Anda di halaman 1dari 5

Mata Pelajaran Tarikh Kelas Tajuk Sub Tajuk

: : : : :

Kemahiran Hidup 8 Mac 2012 5 Saga Jahitan Membaiki pakaian Murid telah mempunyai pengalaman menggunakan alatan menjahit dan pernah melihat bahan jahitan dalam kehidupan seharian. Murid telah didedahkan dengan topik secara teori alatan dan bahan jahitan pada pelajaran yang lepas. Murid telah didedahkan dengan topik secara teori dan amali mata jahitan asas pada pelajaran yang lepas. Murid telah didedahkan dengan topik secara teori kegunaan dan jenis kancing pada pelajaran yang lepas. Murid telah didedahkan dengan topik secara teori mata jahitan yang sesuai untuk menjahit kancing. Masa Bil. Murid : : 7.45 8.15 pagi 35 orang

Pengetahuan Sedia ada :

Hasil Pembelajaran

Selepas pengajaran dan pelajaran murid boleh; 1. Menerangkan langkah menjahit kancing jenis: a. Butang berlubang b. Cangkuk dan palang 2. Menjahit kancing pada kain dengan jahitan kia dengan betul. 3. Mengamalkan langkah-langkah menggunakan alatan menjahit keselamatan semasa

KBKK Nilai-Nilai Murni BBM

: : :

Mengenalpasti. Kerjasama, keberanian kebersihan, kerajinan, berdikari, kesabaran,

kain perca / kain yang telah dijahit dengan kelim belah kangkung, kancing (butang berlubang/ cangkuk dan palang), jarum tangan, benang, kacip benang (snipper), penetas jahitan, jarum peniti, kapur tukang jahit.

Langkah/FasaMasa (Minit) Set Induksi (3 minit)

Isi Pelajaran Mengaitkan pembelajaran mengenai tajuk "kancing" dan "mata jahitan untuk menjahit kancing yang lepas dengan aktiviti hari ini. Soalan: 1. Murid-muird, sila tunjukkan kepada cikgu, yang mana satukah butang berlubang. 2. Murid-murid, sila tunjukkan kepada cikgu, yang mana satukah cangkuk dan palang. 3. Namakan mata jahitan yang digunakan untuk menjahit kancing. Jahitan kia Jahitan lilit kemas.

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran 1. Guru memulakan sesi pengajaran dengan meminta murid perhatikan jenis kancing yang terdapat di atas meja murid. (setiap murid akan mendapat 1 set butang berlubang dan 1 set cangkuk dan palang) 2. Seterusnya guru meminta murid mengangkat mana-mana jenis kancing selepas guru menyebut jenis kancing tersebut. 3. Sesi P&P dilakukan secara perbincangan dan mengharapkan murid memberi jawapan secara verbal . 4. Guru mengharapkan respon daripada murid (Guru menyelitkan perkataan baik dan bagus kepada murid.) 5. Seterusnya, guru memilih murid secara rawak untuk menamakan mata jahitan yang digunakan untuk menjahit kancing. 6. Jawapan murid dikukuhkan lagi dengan respon daripada salah seorang murid dan seterusnya seluruh kelas. 7. Guru mengharapkan respon daripada murid (Guru menyelitkan perkataan baik dan bagus kepada murid.) 8. Guru merumuskan perbincangan dan menulis pada perkataan MENJAHIT KANCING pada papan hitam.

