Anda di halaman 1dari 17

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 114

UNIT PELAJARAN 10
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Menyatakan definisi pintar cerdas 2. Mengenalpasti kanak-kanak jenis pintar cerdas. 3. Menjelaskan strategi pengendalian kanak-kanak pintar cerdas PENGENALAN Menurut Munirah Bahari (2008), dewasa ini kita melihat arus perubahan sangat pesat melanda negara kita, baik dari segi teknologi, komunikasi, dan ledakan maklumat. Tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan, sentiasa berlaku perubahan dan pembaikan supaya sistem yang ada akan bertambah baik dan mantap. Namun di sebalik kemajuan dan strategi yang dijalankan, masih terdapat kekurangan yang perlu dipantau dan diambil perhatian serius. Seperti baru-baru ini, banyak isu melibatkan kanak-kanak cerdik dan pintar dipaparkan di dada-dada akhbar tempatan. Isu yang sering ditimbulkan ialah kanak-kanak pintar cerdas, apakah mekanisme yang dapat membantu kanak-kanak pintar cerdas ini dan sejauh manakah pembelaan ke atas mereka. Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar. Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Dewasa kini mereka telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama di kalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan. Golongan pelajar pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam Sistem ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperolehi pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun sahaja. Perlaksanaan sistem ini telah diberhentikan pada awal tahun 1970an. Namun demikian pada awal tahun 1980an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-kanak Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada Simposium tersebut isu kanak-kanak pintar cerdas ini kembali diperkatakan. Persatuan MENSA Malaysia telah ditubuhkan pada

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 115 tahun 1983, bertujuan untuk mengenal pasti individu pintar cerdas. Pada tahun 1985, pihak Universiti Malaya pula telah mengorak langkah memulakan Program BAKA khusus untuk pelajar pintar cerdas. Manakala Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987. Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan khusus untuk pelajar pintar cerdas di negara ini, Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah diadakan pada tahun 1990, di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Hasil daripada seminar tersebut, didapati bahawa perancangan dan pelaksanaan program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan pelajar yang pintar cerdas serta berbakat. Ekoran dengan itu, pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti pelajar pintar cerdas telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS). Penilaian ini dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar Tahun Tiga sekolah rendah. Pelajar yang berjaya memperolehi tahap maksimum dibenar meneruskan persekolahan ke Tahun 5, tanpa perlu mengikuti persekolahan Tahun 4. Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja.. Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005), kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Menurut Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005), perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sama, kelebihan ini menimbulkan pula beberapa masalah lain dalam hidup mereka. Sebagai golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri mereka. Antaranya konsep kendiri, fobia, perkembangan nilai atau moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi. Pada masa yang sama, faktor persekitaran seperti masalah komunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini, masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Bagaimanapun, sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka.

DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


Menurut U.S Department of Education (the Marland definition) dalam Deborah (2007), mendefinisikan pintar cerdas sebagai:the term gifted and talented children means children and, whenever applicable, youth, who are identified at the preschool, elementary, or secondary level as possessing demonstrated or potential abilities that gives evidence of high performance capability in areas such as intellectual, creative, specific academic, or leadership ability or in the performing and visual arts and who by reason there of require services or activities not ordinarily provided by the school. Gifted and talented will encompass a minimum of 3 to 5 percent of the school population. Menurut Morawska dan Sanders (2009) mendefinisikan pintar cerdas sebagai Giftedness is defined as the possession and use of untrained and spontaneously natural abilities in at least one ability domain, where as talent is defined as the superior mastery of

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 116 systematically developed abilities or skills and knowledge in at least one field of human activity to a degree that places the child in the top 15% of individuals.

Menurut Marland dalam Marilyn (2005) mendefinisikannya sebagai; Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society. Cramond (2004) menyatakan:for gitftedness, no single clear definition be cited. Menurut Marilyn (2008) definition also clarified that giftedness includes these areas general intellectual ability, specific academic aptitude, creative or productive thinking, leadership ability and visual and performing arts. Susan winebrenner (2001). Mendefinisikan pelajar pintar cerdas dan berbakat sebagai: those who have ability in one or more learning areas that exceeds grade/age level expectations by two years or more . Perkins (2003), mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang yang berasingan dan untuk merancang, memantau, dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan reflektif. Manakala berbakat pula merujuk kepada pelajar yang lebih menonjol daripada pelajar-pelajar sebaya dengannya. Berbakat juga dianggap sebagai bukti adanya pembangunan lanjutan di bidang intelektual, akademik tertentu atau bidang yang berkaitan dengan seni. Sekolah menilai perkembangan tersebut melalui ujian, inventori, senarai semak, dan prestasi murid. Marilyn (2008), Gifted and talented students education act : Children and youth with youth either outstanding talent who perform or show the potential for perming at remarkably high levels of accomplishment when compared with others of their age, experience, or environment. These children and youth exhibit high performance capability in intellectual, creative, and/ or artistic areas, process an unusual leadership capacity, or excel in specific academic fields. They require services or activities not ordinarily provided by the schools. Outstanding talents are present in children and youth from all cultural groups, across all economic strata, and in all areas of human endeavor. Bagi Mallick (2003) defines giftedness as an interaction among three basic clusters of human traits-these clusters being above average general abilities, high levels of task commitment and high level of creativity. Munirah (2008) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai satu amanah dan rahmat daripada Allah yang perlu dikembangkan dan dimanfaatkan demi kebaikan umum. Mereka ini mempunyai darjah kecerdasan yang luar biasa, oleh sebab itu ramai di kalangan ahli pendidik menyarankan agar kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini didedahkan kepada program pendidikan yang khusus, yang sesuai dengan kebolehan mereka sendiri. Kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan (IQ) yang tinggi daripada 150 didapati tidak dapat menyesuaikan diri dengan program pendidikan biasa. Ini kerana apabila kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini berada dalam sistem pendidikan biasa, bukan sahaja gagal untuk mencapai keputusan yang memuaskan tetapi mereka juga sering kali gagal untuk mencapai tahap prestasi yang dicapai oleh kebanyakan rakan sebaya mereka. Sekiranya bakat dan kepintaran ini tidak dikembangkan melalui pendidikan khas, maka daya kepintaran yang dipunyai oleh seseorang kanak-kanak akan lenyap ditelan zaman. Malaysia sepatutnya

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 117 mencontohi Singapura dan Indonesia yang telah memikirkan dengan lebih serius tentang isu ini. Tidak hairanlah apabila kedua negara ini telah mewujudkan mekanisme bagi membantu kanakkanak pintar dan cerdas dengan menubuhkan pusat pendidikan khas untuk melaksanakan program pendidikan pintar cerdas. Pendidikan khas untuk mereka ini wajar dilaksanakan di negara ini kerana mereka merupakan aset yang penting bagi negara dan mereka dapat memberi sumbangan dan faedah kepada pembangunan negara. Selain itu juga, kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai hak untuk belajar, hak untuk mengembangkan kebolehan diri, dan hak untuk menjadi manusia yang produktif. Menurut Renzulli (2003) dua jenis prestasi yang boleh diukur di rumah dan sekolah iaitu berdasarkan ujian pencapaian dan pengetahuan dan pemikiran kreatif yang melibatkan penghasilan idea dan produk baru yang memberi kesan kepada masa akan datang. Menurut Merilyn (2006) banyak konsep gifttedness lain telah dibangunkan oleh para profesional di bidang ini. Sebagai contoh, Renzulli dalam Marilyn (2006) mencadangkan bahawa bakat meliputi tiga dimensi yang berkaitan iaitu above average ability, task commitment and creativity. Melebihi kemampuan, commitment tugas atau motivasi, dan kreativiti yang merupakan kapasiti untuk inovasi, originality, ekspresi, dan imaginasi dan kemampuan untuk memanipulasi idea-idea menjadi fasih dan fleksibel. Renzulli (2003) telah mengemukakan rantaian tiga dimensi seperti rajah di bawah. Renzullis Three-Ring Model of Giftedness

Tomlinson dalam Marilyn (2006) memberikan sumbangan pemikiran bahawa bakat seseorang tidak static tetapi sangat dipengaruhi oleh persekitaran, iaitu sekolah harus mencipta peluang dan persekitaran untuk memaksimumkan potensi setiap pelajar. Namun konsep lain berdasarkan bakat Gardner di bidang kecerdasan berganda. Gardner (1993)berpendapat bahawa kecerdasan tidak menjadi satu dimensi yang dilaporkan oleh skor ujian semata-mata. Beliau mengemukaka bahawa sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan boleh dikenalpasti bagi pelajar yang unggul dalam salah satu atau beberapa daripada verbal linguistik, visual spastial logik matematik, kinestetik, muzikal, intrapersonal, interpersonal dan naturalis. Perkembangan konsep kecerdasan bermula dari 1980an hingga kini digambarkan seperti dalam rajah di bawah.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 118 1880s 1920s 1930s-1940s 1950s 1960s-1970s 1980spresent

Genius

Intellectually gifted

Gifted

Divergent: highly creative Convergent: High IQ

Nonacademic: humanistic Multitalented Utilitarian academic

Domain specificity Multiple intelligences Componential intelligence Evolving systems

Selain itu, Hassan Mohd Ali (2006) menjelaskan konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk kepada kejayaan individu dalam bidang akademik semata-mata. Kebolehan berkreatif dan bereksperimen termasuk menghasilkan bahan ataupun teori, kebolehan seni yang hebat juga adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan individu.

PUNCA DAN CIRI PINTAR CERDAS


a. Persekitaran Persekitaran keluarga dan sekolah mampu membangunkan bakat kanak-kanak melalui interaksi dengan masyarakat. Kekuatan interaksi antara faktor ini akan mengembangkan lagi bakat yang mereka miliki secara semulajadi (Glynis 2006).Walau bagaimanapun, idea ini ditentang oleh Howe et.al (1998) kerana menurutnya, kanak-kanak menjadi pintar cerdas hasil dari bimbingan dan didikan ibubapa dan guru yang berada di sekeliling mereka sejak lahir dan semasa waktu kritikal iaitu zaman pra-formal di antara 0-6 tahun (Teech Airil, 2009). Mungkin kerana faktor ini juga, pada hari ini terlalu banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mempromosi program pendidikan atau bahan pengajaran yang menurut mereka boleh melahirkan anak genius. Dengan kos yang tinggi percambahan program seperti ini bagaimanapun masih belum menampakkan hasil yang kukuh kecuali mungkin untuk menambah pendapatan mereka yang mempromosinya (Teech Airil, 2009). Apa yang pasti, untuk menjadikan anak kita seorang yang pintar cerdas bukan suatu perkara yang mustahil. Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa tahap sokongan diperlukan untuk membentuk anak pintar cerdas di peringkat pra-formal adalah terlalu sukar dan agak mustahil untuk diusahakan (Teech Airil, 2009).

b. Biologikal Menurut Glynis (2006) kepintaran dan bakat seseorang mempunyai komponen genetik. Kecerdasan dalam muzik dan matematik dan ciri-ciri lain dari generasi kepada generasi

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 119 bermula daripada datuk dan nenek dan seterusnya kepada ibu dan bapa.Walau bagaimanapun tidak semua kanak-kanak memperolehi genetik ini. Sebalik ramai kanak-kanak dilahirkan berbakat dan cenderung diwarisi daripada faktor ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Bagi Deborah (2007), pula seseorang yang dilahirkan dengan hanya satu bakat dan tidak diisikan dengan bakat bukan bermakna faktor keturunan ibu bapa tetapi perlu digabungkan dengan perkembangan persekitaran. Jika kita hanya berpegang kepada faktor dalaman seperti genetik, ia bermakna kanak-kanak pintar cerdas sudah menjadi pintar cerdas sejak dilahirkan (Teech Airil, 2009). Menurut Catherine & Ralph (2002) tingkahlaku berbakat mampu meningkatkan kualiti untuk memperlihatkan rasa ingin tahu yang tinggi, mempunyai pelbagai kepentingan atau hobi, mempunyai wawasan yang luar biasa dan pengetahuan tentang minat dan hobi, untuk menjadi seorang pembaca yang baik, belajar dengan mudah dan boleh mengatasi dengan idea-idea atau maklumat yang rumit, mempunyai kosa kata yang baik, boleh bekerja dalam waktu lama tentang tugas-tugas yang menarik, mmberikan idea-idea baru untuk memiliki hidup yang sebenar, secara sosial dan memiliki humor yang bagus. Howard Gardner (1998) menyatakan terdapat lapan jenis kecerdasan iaitu

Lapan Kecerdasan Howard Gardner


Kinestetik Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Naturalis Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang sangat prihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi. Logik Matematik kecerdasan ini adalah seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara. Muzik-Kecerdasan dalam bidang muzik melibatkan kepakaran dalam prestasi, komposisi, dan apresiasi terhadap pola-pola muzik. Ini termasuk keupayaan untuk mengenali dan menyusun bola muzik, nada, dan irama. Verbal Linguistik Kecerdasan verbal-linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkait dengan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks. Visual-Ruang Mereka juga mempunyai kebolehan mengubah persepsi dan pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Individu yang memiliki kecerdasan ini amat peka akan terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang yang terdapat disekeliling mereka Interpersonal Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Intrapersonal Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 120

Menurut Ng Sen Fa (2005), individu pintar cerdas dan berbakat mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berkarisma, popular dan ada gaya tersendiri yang unik (menjadi bintang dalam kelas). Secara keseluruhannya perkembangan fizikal mereka lebih baik daripada rakan sebaya. Berat badan dan ketingiian yang lebih semasa lahir. Kebolehan dan kecerdasan kognitif dalam kalangan pelajar pintar cerdas sering dikaitkan dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka (Mohd Zuri Ghani et.al 2008). Menurut Ng Sen Fa (2005) individu pintar cerdas dan berbakat mampu memahami konsep yang canggih, abstrak dan kompleks. Ahli falsafah, contohnya adalah golongan yang tinggi kecerdasan. Kecerdasan berkait rapat dengan pemahaman abstrak. Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai pengetahuan atau skemata yang luas. Kanak-kanak ini juga memahami banyak konsep yang tidak difahami oleh kanak-kanak sebaya mereka. Kanakkanak pintar cerdas meminati permainan yang rumit dan mencabar seperti mainan ingatan, scrabble, silang kata, catur dan permainan komputer yang tertentu. Golongan ini mempunyai tumpuan yang tinggi, membaca secara senyap untuk masa yang panjang. Menurut Ng Sen Fa (2005), golongan pintar cerdas dan berbakat dapat memahami manakah isu yang penting, idea teras dan prinsip asas yang penting. Pelajar biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang kurang penting. Contohnya semasa melakukan hasil seni, mereka mementingkan dan menghasilkan kerja yang tercantik, walaupun tidak mengikut cara yang dicadangkan oleh guru (mungkin menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang lain). Menyedari nilai hasil seni terletak pada kecantikannya, bukan kaedahnya. Menggunakan dan memahami kosa kata yang lebih maju, menggambarkan mereka memahami lebih banyak konsep dan objek berbanding rakan sebaya. Golongan ini juga mempunyai kebolehan membuat rumusan, menganalisa dan menaakul. Contohnya, mengandaikan makanan yang dihadam akan menjadi hasil perkumuhan. Memahami kebolehan intelek sendiri (metakognisi), membantu mereka memahami gaya pembelajaran sendiri dan cara yang paling efektif untuk mencapai keputusan akademik yang baik. Dengan kata lain, mereka menggunakan kecerdasan yang ada pada mereka dengan cara yang lebih berkesan. Antara strategi pembelajaran adalah seperti kalau saya tidak mengaplikasi apa yang dipelajari, saya akan lupa. Metakognisi yang matang ini juga bermakna mereka melatih diri. Mereka mencari peluang dan persekitaran untuk perkembangan diri. Mereka mengoptimakan perkembangan intelek sendiri dengan intelek yang sedia ada. Golongan ini mempunyai ingatan yang kuat. Terdapat pelbagai faktor yang menjadikan ingatan mereka lebih tinggi daripada orang lain. Akibat pemahaman yang tinggi, mereka tidak perlu menghafal secara membabi buta. Pemahaman yang tinggi memberi dua kelebihan yang nyata iaitu membaca dengan cepat dan cepat mengingati apa yang telah difahami. Cara mengorganisasikan maklumat yang cekap, antaranya mengelaskan item mengikut kumpulan. Berkait rapat dengan kebolehan analitikal iaitu menggunakan cara yang menyeronokkan untuk mengingat (teknik untuk membantu kita mengingat dinamakan mnemonik). Ingatan semulajadi (ingatan cair) yang memang tinggi, dibuktikan dengan kadar mereka mengumpul maklumat seperti membina kosa kata yang banyak (walaupun di persekitaran yang sama dengan adikberadik yang lain). Akibat pengetahuan sedia ada yang banyak, mereka cepat membina dan menyerap konsep baru (dengan mengaitkan konsep baru di atas apa yang telah sedia difahami oleh mereka sebelum ini). Menurut Ng Sen Fa (2005), jangkaan hidup yang lebih panjang (akibat sikap mementingkan kesihatan, keadaan status sosio-emosi yang lebih bagus dan mungkin faktor genetik). Kadar penyakit kemerosotan mental seperti Alzheimer yang lebih rendah. Kadar membunuh diri yang lebih rendah (mungkin lebih tinggi bagi mereka yang terlampau pintar cerdas dan berbeza dengan orang lain). Mereka yang berbakat mempunyai

