Anda di halaman 1dari 50

KERTAS KERJA SEMINAR PEMURNIAN AQIDAH UNIVERSITI ANTARABANGSA AL-MADINAH (MEDIU) 12 SYA'BAN 1433 H

SAYYID QUTB: HAYAT & PEMIKIRANNYA

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI


(DIPLOMA USULUDDIN, PRA-SISWAZAH UNI. ISLAM MADINAH,KSADAKWAH & USULUDDIN)

PENDAHULUAN Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian 'alam. Selawat dan Salam atas Rasulullah, keluarga baginda, dan para Sahabat. Antara Manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah yang telah disepakati para Ulama' Salaf Soleh rahimahumullah adalah menthazir (mencegah) daripada Bid'ah dan ahlinya, menjelaskan bahaya dan kesalahan-kesalahan yang tersebar supaya dijauhi dan diperbetulkan. Berkata Imam Abul Hasan al-Asy'ari rahimahullah [w.324 H] dalam kitab beliau alIbanah 'an Usul al-Diyanah:


Maksudnya: "dan kami (Ahlus Sunnah wal Jamaah) berpandangan perlunya menjauhi setipa orang yang menyeru kepada bi'ah dan menjauhi orang yang mengikut hawa nafsu". Berkata Imam Abu Bakr Ahmad al-Isma'ili rahimahullah [w.371 H] dalam kitab beliau; I'tiqad Aimmatul Hadis:

.
Maksudnya: "dan mereka (Imam-imam Ahlus Sunnah wal Jamaah) berpandangan perlunya menjauhi bid'ah dan segala macam bentuk dosa; sikap berbangga-bangga, sombong, ujub, khianat, sikap dengki, mengadu-domba, dan mereka berpandangan perlunya menyekat diri daripada menyakiti orang lain dan meninggalkan ghibah (mengumpat) kecuali bagi orang yang menzahirkan bid'ah dan dia menyeru kepadanya (bid'ah) maka bercakap berkenaannya BUKAN Ghibah di sisi mereka". Berkata Imam Ibn Abi Zamanin rahimahullah [w.399 H] dalam kitab beliau Usul alSunnah:


Maksudnya: "dan Ahlus Sunnah itu tidak pernah lekang daripada mencela Ahli Ahwa' yang menyesatkan dan melarang daripada duduk bermajlis dengan mereka dan menakutkan orang daripada fitnah mereka dan mengkhabarkan akan akibat buruk mereka dan mereka sama sekali tidak memandang tindakan itu sebagai perbuatan ghibah (umpatan) dan tidak pula celaan".
2

Ahlus Sunnah wal Jamaah berpegang dengan firman ALLAH subhanahu wa ta'ala:


Maksudnya: "dan KAMI telah turunkan atas kamu di dalam al-Kitab (al-Quran) bahawa jika kamu mendengar ayat-ayat ALLAH diingkari dan dipermain-mainkan maka janganlah kamu duduk bersama mereka sehingga mereka berbicara dengan perbicaraan yang lain; sesungguhnya jika kamu terus duduk bersama mereka adalah kamu itu seperti mereka, sesungguhnya ALLAH menghimpunkan orang-orang munafiqin dan kafir dalam Jahannam bersama-sama". [al-Nisaa': 140] Berkata Imam al-Mufassirin; Muhammad bin Jarir al-Tobari rahimahullah [w.310 H]:


Maksudnya: "dan pada ayat ini terdapat petunjuk yang jelas akan larangan daripada bermajlis dengan ahli batil daripada semua jenis kebatilan; ahli bid'ah dan orangorang fasiq ketika mana mereka melakukan kebatilan mereka". [Tafsir Ibn Jarir, 9/321] Daripada Sunnah pula; adalah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam banyak sekali mentahzir ahli maksiat dan mereka yang mempunyai akidah yang merbahaya seperti mana dalam hadis apabila datang seorang lelaki kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam baginda berkata:


Maksudnya: "Seburuk-buruk saudara bagi kaumnya dan sejelek-jelek anak bagi kaumnya ..." [HR al-Bukhari] Kata Imam Ibn Hajar al-'Asqalani rahimahullah [w.852 H]:


Maksudnya: "Setiap orang yang mengetahui mengenail hal seseorang dan dia takut orang lain tertipu dengan kebaikan zahir orang tersebut lalu terjebak dalam perkara
3

yang dilarang maka wajib atasnya untuk memberitahu akan perkara yang perlu dijauhi itu dengan maksud nasihat" [al-Fath;10/454]. Berkata Syaikhul Islam Ahmad bin Abdul Halim Ibn Taimiah al-Hafid rahimahullah [w.728 H]:


Maksudnya: "dan seumpama Imam-imam Bid'ah dan Ahli Maqalat (Kefahaman dan Akidah) yang menyelisihi al-Kitab dan al-Sunnah atau Ibadat yang menyelisihi alKitab dan al-Sunnah; maka sesungguhnya menjelaskan keadaan mereka dan menjauhkan Umat daripada mereka adalah WAJIB dengan kesepakatan kaum Muslimin". [Majmuk al-Fatawa; 28/231]. Atas dasar ini, disediakan kertas kerja berkaitan dengan Sayyid Qutb rahimahullah untuk menjelaskan beberapa kesalahan besar yang terdapat pada dirinya sehingga dijauhi dan diperbetulkan memandangkan Sayyid Qutb mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan pemuda-pemudi Islam masa kini dan pemikirannya diterima dengan selesa tanpa menyedari akan racun yang ada di dalamnya yang membawa kepada akibat yang tidak dipuji di belakang hari. Wallahul Muwaffiq.

ADAKAH PERLU MENYEBUT KEBAIKAN AHLI BID'AH APABILA DITAHZIR? Berikut Fatwa Imam Abdul Aziz Ibn Baz rahimahullah: Soalan: Ketika mana kami mengingkari kesalahan-kesalahan dan bidaah-bidaah yang terjebak dalam melakukannya orang yang mempunyai pengaruh dalam kalangan manusia sedangkan bidaahnya tersebar terutama di dalam masalah Akidah dan dia melampau padanya, ketika mana kami mengingkari bidaah-bidaahnya ini sebahagian orang menentang kami dengan dakwaan bahawa yang haq adalah perlu menyebut kebaikan bersamaan dengan keaiban dan jihadnya dan jasa-jasanya dalam dakwah menjadi penghalang daripada kita mengkritiknya secara terbuka. Kami berharap suapaya dijelaskan apakah manhaj yang benar, adakah menjadi kemestian menyebut kebaikan dan adakah jasa-jasanya dalam dakwah menjadi satu kemaafan buatnya daripada disebut (dicegah) kesalahan-kesalahannya yang tersohor dan tersebar dalam kalangan orang ramai? Jawapan: Menjadi KEWAJIPAN atas Ahli Ilmu untuk mengingkari Bidaah-bidaah dan Maksiat-maksiat yang jelas dengan dalil-dalil syarak, dengan cara Targhib dan Tarhib, dan dengan Uslub yang baik dan TIDAK menjadi kemestian untuk menyebut kebaikan Ahli Bidaah. Namun, jika penyuruh kepada makruf dan pecegah kemungkaran itu menyebutnya (kebaikan-kebaikan itu) kepada orang yang melakukan bidaah atau maksiat sebagai satu peringatan kepadanya dengan amalan-amalannya yang baik dan menggalakkannya untuk bertaubat maka itu adalah suatu yang baik dan termasuk sebab-sebab untuk diterimanya dakwah dan kembali bertaubat. Waffaqallahul Jami' [Sumber: Majmuk Fatawa Ibn Baz, 27/528-529] Adakah Bantahan Syeikh Rabi' bin Hadi al-Madkhali hafizahullah- atas Sayyid Qutb diiktiraf Ulama'? Berkata Syaikh Nasir al-Sunnah Muhammad Nasir al-Din al-Albani rahimahullah dalam komentar beliau di akhir kitab bantahan Syaikh Rabi' atas Sayyid Qutb (al'Awasim mimma fi Kutubi Sayyid Qutb minal Qawasim):

()
Maksudnya: "Semua yang kamu bantah atas Sayyid Qutb adalah Benar dan Tepat, darupadanya akan jelas kepada para pembaca yang mempunyai latar belakang pengetahuan agama Islam bahawa Sayyid Qutb bukanlah seorang yang memiliki pengtehuan berkenaan Islam; Usul dan Furu'nya maka semoga ALLAH membalas kepada anda dengan sebaik-baik balasan wahai Saudara Rabi' atas tindakan anda melaksanakan kewajipan menjelaskan dan mendedahkan kejahilannya (Sayyid Qutb) dan penyimpangannya daripada Islam". [Rujuk: Bara-ah Ulama-il Ummah min Tazkiah Ahlil Bid'ati wal Mazammah, 'Isom bin Abdillah al-Sinani, m.s 33, disemak oleh 'Allamah Ibn Usaimin rahimahullah]. Kata Syeikh Ibn Usaimin rahimahullah ketika ditanya berkenaan Sayyid Qutb:

" " - - .
Maksudnya: "Pembacaan aku terhadap kitab-kitab Sayyid Qutb adalah sedikit dan aku tidak tahu berkenaan lelaki ini tetapi para Ulama telah menulis berkenaan karangannya dalam Tafsir Zilal al-Quran, mereka ada menulis beberapa pemerhatian atasnya seperti apa yang ditulis oleh Syeikh Abdullah al-Duwaish rahimahullah dan Saudara kami al-Syaikh Rabi' al-Madkhali juga menulis pemerhatian atasnya; atas Sayyid Qutb dalam Tafsirnya dan dalam selainnya, maka barangsiapa yang suka untuk merujuknya maka rujuklah ia". [Bara-ah Ulama-il Ummah, m.s 37]. Ditanya kepada Syaikh Soleh al-Fauzan hafizahullah-

" : "
Maksudnya: "Telah muncul sebuah kitab berjudul: Adwa' Islamiah 'ala Aqidah Sayyid Qutb wa Fikrih pengarangnya adalah Rabi' al-Madkhali, apakah pandangan kamu berkenaan kitab ini dan adakah penulisnya daripada Ahli Ilmu yang dikenali pada kamu?" Jawab beliau hafizahullah-:
6

- " " - - .

Maksudnya: "Tidak ada keraguan bahawa pengarangnya daripada Ahli Ilmu, seorang lulusan Universiti Islam (Madinah) dan murid kepada para Masyaikh dan dikenali walhamdulillah dan apa yang beliau sebutkan berkenaan kesalahan-kesalahan ini kamu boleh praktikkan beliau menyebut dengan muka surat- maka engkau boleh pastikan dalam Zilal al-Quran, jika kamu dapat beliau salah maka engkau jelaskan kesalahannya, jika tidak maka yang WAJIB adalah menerima kebenaran, yang wajib menerima kebenaran, beliau telah menyebutkan kesalahan-kesalahan yang ada padanya beserta muka surat, dia telah tentukan bagi kamu, kamu rujuk padanya dan pastikan jika kamu dapati ianya salah maka beritahu kepada pengarang jazakallahu khaira- namun jika kamu dapati ianya tepat maka yang wajib adalah kamu menerima kebenaran". [rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=TqDwiPw5yAM] Adakah Hanya Syeikh Rabi' al-Madkhali hafizahullah- sahaja yang Membantah Sayyid Qutb? Tidak Benar bahkan Syaikh al-Albani rahimahullah adalah Ulama' terawal yang membantah Sayyid Qutb demikian juga Syeikh Mahmud Syakir rahimahullahUlama' Salafi di Mesir juga antara orang terawal yang membantah Sayyid Qutb. Untuk melihat fatwa-fatwa Ulama' Islam berkenaan Sayyid Qutb boleh merujuk kitab Syeikh 'Isom al-Sinani hafizahullah- yang berjudul: Bara-ah Ulama-il Ummah min Tazkiah Ahlil Bid'ati wal Mazammah yang telah disemak dan diperakui oleh Faqih alZaman Syeikh Muhammad bin Soleh al-'Usaimin rahimahullah dan Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan hafizahullah. Boleh dilihat terjemahan-terjemahan Fatwa dalam Bahasa Inggeris di laman berikut:
http://www.themadkhalis.com/md/categories/sayyid-qutb.cfm

FASAL 1: LATAR BELAKANG SAYYID QUTB Nama: Sayyid Qutb Ibrahim Husein Syazili Tarikh Lahir: 9/10/1906 M di Kampung Maushah di Muhafazah Asyut, Mesir. Pendidikan: Lulusan Bachelor dalam bidang Sastera daripada Kolej Darul 'Ulum Mesir pada tahun 1933 M. Wafat: Dihukum gantung oleh Kerajaan Mesir pada tahun 1966 M. [Sumber: Sayyid Qutb: Minal Milad Ila al-Istisyhad, Solah Abdul Fattah al-Kholidi, m.s 15-17]. Adakah Sayyid Qutb Seorang Ulama'? Sayyid Qutb rahimahullah- bukanlah seorang Ulama' Islam kerana beliau tidak mendalami Ilmu Agama ini dan tidak pula dikenali belajar dengan para Ulama' di zamannya. Bahkan yang dikenali adalah Sayyid Qutb merupakan Murid kepada Abbas al-'Aqqad seorang penyair dan sasterawan arab moden yang terkenal di Mesir yang wafat pada tahun 1964 M. [rujuk: Sayyid Qutb: Minal Milad Ilal Istisyhad, al-Kholidi, m.s 136 dan seterusnya]. Abbas al-'Aqqad ini terkenal sebagai seorang yang mempunyai penyimpangan dalam Akidah seperti karangannya: 'Abqariah Muhammad (Kegeniusan Muhammad) di mana pada pandangannya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam adalah seorang Genius dan ini jelas berlawanan dengan Akidah Islam bahawa baginda adalah seorang Rasul yang diberi Wahyu bukan seorang pemikir yang menggunakan akalnya. Demikian juga al-'Aqqad terkenal dengan pujiannya ke atas Bahaiyyah dan pengasasnya yang mendakwa menjadi Nabi. [rujuk: A'lam wa Aqzam fi Mizanil Islam, Sayyid bin Husain al-'Afani, m.s 258-263] Abbas al-'Aqqad juga terkenal dengan sikapnya yang suka menaqal riwayat-riwayat palsu berkenaan para Sahabat ridwanullahi 'alaihim terutama apa yang berlaku antara Ali radiallahu 'anhu dengan Mu'awiyah radiallahu 'anhu sehingga kelihatannya Mu'awiyah itu seorang yang jahat dan politukus duniawi yang sanggup melanggar hukum hakam syarak untuk mencapai matlamat politik bahkan di sisi al-'Aqqad para Sahabat tidak lebih sekadar Genius yang membina kebijaksanaan daripada akal sendiri bukan daripada petunjuk wahyu yang dibimbing Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. [Rujuk: Artikel: Kizbatan Siyasiyyatan 'ala Mu'awiyah oleh Syeikh Sulaiman bin Soleh al-Kharashi dan Artikel: Tatowul Abbas Aqqad 'ala Sahabati Rasulillah oleh Dr. Muhammad Jalal al-Qassas].

Untuk melihat lebih lanjut syakhsiah Abbas Aqqad ini boleh merujuk artikel Dr. Muhammad Jalal al-Qassas di laman berikut:
http://www.saaid.net/Doat/alkassas/123.htm

Kesan Aqqad atas pemikiran Sayyid Qutb amat besar kerana Sayyid adalah "Pentaksub" kepada 'Aqqad sebagaimana yang disifatkan oleh Solah al-Khalidi [m.s 139]:

Maksudnya: "Sayyid telah menjadi kagum dengan al-'Aqqad setelah pengkajiannya terhadap keperibadian 'Aqqad- sehingga mencapai tahap Ta'assub (fanatic)". Walaupun menurut al-Kholidi tempoh Fanatik terhadap 'Aqqad ini tidak berterusan selama-lamanya pada Sayyid bahkan kemudiannya Sayyid mengkritik 'Aqqad dalam banyak masalah terutama sikap 'Aqqad yang memusuhi al-Ikhwan al-Muslimun, ini tidak menafikan kesan yang mendalam fikrah 'Aqqad ke atas Sayyid Qutb kerana segala Ilmu Sayyid Qutb berasal dari 'Aqqad dan daripada 'Aqqad lah Sayyid Qutb menceduk segala ilmu asas untuk dia membina dirinya menjadi sasterawan dan Ahli Fikir. SAYYID QUTB HANYUT: Sayyid Qutb dalam hayatnya mengalami peringkat "hanyut" di mana dia terkandas antara Islam dan Falsafah Barat. Berkata Solah al-Kholidi:

Maksudnya: "Sayyid telah memberitahu Abul Hasan al-Nadawi ketika mana pertemuan mereka yang terakhir pada tahun 1951 M setelah berlalunya perjalanan hanyut beliau- bahawa beliau membesar atas adat-adat Islam semenjak kecilnya di kampungnya dan kemudian apabila dia pergi ke Kaherah dia mula belajar sastera dan kritikan (kesusasteraan), pegkajian (kesusasteraan), dan dia mula mempelajari ilmu barat yang materialistik dan ini menjadikannya melalui satu peringkat keraguan dan syak berkenaan hakikat-hakikat keagamaan sehingga sejauh yang mungkin ini adalah ucapan beliau dengan hurufnya-". [m.s 214]
9

Sayyid Qutb mengalami satu peringkat hidup di mana dia menjadi kebingungan dan hanyut serta tersepit di antara akidah Islamiah yang dia dilahirkan atasnya dengan Falsafah Barat yang dikaguminya dan peringkat ini berlanjutan selama 15 tahun antara 1925-1940 M [Solah al-Khalidi, m.s 215]. Keadaan ini menggambarkan betapa Sayyid Qutb rahimahullah bukanlah seoarang 'alim dan tidak mempunyai pengetahuan agama yang kukuh sebagaimana kata Solah al-Khalidi berkenaan sebab-sebab berlakunya kehanyutan ini:

Maksudnya: "dan pada awal-awal senarai orang yang bertanggungjawab (dalam menjadikan Sayyid hanyut) adalah Sayyid Qutb sendiri! Dia yang membenarkan dirinya untuk menceduk ilmu daripada sumber-sumber asing sedangkan dia TIDAK KUKUH dalam sumber-sumber Islam dan dia tidak berpijak di atas bumi Iman yang tetap dan tegar!" [m.s 218]. Latar belakang Sayyid ini memberikan kita gambaran jelas bahawa Sayyid bukanlah seorang 'Alim dengan Ilmu Syar'ie bahkan hanya seorang sasterawan lalu dia cuba memahami al-Quran dengan ilmu kesusasteraan sebagaimana diakui oleh Solah alKhalidi ketika menyatakan awal perjalanan Sayyid Qutb selaku seorang Islamis:

Maksudnya: "Peringkat ini bermula semenjak Sayyid mula menghadap al-Quran alKarim dan mengkajinya atas faktor-faktor kesusasteraan". [m.s 269] Ini menunjukkan bahawa asal pengkajian Sayyid Qutb terhadap al-Quran adalah atas dasar kajian kesusasteraan dan kritikan sastera bukan atas dasar mengkaji ilmu-ilmu syar'ie kemudiannya menurut Solah al-Khalidi berubah menjadi kepada Iman dan Akidah. Persoalan utama mula timbul di sini, jika Sayyid tidak memiliki Ilmu Syar'ie yang mendalam dan hanya seorang Sasterawan Arab Moden dan mengkaji al-Quran hanya atas dasar Sastera pada asalnya dan dengan Ilmu Kesasteraan semata-mata bagaimana mungkin dia mampu dinobat dan diangkat sebagai seorang Mufassir dan 'Alim??!! Bagaimana hendak kita terima dan percaya akan tafsiran yang dibuat oleh Sayyid sedangkan dia tidak kukuh berkenaan Sumber-sumber Ilmu Islam? Siapakah Ulama' yang membimbingnya untuk mendalami Ilmu-ilmu ini? Sedangkan berapa ramai orang yang belajar dengan Ulama' Besar Islam tergelincir disambar syubhat-syubhat

10

kecil, ibarat kata: Sedangkan orang celik lagikan terjatuh ke dalam lubang, inikan pula si Buta. SAYYID QUTB MUJTAHID?? Maka dengan mengetahui latar belakang Ilmiah Sayyid Qutb mendedahkan kita kepada soalan yang penting: Adakah dia seorang Mujtahid sehingga boleh kita katakan kesalahan-kesalahannya adalah seperti kesalahan seorang Mujtahid, mendapat satu pahala? Jawapannya adalah: TIDAK. Kesalahan yang mendapat pahala adalah kesalahan yang dilakukan oleh Ahli Ilmu yang layak dan melakukan ijtihad dengan garis panduan ilmiah yang sahih namun tersalah dalam natijah. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:


Maksudnya: "Jika seorang hakim memutuskan suatu hukuman dan berijtihad kemudian dia tepat maka baginya dua pahala, jika dia berhukum dan berijtihad kemudian tersalah maka baginya satu pahala". [HR al-Bukhari & Muslim]. Berkata Imam Ibn Hajar al-'Asqalani rahimahullah:


Maksudnya: "akan tetapi jika dia menghukum atau berfatwa tanpa ilmu maka dia berdosa". [al-Fath, 13/318] Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah:


Maksudnya: "Berkata para Ulama': Telah Ijmak akan kaum Muslimin bahawa Hadis ini berlaku pada Hakim yang berilmu yang berkelayakan untuk berhukum maka jika
11

dia benar baginya dua pahala; pahala untuk ijtihad dan pahala atas ketepatan ijtihadnya dan jika dia tersalah baginya satu pahala; pahala atas ijtihadnya dan pada hadis ini terdapat mahzuf (kalimah yang dibuang) anggarannya: "Jika seorang hakim hendak maka dia berijtihad .." Kata mereka (para Ulama') juga: Adapun yang bukan daripada ahli yang berkelayakan untuk mengeluarkan hukum maka tidak halal baginya untuk menghukum jika dia menghukum tiada pahala baginya bahkan baginya dosa dan tidak dilaksanakan hukumannya sama ada benar atau tidak kerana benarnya dia adalah secara kebetulan bukan datang daripada asal syar'ie maka dia seorang yang derhaka dalam semua hukum hakamnya sama ada dia tepat atau tidak dan hukumnya semua tertolak dan tidak diberi uzur padanya sedikit pun". [al-Minhaj, 12/13-14]. Telah ditanya kepada Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan hafizahullah berkenaan kenyataan yang menyamakan Sayyid Qutb dengan Imam Ahmad rahimahullah maka jawab beliau:


Maksudnya: "Imam Ahmad seorang 'alim dan hibr yang mengenal dalil-dalil dan jalan-jalan pendalilan sedangkan Sayyid Qutb Jahil tiada padanya Ilmu dan tiada padanya pengetahuan atas apa yang dia katakan maka menyamakan Imam Ahmad dengan Sayyid Qutb adalah suatu kezaliman kerana Imam Ahmad di sisinya dalil yang banyak daripada al-Kitab dan al-Sunnah atas kufurnya orang yang meninggalkan solat secara sengaja sedangkan Sayyid tiada padanya walau satu dalil pun atas apa yang dia katakan berkenaan pengkafiran terhadap seluruh kaum muslimin bahkan dalil-dalil menyalahi apa yang dia katakan". [Bara-ah Ulama-il Ummah, m.s 50].

12

FASAL KEDUA: PEMIKIRAN SAYYID QUTB 2.1 FIKRAH AL-KHAWARIJ Pemikiran Sayyid Qutb yang paling jelas dan paling masyhur adalah akidah Khawarij yang boleh dikatakan hidup semula pada kurun ke-20 di tangan Sayyid Qutb dan tidak jauh jika kita katakan bahawa Sayyid adalah Mujaddid Khawarij pada kurun ke-20 Masihi. Akidah Khawarij mempunyai dua rukun asas iaitu: 1- Mengkafirkan kaum Muslimin secara umum atas perbuatan yang pada hakikatnya bukan kufur. 2- Membolehkan Khuruj (memberontak) ke atas pemerintah muslim yang fasiq. Kedua-dua rukun asas akidah Khawarij ini jelas terpancar dalam penulisan-penulisan Sayyid Qutb sehingga tidak perlu ada suara-suara sumbang menyatakan bahawa ianya satu tuduhan atau tohmahan. Kata Sayyid Qutb dalam Ma'alim fi al-Tariq:

.. - - .. " " . . " " " . " " " .. . ! - . . . -


Maksudnya:

13

Kata beliau lagi:

" " . ! . . . .
Maksudnya:

Kata Sayyid juga dalam kitab Ma'alim fi al-Toriq:

! :
14

. . . . " " !
Maksudnya:

Kemudian Sayyid menjelaskan masyarakat-masyarakat yang termasuk Jahiliah yang ada pada zaman kini sehingga katanya:

" " !. . . ! . { : } [ ]44 : { : } . . . { . . .


} [ 06-06: ]
Maksudnya:
15

16

Kata Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Quran:

. - - ! . .
Maksudnya: "Masyarakat manusia sekarang secara umum-adalah masyarakat Jahiliah, iaitu masyarakat yang terkebelakang atau mundur dalam erti kembali kepada kejahiliahan sesudah tangan mereka dibimbing dan diselamatkan oleh Islam. Islam hari ini terpanggil kembali untuk menyelamatkan manusia daripada kemunduran jahiliah dan untuk membimbingnya di jalan kemajuan dan peradaban dengan nilainilai dan norma-norma Rabbaniyyah." [Fi Zilal, 3/1256, terjemahan: jil 4, m.s 275 terbitan Darul Fikir, Kuala Lumpur]. Kemudian Sayyid menjelaskan maksud Masyarakat "Mundur":

: ..
Maksudnya: "..Masyarakat yang demikian sifatnya adalah masyarakat yang terkebelakang dan mundur atau dengan istilah Islamnya: Masyarakat Jahiliah Musyrik". [ibid]. Apa yang ditaqrirkan oleh Sayyid Qutb ini berlawanan dengan pegangan Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah bahawa Tidak ada lagi Jahiliah 'Am setelah Kerasulan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam sebagaimana kata Syaikhul Islam Ibn Taimiah rahimahullah:

17

.
Maksudnya: "dan demikian juga semua yang menyalahi apa yang dibawa oleh para Rasul seperti Yahudiah dan Nasraniah maka ia adalah "Jahiliah" dan itu adalah zaman Jahiliah 'Am adapun selepas pengutusan Rasul Sallallahu 'alaihi wa Sallam maka ia (Jahiliah) boleh berlaku di suatu negeri namun tidak negeri yang lain seperti mana ia berada di negeri kafir dan boleh jadi ada pada sebahagian individu tidak pada individu yang lain seperti lelaki yang sebelum dia memeluk Islam maka dia berada dalam Jahiliah walaupun dia berada di negeri Islam". Kemudian kata beliau:

.
Maksudnya: "Adapun pada suatu zaman secara mutlak (umum) maka Tidak ada Jahiliah selepas pengutusan Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam kerana tidak akan lekang daripada Umat baginda satu kelompok yang terus zahir atas kebenaran sehingga tegaknya hari kiamat". [Iqtido' al-Sirat al-Mustaqim, m.s 258-259] Komentar Syaikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan hafizahullah selepas menaqal kalam Ibn Taimiah ini dan menyatakan bahawa Jahiliah itu ada dua; Umum dan Khusus dan Jahiliah Umum telah tamat dengan kerasulan Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam:

: . : .
Maksudnya: "dan dengan ini jelaslah kesalahan orang yang mengumumkan Jahiliah pada zaman ini di mana mereka berkata: "Jahiliah Kurun ini" dan ungkapan seumpamanya dan yang sewajarnya diucapkan: Jahiliah sebahagian Ahli Kurun atau kebanyakan ahli kurun. Adapun mengumumkannya maka ini TIDAK SAHIH dan TIDAK BOLEH kerana dengan diutusnya Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam telah hilanglah Jahiliah 'Am". [Kitab al-Tauhid, m.s 33] Kata Syeikh Muhammad Nasir al-din al-Albani rahimahullah ketika ditanya berkenaan istilah: "Jahiliah Kurun ke-20" yang dibincangkan oleh Sayyid Qutb:

18

(( )) .
Maksudnya: "Pandangan aku adalah Kalimah ini (Jahiliah kurun ke-20) tidak sunyi daripada sifat berlebih-lebihan dalam menyifatkan kurun sekarang, kurun ke-20, maka kewujudan agama Islam pada kurun ini walaupun ianya telah dimasuki padanya apa yang bukan daripadanya menghalang kita daripada menyatakan bahawa kurun ini seperti Jahiliah yang Awal". [Mukjam Manahi Lafziah, Bakr Abu Zaid, m.s 209]. Takfir secara Umum yang dibuat oleh Sayyid Qutb bagi mereka yang tidak berhukum dengan hukum ALLAH juga adalah berlawanan dengan Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang membuat perincian dalam masalah ini. Berkata Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah r.h:

.
Maksudnya: "dan yang sahih bahawa berhukum dengan selain apa yang ALLAH turunkan meliputi dua jenis kufur: kecil dan besar bersesuaian dengan keadaan hakim jika dia beriktiqad wahib berhukum dengan apa yang ALLAH turunkan dalam sesuatu urusan lalu dia berpaling daripadanya kerana derhaka bersamaan dia mengiktiraf bahawa dia berhak menerima hukuman maka ini kufur kecil, jika dia beriktiqad bahawa tidak wajib dan dia diberi pilihan bersamaan yakinnya dia perkara itu adalah hukum ALLAH maka ini kufur besar dan jika dia jahil dan tersalah maka ini seorang yang tersalah, baginya hukum orang yang tersalah". [Madarij al-Salikin, 1/346]. Kata Imam Ibn Abil Izz al-Hanafi r.h:

: . : : : . :
19

, .
Maksudnya: "di sini ada perkara yang perlu diperhatikan dengan baik iaitulah: Bahawa berhukum dengan selain apa yang ALLAH turunkan boleh jadi kufur yang mengeluarkan daripada agama dan boleh jadi maksiat sama ada dosa besar atau kecil dan boleh menjadi kufur majazi atau kufur kecil atas dua qaul yang dinyatakan. Ini berdasarkan keadaan Hakim: Jika dia berkeyakinan bahawa berhukum dengan apa yang ALLAH turunkan tidak wajib atau dia mempunyai pilihan (sama ada hendak mengikut hukum ALLAH atau lainnya) atau dia menghina hukum itu sedangkan dia yakin itu adalah hukum ALLAH, maka ini adalah kufur akbar. Jika dia berkeyakinan wajib berhukum dengan hukum ALLAH dan dia tahu akan hukumnya dalam kondisi yang tertentu ini tetapi dia berpaling daripadanya dalam keadaan dia mengaku dia berhak dihukum (atas tindakannya ini) maka dia adalah seorang ahli maksiat dan dinamakan sebagai kafir dengan kufur majazi atau kufur kecil, namun jika dia jahil akan hukum ALLAH berkenaannya sedangkan dia telah berusaha untuk mengetahui hukum ALLAH lalu dia tersalah maka dia ini tersalah, baginya pahala atas ijtihadnya dan kesalahannya diampunkan" [Syarah Tahawiah, 1/324]. Mengkafirkan secara mutlak orang yang tidak berhukum dengan hukum ALLAH adalah fikrah yang dipegang oleh al-Khawarij berlawanan dengan apa yang dijelaskan para Ulama' Ahlus Sunnah wal Jamaah rahimahumullah seperti perincian di atas. TIDAK SOLAT JUMAAT!! Sayyid Qutb amat tegar dengan akidah Khawarijnya rahimahullah- sehingga dia tidak mendirikan solat Jumaat sebagaimana kata 'Ali 'Ishmawi; antara pimpinan terakhir Tanzim Rahsia Ikhwanul Muslimin dalam kitabnya: Al-Tarikh Al-Sirri li Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin:

Maksudnya: "dan adalah al-Marhum Sayyid Qutb Tidak Mendirikan Solat Jumaat, dan aku mengetahui perkara itu secara tidak sengaja ketika aku pergi bertemunya tanpa membuat temu janji dan berlaku antara kami perbincangan dan perselisihan yang panas dan aku hendak menyejukkan keadaan lalu aku berkata kepadanya: "Marilah kita pergi solat Jumaat", namun aku dikejutkan ketika dia berkata kepada ku
20

bahawa dia berpandangan bahawa Solat Jumaat itu gugur jika gugurnya Khilafah dan bahawa tidak ada Jumaat melainkan dengan khilafah..." [al-Tarikh al-Sirri, m.s 67]. Pendirian Sayyid Qutb ini jelas menggambarkan betapa dia berpegang dengan fikrah Khawarij kerana hanya Khawarij sahaja yang tidak mendirikan Solat Jemaah dan Jumaat dengan kaum Muslimin atas alasan kefasiqan dan kekufuran pemerintah. Berkata Imam al-Zahabi rahimahullah berkenaan al-Hasan bin Soleh bin al-Hayy; seorang Khawarij Qa'adiah yang masyhur:


Maksudnya: "Adalah dia meninggalkan Jumaat dan tidak melihat adanya solat Jumaat di belakang Imam-imam yang zalim berdasarkan sangkaannya". [al-Siyar, 7/363] Ini berbeza dengan Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah di mana berkata Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:


Maksudnya: "dan solat jumaat di belakangnya (pemerintah sama ada adil atau zalim) dan di belakang orang yang dia lantik adalah harus dan kekal sempurna sebanyak dua rakaat, barangsiapa yang mengulanginya (setelah solat bersama Imam) maka dia adalah seorang Ahli Bid'ah". [Usul al-Sunnah, Imam Ahmad]. Berkata Imam Abu Bakr al-Isma'ili rahimahullah:

- - .
Maksudnya: "dan mereka (Ahlus Sunnah wal Jamaah) berpandangan harus mendirikan solat Jumaat dan lainnya- di belakang setiap Imam yang muslim sama ada dia seorang yang baik mahupun fasiq kerana ALLAH azza wa jalla telah memfardukan Jumaat dan memerintahkan untuk mendirikannya dengan kefarduan mutlak sedangkan DIA tahu bahawa ada yang mendirikannya itu (menjadi Imam) ada antara mereka itu yang fajir dan fasiq namun DIA tidak mengecualikan suatu waktu (daripada mendirikan Jumaat) dan tidak pula mengecualikan perintah untuk menyerukan kepada solat jumaat itu dengan perintah tertentu (berkaitan dengan Imam sama ada fasiq atau tidak)". [I'tiqad Aimmatul Hadis].

21

AL-IKHWAN AL-MUSLIMUN AKUI SAYYID QUTB KHAWARIJ Kedudukan Sayyid Qutb selaku pembawa panji Khawarij kurun ke-20 adalah jelas dan maklum termasuk dalam kalangan Ikhwanul Muslimin. Berkata Ibrahim al-Houdaiby dalam artikel: Four Decades After Sayyid Qutb's Execution: Qutbs ideas were the reason why the Muslim Brotherhood is sometimes falsely associated with radical thought, while Qutbs membership of the Brotherhood, however, did not mean that his ideas represented the group. In fact, his ideas were officially rejected by the groups leadership at the time, and Hassan Al Houdaiby, the groups chairman, published a book entitled Preachers not Judges rejecting and denouncing Qutbs ideas. While the book does not explicitly mention Qutb, it thoroughly argues against the notions of jahiliyya and violence. Sumber: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=17712 Dr. Yusuf al-Qardawi hadahullah- adalah antara tokoh tersohor Ikhwanul Muslimin yang mengakui bahawa Kitab Tafsir Fi Zilal al-Quran membawa Fikrah Takfir Gaya Khawarij:


Maksudnya: "walaupun terdapat faedah di dalamnya dan aku adalah antara orang yang mengambil faedah dengan tafsir ini dan merujuk kepadanya antara sela-sela waktu, namun al-Syahid Sayyid Qutb menulis kebanyakannya sedang beliau berada dalam Penjara ketika mana golongan Komunis, Marxis, Sekularis, dan Atheis sedang mencengkam takhta Kementerian Penerangan dan Kementerian Kebudayaan ketika itu, perkara-perkara ini memberi kesan pada pendirian pemikiran Sayydi Qutb, oleh itu kamu akan dapati kitab ini (Fi Zilal) amat subur dengan fikrah mengkafirkan Masyarakat". Kata Yusuf al-Qardawi juga:

22

.
Maksudnya: "Ya benar di sana ada kesalahan-kesalahan juz'ie pada setiap mufassir tetapi kesalahan yang ada dalam al-Zilal adalah pada kecenderungan di mana ia membawa fikrah menyeluruh berkenaan kaum Muslimin sekarang bahawa mereka adalah Kafir bukan Muslimin". Sumber: Artikel berjudul: Zilal Sayyid Qutb Yandohu bi Takfir al-Mujtama' (Zilal Sayyid Qutb Subur dengan Pengkafiran Masyarakat) di Laman Web al-Qardawi: http://www.qaradawi.net/2010-02-23-09-38-15/7/4744----q-q---.html APA BEZA IKHWANUL MUSLIMIN DENGAN SAYYID QUTB? Al-Ikhwan Al-Muslimun sebenarnya turut berpegang dengan akidah Khawarij yang dibawa oleh Sayyid Qutb namun terdapat perbezaan pendapat dalam isu adakah perlu dizahirkan Takfir ini atau disembunyikan? Berkata 'Ali 'Ishmawi:

Maksudnya: "Adalah permusuhan mereka (Anggota Ikhwan al-Muslimin) terhadap Ustaz Sayyid Qutb bahawa beliau (Sayyid Qutb) adalah orang yang menyediakan pemikiran ini dan mengembangkannya dan menyusunnya sedangkan mereka pula berusaha untuk menyembunyikan hakikat ini sepanjang umur Jamaah, namun Sayyid Qutb menyalahi kesepakatan mereka dalam usaha menyembunyikan perkara ini dan beliau (Sayyid Qutb) mengiklankan bahawa Fiqh Jamaah dan I'tiqadnya berdiri atas pemikiran al-Khawarij dan beliau memperincikan pemikiran ini, dan menerbitkan banyak buku berkenaannya sehingga dianuti banyak jamaah-jamaah Islam" [al-Tarikh al-Sirri, m.s 65] Penjelasan Ali 'Ishmawi ini memberikan kita gambaran bahawa punca pemikiran alKhawarij yang menjadi subur di zaman ini adalah kerana Sayyid Qutb menyebarkannya menyalahi kesepakatan Jamaah al-Ikhwan al-Muslimun untuk menyembunyikan Akidah ini walaupun ia dianuti pembesar Ikhwan. Hal ini dapat kita baca daripada pernyataan Sayyid Qutb ketika dia mentafsirkan ayat 55 Surah al-An'am di mana kata Sayyid di mana dia menyatakan rintangan terbesar
23

Gerakan Islam dewasa ini adalah Tidak ada pembezaan di antara Musyrikin dan Muslimin, pada pandangan Sayyid, Gerakan Islam mestilah berani untuk menyatakan bahawa: "Siapa yang ikut kami maka dia muslim, siapa yang tidak ikut kami dia KAFIR", Gerakan Islam pada Sayyid mestilah memekak telinga dan membuta mata atas tuduhan "kamu mengkafirkan kaum Muslimin" bahkan perlu dijelaskan dengan terang bahawa mereka (Gerakan Islam) dan kaum mereka berada di persimpangan jalan, bahawa mereka berada dalam Agama yang lain sedang kaum mereka berada dalam agama yang lain. [Rujuk: Fi Zilal al-Quran, 2/1105-1107, cet.ke-17, terbitan Dar al-Syuruq] Juga Sayyid berkata dalam al-'Adalah al-Ijtima'iyyah (m.s 182):

Maksudnya: "Kami menyeru untuk dimulakan semula kehidupan Islam dalam masyarakat Islam yang diperintah oleh Akidah Islamiah dan Tasawwur Islam seperti mana ia juga diperintah oleh Syariat Islam dan Sistem Islam. Dan kami tahu bahawa kehidupan Islam yang seperti ini telah pun tiada semenjak jangka masa yang lama di segenap penjuru bumi; dan bahawa wujudnya Islam itu sendiri demikian juga telah tiada lagi! Dan kami menzahirkan hakikat yang terakhir ini walaupun ia akan menyebabkan berlakunya kejutan dan putus harapan kepada kebanyakan orang yang masih suka untuk menjadi (Muslimin)-! Kami menjelaskan dengannya seperti ini ketika mana kami menyeru untuk dimulakan semula kehidupan Islam dalam masyarakat Islam yang diperintah oleh Akidah Oslam dan Tasawwur Islam seperti mana ia diperintah oleh Syariat dan Sistem Islam... kami tidak nampak tindakan menjelaskan hakikat ini dan menzahirkannya apa-apa punca untuk berlakunya keputusan harapan; atau putus asa daripada Dakwah dan daripada percubaan (untuk menghidupkan semula Islam), bahkan sebaliknya kami melihat dengan diterangkan hakikat yang perit ini hakikat bahawa kehidupan Islam telah terhenti semenjak masa yang lama di seleuruh penjuru
24

bumi dan bahawa kewujudan Islam itu sendiri semenjak itu juga telah terhenti- kami melihat menerangkan dengan jelas hakikat ini sebagai suatu kemestian dalam rangka dakwah kepada Islam dan percubaan untuk memulakan semula kehiudpan cara Islam.. kemestian yang tidak dapat tidak dilakukan". Nah! Dengan jelas Sayyid Qutb menyatakan pendiriannya bahawa menerangkan hakikat bahawa Islam sudah tiada lagi dan muslimin yang ada pada dewasa ini adalah KAFIR sebagai suatu kemestian. Sikap ini mengukuhkan apa yang dinyatakan oleh 'Ishmawi bahawa perbezaan antara Sayyid Qutb dengan kepimpinan Ikhwan alMuslimin yang lain bukan pada Pemikiran Khawarij itu sendiri tetapi pada prinsip sama ada ia dizahirkan atau disembunyikan. SAYYID QUTB SALAH FAHAM DENGAN MAKNA KALIMAH TAUHID Dalam suasana Sayyid Qutb yang amat melampau dalam mengkafirkan kaum muslimin atas dasar mereka tidak melaksanakan hukum ALLAH dan mereka tunduk kepada kerajaan yang tidak berhukum dengan hukum ALLAH, kita dapati Sayyid mengambil mudah isu Syirik Akbar yang jelas dan terang seperti Syirik Kubur dan Syirik Memohon Doa kepada Nabi, Wali, dan makhluk Ghaib. Ini kerana Sayyid mempunyai pemahaman yang menyimpang dalam memahami makna Kalimah Tauhid: La ilaha Illallah di mana menurut Sayyid maksudnya adalah: Tidak ada yang Memerintah kecuali ALLAH. Kata Sayyid dalam al-'Adalah al-Ijtima'iyyah (m.s 182):

Maksudnya: "Sesungguhnya perkara yang diyakini berkenaan agama ini bahawa tidak mungkin akan tegak dalam jiwa akan Akidah dan tidak akan tegak pada realiti kehidupan akan agama melainkan manusia itu bersaksi bahawa Tiada Ilah melainkan ALLAH yakni: Tiada Hakim (pemerintah) kecuali ALLAH ..." Kemudian Sayyid Qutb menjelaskan:

Maksudnya: "dan ketika mana kita bentangkan apa yang ada di permukaan bumi seluruhnya pada hari ini atas pandangan taqrir Ilahi bagi kefahaman Agama dan Islam- kita tidak nampak akan kewujudan bagi agama ini ... ini kerana kewujudannya sudah terhenti semenjak kumpulan terakhir daripada muslimin melepaskan diri
25

daripada mengesakan ALLAH dalam urusan Hakimiah (perundangan) dalam kehidupan manusia; itulah hari di mana mereka berundur daripada berhukum dengan syariat semata-mata dalam semua urusan hayat". [al-'Adalah al-Ijtima'iyyah; m.s 183] Maka menurut Sayyid Qutb, apabila masyarakat Islam tidak lagi menjadikan undangundang syariat sebagai undang-undang mereka dalam kehidupan maka secara otomatis mereka menjadi kafir sepertimana orang yang menyembah berhala dan menyeru orang mati secara otomatis menjadi kafir kerana makna utama La Ilaha Illallah adalah mengesakan ALLAH dalam perundangan dan hukum. Jelas di sini Sayyid Qutb tidak membezakan keadaan orang yang tidak berhukum dengan hukum ALLAH seperti perincian Ahlus Sunnah wal Jamaah bahkan dihukum secara borong ala Khawarij bahawa semuanya menjadi Kafir. Pentafsiran Sayyid Qutb terhadap Kalimah Tauhid dengan Tiada Pembuat Hukum Kecuali ALLAH adalah menyalahi Tafsiran Ahlus Sunnah wal Jamaah terhadap makna kalimah Tauhid. Maklum bahawa makna Kalimah Tauhid adalah: "Tidak Ada Ilah yang berhak disembah melainkan ALLAH". Salah kaprah dalam memahami makna La ilaha Illallah ini menjadikan Dakwah yang menggarap pemikiran Sayyid Qutb hanya mementingkan isu Politik dan Daulah dan mereka bertasamuh (toleransi) dengan Syirik Akbar seperti penyembahan kubur dan makhluk ghaib, pemujaan terhadap Nabi dan Wali dan seumapamanya yang banyak tersebar terutama di Bumi Mesir. PANDANGAN AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH BERKENAAN KETAATAN DAN HAK TASYRI' Ahlus Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa Hak al-Tasyri' (membuat Syarak dan Hukum) adalah Hak ALLAH s.w.t, hanya DIA lah yang berhak dalam menghalal dan mengharamkan dan mereka yang melanggar hak ini berada dalam keadaan yang sangat berbahaya pada Akidahnya. Firman ALLAH dalam Surah al-Nisaa' ayat 60-61:

)06( )06(
Maksudnya: "Apakah kamu tidak melihat kepada mereka yang menyangka mereka itu beriman dengan apa yang diturunkan kepada kamu (wahai Rasul) dan apa yang
26

diturunkan sebelum kamu lalu mereka hendak berhukum kepada para Thaghut sedangkan mereka diperintahkan supaya kufur dengannya, dan syaitan mengekehendaki untuk menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh. Dan apabila diseru kepada mereka datanglah kemari (berhukum) dengan apa yang ALLAH telah turunkan kepada Rasul maka engkau melihat kaum Munafiq itu berpaling daripada engkau dengan sepenuh palingan". Namun, Ahlus Sunnah wal Jamaah memperincikan hukum dan keadaan orang yang berhukum dengan selain hukum ALLAH dan kedudukan mereka yang mentaati perintah yang berlawanan dengan hukum ALLAH ini. Berkenaan dengan kedudukan Hakim yang tidak berhukum dengan Islam telah dijelaskan akan perinciannya berdasarkan perkataan Imam Ibn al-Qayyim dan Imam Ibn Abil Izz, adapun mereka yang mentaati pemerintah dalam hukum yang maksiat maka ia sebagai berikut: 1- Mentaati perintah yang maksiat dalam menghalal dan mengharamkan dengan iktiqad bahawa yang diikutinya itu memang mempunyai hak Tasyri' serta reda dengan hukum mereka itu mendahulukannya atas hukum ALLAH dan Rasul-Nya, maka ini adalah Syirik Akbar menjadikan pelakunya Murtad nauzubillah min zalik. 2- Mentaati perintah yang maksiat kerana hawa nafsu namun masih beriktiqad bahawa hak tasyri' adalah milik ALLAH sahaja dan hukum ALLAH adalah yang benar. Maka hukumnya adalah Mukmin yang Berdosa (Fasiq Milli). 3- Mentaati perintah yang maksiat atas sangkaan bahawa itu adalah benar dan itulah hukum ALLAH (yakni Jahil). Maka jenis yang ketiga ini tidak lepas daripada dua keadaan: i- Dia mampu belajar dan mencari kebenaran atau dijelaskan kepadanya kebenaran tetapi dia ingkar mendengarnya maka dia berdosa dan sama seperti jenis yang kedua. ii- Tidak mampu belajar atau tiada yang mampu mengajarkannya, maka ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani kepada hamba-hambaNya, Dia tidak membebankan mereka melebihi dari kemampuan mereka, maka jenis ini diberi keuzuran. Oleh itu, tindakan menghukum secara umum bahawa semua kaum Muslimin berada dalam Jahiliah dan semuanya telah murtad semata-mata kerajaan-kerajaan mereka tidak berhukum dengan Syariat dan mereka dianggap reda dengan perbuatan ini semata-mata mereka tidak memberontak kepada kerajaan-kerajaan ini adalah tindakan al-Khawarij yang melampau dan jauh daripada sikap Insaf yang amat ditekankan dalam akhlak seorang Muslim.

27

2.2 SAYYID QUTB BAPA PEMBERONTAKAN Sayyid Qutb mempunyai peranan besar dalam usaha menggulingkan Raja Faruq rahimahullah- Raja Mesir yang terakhir dalam peristiwa yang dikenali sebagai Revolusi 23 Julai 1952 M. Berkata Mahmud al-'Azb salah seorang pimpinan al-Dubbat al-Ahrar (Tanzim Rahsia Ikhwanul Muslimin):

Maksudnya: "Sesungguhnya pemimpin kami dan ustaz kami Sayyid Qutb dialah yang menjaga Revolusi semenjak ianya Janin kemudian bayi yang dilahirkan. Dia memerintahkan kami untuk bersiap sedia untuk melaksanakannya ... sesungguhnya tentera tidak mungkin akan melupakan bahawa Sayyid Qutb adalah "BAPA REVOLUSI" dan Bapa Revolusioner, dan sikap Tawadu'nya menambahkan kebergantungan kami kepadanya dan membesarkannya". [Sayyid Qutb Minal Milad Ilal Istisyhad, Solah al-Khalidi, m.s 300]. Apa yang berlaku adalah kelaziman yang tidak dapat tidak bagi seseorang yang meniti manhaj Khawarij seperti Sayyid Qutb rahimahullah- dan memberontak kepada pemerintah muslim merupakan nikmat yang sangat agung di sisi mereka melebihi nikmat berjihad di jalan ALLAH, mati terbunuh sebagai seorang pemberontak di sisi mereka lebih mulia daripada mati sebagai seorang Syuhada' fi Sabilillah. Akidah ini berlawanan dengan apa yang dinyatakan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bahawa memberontak kepada pemerintah muslim itu adalah dilarang walaupun dia seorang yang zalim dan fasiq. Daripada Ummu Salamah radiallahu 'anha bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

: . :
Maksudnya: Sesungguhnya akan memerintah kamu nanti pemerintah-pemerintah, maka (ada perbuatan mereka) yang kamu setujui dan ada yang kamu ingkar, maka sesiapa yang membenci (maksiat yang mereka lakukan) dia telah terlepas (daripada azab), sesiapa yang mengingkarinya dia selamat, tetapi sesiapa yang reda dan
28

mengikut (maka dia termasuk orang yang bersubahat). Mereka (Sahabat) berkata: Apa tidak patutkah kami memerangi mereka (pemerintah)? Jawab baginda: Tidak boleh selagi mereka bersolat. [Hadis dikeluarkan: Muslim, Abu Daud, dan alTarmizi dan lafaz pada Muslim]. Kata Imam al-Tahawi rahimahullah:


Maksudnya: "dan kami tidak berpandangan memberontak ke atas pemerintah kami walaupun mereka melakukan kezaliman dan kami tidak mendoakan kejahatan atas mereka dan kami tidak akan mencabut tangan dari ketaatan terhadap mereka dan kami berkeyakinan mentaati mereka adalah termasuk ketaatan kepada ALLAH azza wa jalla yang merupakan kewajipan selama mana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat dan kami mendoakan mereka dengan kebaikan dan keafiatan". [al-Aqidah alTahawiah] Kata Imam al-Syaukani rh:


Maksudnya: "dan telah mutawatir hadis-hadis yang melarang memberontak pada pemerintah selama mana tidak zahir daripada mereka kufur yang jelas atau meninggalkan solat, maka jika tidak zahir pada Imam yang awal salah satu dari dua perkara ini tidak boleh memberontak atasnya walaupun dia mencapai kemuncak dalam melakukan kezaliman tetapi wajib menyuruhnya kearah makruf dan mencegah daripada mungkar bersesuaian dengan kemampuan dan wajib mentaatinya selain dalam melakukan maksiat kepada ALLAH s.w.t" [al-Sailul Jarar, m.s 940].

29

2.3 SIKAP SAYYID QUTB TERHADAP PARA SAHABAT RIDWANULLAHI 'ALAIHIM Para perbahasan berkenaan latar belakang Sayyid Qutb, telah kita nyatakan bahawa dia murid utama kepada Abbas Aqqad dan Sayyid hanya seorang Sasterawan yang tidak memiliki Ilmu-ilmu Syar'ie, maka telah dikenali tabiat sasterawan sikap mereka yang terlalu bermudah-mudahan dalam mengambil hikayat-hikayat sejarah tanpa mengikut garis panduan yang sahih. Faktor ini menjadikan Sayyid Qutb terdidik dengan Akidah yang jelek terhadap para Sahabat ridwanullahi 'alaihim, dia tidak mencerminkan akhlak seorang mukmin dalam bermuamalah dengan para Sahabat Rasulillah sallallahu 'alaihi wa sallam, jauh daripada akhlak dan adab Islam yang menggesa umatnya untuk bersikap Insaf dan memuliakan para Sahabat ridwanullahi 'alaihim. Antara Sahabat yang mendapat kemuliaan untuk dicerca dan dihina oleh Sayyid Qutb yang mana cercaan itu hanya menambah fadilat para Sahabat tersebut dan menjatuhkan air muka para pencerca mereka di dunia dan akhirat adalah; Amirul Mukminin Usman bin Affan radiallahu 'anhu, Amirul Mukminin Mu'awiyah bin Abi Sufian radiallahu 'anhuma dan Amru bin al-'As radiallahu 'anhu. Sayyid mencela kerajaan Bani Umayyah dan menyifatkannya sebagai Jahiliah sebagaimana katanya dalam al-'Adalah al-Ijtima'iah (m.s 154):

Maksudnya: "Apabila datang al-Umawiyyun dan Khilafah Islamiah bertukar menjadi kerajaan yang menggigit dalam genggaman Bani Umayyah, perkara ini bukanlah daripada Wahyu Islam tetapi ia daripada Wahyu Jahiliah yang mana pancarannya telah memadam Ruh Islam" dan cukuplah untuk kami membuktikan di sini sebahagian riwayat berkenaan kesamaran menyelubungi pembaitan Yazid bin Muawiyah". Kemudian Sayyid mendatangkan Kisah Dusta dan Palsu berkenaan cara Muawiyah radiallahu 'anhu membaiat Yazid kononnya Muawiyah radiallahu 'anhu mengugut para Sahabat seperti Abdullah bin Zubair radiallahu 'anhuma dan mengancam mereka jika mereka enggan membaiat Yazid mereka akan dibunuh serta merta. [al-'Adalah alIjtima'iyyah, m.s 154-155]. Kisah ini adalah dusta dan palsu sama sekali berlawanan dengan riwayat-riwayat yang Sahih yang menafikan Mu'awiyah radiallahu 'anhu menggunakan kekerasan untuk memaksa Abdullah bin Zubair, Abdullah Ibn Umar, dan Abdul Rahman bin Abu Bakr

30

radiallahu 'anhum membaiat Yazid. [Lihat: Al-Daulah Al-Umawiyyah, Dr. Ali alSolabi, 1/416-421]. SAYYID QUTB MENTOHMAH SAIDINA USMA BIN AFFAN RADIALLAHU 'ANHU Kata Sayyid dalam al-'Adalah (m.s 159):

Maksudnya: "Gambaran berkenaan hakikat pemerintah ini telah berubah sedikit sebanyak tanpa syak pada zaman Usman walaupun landasan Islam masih ada- Usman memegang jawatan Khilafah ketika dia sudah tua dan di belakangnya terdapat Marwan bin al-Hakam yang menjalankan pentadbiran dengan banyak penyimpangan daripada Islam.. demikian juga tabiat Usman yang lembut dan kecenderungan yang kuat terhadap keluarganya, kedua-dua perkara ini memberi sahan untuk berlakunya tindakan-tindakan yang diingkari kebanyakan Sahabat di sekeliling beliau dan menjadi penghalang yang banyak dan kesan-kesan fitnah yang dialami Islam". Demikian tanpa sedar diri Sayyid Qutb dengan beraninya menghina Usman bin 'Affan radiallahu 'anhu, Khalifah yang ALLAH dan Rasul-Nya telah redai di mana Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

: : : :
Maksudnya: Daripada Ka'ab bin 'Ujrah radiallahu 'anhu kata beliau: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam menceritakan berkenaan fitnah dan baginda menyatakan ianya sudah dekat, lalu seorang lelaki yang menutup kepalanya melintas maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Dia ini pada hari tersebut (hari berlakunya fitnah) berada di atas Hidayah", maka aku melompat dan aku memengang kedua lengan Usman kemudian aku berpaling kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam seraya aku berkata: "dia inikah?" jawab baginda: "dia ini" (yakni Usman)". [HR Ibn Majah dan Ahmad sahih-] Daripada Aisyah radiallahu 'anha bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepada Usman bin Affan radiallahu 'anhu:
31


Maksudnya: "Wahai Usman, sesungguhnya mudah-mudahan ALLAH akan memakikan kamu suatu pakaian maka jika mereka hendak mencabutnya daripada kamu maka janganlah kamu cabut untuk mereka". [HR al-Tirmizi dan Ahmad sahih] Hadis yang jelas dan terang daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam membungkam segala kebusukan lidah Sayyid Qutb ke atas Usman radiallahu 'anhu dan membebaskan segala tuduhan yang buruk tadi. Usman radiallahu 'anhu dengan jelas berada di atas kebenaran sedangkan mereka yang memberontak kepadanya itulah yang berada di atas kebatilan. Dakwaan bahawa para Sahabat ridwanullahi 'alaihim menentang Usman adalah tuduhan palsu dan jahat bahkan riwayat-riwayat yang sahih semuanya menjelaskan para Sahabat ridwanullahi 'alaihim berdiri teguh di belakang Usman.


Maksudnya: Daripada Qatadah bahawa Zaid bin Tsabit berkata kepada Usman: Mereka ini adalah al-Ansar sedang menunggu di pintu, mereka berkata: jika kamu mahu, maka kami akan menjadi Ansar ALLAH sebanyak dua kali (yakni bersiap sedia mempertahankan kamu) lalu beliau berkata: Aku tidak berhajat kepada itu, tahanlah. [Tarikh Khalifah bin Khayyat, m.s 173]


Maksudnya: "Daripada Abu Hurairah kata beliau: Aku berkata pada Usman: "Sesungguhnya pada hari ini amat berbahagialah aku berjuang di sisimu". Kata beliau (Usman): "Aku berazam atas kamu supaya kamu keluar (jangan mempertahankan aku)". [Ibid].


Maksudnya: Daripada Muhammad bin Sirin kata beliau: al-Hasan, al-Husein, Ibn Umar, Ibn Zubair, dan Marwan semuanya membawa senjata sehingga mereka masuk
32

ke rumah Usman lalu berkata Usman: Aku berazam atas kamu jika kamu pulang hendaklah kamu meletakkan senjata kamu dan kamu duduk di rumah kamu".Maka Ibn Umar, al-Hasan, dan al-Husein keluar manakala Ibn Zubar dan Marwan berkata: "Adapun kami, kami telah azamkan atas diri kami untuk tidak berganjak (dari mempertahankan kamu)". [ibid, m.s 174]. Ini adalah sebahagian daripada riwayat-riwayat yang banyak dan sahih sama ada dari segi penilaian hadis mahupun riwayat sejarah yang sahih menunjukkan bahawa para Sahabat radiallahu'anhum bersama Usman radiallahu'anhu dan mempertahankan beliau bahkan kata Ibn Katsir rahimahullah terdapat bersama Usman sehari sebelum beliau terbunuh seramai 700 orang Sahabat daripada Ansar dan Muhajirin siap sedia mempertahankan beliau termasuk al-Hasan dan al-Husain radiallahu 'anhuma namun Usman bin 'Affan radiallahu 'anhu bertegas untuk mereka meninggalkan beliau demi menjaga keselamatan mereka radiallahu 'anhum ajma'in. [Al-Bidayah wan Nihayah, 7/203, cet. Ihya' al-Turas]. Adapun cercaan Sayyid kononnya Usman radiallahu 'anhu ketika menjawat jawatan Khalifah usianya sudah lanjut dan yang menguruskan pentadbiran adalah Marwan bin al-Hakam rahimahullah wa radia 'an abih maka ini tuduhan palsu yang dibatalkan oleh Hadis Nabawi di mana Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:


Maksudnya: "Maka hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah para Khalifah yang mendapat petunjuk dan panduan, berpeganglah dengannya dan gigitlah dengan geraham kamu". [HR Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, dan Ahmad]. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:


Maksudnya: "Khilafah atas sistem kenabian itu akan berlangsung selama 30 tahun kemudian ALLAH akan memberikan kerajaan-Nya kepada sesiapa yang DIA kehendaki". [HR Abu Daud dan Ahmad]. Rasululullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah menyifatkan para Khaifah yang empat dan Usman di antara mereka sebagai "Mahdi" dan "Rasyid" maka bagaimana Sayyid Qutb boleh mendustakan hadis-hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam dengan riwayat-riwayat dusta dan palsu ciptaan musuh-musuh Islam??!! Celaan Sayyid ke atas Marwan bin al-Hakam juga adalah tindakan yang menjadi celaan balik ke atas pencela itu sendiri. Kata Imam Abu Bakr Ibn al-'Arabi rahimahullah dalam al-'Awasim minal Qawasim (m.s 89 cet. Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi):

33

. . .
Maksudnya: "Marwan adalah seorang lelaki yang adil termasuk daripada pembesar Ummah di sisi para Sahabat dan Tabiin dan Fuqaha' kaum Muslimin. Adapun para Sahabat maka Sahl bin Sa'ad al-Sa'idi telah meriwayatkan hadis daripada beliau, adapun Tabiin maka mereka adalah rakan-rakan sebaya beliau walaupun beliau melampaui mereka dengan kedudukan sebagai "Sahabat" dalam salah satu pendapat. Adapun para Fuqaha' Negeri-negeri Islam maka mereka semuanya sepakat memuliakannya dan mengiktiraf khilafahnya, berpegang dengan fatwa beliau dan menerima riwayat daripada beliau sedangkan orang-orang bodoh daripada kalangan Ahli Sejarah dan Sasterawan maka mereka itu hanya bercakap sekadar mereka sahaja". Syaikh Muhibbuddin al-Khatib rahimahullah dalam komentar beliau menyatakan bahawa riwayat Sahl bin Saad al-Sa'idi radiallahu 'anhu daripada Marwan terdapat dalam Sahih al-Bukhari dan lainnya adapun daripada Tabiin maka Zainul Abidin bin Ali bin al-Husein bin Ali bin Abi Talib radiallahu 'anhum adalah orang yang banyak mengambil riwayat daripada Marwan, demikian juga Said bin al-Muasyyab, Urwah bin al-Zubair, dan Fuqaha' Madinah yang tujuh. SAYYID QUTB MENJULANG PEMBERONTAKAN TERHADAP USMAN Kemudian Sayyid membawakan kisah-kisah yang batil sebagai contoh tindakan Usman bin Affan radiallahu 'anhu yang dianggap korup dan bersikap Nepotisme (alAdalah al-Ijtima'iyyah, m.s 159) Kemudian Sayyid berkata menjulang perjuangan para pembunuh Usman radiallahu 'anhu:

Maksudnya: "dan adalah para Sahabat melihat tindakan-tindakan ini mempunyai kesan berbahaya maka mereka menyeru manusia untuk datang ke Madinah untuk menyelamatkan amalan adat resam Islam dan menyelamatkan Khalifah daripada
34

ujian; Khalifah yang sudah tua yang tidak memiliki urusan pentadbiran daripada Marwan. Sesungguhnya amat sukar untuk kita menuduh Ruh Islam yang ada dalam diri Usman; namun susah juga untuk kita melepaskannya daripada kesalahan yang kita dapat rasai sebab-sebabnya pada kekuasaan Marwan ketika Usman sudah Tua". Lihat betapa kejinya ucapan dan tuduhan ini yang menuduh para Sahabat ridwanullahi 'alaihim sebagai pencetus pemberontakan ke atas Usman radiallahu 'anhu sedangkan sudah datang dalam riwayat sejarah yang sahih bahawa para Khawarij menulis suratsurat palsu atas nama Sahabat.


Maksudnya: Daripada Masruq kata beliau: Berkata Aisyah (mencela tindakan pembunuhan Usman): "Kamu telah membiarkan beliau (Usman) seperti pakaian yang bersih daripada sebarang kekotoran kemudian kamu dekatkan dia kemudian kamu sembelih dia seperti disembelihnya kibash". Berkata Masruq: Aku berkata: "Ini semua adalah kerja kamu (Aisyah), kamu telah menulis surat kepada orang ramai kamu menyuruh mereka untuk memberontak atas beliau (Usman)". Maka berkata Aisyah: "Demi Tuhan yang beriman akan-Nya orang-orang beriman dan Kufur kepadaNya orang-orang yang Kafir, aku tidak pernah menulis kepada mereka dengan hitam atas putih sehingga aku duduk di tempat duduk aku ini" (yakni beliau tidak pernah langsung melakukannya). Berkata al-A'mash: Maka adalah mereka berpendapat bahawa telah ditulis surat atas nama beliau (secara dusta). [Tarikh Khalifah, m.s 176]. Kemudian Sayyid Qutb mendatangkan Kisah Dusta yang panjang diambil daripada Tarikh al-Tabari di mana menggambarkan bahawa Ali radiallahu 'anhu adalah wakil kepada para pemberontak ini bercakap bagi pihak mereka dan mencela Usman radiallahu 'anhu dan menuduh Usman sebagai Imam yang zalim dan menyelisihi manhaj yang sahih. Kisah ini batil daripada al-Waqidi (Muhammad bin Umar) dan dia seorang yang Matruk dalam periwayatan Hadis dan meriwayatkan pula kisah ini daripada orangorang yang majhul serta cerita ini berlawanan dengan apa yang sahih dan tsabit bahawa Ali radiallahu 'anhu semasa berkumpulnya kaum Khawarij di Madinah pada tahun 34 H merupakan jurucakap dan pembela bagi Usman bin 'Affan radiallahu 'anhu bukan sebaliknya. [Lihat: Tarikh Khalifah, 169-170]. Kemudian Sayyid mula memuji para pemberontak dan menyifatkan tindakan mereka adalah berasaskan "Ruh Islam":
35

Maksudnya: "Akhirnya, para pemberontak mula memberontak ke atas Usman dan bercampurlah padanya yang hak dan batil, yang baik dan buruk tetapi tidak dapat tidak bagi mereka yang melihat kejadian ini dengan mata Islam dan menjiwainya dengan semangat islam untuk dia mengakui bahawa pemberontakan ini secara umumnya adalah "ledakan daripada Ruh (Semangat) Islam"; dan itu tanpa melupakan apa yang ada disebaliknya daripada tipu helah seorang Yahudi Ibn Saba' 'alaihi Laknatullah". [al-'Adalah, m.s 160-161] Bahkan pemberontakan ini adalah natijah kejahilan dan kebodohan para pemberontak akan asas-asas agama dan ketandusan ilmu mereka terhadap Akidah Islam yang sahih lalu memudahkan mereka untuk memakan hasutan-hasutan yang tiada asas sama sekali. Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiah rahimahullah berkenaan pemberontak ini:

.
Maskudnya: "dan adalah mereka yang berkumpul untuk membunuh beliau kebanyakan mereka itu daripada golongan-golongan serpihan yang tiada nilai daripada kabilah-kabilah (Arab) yang tidak dikenali bagi mereka itu dalam Islam sebutan yang baik dan jika tidak kerana mereka terlibat dalam fitnah ini tentulah mereka tidak akan disebut sama sekali". [Minhaj al-Sunnah, 8/316] Juga kata beliau:


Maksudnya: "dan sesungguhnya yang membunuh beliau adalah sebahagian daripada pembuat kerosakan di bumi, golongan bodoh daripada kabilah-kabilah mereka dan kaum yang suka membuat huru-hara". [al-Minhaj, 4/323] Kata Imam al-Zahabi rahimahullah berkenaan para pemberontak ini:


36

Maksudnya: "dan adalah mereka itu tangan yang satu dalam kejahatan dan adalah serpihan-serpihan manusia telah bergabung dengan mereka". [Tarikh al-Islam, 2/242]. Berkata Imam Ibn Katsir rahimahullah (al-Bidayah, 7/186):


Maksudnya: "Maka adalah mereka ini yang mengapi-apikan orang ke atas beliau dan bekerjasama dengan musuh untuk menjatuhkan beliau, merekalah orang-orang yang zalim dalam perbuatan mereka itu sedangkan beliau adalah seorang yang amat baik lagi mendapat panduan radiallahu 'anhu". Kemudian bagaimana boleh Sayyid mengatakan pemberontakan ini datang daripada Semangat Islam sedangkan ianya tindakan yang berlawanan dengan Syariat daripada asalnya kerana Islam melarang pemberontakan ke atas pemimpin yang zalim apatah lagi kepada pemimpin yang adil dan disifatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam sebagai "Mahdi" ini. SAYYID TIDAK RADIALLAHU'ANHU MENGIKTIRAF KHILAFAH USMAN

Kata Sayyid dalam al-Adalah al-Ijtima'iyyah (m.s 172):