Catatan

BBM: Kancing (butang berlubang / Cangkuk dan palang)

Langkah 1 (5 minit)

Langkah-langkah menjahit kancing a. Butang berlubang i. Tandakan bahagian kain yang ingin dijahit dengan butang menggunakan kapur tukang jahit. ii. Mulakan menjahit dengan jahitan kia pada bahagian kain yang ditanda dengan kapur tukang jahit. iii. Masukkan jarum

1. Berpandukan slaid power point, guru meminta muridmurid memberi perhatian ABM : slaid power ketika guru menerangkan point langkah-langkah menjahit kancing pada kain yang betul.

iv.

v.

vi. vii.

viii.

ix.

x.

melalui lubang butang. Letakkan jarum peniti di antara dua lubang. Masukkan jarum menembusi belakang kain. Ulang jahitan sehingga kukuh. Cabut jarum peniti. Keluarkan jarum di antara fabrik dengan butang. Lilit benang benang untuk membentuk tangkai butang. Keluarkan jarum ke sebelah dalam fabrik. Matkan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.

b. Cangkuk dan Palang i. Tandakan bahagian kain yang ingin dijahit dengan cangkuk dan palang menggunakan kapur tukang jahit. ii. Mulakan menjahit dengan jahitan kia pada bahagian kain yang ditanda dengan kapur tukang jahit. iii. Masukkan jarum melalui lubang palang. iv. Jahit jahitan lilit kemas sehingga kukuh. v. Masukkan jarum menembusi belakang kain. Susup jarum ke lubang palangyang kedua dan ulangi proses hingga siap. vi. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

Langkah 2 (19 minit)

Menjahit kancing (butang / cangkuk dan palang ) pada kain.

Peralatan dan Bahan: Kacip benang Benang Kain Kancing (butang dan cangkuk dan palang) Jarum tangan Penetas Jarum Peniti Kapur tukang jahit

1. Guru meminta setiap murid mengambil peralatan dan bahan dalam almari jahitan dalam keadaan yang teratur. 2. Guru menerangkan objektif pada hari ini. 3. Sebelum melaksanakan amali, guru menunjukkan cara menjahit butang kepada muridmurid berpandukan buku teks / slaid. 4. Guru meminta semua murid untuk maju ke hadapan agar murid dapat meneliti langkahlangkah menjahit kancing yang akan ditunjukkan oleh guru. 5. Guru meminta murid bersabar ketika melaksanakan amali menjahit kancing. 6. Untuk menjahit butang berlubang, guru meminta murid melaksanakan amali berpandukan langkah-langkah dalam buku teks atau pada slaid yang tertera dengan teliti dan berhati-hati ketika melakukan aktiviti menjahit. 7. Guru meminta murid-murid saling tolong menolong sesama mereka ketika melakukan amali. 8. Guru memantau dan membantu murid-murid. 9. Murid-murid yang telah siap menjahit butang berlubang, akan diteruskan menjahit cangkuk dan palang. 10. Diakhir amali, guru meminta murid mematikan jahitan dengan jahit kia dan meminta murid berhenti. 11. Guru meminta murid membersihkan dan mengemaskan meja dan menyimpan peralatan ke dalam almari. 12. Guru membuat penilaian terhadap hasil kerja murid dengan meminta murid menunjukkan hasil kerja mereka. 13. Guru merumuskan aktiviti amali tersebut dengan memberi peneguhan kepada setiap murid atas hasil kerja mereka.

Nilai Murni: Berdikari, Keberanian, Tolong menolong, Kerjasama, Bertanggungjawab, Kebersihan

ABM : slaid power point

Penilaian (3 minit) Soalan: 1. Nyatakan langkahlangkah menjahit butang belubang / cangkuk dan palang yang betul. 2. Mata jahitan apakah yang digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan ketika menjahit butang? 3. Nyatakan 1 ciri keselamatan penting ketika menjahit kancing pada kain. (semua jawapan yang rasional diterima) 1. Secara verbel, guru mengumakan soalan 1 dan Nilai Murni: meminta murid secara individu menjawab dengan lisan pertanyaan guru. Keberanian, 2. Guru menerapkan perkataan bagus yang berani dan menjawab dengan betul dan cuba lagi kepada yang menjawab tidak tepat.

Penutup (2 minit)

1. Merumus ringkas pelajaran

secara Guru merumus isi pelajaran dan isi memuji murid serta usaha mereka.

2. Aktiviti pengukuhan

Murid diminta melihat semula isi pelajaran bagi mengukuhkan pengetahuan sambil cuba melihat topik yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai