan hampir di kawasan pergunungan. RASH mengikut arah aliran anak sungai yang mula ditemui dalam 300 meter dari kawasan pagar padang sejak mendapat tahu lokasi datangnya asap atau api yang kelihatan dari arah biliknya sebelum itu. MONTAGE Menunjukkan sedikit kawasan keluasan hutan yang menghadap ke arah barat Gunung Ledang dimana terdapat lagenda agung dan melihatkan view gunung-ganang, berkabus dan menunjukkan kedamaian walaupun sudah lama manusia mengguna mesin besar untuk menggerakkan gunung. scene yang ditunjukkan dalam keadaan perlahan, dari atas pokok-pokok yang besar, fokus dikecilkan dengan perjalanan mereka yang berada di atas permukaan bumi, sedang menuju ke destinasi. EXT,. KAWASAN HUTAN DALAM PERJALANAN CONTINUOUS Melihat mereka sedang berjalan dan mendaki bukit. Melalui kawasan semak, di sini, kelihatan RASH yang mengetuai rombangan ini menetas pokok dan lalang yang mengganggu perjalanan dan cuba mengingati laluan yang dilalui, manakala JOE juga melakukan perkara yang sama, memeriksa kompas dan masa perjalanan yang digunakan bagi memastikan bentuk dan peta keadaan hutan yang mereka lalui walaupun ianya untuk 1 jam lebih perjalanan mereka. RINA kelihatan sibuk dengan cameranya, mengambil gambar kawasan dan juga bunga liar di setiap perjalanan untuk tugasan kursus universiti. SOPHIE pula kelihatan seperti tadi, lebih menyepi dan kelihatan bagaikan memikirkan sesuatu. Gelagatnya masih diperhatikan oleh RASH. Dari atas, bawah, kiri dan kanan, ada mata yang sedang memerhati gelagat mereka. RINA RASH...slow la sikit...penat nih! (tercungap-cungap) RASH

Sure ke tadi minum tongkat ali? Ke minum kacip fatimah ni? (gelak menyindir) jap lagi nak sampai. Sikit je lagi. Sabar ye.. RINA Berhenti la jap. Akak tak larat nih! Beg berat sangat. RASH tu la, bawak makanan kemain banyak lagi. Pastu cakap punggong tu besar sangat! (menjuihkan bibir) pastu habiskan duit pergi body slim! JOE Dah la tuh! Asyik nak bertekak jer! Jom jom.... kang hari gelap...

EXT., DALAM HUTAN KAWASAN POKOK BERINGIN CONTINUOUS ESTABLISH SHOT Penorama kawasan yang dijumpai semalam kini muncul di depan mereka yang diketuai oleh RASH. PANNING ke seluruh kawasan dan melihatkan mulut RINA terlopong tanda tidak percaya dengan apa yang dilihat dengan mata sendiri, manakala JOE asyik memeriksa keadaan sekitar dan mula mencari tapak yang sesuai untuk dijadikan tempat untuk mendirikan khemah mereka. Sejak sampai di kawasan itu, SOPHIE hanya tercegat, RACK FOCUS ON memandang ke arah buaian di bawah pohon beringin itu.

DISSOLVE TO: INT., DALAM BILIK SOPHIE IMBAS KEMBALI KE DALAM MIMPI SOPHIE Seorang wanita sedang duduk di buaian dan ditolak lembut buaian itu oleh seorang lelaki dari arah belakang dan mereka kelihatan bahagia. Mereka dalam pakaian indah, bagaikan di zaman dulu; berbaju kemeja dan si gadis bergaun putih beralun. Kemudian keadaan jadi gelap dan muncul api-api kecil berterbangan di sekitar dan dalam keadaan RACK FOCUS ON berputar-putar bagaikan puting beliung kecil lalu bertukar kepada bentuk manusia; seorang lelaki berbadan sasa yang kelihatan agak marah dengan dengan mereka. Secara tiba-tiba, jelmaan itu memandang ke arah SOPHIE dengan wajah yang bengis lalu mengatakan sesuatu yang tidak kedengaran; bagaikan MUTE. SOPHIE mula berlari...

DISSOLVE BACK TO: EXT., KEMBALI KEPADA KAWASAN POKOK BERINGIN PETANG Khemah didirikan di tepi pokok dan hampir dengan tepi anak sungai. Khemah lelaki dan perempuan diasingkan langkah 8 kaki jarak di antara mereka. Kelihatan JOE dan RASH sama-sama muncul dari luar kawasan khemah dengan membawa batang pokok dan juga ranting untuk dijadikan unggun api. SOPHIE dan RINA sedang menyediakan tempat untuk dijadikan tempat masak dan juga untuk menggantung baju. Masa kelihatan beransur. Yang lelaki mula membuat bulatan belerang di keliling kawasan perkhemahan mereka. Masa mereka dihabiskan dengan membantu antara satu sama lain untuk memastikan segalanya dalam keadaan yang sempurna dan selamat. RINA mula sibuk memasak megi dan makanan lain yang dia bawa bersama. RINA (mencekak pinggang) RASH, nak mandi kat mana? RASH Akak jalan straight, then jangan belok-belok and kalau sesat, ambik jalan kanan jer tau. Dalam 1 atau 2 jam, sampai la kat toilet rumah! (RASH pulak mencekak pinggang, memandang kakaknya) RINA Tanye pun salah ke? Nak terkencing dah ni! RASH Kat mane lagi kalau bukan kat situ! (menunding jari ke arah sungai) tak pun, situ! (menunding ke arah semak) mane satu akak rasa selesa? (gelak) RINA (mencebik) wah! Seronok kau ek. SOPHIE....

SOPHIE Hhmmmmm... RINA Jom. Teman akak... please... SOPHIE (mengangguk) ok. Jom. Nak buang jugak! JOE Nak ikot! Meh i temankan anda berdua.... Mereka sama-sama gelak dan berlari meninggalkan RASH dan JOE yang sedang sibuk buat unggun api.

EXT., KAWASAN POKOK BERINGIN SENJA CONTINUOUS Di sini, kelihatan masing-masing sudah menyesuaikan diri dan air sedang di masak di cerek. SOPHIE tidak termenung kesorangan lagi kerana RINA yang pandai berborak membuatkan keadaan kelihatan baik tanpa sebarang masalah. Tapi, sekeliling kawasan perkhemahan mereka diperhatikan dari pelbagai arah. Angin mula sejuk dan mereka di situ mula memakai pakaian yang sedikit tebal. RINA SOPHIE, betul ke kau takde ape-ape dengan adik akak ni? Lain macam jer akak nengok RASH nengok kau. SOPHIE (Menyemburkan air yang diminum) Muka macam tu? Sape nak? Menyakitkan hati jer. Entah mata akak ni dah kero kot? (Gelak) RINA Eh? (Menggesekkan mata dengan tangan) lar, dah kero ke mata aku ni? Patut la nampak pelik jer. JOE

Ni siapa punya keje buat megi ni lembik semacam ni? SOPHIE Not me! Aku tak tau nak masak megi pon! Kak RINA! KaK RINA! (gelak sambil menunding jari ke RINA)

Mereka semua gelak bersama-sama dan menghabiskan makanan dan minuman. RASH masih memerhati segala gerak geri SOPHIE. RINA mula bermanja dengan JOE. Angin tiba-tiba meniup. Lembut. Sejuk. Tiba-tiba, dari banyak arah, di keliling mereka, cahaya kecil muncul. PANNING DARI KANAN KE KIRI DAN TILT. Berkelip-kelip bagaikan ratusan sinar dari pantulan cahaya berlian. Kawasan pokok beringin dan juga pokok bunga di keliling dan dikerumuni oleh kunang-kunang. Mereka masing-masing terserentak. Cahaya kunang-kunang mula menyerikan kawasan yang gelap. Kunang-kunang ini bagaikan berligar-ligar dan ada yang jatuh berguguran ke tanah secara tiba-tiba. SOPHIE RASH, aku rasekan, api atau asap yang kau nampak haritu tu kunang-kunang la. RASH Tak mungkin lah. Takkan la mende alah kecik ni boleh nampak dari rumah aku? SOPHIE Habis tu, kau pikir ada orang lain la buat camping kat sini macam kita sekarang ni? RASH Entah la SOPHIE. Takkan la aku tengah bermimpi kot? SOPHIE Mimpi? (Kelihatan sedang memikirkan sesuatu) RASH Mula balik buat muka tu. Tadi dah elok dah. Woit! (menghayun tangan ke depan muka SOPHIE)

aku cakap tadi, kau dengar tak? SOPHIE (Terserentak dari lamunan) ape? Aku rasa tak sedap hati la. RASH Lar, kau tengah rasa hati kau ke tadi? Pahit ke? Ape la yang kau fikirkan tu?... (beat) Dari sekolah lagi aku nak tau. Sekarang ada banyak masa, tak mau bagitau jugak ke? SOPHIE Aku nak bagitau....tapi.... RASH (Meletakkan tangan ke atas tapak tangan SOPHIE) kenapa nak simpan sorang-sorang? Aku kan ada.... (senyum) SOPHIE (memandang ke arah tangan dan kemudian ke muka RASH) kau mungkin takkan faham.... aku.... Perbualan terganggu dengan tawa RINA yang sedang bergembira apabila gambarnya diambil oleh JOE di buaian yang dihadiri dengan kunang-kunang. Tangan mereka ditarik semula. JOE Jangan la hayun buaian tu laju sangat, susah nak ambik gamba ni. RINA (Dengan mimik muka manja) masalah nyer sayang, i tak hayun pun. Buaian ni macam have its own magic. It moves like the wind slapping it. I love it!