Maksudnya: "... dan kami cenderung untuk menganggap bahawa Khilafah 'Ali radiallahu 'anhu- merupakan keberlangsungan yang tabii bagi Khilafah Dua Syaikh (Abu Bakr dan Umar) sebelum beliau, sedangkan zaman Usman yang diperintah padanya Marwan adalah satu lowong yang terjadi antara keduanya - ..." Kebatilan perkataan Sayyid Qutb ini amat jelas dan tidak diragui oleh sesiapa pun yang mempunyai Akidah yang Sahihah kerana ia jelas berlawanan dengan pernyataan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bahawa mereka ini semua adalah "al-Mahdi" dan al-Rasyid. Ini adalah sebahagian kecil contoh celaan Sayyid Qutb atas Amirul Mukminin Khalifah al-Rasyid Usman bin 'Affan Zun Nurain radiallahu 'anhu dan masih banyak cercaan dan tohmahan ke atas Saidina Usman yang Sayyid muatkan dalam al-'Adalah al-Ijtima'iyyah seperti tuduhan Usman memakan harta rakayat berdasarkan kisah palsu yang dikutip dari kitab al-Mas'udi yang terkenal sebagai seorang Syi'ah Rafidah

37

dan berbagai lagi yang mengelukan lisan seorang mukmin dan menyambar hatinya jika dibaca. Wallahul Muwaffiq. CELAAN TERHADAP MU'AWIYAH RADIALLAHU 'ANHUMA DAN AMRU BIN AL-'AS

Berkata Sayyid Qutb ketika mengulas pergolakan yang berlaku antara 'Ali radiallahu 'anhu dan Muawiyah radiallahu 'anhu dengan berkata (Kutub wa Syakhsiat, m.s 242):

. . . .
Maksudnya: "Sesungguhnya Muawiyah dan rakannya Amru tidaklah mengalahkan Ali kerana mereka berdua lebih mengetahui daripada beliau akan urusan dalaman dan lebih berpengalaman daripada beliau dengan tindakan yang bermanfaat pada kondisi yang sesuai. Akan tetapi kerana mereka berdua bebas dalam menggunakan semua bentuk senjata, sedangkan beliau (Ali) terikat dengan akhlaknya dalam memilih wasilah pertarungan. Ketika mana Muawiyah dan rakannya selesa menggunakan penipuan, pemalsuan, tipu daya, hipokrasi, rasuah, dan menjual beli perjanjian , Ali tidak tahan untuk turun ke tahap yang begitu rendah. Maka tidak hairan mereka berdua berjaya sedangkan beliau gagal dan sesungguhnya ia adalah kegagalan yang lebih mulia daripada segala kejayaan". Perkataan Sayyid Qutb ini telah dibacakan kepada Imam Abdul Aziz bin Baz rahimahullah lantas kata beliau:

!! . .
Maksudnya: "Ini adalah perkataan yang buruk!! Ini adalah perkataan yang buruk, menghina Muawiyah dan Amru bin al-'As; semua ini kalam yang buruk dan mungkar. Muawiyah dan Amru dan mereka yang bersama keduanya adalah mujtahid yang tersalah dan mujtahid jika tersalah maka ALLAH mengampunkan untuk kita dan mereka". [Lihat: Bara-ah Ulama-il Ummah, m.s 31-32].
38

Berkata Syaikh Abdul Muhsin al-'Abbad hafizahullah berkenaan 'Amru bin Al-'As radiallahu 'anhu:

: . :
Maksudnya: "akan tetapi cukuplah bagi beliau sebagai suatu kemuliaan dan kelebihan bahawa beliau adalah Sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam dan bahawa beliau daripada Sahabat baginda yang mulia radiallahu ta'ala andum wa ardohum, adapun orang yang berkata: bahawa beliau daripada Munafiqin maka orang ini telah menyakiti dirinya sendiri dengan perkataan seumpama ini apabila dia bercakap begini terhadap Amru bin al-'As dan selain beliau daripada kalangan Sahabat, dan perkataan jelek seperti ini tidak sepatutnya untuk dia bercakap sebegini namu amat mendukacitakan bahawa Sayyid Qutb adalah orang yang berkata bahawa Amru bin al-'As dan Muawiyah bin Abu Sufian daripada kaum Munafiqin". [Syarah Sunan Abu Daud, pelajaran ke-170]. Celaan Sayyid Qutb terhadap para Sahabat ridwanullahi 'alaihim dan cuba menggaul lisannya dengan fitnah yang berlaku antara mereka berlawanan dengan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiah rahimahullah:

{ : } (( : . )) .
Maksudnya: "dan daripada dasar akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah sejahtera lidah hati dan lisan mereka terhadap para Sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa
39

sallam seperti mana yang ALLAH sifatkan mereka dengannya dalam firmanNya (maksud): "dan orang-orang yang datang selepas mereka berkata: wahai Tuhan kami ampunkan kami dan untuk saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam Iman dan jangan jadikan pada hati kami ini perasaan tidak baik terhadap orang-orang yang beriman, sesungguhnya Engkau adalah Maha Lemah Lembut dan Maha Mengasihani", dan sebagai ketaatan terhadap sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam dalam sabda baginda (maksud): "Janganlah kamu mencela Sahabat-sahabatku, demi yang jiwaku berada di tangan-Nya jika seseorang kamu berinfaq emas seumpama Uhud sekalipun tidaklah pahalanya menyamai satu cupak sedekah mereka dan tidak pula setengahnya". Dan mereka juga menerima apa yang telah datang dalam al-Kitab dan al-Sunnah dan Ijmak berkenaan fadilat mereka dan kedudukan mereka". [alAqidah al-Wasitiah]. Juga kata beliau rahimahullah:

. : . . :
Maksudnya: "dan mereka berlepas diri daripada cara orang-orang Rafidah yang membenci para Sahabat dan mencela mereka dan juga daripada cara orang-orang Nawasib yang menyakiti Ahli Bait dengan perkataan atau perbuatan. Dan mereka menahan diri daripada mencampuri apa yang berlaku antara Sahabat daripada pertelingkahan dan mereka berkata: "riwayat-riwayat yang diriwayatkan berkenaan keburukan mereka ada antaranya adalah dusta, ada antaranya telah ditokok tambah diubah dari cerita asalnya, adapun yang sahih daripadanya maka mereka itu diberi keuzuran padanya sama ada disebabkan mereka mujtahid yang tepat atau mujtahid yang tersalah".

. .
Maksudnya: "dan mereka bersamaan dengan itu tidak pula beriktiqad bahawa setiap seorang daripada Sahabat itu maksum daripada dosa-dosa besar mahupun kecil; bahkan harus ke atas mereka melakukan dosa secara umumnya namun bagi mereka
40

itu kelebihan yang menyebabkan diampunkan apa yang dilakukan sehinggakan mereka itu diberi keampunan pada dosa-dosa yang tidak diampunkan kepada orangorang selepas mereka; ini kerana mereka itu mempunyai kebaikan-kebaikan yang menghapuskan kejahatan-kejahatan yang tiada pada orang selepas mereka"

.
Maksudnya: "dan telah sabit akan sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bahawa mereka (para Sahabat) adalah sebaik-baik kurun dan satu cupak sedekah seseorang mereka jika dia bersedekah adalah lebih afdal daripada emas sebanyak bukit Uhud daripada orang selepas mereka".

.
Maksudnya: "kemudian jika ada berlaku daripada seseorang mereka (Sahabat) suatu dosa; maka boleh jadi dia sudah bertaubat daripadanya atau dia telah melakukan suatu kebaikan yang menghapuskannya atau diampunkan baginya disebabkan kelebihan keterdahuluannya dalam Islam atau dengan Syafaat Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam yang mana mereka adalah orang yang paling berhak untuk mendapat Syafaat baginda atau mereka diuji dengan suatu ujian di dunia yang menghapuskan dosanya".

: .
Maksudnya: "maka jika ini pada dosa-dosa yang pasti; maka bagaimana pula dengan perkara-perkara yang mereka padanya adalah mujtahid; jika mereka benar maka bagi mereka dua pahala dan jika tersalah maka bagi mereka satu pahala dan kesalahan itu diampunkan".

.
Maksudnya: "kemudian kadar perbuatan yang diingkari sebahagian mereka itu amatlah sedikit yang pasti diampunkan jika dibandingkan dengan kelebihan-kelebihan mereka dan kebaikan-kebaikan mereka daripada Iman kepada ALLAH dan RasulNya,
41

berjihad pada jalanNya, Hijrah, Membantu Rasulullah, Ilmu yang bermanfaat, dan amalan yang soleh".

.
Maksudnya: "dan barangsiapa yang meneliti sirah mereka dengan penuh keilmuan dan penjelasan dan apa yang ALLAH telah kurniakan pada mereka daripada fadilatfadilat, maka dia pasti mengetahui dengan penuh keyakikan bahawa mereka ini adalah sebaik-baik makhluk selepas para Nabi; tidak pernah ada dan tidak akan ada lagi orang seperti mereka dan bahawa merekalah orang-orang yang terpilih daripada semua kurun umat ini yang merupakan sebaik-baik Umat dan yang paling mulia di sisi ALLAH". Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:


Maksudnya: "Aku berwasiat kepada kamu dengan para Sahabatku kemudian dengan orang-orang selepas mereka kemudian yang datang selepas mereka kemudian akan tersebarnya pendustaan " [HR al-Tirmizi dan Ahmad- sahih]. Dalam lafaz Ahmad:


Maksudnya: "Hendaklah kamu berwasiat dengan kebaikan buat sahabat-sahabtku.." Adapun khusus berkenaan dengan Muawiyah dan Amru bin al-'As radiallahu 'anhuma maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah menjelaskan kepada Umat akan kemuliaan khusus buat mereka yang menghalang setiap orang mukmin daripada mempercayai cerita-cerita dusta berkenaan keburukan mereka:

: :
Maksudnya: Daripada 'Uqbah bin 'Amir berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda: "Orang yang paling Islam dan paling beriman adalah Amru bin al-'As". [HR al-Tirmizi dan Ahmad dan ianya Hasan kerana perawi

42

daripada Ibn Lahi'ah adalah Abdullah bin Yazid al-Muqri' Abu Abdul Rahman dan riwayat beliau daripada Ibn Lahi'ah adalah 'Qadim']

: " :

: "

Maksudnya: Daripada Abu Hurariah berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: "Dua orang anak al-'As adalah Beriman: Amru dan Hisyam". [HR Ahmad hasan-]

:
Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Abi Amirah al-Azdi radiallahu 'anhu daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bahawa baginda menyebut berkenaan Muawiyah lalu berdoa: "YA ALLAH Jadikanlah dia seorang yang member petunjuk, diberi petunjuk, dan berikanlah petunjuk disebabkan beliau". [HR alTirmizi dan Ahmad-hasan/ sahih li ghairih].

: :
Maksudnya: Daripada al-'Irbadh bin Sariah al-Sulami radiallahu 'anhu kata beliau: Aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda: "Ya ALLAH ajarkanlah Muawiyah al-Kitab dan Hisab dan lindungilah dia daripada Azab". [HR Ahmad dan Ibn Hibban]. Juga Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:


Maksudnya: "Tentera Umatku yang pertama berperang di laut maka mereka telah mewajibkan diri mereka untuk masuk ke Syurga". [HR Al-Bukhari]. Telah dimaklumi bahawa Awal tentera laut Islam adalah diasaskan oleh Muawiyah radiallahu 'anhu dan beliau adalah panglima tentera laut Islam yang pertama dan berjaya membuka Pulau Cyprus di zaman Khalifah Usman bin 'Affan radiallahu 'anhu. Menuduh Muawiyah bin Abi Sufyan radiallahu 'anhuma sebagai pengkhianat dan penipu adalah satu tuduhan yang besar kerana jika ini sikap Muawiyah radiallahu
43

'anhu bagaimana kita hendak percaya dengan al-Quran yang ada pada kita sekarang? Muawiyah adalah salah seorang penulis Wahyu kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, mentohmah keadilan penulis wahyu menjejaskan apa yang dia tulis iaiu alQuran al-Karim. [Kedudukan Mu'awiyah sebagai penulis Wahyu telah tsabit dalam Hadis Sahih Muslim dan Ahmad]. Inilah sebahagian contoh celaan-celaan Sayyid Qutb dan pendustaan ke atas mereka hasil kejahilan Sayyid Qutb dan apabila ditegur dan dibantah oleh Syeikh Mahmud Syakir al-Misri rahimahullah- dalam artikel beliau yang terkenal: "La Tasubbu Ashabi"; Sayyid membalas bantahan ini dengan angkuh dan menganggap dia tetap benar kononnya apa yang dia lakukan semata-mata untuk menepis tuduhan-tuduhan palsu ke atas Islam. Demikianlah perumpaan Ahli Bid'ah ini seperti mana firman ALLAH ta'ala:


Maksudnya: Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya) ? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. [Fatir:8]

PENUTUP Demikianlah penjelasan ringkas berkenaan Sayyid Qutb semoga ALLAH mengampunkan dia- seorang figur yang dianggap hebat oleh sesetengah kelompok Islam namun pada hakikatnya membawa pemikiran yang sangat berbahaya kepada Umat. Amat banyak figur-figur seperti ini dahulu dan sekarang dan mereka akan terus muncul sehingga ALLAH mewarisi langit dan bumi dan apa yang ada pada keduanya dan menjadi tanggungjawab setiap Ahli Ilmu dan penuntutu Ilmu untuk menjelaskan kepada masyarakat pemikiran-pemikiran bahaya yang mereka bawa dalam rangka menunaikan Amar Makruf dan Nahi Mungkar dan menyelamatkan Umat. Benar, Sayyid Qutb telah kembali kepada Tuhannya dan Dia jualah yang berhak menghitung amalan para HambaNya namun kita yang masih hidup maka kita

44

diberikan tugas oleh ALLAH ta'ala untuk menjaga AgamaNya daripada tangantangan yang mencemarinya sama ada dari dalam mahupun luar. Tugas kita hanyalah menilai apa yang zahir, adapun niat si pelaku maka ini adalah hak ALLAH untuk menghitungnya, adapun kesalahan yang telah zahir ia salah maka mestilah dibantah dan dijelaskan kepada orang ramai supaya dijauhi dan dibetulkan. Para Ulama' Umat yang dipercayai keilmuan mereka dan makruf akan ketelusan Manhaj dan Akidah mereka telah pun menjelaskan bahaya akidah dan pemikiran Sayyid Qutb ini seperti Imam Abdul Aziz bin Baz, Imam Muhammad bin Soleh alUtsaimin, Imam Al-Albani, Syeikh Soleh al-Fauzan, Syeikh Abdul Muhsin al-'Abbad dan lain-lain lagi. Adapun kami selaku penuntut ilmu kecil ini tidak lain hanya menyampaikan sahaja, bukan memandai-mandai. Apa yang dapat dipaparkan dalam kertas kerja ringkas ini amatlah kurang dan jika ada yang hendak menelaah lebih lanjut setelah dia memantapkan ilmu-ilmu asas dan ta'silat Ilmiah maka bolehlah merujuk kepada penulisan-penulisan Syeikh Rabi' bin Hadi al-Madkhali hafizahullah seperti kitab beliau: Adwa' Islamiah 'ala Aqidah Sayyid Qutb dan Mato'in Sayyid Qutb fi Ashab Rasulillah dan lain-lain lagi.

45

LAMPIRAN FATWA ULAMA' A) FATWA SYEIKH RAHIMAHULLAHMUHAMMAD BIN SOLEH AL-UTSAIMIN -

: " " " " " " :

Maksudnya: Berkata penanya: Apakah perkataan kamu samahatikum- berkenaan seseorang yang menasihati para pemuda untuk membaca Kitab-kitab Sayyid Qutb terutama: fi Zilal al-Quran, Ma'alim fi al-Tariq, dan Li Maza A'damuni tanpa member peringatan akan kesalahan-kesalahan dan kesesatan-kesesatan yang ada dalam kitabkitab ini? Jawapan Syeikh rahimahullah:

- - ] ( ] - - - - : .) " "
Maksudnya: "Perkataanku barakallahu fik- bahawa setiap orang yang ingin berbuat kebaikan terhadap ALLAH, RasulNya, dan saudara-saudara se-Islamnya hendaklah dia menggesa manusia untuk membaca kitab-kitab orang terdahulu dalam Tafsir dan selain Tafsir kerana ia lebih diberkati dan lebih bermanfaat dan lebih baik daripada kitab-kitab orang-orang terakhir, adapun Tafsir Sayyid Qutb rahimahullah- maka padanya terdapat bencana-bencana tetapi kita berharap ALLAH mengampunkan diapadanya terdapat bencana-bencana seperti tafsirnya terhadap Istiwa' (Takwil), tafsirnya terhadap Surah Qul Huwallahu Ahad dan penyifatannya terhadap sebahagian Rasul dengan sifat yang tidak sepatutunya". [Sumber: Bara-ah Ulama-il Ummah, m.s 43-44].

46

B) FATWA MUHADDIS AL-MADINAH AL-NABAWIAH SYAIKH ABDUL MUHSIN AL-'ABBAD HAFIZAHULLAHSoalan: Apakah Nasihat kamu kepada kami berkaitan membaca Kitab Tafsir al-Zilal? Jawapan:

.
Maksudnya: "Tafsir al-Zilal karangan Syeikh Sayyid Qutb rahimahullah padanya terdapat campur baur antara baik dan buruk dan beliau pada hakikatnya adalah daripada kalangan penulis sahaja bukan daripada kalangan Ulama', sedangkan Ilmu itu tidak diambil daripada kitab seumpama ini bahkan seseorang mungkin boleh ditimpa bencana daripada apa yang ada dalam kitab ini atau berlaku padanya sesuatu yang merbahaya disebabkan dengan apa yang ada dalam kitab ini daripada perkaraperkara uang tidak layak dan tidak sepatutnya"

.
Maksudnya: "dan seorang insan itu tidaklah cukup umurnya untuk membaca semua benda maka di sana ada kitab-kitab yang sejahtera dan faedahnya besar dan ia merupakan kitab-kitab ilmiah dan penulisnya adalah daripada ahli ilmu yang dipegang
47

atas mereka sama ada daripada kalangan mutaqaddimin mahupun mutaakhirin, maka seorang insan itu membaca seperti Tafsir Ibn Jarir, Tafsir Ibn Katsir, dan Tafsir Syeikh Abdul Rahman bin Si'di daripada kalangan ulama' masa kini maka dia mendapati pada (kitab-kitab ini) kebaikan yang banyak dan dia mendapatkan (padanya) perkataan Ulama' dan nafas ilmu dan Ulama' terutama seperti Tafsir Ibn Si'di rahimahullah, ia adalah tafsir yang amat berharga walaupun ringkas, ibaratnya jelas dan mudah, terdapat istinbat-istinbat yang terperinci, dan ia kitab yang sesuai untuk golongan khusus dan awam, jika dibaca untuk orang awam di masjid-masjid pasti akan memberikan faedah-faedah daripadanya dan mereka dapat mengenal makna-makna al-Quran, jika ditelaah oleh golongan khusus mereka akan mendapati padanya ilmu dan istibat yang halus, ini kerana beliau diberi kefahaman dalam Kitab ALLAH azza wa jalla, diberi taufiq untuk memberikan fokus berkenaannya, maka barangsiapa yang membaca kitab-kitab beliau dan tafsir beliau akan mendapat Ilmu yang amat banyak, akan didapati padanya kalam seorang 'alim dan lenggok bahasa seorang alim yang mana ia jelas dan terang".

: : .
Maksudnya: "Adapun Kitab Sayyid Qutb maka padanya terdapat apa yang terdapat padanya maka hendaklah seseorang itu menyibukkan dirinya dengan benda yang baik dan benda yang selamat dan dengan apa yang sejahtera atas dirinya daripada terjebak dalam kesan-kesan buruk daripada kitab-kitab yang bermanfaat, adapun seumpama kitab ini (Fi Zilal) yang terdapat padanya campur aduk, padanya terdapat pemikiran yang melampau dan melepaskan pena untuk menulis perkara-perkara yang tidak sepatutnya ditulis dan tidak baik seperti perkataan berkenaan dengan sebahagian nabi dengan mengatakan bahawa Musa itu seorang Fanatik dan berkata berkenaan Usman radiallahu 'anhu dalam sebahagian kitabnya: bahawa khilafah beliau suatu lowong, ini merendah-rendahkan kedudukan Usman, dan berkata bahawa ketika khilafahnya beliau sudah tua dan ia merupakan satu lowong".


48

: .
Maksudnya: "Ini adalah perkataan yang jelek tidak layak diucapakan bahkan Amirul Mukminin Usman bin 'Affan radiallahu 'anhu di zaman beliau telah berlaku banyak kebaikan, berlaku padanya pembukaan-pembukaan, dan adalah beliau sehingga ke akhir hayat berada dalam keadaan berakal, penuh kefahaman, dan keilmuan, tidak berlaku pada beliau sedikit pun perkara yang menyebabkan si lelaki ini (Sayyid Qutb) untuk berkata: Bahawa beliau menjawat jawatan Khalifah dalam keadaan sudah tua dan khilafahnya merupakan satu senggang".

.
Maksudnya: "Ini adalah perkataan yang jelek yang menjadi khidmat bagi musuhmusuh Islam dan kaum Muslimin yang hendak mengambil perkataan orang yang menisbahkan dirinya kepada Sunnah sesuatu yang boleh mereka gunakan untuk berhujjah atas Ahlus Sunnah".

: .
Maksudnya: "Kesimpulannya: bahawa kitab seumpama ini tidak patut disibukkan dengannya, yang sepatutnya disibukkan dengannya adalah apa yang selamat, yang terdapat padanya keselamatan, yang ada padanya ilmu, kitab yang memberikan natijah yang baik dan sejahtera, dan seorang insan mampu memperoleh daripadanya ilmu dan kesejahteraan, adapun Kitab Sayyid Qutb maka tidak diperoleh daripadanya Ilmu dan bolehnya jadi yang diperolehi daripadanya adalah bencana".

. . :
Maksudnya: "Adapun celaan dia terhadap Amru bin al-'As radiallahu 'anhu maka ia ada dalam Kitab Syakhsiat Islamiah (yakni kitab: Kutub wa Syakhsiat). Dia bercakap berkenaan Amru bin al-'As dan Muawiyah bahawa mereka ini golongan menipu dan munafiq.
49

: ! ! : .
Maksudnya: Ini Muawiyah bin Abi Sufian, seorang penulis Wahyu di sisi dia (Sayyid Qutb adalah seorang penipu maka maknanya beliau memasukkan sesuatu ke dalam alQuran apa yang bukan daripadanya, sedangkan dia penulis wahyu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam- telah mempercayai beliau untuk menulis Wahyu! Kami berlindung kepada ALLAH daripada kehinaan! Abu Zur'ah berkata: Barangsiapa yang mencela seseorang daripada Sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam maka sesungguhnya dia seorang Zindiq, ini kerana; Rasul adalah benar, al-Kitab adalah benar, sedangkan yang menyampaikan al-Kitab dan al-Sunnah kepada kita adalah para Sahabat Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, sebenarnya mereka ini (yang mencela Sahabat) hendak mencela saksi kita untuk membatalkan al-Kitab dan alSunnah, maka celaan atas mereka itu lebih layak kerana mereka itu kaum Zindiq". [Sumber: Syarah Sunan Abi Daud, pelajaran ke-170 Bab Sujud Tilawah].

50

Anda mungkin juga menyukai