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 121 banyak tenaga, seolah-olah tidak perlu tidur apabila melakukan kerja yang diminati. Menurut Marilyn (2008) mereka yang berbakat sering memaparkan ciri sosial dan emosional yang agak berbeza daripada yang dibahas dengan pelajar lain. Kebanyakan pelajar yang berbakat memaparkan rasa keadilan yang kuat dalam hubungan kemanusiaan. Mereka biasanya tertarik mempromosikan kesamarataan sosial dan melakukan kegiatan-kegiatan yang mencerminkan keprihatinan mereka terhadap dunia. Contohnya dalam kajian oleh Marilyn (2008) mendapati pada usia enam tahun, Renee ingin untuk memprotes pembuangan sisa nuklear. Renee menunjukkan tanda-tanda, mengorganisasikan, dan memimpin rakan-rakan sebayanya untuk memprotes pembuangan sisa nuklear. Pelajar yang berbakat juga sering memaparkan sikap suka membantu orang lain. Mereka berminat menjadi sukarelawan di hospital atau pusat jagaan dalam komuniti. Mereka sangat prihatin terhadap orang tua atau orang dewasa yang lebih tua di persekitaran mereka. Mereka tidak bersikap ego dalam memberi perhatian untuk kesejahteraan orang lain dan idealisme dalam membuat tindakan. Mereka sering melibatkan mahasiswa dalam perkhidmatan pertubuhan atau kegiatan di waktu lapang. Satu kelemahan telah dikenalpasti dengan karektor ini, pelajar-pelajar ini sering diminta untuk membantu teman-teman sekelas, mereka juga perlu untuk mengembangkan potensi mereka sendiri. Mereka seharusnya tidak menghabiskan begitu banyak masa untuk membantu kawan-kawan sekelas sehingga menyebabkan pelajaran mereka sendiri terjejas (Marilyn, 2008). Pelajar yang berbakat sering mempunyai kebolehan untuk membuatkan orang disekelilingnya ketawa dan merasa gembira Humor juga boleh digunakan untuk membela diri dan menghilangkan rasa keterasingan (Marilyn, 2008). Pelajar yang berbakat lebih sering mengalami reaksi emosional pada tahap yang lebih mendalam daripada rakan-rakan mereka. Pelajar-pelajar ini menunjukkan kecenderungan untuk mendedahkan emosi, atau kemampuan untuk menumpukan emosi untuk jangka panjang pada sesuatu subjek atau gagasan. Sebagai contoh, kematian haiwan kesayangan boleh menyebabkan mereka bersedih dalam jangka masa yang panjang. Pendedahan emosional ini kemudian ditunjukkan dalam aktiviti sokongan terhadap hak-hak haiwan dan menjadi sukarelawan di tempat penjagaan haiwan. Pendedahan emosi ini juga boleh mengarah kepada kerjaya pada masa hadapan. Tingkahlaku ini, meskipun, kadang-kadang boleh membuat pelajar yang berbakat sering menjadi sasaran buli. Tidak suka diganggu, menjadi geram apabila diganggu semasa melakukan sesuatu yang diminatinya ( Ng Sen Fa, 2005). Menurut Glynis. (2006), kanak-kanak pintar cerdas mudah berasa murung, bimbang,harga diri dan resah apabila gagal bergaul dengan rakan yang sebaya dengan mereka. Ada ketikanya mereka ini terlalu streotaip mengikut etnik dan bangsa.