RINA mula turun dari buaian dan mula mengambil gambar di bahagian yang lain. Gelagat RINA hanya ditonton SOPHIE yang kelihatan ketakutan dengan setiap kali buaian itu terhayun manakala RASH semakin kurang senang dengan riak SOPHIE ketika itu. SOPHIE RASH, my guts telling me something wrong la. Aku tak tau kenapa aku risau sangat ni. Semalam, aku ada mimpi. (Senyap dan mula kelihatan takut) aku mimpi tempat ni. Tapi, time tu, macam aku kat masa yang lain. RASH yang sedang memandang gelagat kakaknya memberi perhatian kepada SOPHIE yang mula kelihatan serius dan macam dalam keadaan ketakutan. SOPHIE I hope it was just a bad dream je. Its kinda scary la... Mimpi tu. Belum sempat RASH ingin bertanya lagi, RINA datang dan duduk di sebelah adiknya dan mula memberi cadangan dengan muka yang ceria. JOE pula kelihatan sedang sibuk membelek camera milik RINA. RINA Just look at this place? We can commercialize it. Make a fortune. Daddy sure going to love this idea. What do you think sayang? (Memandang ke arah) JOE (kening berkerut dan mula menekan-nekan punat camera) Huh? Oh. Orait jugak. What ever you want sayang... How do this thing works anyway? Nape tibe-tibe mati plak ni? RINA Huh? Realy ke? Ala. Gambar tadi betul-betul dapat ambik ke? JOE I think so. U dah charge kamera ni sebelum datang sini ke atau tak? RINA

Eh? Tadi penuh la. I dah charge la bateri ni. Mane boleh I lupa. Bak sini kamera tu. Takkan rosak pulak kot? Habis la daddy marah lagi ni. JOE (memberi kepada RINA) you lupa charge kot? Kan sayang i ni pelupa orangnya. RASH (RASH menyampuk dengan gelak) aku sokong cakap JOE tuh! My sis selalu macam tu,kan? (gelak) EXT., KAWASAN POKOK BERINGIN TENGAH MALAM CONTINUOUS Kesemua sudah masuk tidur. Cahaya kunang-kunang hanya bertumpu di bawah rimpunan beringin. RASH keluar dari khemah kerana ingin membuang air kecil. Di lihat kiri dan kanan dan selepas memastikan tiada yang memandang, dia pun memancutkan air kencingnya ke semak yang dekat dengan aliran air sungai. Menunjukkan wajah lega selepas melepaskan hajat. Sekembalinya dia ke khemah, dia terlihat kelibat SOPHIE dengan berpakaian baju tidur labuh berwarna putih sedang duduk di buaian itu sendirian. SOPHIE kelihatan begitu terpesona dengan kunang-kunang yang berterbangan di sekelilingnya. Tapi buaian tidak dihayunkan. Dia kelihatan hanya duduk dan memandang keadaan sekitar. RASH Nak lepaskan gian la tu ye? Petang tadi tak dapat main sebab akak RINA concure. SOPHIE tidak membalas. Sepi. RASH datang hampir ke arah SOPHIE. Kemudian dia bergerak membelakangkan SOPHIE kerana hajat ingin menolak buaian itu. Tanpa di suruh, RASH terus menolak buaian itu dan kelihatan SOPHIE sangat seronok dengan keadaan itu. Angin menguak-nguak rambut SOPHIE. SOPHIE berpaling ke belakang dan memberi senyuman yang mempersona ke arah RASH membuatkan jejaka itu terkedu dan membuatkan hatinya berdegup kencang. SOPHIE RASH, kamu fikir aku ini cantik ke? (Dengan nada manja)

adakah peluang untuk aku duduk di hati kamu? Kita bersama? SOPHIE mula turun dari buaian dan bertentang muka dengan RASH. RASH bagaikan kehilangan kata-kata. Mereka berpandangan. EXTREME CLOSE ON bibir SOPHIE. Tangan SOPHIE mula merayap ke muka RASH menyusur ke tengkuk bagaikan ingin memeluk leher RASH. RASH bagaikan dipukau dengan godaan SOPHIE. SOPHIE Boleh kah kamu beri apa yang aku inginkan? Satu harta yang boleh aku miliki? RASH SOPHIE, kenapa macam ni. Kita masih kawan. Kita... SOPHIE Aku takut. Tapi aku tak peduli. Aku mahu. RASH Apa yang kau mahu? Aku cuba berikan terbaik.... SOPHIE Sanggup ke? RASH (angguk) apa saja. SOPHIE (tangisan kecewa tapi gembira) RASH.... RASH Kalau kau ambil setapak langkah ke depan, kau boleh menangis dalam pelukan ku... dan semasa kau buat begitu, aku pastikan apa yang kau inginkan ku tunai. Tidak tahan melihat SOPHIE menangis, RASH menarik SOPHIE di bawah pelukannya. SOPHIE RASH... maafkan aku....

(menangis dalam pelukan) maafkan aku... aku..... RASH (mengambil muka SOPHIE dengan kedua tangannya. Memandang ke arah matanya yang sedang berlinangan) kenapa? Buat aku mengerti..... Badan mereka melekap bersama. RASH tidak terkata. RASH menutup kelopak matanya dan mula merangkul utuh tubuh SOPHIE dan RASH kelihatan mula merebahkan badan ke arah SOPHIE dan berbaring membelai rambut SOPHIE dan dia tersenyum kepuasan. RASH Bagi tahu aku, apa yang kau mahu? Harta dari ku? (tangan membelai rambut dan menurun ke muka) aku kurang mengerti.... SOPHIE (tangan menarik muka RASH rapat ke mukanya) Anugerah....... Tumpuan kepada mereka berdua. bunyi cengkerik malam masa itu, bagai ditelan kegelapan. Semua sepi. Cuma mereka berdua. Dalam kegelapan. Makin malap... DISSOLVE TO: EXT., KAWASAN POKOK BERINGIN AWAL PAGI SOPHIE dan RINA keluar dari khemah dulu untuk mandi sebelum yang lelaki bangun. Mereka mencari kawasan yang agak tertutup dari kemah agar mereka tidak kelihatan dari mereka. RINA kelihatan sedang mencuba kesejukan air menggunakan hujung kakinya. SOPHIE menghulurkan kain batik kepada RINA. RINA Ni nak buat ape? Akak ada tuala dah ni. SOPHIE Takkan akak nak mandi dengan berbaju? (gelak perlahan) RINA Akak tak geti la Sophie. Kat rumah pun belum tentu ada sehelai.

(gelak jugak) SOPHIE Senang jer. Meh sini, Sophie ajar. Mereka gelak bersama. Memecah keheningan pagi. JOE yang terdengar keluar dari kemah dan memerhatikan keadaan sekitar. Tawa mereka kedengaran lagi. Masuk semula ke dalam kemah untuk mengejutkan RASH tapi dia tiada di situ. Menganggap RASH berada dengan mereka, dia pun keluar dan mengenakan jaket lalu pergi ke unggun api. Mancis yang tertinggal di celahan kayu semalam kelihatan lembab dan JOE. Dia cuba beberapa kali. Tidak berjaya. Dia mengalah dan masuk ke dalam khemahnya untuk mengambil mancis lain. Akhirnya, Air di jerang. Asap dari cerek kelihatan lebih kurang sama dengan kabus pagi itu. Bekalan megi segera di masak. JOE RASH kat mana? Sejak I bangun tadi dia tak de kat dalam khemah. Nampak tak dia? Ketika itu, SOPHIE dan RINA masing-masing sedang mengeringkan rambut dan menuju ke arah unggun api kerana kesejukan. RINA I and SOPHIE pergi mandi tadi takde pun dia. Ingatkan dia tidur lagi? SOPHIE Takkan dia cari kayu awal pagi kot? RINA JOE, tak elok gurau pagi-pagi ni. Kita dalam hutan. JOE Lar, takkan i nak joke pulak awal-awal pagi ni kot? Hes not in the tent when i wake up. I thought dia pergi mandi. RINA You sure ni? Jangan lah bergurau sayang. JOE Sumpah! Tak tipu. Pergilah tengok sendiri. RINA mula bingkas bangun dari tempat duduknya tadi dan berlari ke arah khemah lelaki diikuti SOPHIE yang kian cemas. FOCUS ON Sleeping beg adiknya ditarik. Tiada di lihat kiri dan kanan. tiada.

Khemah kosong. RINA mula cemas. RINA Mane Rash, Joe? Mana dia? (riak cemas di muka) JOE Jangan gabrah. Kita berpecah. Cari dia perlahanlahan. Jangan pergi jauh sangat tau. Mereka mula berpecah. RINA menghala ke arah sungai dan JOE menghala ke arah hutan tempat dia dan RASH mengutio kayu. Manakala, SOPHIE hanya tercegat sahaja di situ. JOE mula berlari ke dalam hutan tempat mereka mencari kayu. Menyelak dan menguak semua pokok yang menghalang pandangan pada pagi yang berkabus itu. Dia menjongket kaki dan memandang ke seluruh arah sambil JOE (melaung) Rash, kau kat mane? Woi! Rash! Rash! RINA menyusur ke aliran anak sungai sambil memanggil nama adiknya berulang kali dan kelihatan sangat cemas. Kawasan sekeliling mula diperhatikan. Setiap batu atau celahan dilihat. Berkumat-kamit berdoa adiknya tidak dijumpai di celah batu besar yang banyak di antara anak sungai itu. RINA juga sedaya upaya untuk melihat setiap tempat dan dia kian cemas dengan kabus yang menghalang pemandangan dan keadaan sejuk. RINA Rash! Rash! Rash! Jangan la buat akak macam ni. Nak main sorok-sorok tu jangan lar buat kat tengah hutan adik oi! Rash! Rash! Manakala SOPHIE hanya berdiri memerhati. Tidak mengerti. Dia bermimpi malam tadi. Satu mimpi yang ada dia dan RASH di bawah pohon beringin itu. Dia hanya tercegat dan pandangan matanya mula dilirikkan tepat ke arah pokok itu. Lalu, dengan mengikut gerak hatinya menuju ke bawah pohon beringin yang cuba dijauhinya. POINT OF VIEW FROM SOPHIE EYES. Dia mengelilingi pohon itu dan melihat di setiap sudut kawasan. Tidak pasti apa yang dia ingin lihat. Inginkan mimpi itu bukan kenyataan. Dia keliru. Dalam keadaan kabus yang banyak di pagi itu, agak lama dia mengamati setiap penjuru. Dia mengelilingi pokok itu dari arah luar. Tidak mahu mendekat. Kelihatan SOPHIE sedang berpeluh di pagi yang sejuk. Mengharapkan mimpinya tidak benar. Dia memberanikan diri. Masuk ke bawah pokok. Tiba-tiba, kelihatan sekujur tubuh tidak berbaju; RASH berpelukkan akar pokok yang membonjol ke atas. SOPHIE

Hah!? Tidak! Rash!! Aarrrrggghhhh!! Jeritan itu mengejutkan RINA dan JOE yang kembali dari pencarian mereka. JOE dan RINA bergegas mendapatkan SOPHIE dan mereka berdua terkejut melihat RASH dalam keadaan itu. SOPHIE terketar ketika itu. Tak percaya apa yang dilihatnya. RINA menarik SOPHIE dan memeluknya. Dari OVER THE SHOULDER, dia hanya memberi isyarat mata kepada JOE untuk pergi melihat. Walau bagaimanapun jeritan SOPHIE tadi lansung tidak mengejutkan RASH. RINA mula risau RINA (suara terketar) Joe, my brother JOE.... (mula menitiskan air mata) Joe, please tell me something Joe. JOE berteleku mendapatkan RASH dan semasa ingin memeriksa nadinya, RASH bangun dengan muka terkejut. RINA menunjukkan muka lega. Menghenbuskan nafas beberapa kali untuk menghilangkan getar di jiwa. RASH Eh? Kenapa ni? Apasal akak masuk khemah pulak ni? RASH nak tido lagi la! Suaranya yang bersahaja mengelirukan RINA. RASH berpaling memandang ke arah SOPHIE yang sedang memeluk RINA bagaikan tidak mahu melihatnya. RASH Eh? Kenapa aku tak pakai baju ni? JOE Tu soalan bagus RASH. Kau buat ape tido kat sini tak pakai baju pulak tu? Kalu mengantuk sangat, takyah la mandi awal sangat. Pastu, tuala pon tak bawak.... RINA,SOPHIE, gerak pergi tempat lain. Jangan pandang. I nak ambik kain untuk dia ni. RASH terkedu. Hanya memandang mereka beredar sambil menutup kemaluan yang tidak bertutup dengan tangan. Dia bertentangan mata dengan SOPHIE. Matanya mula berpinar lalu kelihatan RASH pengsan secara tiba-tiba. SOPHIE yang pelukannya terlerai dari RINA hanya tercegat memandang tepat ke muka RASH. JOE RASH,.... RASH!

(menampar sikit mukanya) RASH! RINA Kenapa? (melihat RASH) ADIK! Dia berlari dan duduk berteleku tepi JOE. Dia mula panik. JOE menggoyangkan bahu RINA untuk seketika dan memberi arahan JOE Pergi ambilkan baju dan seluar. Tolong i alihkan dia. RINA (mengangguk) okey. Mana baju dia sebenarnya? JOE Jangan banyak tanya. Pergi ambik cepat! (memandang ke arah SOPHIE) you! Pergi kemaskan apa yang patut. Were out of here..... NOW! SOPHIE yang tercegat terkejut dan segera mendengar perintah. DISSOLVE TO: INT., KAMAR DI HOSPITAL LEWAT PETANG PUAN ROSNAH, ibu kepada RASH dan RINA bersama ENCIK RIAZ, bapa mereka sedang berbicara dengan doktor semasa RASH mula sedar dari tidurnya. NOTE: dari sini, kita lihat suasana hospital private ayng penuh sophisticated. Seorang nurse sedang memeriksa nadi di tangan RASH dan segalanya berjalan dengan perlahan sepertimana sama dengan hospital-hospital private yang lain. TRACK BERSAMA RINA DAN SOPHIE RINA yang baru masuk bilik itu bersama SOPHIE yang pergi membeli makanan dan minuman. Mereka berbual dengan perlahan. Jalan beriringan melepasi beberapa pesakit dan juga pekerja-pekerja hospital. Mereka menuju ke arah bilik persendirian dan sesampai di dalam, mereka menyedari bahawa RASH sudah mula sedar dan bergerak terus menerpa ke arahnya. RINA

Kate kedet pengangkap, macam mane boleh pengsan pulak ni? RASH Pengsan? Bile kale pulak? Kenapa kita boleh ada kat sini. Bukan tengah camping ke? RINA Camping? dengan Kau pengsan tak sedar diri

(buat mimik mulut tanpa suara; bogel) buat semua orang cuak. Kitaorang pack ala kadar dan gendong kau keluar dari hutan. Terus bawak datang sini. Dua hari pulak kau pengsan. Berkerut kening RASH mendengar kenyataan kakaknya. Baru RASH ingin membalas, DOKTOR yang menyedari keadaan itu bergegas memeriksa RASH. DOKTOR Are you feeling alright RASH? RASH I think so. Macam tido lama sangat. DOKTOR Two days is kinda long for someone who dont have any head injuries. Muka RASH kelihatan berkerut sekali lagi. Dia mengesahkan kenyataan kakaknya tadi dan mengganggukkan kepala dalam diam. Sedang memikirkan kembali apa yang terjadi kepada dirinya. Apabila dia terpandang SOPHIE, ingatannya kembali ke malam di mana dia bermesra dengan SOPHIE. Kemudian dia tidak ingat apa-apa lagi. SOPHIE melihat keadaan RASH dengan tanda tanya. Kenapa sejak bertentang mata tadi, rasa tidak senang hati. Kelihatan SOPHIE tercegat diantara ibu dan bapanya. RINA hanya memandang. SOPHIE kemudian berpaling dan keluar dari kamar itu. DOKTOR You tak perlu risau. You ok. Just need more rest, ok. Tomorrow after medical check up, you can go home and rest there. RASH Thanks DOC

PUAN ROSNAH Are you ok? Kenapa boleh jadi macam ni? Ape kamu buat malam tu? RASH RASH tido je. Then RASH tak ingat apa-apa lagi. DOKTOR PUAN, you dont have to worry. Hes fine. He need a lots of rest. Now, would youll pardon me, I need to attend another patient. ENCIK RIAZ Thanks DOKTOR. DOKTOR bersalaman dengan ENCIK RIAZ sebelum keluar dari bilik. Masing-masing sedang memandang RASH dengan tanda tanya. Rash hanya memerhati sambil memikirkan apa yang benar-benar terjadi malam itu. Dia nyata tidak ingat apa-apa kecuali dia dan SOPHIE di buaian lewat malam. Dari pintu bilik, SOPHIE berdiri di pintu bilik itu dan bercakap sendiri SOPHIE SOPHIE tak sanggup... sanggup... betul-betul tak

SOPHIE berkalih dari bilik dan mula berjalan seorang diri melepasi pintu dan juga beberapa nurse yang lalu lalang. Dia berjalan perlahan. Mukanya tampak tidak gembira dan jalan menunduk ke bawah... DISSOLVE TO: EXT., TAMAN DI TEPI PADANG ESTABLISHING - PETANG Di sini, kelihatan SOPHIE sedang duduk di kerusi yang tersedia di taman seorang diri, dan merenung memandang ke arah pintu keluar padang yang menghala ke kawasan hutan. Dari jauh, dia terlihat terdapat satu papan tanda berwarna merah, terselindung oleh pokok. SOPHIE mula bergerak melintasi padang. Dari jauh, RASH memberhentikan basikalnya kerana terlihat SOPHIE menyeberangi padang menuju ke arah pintu pagar padang. RASH turun dari basikal dan meninggalkkannya di tepi padang dan berlari, cuba untuk mengikut rentak SOPHIE yang kelihatan sudah berada di pagar itu dan sedang memandang atas pokok dengan wajah yang kurang senang. NOTE: semasa RASH sedang mengikut rentak SOPHIE, seorang pekebun atau penjaga padang sedang memerhati gelagat mereka. Lelaki yang tua itu sambil mencarik daun kering yang berguguran dari pokok-pokok yang tumbuh di tepi padang kadangkala menaikkan pandangan dari topi yang mutup separuh pandangan hadapan dan menyambung carikannya tadi. TRACK WITH RASH

RASH sampai di belakang SOPHIE. RASH memulakan bicara dengan ceria. RASH Hai SOPHIE! Nak masuk hutan tak mau ajak aku lagi ke? SOPHIE terkejut dan melonjak sedikit sebelum berpusing menghadap suara yang dikenalinya itu. Sekarang, dia bertentang muka dengan RASH, membawa pandangan seperti ingin menangis. RASH Lar, kenape ni? Kenapa nak nangis ni? Aku buat kau terkejut sangat ke? SOPHIE No. No. (mula tersedu) aku patut bagitau kau. Kita tak patut pergi tempat tu. Mereka marah. SOPHIE mula menangis dengan mukanya yang ditundukkan ke bawah supaya tidak kelihatan air matanya. RASH Wait? Mereka? What you mean by them? Kenapa ni SOPHIE? Why you dont want to talk to me? Youve been avoiding me ever since that day? Takkan you lupa apa kita buat malam tu? I thought we have some spark there after what weve done. SOPHIE berhenti menangis. Muka mula mengadap RASH. Air mata dikesat. Mereka diam. Mereka berpandangan untuk seketika. SOPHIE mula keliru. Mukanya berkerut. SOPHIE What have we done? Kita pergi camping. Then you pengsan the next day. Ape yang aku dah buat kat kau? Ape kita dah buat? Muka RASH pulak menunjukkan kekeliruan. Belum sempat dia membalas, seorang pakcik tua kelihatan berusia 60-an yang sedang selalu di lihat membersihkan padang itu menyampuk perbualan mereka. Mereka terkejut dan mereka mula bersemuka dengan pakcik itu. PAKCIK TUA Betul cakap teman kamu tu. Kamu dah buat mereka marah. Pakcik mahu menegur kamu

sejak pakcik nampak kamu masuk hutan tu dulu. RASH Jap. Aku tak paham dari tadi. Siapa mereka ni? Come one la. Boleh tak jangan guna ayat kiasan sangat? Otak aku ni terlampau komputer ni! PAKCIK TUA Ish. Kamu ni. Jangan modenkan sangat otak tu. Nampak tak papan tanda tu? Kamu dah tau ada amaran, kenapa masuk jugak? Sepandai otak moden kamu tu pun tak tau maksud papan tu ape ke? Kali ini, RASH baru terperasan papan tanda itu. Tertera AMARAN. DILARANG MEMASUKI KAWASAN HUTAN INI. BAHAYA. Satu persatu, RASH memandang ke arah SOPHIE dan kemudian kearah PAKCIK TUA itu. Bertanda tanya. PAKCIK TUA Elok kita gerak dari tempat ni. Hari dah nak gelap. Nanti diaorang pasang telinga. Meh ikut pakcik. Ada cerita pakcik nak bagitau. RASH Cerita? Cerita apa? Pakcik tinggal kat mane? PAKCIK TUA Jangan banyak tanya. Ikut jer pakcik. Mari. Hari dah nak gelap. Mereka mula bergerak membontoti PAKCIK TUA itu. SOPHIE dan RASH asyik membalas pandangan.

INT., RUMAH PAPAN; RUMAH PAKCIK TUA MAGHRIB 13 Kampung Hujung, Ledang Tangkak, sebuah rumah kampung yang sederhana besar. Masih dalam reka bentuk Jawa dan China, berada di perkampungan yang terkenal dengan lagenda Ledang. Tiba sahaja di situ, disambut oleh seorang wanita lebih kurang usia PAKCIK TUA itu, menjemput mereka naik ke beranda. MAKCIK TUA

Marilah. Jemput naik. Basuh kaki kamu dulu kat tepi tempayan tu. Sejurus selepas itu, Makcik itu menghilang ke belakang rumah apabila mereka sudah naik ke beranda. PAKCIK TUA Duduk la. Jangan segan. Maaflah, rumah pakcik takde sofa macam kamu berdua. (Terbatuk) Mereka duduk bersebelahan, bertentangan dengan PAKCIK TUA itu, yang kelihatan terbatuk sedikit sambil membuat rokok gulung. Mereka masih terdiam. Hanya memerhatikan gelagat PAKCIK TUA itu. Isteri pakcik datang semula dengan hidangan kopi dan gelas bersama biskut jagung. MAKCIK TUA Bang, siapa diaorang ni? PAKCiK TUA Ye tak ye ek. Lupa nak tanya diaorang tadi. Kamu panggil saja pakcik ni PAK LEMAN. Ni MAKCIK KINA. Kamu apa nama? RASH Nama saya, RASH. Ni SOPHIE. Pakcik, tadi kata nak cerita sesuatu. Siapa mereka? Apa yang ada dalam hutan tu sebenarnya? MAKCIK KINA Lar, kenapa abang nak takutkan budak-budak ni pulak? Sudah la tu abang! PAK LEMAN Ish. Kamu ni. Bukan nak takotkan diaorang. Diaorang dah jadi mangsa. Terutamanya budak laki ni. SOPHIE dan RASH mula berpandangan sekali lagi. SOPHIE mula resah kembali. MAKCIK KINA terkejut dan mula memandang tepat ke arah muka RASH dan mengeluh. Riaknya tampak kecewa. SOPHIE dan RASH berpandangan. RASH mencuit kaki SOPHIE menggunakkan ibu kakinya. SOPHIE hanya memandang sepi perbuatan RASH itu. MAKCIK KINA Ni dah lama tak jadi lagi. Kenapa tiba-tiba? Dia ada masuk hutan ke? Ke dia terjumpa kawasan tu?

SOPHIE Kawasan yang ada pokok beringin tu ke? Kali ni, giliran PAK LEMAN dan MAKCIK KINA pula yang terkejut. Mereka berpandangan. MAKCIK KINA mengurut-ngurut dadanya. PAK LEMAN Macam mana kamu tahu tempat tu? Siapa bagitau kamu? RASH Takde siapa yang bagitau. Saya nampak dari bilik saya. Macam ada asap kat situ. Esoknya saya masuk sorang-sorang dan saya jumpa tempat tu. SOPHIE Kami pergi buat khemah kat sana. Tempat tu cantik. Aman saja tempat tu. PAK LEMAN Astaghafirullah hal azim. PAK LEMAN beristigfar beberapa kali. MAKCIK KINA membatukan diri. SOPHIE bagaikan ingin menangis. RASH masih dalam keadaan keliru. RASH Apa salah kami PAK LEMAN? Kenapa ni? Saya tak faham la. PAK LEMAN Apa kata kamu pergi balik rumah kamu dulu. Sembahyang dan datang balik. Nanti pakcik cerita. RASH Saya tak mau balik selagi pakcik tak bagitau saya ceritanya. Kami boleh sembahyang kat sini atau kat surau. Saya nak tahu malam ni jugak. SOPHIE juga mengangguk tanda setuju dan PAK LEMAN dan MAKCIK KINA berpandangan antara satu sama lain buat seketika, SOPHIE dan RASH hanya memandang perbuatan mereka. PAK LEMAN Baik lah. Kamu ikut pakcik pergi surau.

(Mengajukan kepada RASH) dan kamu pulak sembahyang dengan makcik kat dalam (Mengajukan kepada Sophie pula) INT., RUANG TENGAH RUMAH PAK LEMAN MALAM MAKCIK KINA sedang membentangkan tikar dibantu oleh SOPHIE dan menyediakan minuman. Mereka pulang dan setelah memberi salam, mereka duduk dan pintu dan segala tingkap ditutup. PAK LEMAN KINA, kamu dah tutup semua tingkap dan pintu? MAKCIK KINA Sudah bang. Keadaan sunyi. Masing-masing memandang PAK LEMAN dengan perasaan yang tidak menentu. PAK LEMAN Diaorang takkan boleh dengar perbualan kita sebab tu, umat islam digalakkan menutup pintu dan tingkap menjelang maghrib supaya jin dan iblis tidak boleh masuk. Jadi, mereka pun tidak boleh dengar kerana mereka dari golongan jin. RASH Pakcik, sejak tadi sebut pasal mereka. SOPHIE pun kate kami dah mengganggu mereka. Siapa mereka ni? PAK LEMAN Bunian RASH. Bunian. Mereka ni dari golongan jin. Kamu sudah menjadi bapa kepada anak bunian. Kalau kamu bertembung dengannya lah. Riak wajah RASH tidak menentu. Dia bingkas bangun. Mundar-mundir di depan mereka yang lain. Dia bercekak pinggang pula. RASH Masalah nyer takde. Bunian? Dalam bentuk ape?

SOPHIE mendiamkan diri. Wajah PAK LEMAN bersahaja. MAK CIK KINA beristigfar beberapa kali dalam diam. SOPHIE Pakcik, cuba jelaskan maksud pakcik ni? Saya tak faham. Saya pun ada bermimpi dimarahi kerana mendekati kawasan itu. PAK LEMAN Perkara ni takkan terjadi kalau tempat ni tak dibangunkan. Kerajaan lihat Sagil boleh dimajukan dan mulalah pencerobohan manusia di kawasan makhluk ghaib ini. Pakcik kehilangan anak lelaki sulong kami, AYIE kerana terkena pujukan Puteri bunian. DISSOLVE TO: EXT., DI TEPI ANAK SUNGAI SAGIL ESTABLISHING 30 TAHUN DULU LEWAT PETANG Dua pasang kekasih yang sedang bermadu mesra di atas batu besar di bawah aliran anak sungai kecil mengalir. AYIE yang berbadan tegap berkulit kuning langsat, memegang tangan HANI yang berkulit putih gebu berpakaian blaus putih beralun. Mereka bersandaran antara satu sama lain. AYIE Jadilah isteri AYIE. AYIE sanggup memenuhi apaapa syarat dari keluarga HANI. Tolong la HANI. AYIE sayang sangat kat HANI. HANI Bukan HANI tak sudi. Tapi, sanggupkah AYIE tinggalkan segala-galanya? Keluarga dan kerjaya? Kita harus pergi jauh. AYIE Sanggup! Demi cinta AYIE pada HANI, AYIE sanggup tinggalkan segala-galanya. HANI Fikirkan dulu sayang. Jangan terburu-buru. HANI tetap ada untuk AYIE. Kahwinilah HANI. Ikut kemana HANI ingin pergi, ye sayang? Mereka berpelukan. HANI tersenyum riang. Mereka berpegangan tangan menuruni batu besar itu. AYIE

Mari, Ayie mahu kenalkan ibubapa AYIE dulu dan kita akan rancang perkahwinan kita kemudian setelah semua persiapan siap. HANI HANI tak mahu tunggu lama. Kahwinilah HANI malam ini jugak. AYIE terkedu. Terperanjat dengan hajat kekasih hati. AYIE Tapi sayang, AYIE tak punya apa-apa untuk diberikan sekarang. Mahukah keluarga HANI menerima kedatangan AYIE dalam keluarga HANI? Tidak elok jika kawin lari, sayang. (Bersenda dan ketawa kecil) HANI Jika niat AYIE ingin memiliki HANI, itu saja yang perlu AYIE beri sepenuh jiwa dan janji untuk tidak meninggalkan HANI. Hanya dengan niat AYIE untuk tinggal bersama HANI, itu saja harta yang HANI mahu dan tiada jalan pulang kepada keluarga AYIE nanti di sini. AYIE menjadi keliru dengan permintaan kekasihnya. Keningnya berkerut memikirkan kehendak HANI. HANI melihat tepat ke mata AYIE dan mengatakan kebenaran kepada katanya. HANI Jika AYIE sayangkan HANI, bolehkah AYIE menerima kebenaran? AYIE AYIE sanggup tinggalkan dunia ini untuk mengikut HANI ke kayangan sekalipun. (ketawa kecil lagi) HANI (Tersenyum) AYIE, HANI bukan manusia biasa. HANI datang dari dunia lain. Dunia kita berasingan. Sanggupkah AYIE mengawini bunian macam HANI?

HANI memegang tangan AYIE dengan lembut tapi dilepaskan AYIE dengan wajah keliru dan terkejut dengan kenyataan HANI. Menatap wajah HANI buat seketika AYIE Katakan HANI hanya bergurau sayang? Tidak. Tidak! Lihat diri HANI. HANI manusia. Tiada bezanya. Bukan bunian atau apa pun. Bukan. Jangan lah bergurau sayang. Tak elok. HANI (menangis) AYIE, katakanlah kamu masih cinta sama HANI. Masih sayang pada HANI. Tolong la AYIE. Jangan tinggalkan HANI. HANI cintakan AYIE. AYIE mula mengambil langkah kebelakang. Menjauhkan diri dari HANI. Keadaan menjadi sepi. Hanya kedengaran BUNYI air mengalir dan juga BUNYI hutan. Tapi, dia masih bersemuka dengan HANI. Dia melihat HANI menangis dengan wajah tidak percaya. AYIE Buktikan kebenaran kata mu, sayang. Jika betul apa yang HANI cakapkan tu, buktikan. HANI Jika HANI buktikan. HANI tidak boleh muncul lagi depan mata mu sayang. Syarat untuk bertemu kekasih manusia adalah tidak menunjukkan kuasa dan jika kuasa itu ditunjukkan di depan manusia, HANI tidak mungkin kembali ke sini lagi. HANI tidak mungkin jumpa dengan AYIE lagi. Mereka diam. Tangisan air mata HANI masih berguguran. AYIE dalam keadaan serba salah. Dia menghampiri HANI terus memeluk dan mencium dahi HANI. Perlahan-lahan dia mengusap tangisan dari mata HANI. AYIE menutup mata dan memeluk HANI dengan erat. Dalam pelukan itu, HANI berkata;

HANI Jika HANI menunjukkan bukti, kita tidak akan ketemu lagi. Tapi, jika AYIE ingin ke pangkuan HANI, ikutlah cahaya kunang-kunang yang menemukan kita buat kali pertama ke taman kita. Di situ, HANI akan tunggu. HANI sayang kat AYIE buat selamanya.

Dalam pelukan itu, AYIE membuka mata untuk bertentang muka dengan kekasihnya. HANI mula pudar dari pandangan mata. Jisim badan HANI makin hilang kehangatan dan HANI dalam kepudaran itu masih menitiskan air mata yang berbekas di tangan AYIE. AYIE terkejut. Segera menapak ke belakang dan terjatuh terduduk kerana terlanggar batu. Dia sedang melihat HANI hilang sedikit demi sedikit dan akhirnya dituip angin dan lenyap. Hanya haruman mengiringi angin yang lalu. AYIE menggesek mata dengan kedua belah tangan dan bingkas bangun. Melihat kiri dan kanan. Tiada. Hanya air sungai mengalir. AYIE berlari dari tepi sungai itu dengan wajah terkejut dan ketakutan.

EXT., HALAMAN RUMAH PAK LEMAN MAGHRIB - CONTINUOUS MAKCIK KINA sedang menyapu sampah di depan rumah apabila anak lelakinya memberhentikan moto di bawah rumah dan bergegas naik ke rumah tanpa mengindahkan sesiapa. MAKCIK KINA hanya memandang dan menegur MAKCIK KINA AYIE, kamu dari mana ni? MAKCIK KINA memanggil AYIE tapi diendahkan. Di beranda, PAK LEMAN hanya melihat anak lelakinya berlalu dengan tanda tanya. PAK LEMAN mengekori anaknya yang terus masuk ke bilik. AYIE kelihatan membaringkan badan di atas tilam dan memejamkan mata. Keadaan dalam bilik agak kemas dan terdapat satu katil bujang, sidaian kain sejadah dan kain pelekat bersama satu robok pakainan yang sederhana kecil. AYIE kelihatan gusar. PAK LEMAN Kenapa kamu ni AYIE? Mak kamu panggil kamu tidak menyahut? Senyap. AYIE tidak membalas. Dia menutupkan mata dan mengiring ke arah bertentangan dengan ayahnya. PAK LEMAN Kamu jangan macam ni nak. Kenapa ni? Cuba bagitau ayah. AYIE bangun dari baringan. Duduk di birai katil sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Menghadap ayahnya. PAK LEMAN datang duduk di sebelah. MAKCIK KINA yang lalu di depan pintu anaknya dan melihat suami dan anaknya berbicara lalu dia hanya berdiri depan pintu. AYIE Ayah, bunian ni apa? PAK LEMAN (Tersentak)

Kenapa kamu tanya? AYIE Bunian ni wujud ke dengan manusia. Maksud AYIE, duduk di kalangan manusia? PAK LEMAN Bunian atau lebih masyhur di kalangan orangorang Melayu dengan panggilan orang Ghaib ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin. AYIE mengganggukkan kepala dan berfikir. PAK LEMAN memandang anak lelakinya dan menepuk-nepuk bahu anaknya. PAK LEMAN Kenapa kamu bertanya? AYIE Jadi, manusia ada berkahwin dengan bunian la ye? PAK LEMAN Apa AYIE cakap ni? Ish kamu ni. Allah mencipta jurang perpisahan antara manusia dan makhluk halus agar kita tidak bersua muka. Dan jika bersua muka, adalah kerana kehendak Allah dan Allah selalu ada sebab di setiap kejadian. Sudah. Jangan pikir banyak. Mandi. Solat maghrib dah nak habis waktu. Dia menepuk peha anaknya. AYIE pula kelihatan tersenyum sendiri. Tiba-tiba AYIE bangun dan berkata; AYIE Mak, ayah. AYIE nak kawin! MAKCIK KINA dan PAK LEMAN terkejut dengan perilaku anaknya dan juga kenyataan yang diberi. MAKCIK KINA cuba menyembunyikan kegusaran di hati. MAK CIK KINA Bagus la macam tu. Siapa gadis bertuah ni? AYIE Cantik orangnya. Mak mesti suka. Boleh,kan? MAKCIK KINA Bila nak kenalkan dengan mak dan ayah?

AYIE Harap mak dan ayah restukan perkahwinan kami. MAKCIK KINA Siapa keluarganya. Boleh mak bertanya nanti. Mak kenal ke? Anak kampung ni jugak ke? AYIE AYIE akan kawini HANI, gadis bunian. AYIE tak pernah rasa gembira macam ni! (tersenyum sendiri) PAK LEMAN Apa kamu cakap ni AYIE? Bunian? Mana kamu jumpa ni? AYIE tidak membalas pertanyaan ayahnya. PAK LEMAN berubah wajah. MAK CIK KINA terkedu. AYIE terus mengambil tangan ayahnya lalu dikucup penuh hormat dan sayang dan dilakukan perkara yang sama kepada maknya dan mengkuncup dahi maknya. Terus dia keluar dari bilik. Dia melaung kearah mak dan ayahnya sebelum keluar rumah. AYIE Doakan kebahagian AYIE mak, ayah! EXT., LUAR RUMAH MENUJU KE HUTAN MALAM CONTINUOUS PAK LEMAN ikut anaknya keluar dari bilik dan apabila AYIE membesarkan langkah, PAK LEMAN terpaksa mengejar anaknya. MAK CIK KINA juga. AYIE tidak mempedulikan panggilan ayah dan maknya dan terus berlari ke dalam hutan. TRACK ON PAK LEMAN PAK LEMAN masih mengejar. Dan tiba-tiba berhenti. PAK LEMAN Panggil jiran. Suruh mereka cari abang dalam hutan. Cepat KINA. MAK CIK KINA Tapi bang, Kina nak ikut abang! Anak kita bang. Kenapa dengan dia ni? PAK LEMAN Kamu jangan banyak tanya. Pergi cepat. Lagi cepat awak minta tolong kat orang, lagi cepat dapat tolong kita. MAK CIK KINA (angguk) Baik bang. Abang hati-hati.

EXT., KAWASAN HUTAN MALAM TRACK CRANE - CONTINUOUS Mereka berlari menuju arah bertentangan. AYIE sudah jauh dari pandangan. Hari sudah makin gelap. PAK LEMAN cuba untuk tidak kehilangan kelibat AYIE yang berada di depan. HAND-HELD CAMERAVRintangan makin susah. Berpeluh-peluh PAK LEMAN mengejar AYIE dari belakang. PAK LEMAN terjatuh apabila kakinya tersangkut di akar pokok. Di saat itu, muncul cahaya dari setiap pelusuk. Kecil dan berkelipan, keluar dari bawah rimbunan pokok, dari permukaan pokok renek dan dari mana-mana sahaja. Angin mula menyejuk. PAK LEMAN yang masih terkejut dengan situasi itu terus berjalan dan berlari, kerana bagaikan satu petunjuk, AYIE mula dikerumuni oleh kunang-kunang dari pelbagai arah. Manakala MAK CIK KINA tercungap-cungap semasa menjumpai sesiapa saja yang dia jumpai untuk menolong mencari suami yang sedang mengejar anaknya. Ramai yang mula berkumpul dan membuat obor lalu bergerak beramai ke hutan. Manakala PAK LEMAN mula sampai di suatu kawasan yang luas dan bersih dari hutan tadi. Satu kawasan lapang yang mempunyai satu pokok; kelihatan seram dan juga menarik dengan kunang-kunang. RACK FOCUS ON AYIE FROM PAK LEMAN EYE ANGLE. Di situ, kelihatan anaknya berada di satu buaian. Setibanya PAK LEMAN di situ, AYIE bagaikan tidak mengenalinya. PAK LEMAN AYIE, anak ayah. Pulang la AYIE. Jangan kene hasutan nafsu kamu itu. Kesian lah kat mak dan ayah. (mendayu) AYIE tidak membalas. AYIE hanya tercegat di suatu tempat memandang ke arah buaian. Kedengaran suara orang kampung dari jauh. PAK LEMAN menjerit. PAK LEMAN Aku di sini. Hoi! Tolong! Kemari cepat. Kemunculan orang kampung meriuhkan keadaan. Tiba-tiba, angin menderu kencang. Obor-obor terpadam. Kawasan hanya diterangi cahaya kunang-kunang kecil. Kemudian, kunang-kunang mula berputar berupa puting beliung yang kecil dan membentuk satu bentuk badan dan muncul seorang gadis yang cantik bagaikan puteri berbaju putih dan pakaian AYIE mula bertukar menjadi baju melayu yang berwarna putih berkilauan sepertimana gadis itu juga. PAK LEMAN AYIE. Sedar lah ayie. Kembalilah anak ku. Lalu PAK LEMAN maju kedepan. Badan PAK LEMAN terpelanting ke belakang kerana tidak boleh menembusi tembok halusinasi yang tidak boleh dilihat.

MAK CIK KINA yang melihat berlari mendapatkan suaminya. Orang kampung hanya dapat melihat dan cubaan untuk membantu juga mengakibatkan mereka terjelopok ke belakang. Keadaan mula menjadi sepi. Lalu MAK CIK KINA mula menangis dan merayu. Dia berdiri di bahagian rintangan itu dan berkata MAK CIK KINA Ayie tak kasihankan mak ke nak? AYIE, kembali lah. Jangan pergi. Kau sajalah anak mak! AYIE hanya memandang sahaja bagaikan orang yang tidak mempunyai perasaan. Hanya tercegat. HANI atau puteri bunian itu tersenyum melihat kejayaannya mengambil manusia memasuki dunianya. Dia melihat satu persatu wajah yang ada di situ. Gembira dengan apa yang dia kecapi. AYIE Aku sudah membuat keputusanku. Aku akan meperisterikan Puteri MASHANI sebagai isteriku dan tidak akan kembali ke duniaku. PUTERI MASHANI Dengar tu? (dengan suara angkuh) dia inginkan aku. MAK CIK KINA Jangan AYIE. Mak merayu. AYIE! PUTERI MASHANI Terlambat untuk merayu. Dia dalam ikatan aku. Lafaz sudah pun terluah. MAKCIK KINA Kenapa anak aku? Kenapa bukan dengan kaum kau saja? PUTERI MASHANI Bukan semudah itu. Bukan itu cara untuk berkembang. Jangan datang sini lagi! Pergi! MAK CIK KINA pengsan di pangkuan suaminya. PAK LEMAN hanya mampu melihat. Orang kampung yang lain menjadi kaku melihat keadaan itu. PUTERI MASHANI Maafkan aku kerana ingin mengambil anak kamu menjadi kaum ku. Anak dalam kandungan ku ini perlukan bapanya. Maafkan aku kerana memilih anak mu. maafkan aku.

PAK LEMAN YaAllah, apa salah aku? Kenapa? Kenapa anak aku? PUTERI MASHANI Itu pilihan aku. Kau atau isteri kau tidak dapat ubah apa-apa lagi. Pergilah. Jangan datang sini lagi. Sejarah mungkin akan berulang kembali. PAK LEMAN Aku nak anak aku SETAN! PUTERI MASHANI menahan tawa dan akhirnya terburai juga gelak sindirannya. Dari itu, angin mula kencang. LOW ANGLE SHOT AYIE dan PUTERI MASHANI mula bermain dengan buaian dengan gembira sekali. Kunangkunang mula memenuhi buaian dan kemudian, dalam kilauan cahaya itu, mereka hilang dan angin kencang pun berhenti. Hanya kelihatan kunang-kunang mati berguguran ke tanah dan tidak bercahaya lagi. Keadaan menjadi kelam... DISSOLVE BACK TO: INT., RUANG TENGAH RUMAH PAK LEMAN HAMPIR TENGAH MALAM Kembali kepada keadaan di mana SOPHIE dan RASH mendengar cerita PAK LEMAN. MAK CIK KINA yang mendengar hanya menangis dalam sepi dan mengelap air matanya dengan lengan baju. PAK LEMAN Sudah la Kina. Tak guna ditangisi lagi pemergiannya. Dah. Dah. PAK LEMAN menepuk peha isterinya lembut. PAK LEMAN Sebab tu pakcik kerja kat padang tu sebagai pembersih dan pemotong rumput. Berdoa yang anak pakcik pulang kembali. Tapi, sampai sekarang tak lagi. Mungkin pakcik tak dapat jumpa dia lagi di hayat ni. SOPHIE bangun secara tiba-tiba. SOPHIE Boleh tumpang guna tandas? MAK CIK KINA

Ada kat luar tu. Mari mak cik temankan. SOPHIE Takpe makcik. Saya tahu jalan. RASH dan PAK LEMAN memerhatikan SOPHIE berlalu dan tunduk tanda hormat semasa berlalu di hadapan mereka dan tiba-tiba, PAK LEMAN membuat wajah mencuriga. PAK LEMAN Sejak bila kamu kenal dengan SOPHIE? RASH Sejak kami tinggal di taman perumahan yang sama. Dia duduk kat lot tepi padang dan saya duduk kat lot banglo tengah. PAK LEMAN Maknanya kamu baru kenal dengan dia la ye? RASH Ya. Sejak kami tinggal di sana. PAK LEMAN hanya mengangguk sahaja. Masa berjalan tapi SOPHIE tidak juga muncul lagi. RASH berasa janggal untuk bercakap seorang. Dia melihat ke arah jam. Setengah jam SOPHIE tidak muncul jugak. RASH Makcik, tandas kat mane? Saya nak pergi lihat dia ada masalah ke. MAKCIK KINA Mari makcik tunjukkan. PAK LEMAN curiga. Dia mengikut juga RASH dan isterinya ke belakang rumah. Sesampai di luar, di lihat, tandas tidak digunakan. Tiada orang di situ. RASH Sophie, kau kat mane? Sophie! Eh, kemana pulak dia pergi ni. Mak cik, ni je ke tandas yang ada? MAKCIK KINA Te je yang ada. Makcik takde tandas lain. RASH

Takkan dia tinggalkan aku pulak kat sini. Takpe makcik, saya nak balik rumah. Cari dia dah sampai rumah ke belum. PAK LEMAN Pakcik akan ikut kamu. Kene pastikan kamu berdua sampai rumah. Mungkin jumpa iba bapa kamu sebab bawak kamu pergi rumah pakcik tanpa kebenarannya. RASH mengangguk dan mereka berdua mula berjalan balik ke arah taman perumahan yang tidak jauh dari kawasan perkampungan Tangkak itu.

EXT., DEPAN HALAMAN RUMAH SOPHIE MALAM LOW ANGLE SHOT RASH bagaikan tidak percaya apa yang dia lihat masa itu. Rumah SOPHIE bagaikan tidak ada orang pernah tinggal di situ. PANNING FROM LEFT TO RIGHT RASH mengelilingi kawasan itu untuk memastikan dia mendapat rumah yang betul. Dilihat kiri dan kanan. Rumah di kawasan ini tidak siap lagi. PAK LEMAN hanya memandang. RASH Saya pasti kat sini rumah dia. Banyak kali saya datang sini cari dia. PAK LEMAN Kamu pasti? Siapa lagi yang kamu jumpa di rumah ini selain Sophie? Ada jumpa keluarga dia yang lain? RASH Tak pernah. Dia tiada adik beradik yang lain. Ibu bapa selalu kerja luar dan tiada di rumah lansung. PAK LEMAN beristigfar banyak kali. Di muka RASH mula bertanda resah. Peluh sejuk mula mengalir lebat. PAK LEMAN Mari, pakcik mahu berjumpa dengan ibu bapa kamu. RASH

Tapi pakcik, kita tak jumpe Sophie lagi. Saya risau ni. Dia kat mana? Kenapa rumah ni macam ni? PAK LEMAN Kamu jangan banyak tanya. Lekas. Kita tak boleh lama kat luar ini. RASH Tapi pakcik, kita.. PAK LEMAN Jangan banyak tanya. Mari. Tunjukkan jalan ke rumah kamu cepat.

INT,. DALAM RUMAH RASH HAMPIR TENGAH MALAM - CONTINUOUS PAPA dan MAMA RASH sedang menunggu di runag tamu apabila RASH membuka pintu diikuti oleh PAK LEMAN. RINA turun tepat pada masa mereka mula berkenalan di bawah. Masingmasing memandang. PUAN ROSNAH sudah bercekak pinggang. ENCIK RIAZ menyilangkan tangan di dada lalu berkata ENCIK RIAZ Kemana kamu pergi lewat malam baru balik. Siapa ni? PAK LEMAN Assalamualaikum. Panggil saja saya Pak Leman. Maaf kerana saya tidak meminta kebenaran bawa Rash pergi rumah saya petang tadi. PUAN ROSNAH Kenapa dia perlu pergi sana? Keadaan menjadi dingin. PUAN ROSNAH kelihatan marah. Belum pernah RASH keluar dan balik sebegini lambat. Arahan perlu ada di rumah sejurus maghrib tidak pernah di langgar. Tapi hari ini berbeza. PAK LEMAN berasa kecil berada di rumah mewah itu. Mengendahkan soalan mamanya, RASH Mama, Sophie hilang. RASH tak dapat cari dia. Tadi kami ada kat rumah Pak Leman kemudian dia tak muncul lagi lepas pergi tandas. Ma, Rash risau ni? PUAN ROSNAH

Kenapa boleh jadi macam ni? Kene culik ke budak tu? Ish. Anak orang tu. Dah pergi cari dia kat rumah? RASH Tu yang Rash pelik. Rumah dia macam takde orang pernah duduk kat situ. Tak siap. ENCIK RIAZ Ape kamu cakap ni Rash? Bukan selalu kamu pergi ke sana buat study group dengan dia? RINA Apa kamu cakap ni? Kan akak ikut sekali ke rumah tu dengan kamu? RASH Kak Rina, camera kat mana? Rash nak tengok. Mase tu akak ada ambik gambar depan rumah dia,kan? RINA (mengangguk) Jap. Akak amik. Tapi tak boleh on la lepas ambik gamba banyak-banyak dengan kunang-kunang haritu. PAK LEMAN Kelip-kelip? Kamu ambil gambar kunangkunang tu ke? Semua orang bertumpu kepada PAK LEMAN yang tiba-tiba menyampuk perbualan mereka. Tanpa berlengah, RINA terus naik ke atas untuk mengambil kameranya. INT., DALAM BILIK RINA RACK FOCUS ON CAMERA CONTINUOUS Tertumpu kepada kamera yang berada di atas katil. Tiba-tiba, lensa terbuka sendiri dan menunjukkan imej. RINA mengambil kamera itu tanpa melihatnya dan bergegas keluar dari bilik dan turun ke bawah untuk mengetahui apa yang terjadi di bawah. PAK LEMAN Jadi, begitu caranya untuk menarik perhatian pilihannya. Haritu banyak kunang-kunang. Mainan bunian. (mengeluh)

Semua mata tertumpu kepada PAK LEMAN PAK LEMAN Maafkan saya. Saya kehilangan anak saya. ENCIK RIAZ Apa maksudnya? PAK LEMAN Perkara yang sama berlaku kembali. ENCIK RIAZ Maksud pakcik ni apa? Saya tak faham. Macam mana Sophie boleh hilang? PAK LEMAN Dia bukan hilang. Dia dah balik ke tempat asalnya. ENCIK RIAZ Ape pakcik cakap ni? Tidak menjawab soalan ENCIK RIAZ yang kelihatan bengang. PAK LEMAN Itu yang terjadi kepada anak saya. Cuma kali ini, lain caranya. RASH tidak dihasutnya. Dengan mengeluh perlahan sambil beristigfar, PAK LEMAN mula bercerita. RINA yang baru turun mendengar cerita yang sama di dengar oleh RASH sebelum ini. ENCIK RIAZ, PUAN ROSNAH dan RINA memandang antara satu sama lain dan kemudian mereka serentak memalingkan pandangan ke arah RASH. ENCIK RIAZ Saya nak sangat percaya kepada apa yang pakcik cakap ni. Sekarang zaman dah serba moden. Mana ada semua benda bunian ni lagi. PAK LEMAN Sejak sejarah lagi kawasan Ledang ni penuh dengan mistik. Ada sebahagian yang betul. Wallahualam. Tapi kita tidak boleh sangkal kewujudan jin di kalangan kita. FOCUS ON CAMERA

RINA membutangkan mata tanda tidak percaya apa yang di lihat. Kameranya tiba-tiba terbuka dan memaparkan gambar-gambar yang diambil di kawasan itu. RINA Tak mungkin. Ape ni? Semua memandang ke arah RINA. ENCIK RIAZ, PUAN ROSNAH dan RASH mendapatkan RINA yang sedang duduk di sofa satu kerusi dan melihat dari arah belakang dan tepi, mengadap permukaan camera. Di situ, gambar rina sedang ditolak oleh seorang lelaki yang tidak kelihatan muka, berpakaian baju melayu dan gambar-gambar lain terdapat gambar RINA sedang mengambil gambar dengan gadis-gadis berbaju kebaya sedang bermain-main dan bergembira di latar gambar. RINA I took picture with firefly and not... Dia memandang ke arah PAK LEMAN. PAK LEMAN hanya menganggukkan kepala. Sedang mereka melihat gambaran dan PAK LEMAN duduk di sebuah kerusi tidak jauh dari mereka.

WIDE ANGLE ON FIREFLY Tiba-tiba, seekor kunang-kunang muncul terbang di depan mata RASH dan dia tertumpu di situ. Ketika itu, RASH bagaikan di pukau. RASH Sophie, kemana kau pergi dari tadi. Puas aku cari. Kenapa tinggalkan aku. Semua yang ada di situ terkejut. Memandang ke arah RASH yang sedang memandang seekor kunang-kunang yang secara tiba-tiba membentuk satu bentuk tubuh badan manusia dan muncul SOPHIE dengan baju kilauan putih yang indah. SOPHIE Maafkan aku. Dah tiba masa aku balik rumah. Cukup la ape yang aku dah dapat. SOPHIE mula berpaling ke arah PAK LEMAN dan tersenyum. SOPHIE Atok, ayahanda AYIE pesan pada saya supaya atok jangan tunggu dia lagi. (beat) Kami ada keluarga di sana dan Ayahanda pesan jangan lupa makan ubat dan jaga mak.

(beat) Dia pun ingin minta maaf kerana tidak menjaga atok sampai tua. PAK LEMAN Apa? Jangan kau nak bergurau dengan aku? SOPHIE Sungguh! (mata mula berkaca air mata) Sophie tak tipu. PAK LEMAN menangis dan berlari memeluk SOPHIE yang mengaku cucu kepadanya. Mereka pandang dengan keadaan keliru manakala RASH hanya memandang sahaja. Pelukkan terlerai. SOPHIE menyentuh pipi atuknya dan mula beralih menghadap RASH. Dia berkumat-kamit di situ dan meniupkan tiupan yang membawa habuk sinar berterbangan mengibar sedikit rambut di dahi RASH. RASH mula sedar dari pukauan. Dia menggelengkan kepala dan mula memandang sekeliling kemudian dia memandang tepat ke arah SOPHIE. SOPHIE Maafkan aku. RASH (keliru) mana kau pergi? SOPHIE Aku tak sanggup ambil kau dari keluarga kau sepertimana yang bondaku lakukan. RASH Bonda? Apa kau cakap ni? SOPHIE Kau akan faham.Atas nama cinta, dia merampas ayahanda ku dari hidupnya di sini. Aku lihat ayahanda bersedih setiap kali bertandang ke rumah atok. RASH Aku masih tak faham. Kenapa aku tak ingat apa-apa?

Tidak menjawab persoalan RASH dan bercakap lagi SOPHIE Bila tiba giliran aku, aku hanya mengambil harta dari kamu dan aku tidak sanggup pisahkan kau dengan keluarga kau. SOPHIE berlinangan air mata. Dia dan RASH hanya berpandangan. Sayu. RASH menjadi lagi keliru. Keadaan menjadi sepi. RASH majukan diri kedepan tapi dihalang.. SOPHIE Jangan Rash. Tolong... (masih berjujuran air mata) keadaan hanya fokus diantara mereka berdua. Yang lain hanya memerhati dan keliru. Tidak memahami apa perkataan yang mereka berdua katakan. RASH Tadi kau cakap pasal harta yang diambil dari aku. Apa harta yang pernah aku ambil dari aku? SOPHIE Anak kau. Dalam kandungan aku ini. Maafkan aku. Aku tiada jalan lain. RASH Kau buat aku sampai macam ni? Pergunakan aku dan buat aku pengsan dua hari? RASH ketawa menyindir dan memandang tepat ke arah mata SOPHIE

SOPHIE Kalau aku beritahu perkara sebenar, mahu kau ikut ku pulang? Dengan bunian? RASH terdiam. Mengakui apa yang SOPHIE katakan. SOPHIE Aku pun mempunyai perasaan. Aku nampak kau dari jauh. Aku hantar pesanan melalui kunang-kunang. Kau jumpa aku. RASH

Ingat kau sorang je ada perasaan? Dalam dada aku ni ape? SOPHIE Rash, dengarlah apa yang aku nak cakap. (merayu) RASH Macam tu je? Tinggalkan aku macam tu je? Betul ke kau ni ada perasaan. Kalau kau ada perasaan, kenapa nak tinggalkan aku jugak? SOPHIE hanya menangis dan menundukkan kepala. Keadaan menjadi sepi. Masing-masing tertumpu ke arah mereka berdua. PAK LEMAN bersuara. PAK LEMAN Hidup kita berasingan dari mereka. Tiada jalan bagi kamu untuk hidup bersama mereka. Jangan lah kamu tinggalkan keluargamu dan segeralah bertaubat. RASH (suara mula bergetar) kenapa mesti macam ni? Kenapa perlu kau mengaku? SOPHIE Maafkan aku RASH. Aku.... LOW ANGLE SOPHIE mula menghilang dari pandangan dan bertukar menjadi debu keemasan. Keadaan menjadi sepi. RASH yang masih dalam keadaan terkejut kelihatan pucat dan kemudiannya rebah pengsan pengsan. DISSOLVE TO: EXT. DAN INT., DALAM KAMAR RASH, KAWASAN POKOK BERINGIN BERLATARKAN PUTIH AWAL PAGI RASH sedang bermimpi. Dia terbangun dengan sentuhan lembut di pipi. Dengan matanya masih tertutup, dia berkata RASH Aku bermimpi ke?..... SOPHIE

Mimpi hanya mainan tidur, Rash. Jangan bangun lagi... (beat) Bukan sekarang.... RASH Hhhhmmmmm...... (beat) Kalau aku buka mata, boleh aku lihat kau lagi? SOPHIE Hhhmmmmm..... (beat) Bukalah.. RASH membuka matanya perlahan. Semua tempat bertabir putih di kawasan yang luas. Hanya menampakkan sebuah katil dan di belah belakang mereka, pokok beringin bersama buaian itu ada di sana; bertabirkan keputihan. Mereka pun berpakaian serba putih. SOPHIE menghulurkan tangan. RASH memandang tangan itu sebelum menyambutnya sambil tersenyum. Di pimpinnya RASH menuju ke arah pokok itu. SOPHIE Datang lah ke sini kala kau rindu aku. Mereka sampai ke bawah pokok itu dan menuju ke arah buaian; masih berpegang tangan SOPHIE Duduk lah di buaian ini dan aku akan duduk di atas pangkuan kau. RASH pun duduk di atas buaian. SOPHIE berjalan ke hadapan RASH dan melabuhkan punggung ke atas peha RASH dan meletakkan tangan di tengkuk RASH untuk mendapat sokongan. RASH pun mula memeluk pinggang tanpa di suruh SOPHIE Aku mungkin tidak akan kelihatan di mata kau, meletakkan telapak tangan ke dada RASH SOPHIE mata hati kau akan memberi isyarat

(beat) aku di situ. Mencium kelopak mata RASH denagn lembut dan perlahan laludia mengusap anak rambut di dahi RASH Tiap kali angin meniup, itu belaian ku. Carilah kebahagiaan. (beat) Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kau. Dahi mereka bersandaran antara satu sama lain. Mata mereka tidak berkalih melihat antara satu sama lain. Tangan SOPHIE masih membelai muka RASH SOPHIE Kau akan mengerti nanti... (beat) maafkan aku... RASH Hhhhmmmmm..... (beat) Aku tahu.... RASH melagakan hidung ke mereka. Tautan dieratkan. Matanya tertutup. Menikmati kenikmatan bukan realiti. RASH Kau akan rindu kat aku? SOPHIE (tersenyum) selalu.... kau akan rindukan aku? RASH Pasti.... (beat) selalu....

RASH membuka mata dan memandang muka SOPHIE dan membelai di situ. Tangannya dan focusnya turun ke arah perut SOPHIE. Letaknya tangan di situ. SOPHIE Terima kasih.... RASH Untuk apa? SOPHIE meletakkan tangannya ke atas tangan RASH yang masih berada di perutnya. SOPHIE Untuk ini. (tersenyum) Anugerah...

SOPHIE tersenyum. Dia menghembus nafasnya ke muka RASH yang berhawa nyaman. Dan mimpi kembali ke alam realiti. DISSOLVE TO: INT., DALAM KAMAR TIDUR RASH CLOSE ON RASH FACE - PAGI RASH bangun dengan wajah tersenyum. RINA yang duduk di tepi terkejut melihat adiknya bangun sambil tersenyum. RINA Kalau silap haribulan, orang boleh fikir kau ni giler tau! RASH Hhhhhmmmmm..... (tersenyum) RINA Eh? Kau ni ok ke tak adik? Mama! RASH dan bangun. (berteriak) RASH Ape ni akak menjerit ni? Rash bangun tido pun nak bagitau mama ke? Kenapa tak pakai laud speaker pulak kasi dunia dengar!

RINA Sure ke kau ni adik aku ni? Ke kene rasuk lagi ni? RASH Sedap mulut jer ek nak cakap macam tu. Sepak akak kang! Jangan risau, adik tak kawin lari dengan bunian nyer lar! RINA mengetap bibirnya. Manakala RASH menahan untuk ketawa. Akhirnya, mereka tergelak bersama. Masa berlalu dan RASH berkahwin dengan gadis pilihan hati sendiri dan mendapat cahaya mata yang di beri nama SOPHIE. DISSOLVE TO: EXT., KAWASAN POKOK BERINGIN ESTABLISHING - PETANG 10 TAHUNNYA RASH membawa anak dan isteri ke buaian yang menjadi kenangan remajanya. Dia memberi anaknya duduk di buaian dan mereka tertawa gembira di sana. SOPHIE si puteri bunian hanya memandang gembira di tepi pokok melihat mereka. Tersenyum. Begitu juga dengan mata-mata yang lain di sekeliling. Mereka menyanyikan lagu gembira yang dibawa angin yang lembut bersepoi. RASH berdiri melihat isteri dan anaknya bermain buaian. Dia menutup mata, menghirup dan merasa angin yang memukul badannya. Dalam bisikan hatinya, dia berkata; RASH Aku rasa kehadiran mu. Aku rindu pada kau. SOPHIE sedang berdiri di depannya kini. Perlahan dia membelai rambut dan muka RASH. Lembut. RASH tidak dapatr melihatnya ketika itu. Tapi kehadirannya dirasai. RASH membuka mata apabila anaknya memanggilnya dan sedang berlari mendapatkan dia dengan keadaan girang. SOPHIE ANAK RASH Papa! menarik papanya untuk dia berbisik ke telinga bapanya untuk menyatakan rahsia. RASH Ada apa sayang? SOPHIE ANAK RASH (Dalam bisik) papa, puteri kata dia sayang pada papa. Dia kata dia rindu sama papa jugak.

RASH terkejut dan anak 4 tahunnya mencium lembut pipinya. SOPHIE ANAK RASH Puteri suruh kiss papa! (gelak manja) Jom papa. Sophie lapar la. RASH hanya tersenyum dengan gelagat anaknya. Dihulurkan tangan untuk dipimpin dan mereka anak beranak berpimpin tangan keluar dari kawasan itu. Dan angin lembut mengiringi perjalanan mereka. (LAGU TEMA SEBELUM CAHAYA DARI NYANYIAN KUMPULAN LETTO)

FADE OUT:

- tamat Carilah aku dalam sinar cahaya.... Cahaya ku akan membawa kau kembali ke pangkuan ku.... aku tunggu.... bertahun lamanya... hingga cahaya pagi menyinar lagi.... embun pagi akan menemani aku di sini... hingga kita ketemu lagi...

RUJUKAN J. Michael Staczynski, The Complete Book of Scriptwriting, Motion Pictures, The Screenplay page 159 till 180 Standley Vincent Longman, Composing Drama For Stage and Screen, 1986, The Jumping Box: Television page 224 till 243. Suzanne Hudson, Writing For Theater and Drama, 2000, Flashing Images: Writing for Films page 198 till 203.

LAMPIRAN ORANG BUNIAN


Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah. Mereka dikatakan mewujud dalam masyarakat besar, menirukan struktur golongan manusia, dengan keluarga dan puak. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi mereka juga dikenali mendiami dekat golongan manusia dan juga dikatakan mengongsi sama rumah dengan keluarga manusia. Separuh kehantuan dikatakan orang bunian. Orang bunian menguasai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian diketahui menculik kanakkanak manusia dan dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan. Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.

Orang Bunian Alam: Alam ghaib Berbentuk fizikal: Ya Mampu berubah bentuk: Tidak Mampu menyerupai manusia: Bentuk asal menyerupai manusia Menghisap darah: Tidak Dipelihara: Tidak Bermasyarakat : Ya

JIN
Makna Jin. Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya:1. Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :

Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas. 2. Surah Ar-Rahman ayat 15 : Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij ) 3. Surah Al-raf ayat 12 : Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah. 4. Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah ). Asal Kejadian Jin. Keterangan "Al-Maarij " Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau "Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan. Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Masd pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu. Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia. Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim

Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin. Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani sematamata. Cara pembiakan Jin. Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh. Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat. Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat. Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin. Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah. Agama puak-puak Jin. Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak. Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas. Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran. Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik. Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat. Rupa Bentuk Jin. Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok. Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia. Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin. Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya. Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita

melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka. Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis. Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) " Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak. Melihat Jin. Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya. Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia. Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia. Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ). Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan Jin. Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa.

Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya. Cahaya Kunang-kunang Kita sudah tau bahwa kunang-kunang punya sifat khusus dalam menarik pasangan. Kunang-kunang jantan mengeluarkan cahaya kelap-kelip yang keluar dari tubuhnya, dan menandakan pesan tertentu kepada betina. Lalu apa kata ilmuwan tentang cahaya ini? Darimana mereka berasal? Prof Barry Trimmer dari Tufts University, Massachusetts, menemukan rahasia cahaya kelap-kelip yang dihasilkan oleh kunang-kunang. Dalam penemuannya, ia menemukan nitrogen monoksida (NO) yang menjadi penghantar sinyal flash, sekaligus menjadi kunci mekanisme kedap-kedip cahaya kunang-kunang. Dijelaskan bahwa kunang-kunang memiliki sel pemantul cahaya yang mengandung banyak senyawa luciferin. Senyawa ini bereaksi dengan adenosine triphosfat (ATP). Cahaya lalu dihasilkan oleh bagian tubuh yang bernama luciferin, bercampur dengan enzim yang disebut luciferase. Dengan adanya luciferase, luciferin akan menjadi aktif, lalu bereaksi dengan Oksigen. Hasil reaksi ini adalah energi, yang lantas timbul sebagai cahaya dibantu oleh Nitrogen Oksida tadi. Reaksi berlangsung di dalam sel photocyte sehingga cahaya dapat terlihat. Sistem kerja syaraf akan mengatur perut kunang-kunang untuk mengeluarkan flash secara periodik dan teratur. Popularity: 8%