c. Ketika kita membaca tentang sifat-sifat ini, fikirkan bagaimana kita boleh mempengaruhi interaksi kanak-kanak pintar cerdas dengan rakan sekelas, guru, dan lain-lain. d. Apakah ciri-ciri utama kanak-kanak pintar cerdas dalam kecerdasan logic matematik dan verbal linguistic.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 122

MASALAH PENDIDIKAN PINTAR CERDAS


Menurut Munirah (2008) Keperluan untuk membantu kanak-kanak gifted dan talented ini perlu dari segi bantuan kewangan dan khidmat nasihat selain pendidikan khas untuk mereka. Kita tidak mahu nasib kanak-kanak ini terabai apabila tiadanya perhatian dan mekanisme yang terbaik untuk mengembangkan minda mereka. Jika kemiskinan merupakan faktor kanak-kanak pintar cerdas tidak meneruskan pembelajaran, pihak berwajib perlu tampil ke hadapan bagi membantu memberikan sumber kewangan kepada mereka, supaya pemikiran kanak-kanak ini tidak terbantut dan tidak mensia-siakan anugerah kepintaran ini. Tidak semua kanak-kanak pintar cerdas ini terdiri daripada keluarga yang berada dan ada juga mereka yang keluarganya berpendapatan rendah. Jika kewangan tidak disalurkan kepada mereka yang memerlukan untuk tujuan pembelajaran, maka terjadilah keadaan di mana mereka merempat di jalanan atau menjadi peniaga apabila sudah dewasa kerana otak yang pintar tidak dikembangkan dan terbantut begitu sahaja. Ini kerana kita tidak bertindak bersungguh-sungguh dalam menangani isu kanak-kanak pintar cerdas ini. Janganlah kita membiarkan permata yang berharga ini terumbang-ambing kerana permata kalau dibiarkan berhabuk, lama-lama akan menjadi kaca . Suatu ketika dahulu, negara pernah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak berumur 4 tahun yang mahir membaca akhbar sehingga dijadikan anak angkat Prof. Ungku Aziz. Namun di manakah Mohd Syukri Hadafi berada sekarang?. Ada yang menyatakan beliau sekarang menjadi penjual roti canai. Begitu juga dengan Sufiah Farooq, seorang yang mahir dalam bidang Matematik pada umur 7 tahun sehingga dihantar belajar ke luar negara. Namun setelah tiga tahun berada di Universiti Oxford, beliau melarikan diri dan berkahwin dengan orang Inggeris dan bercerai setahun kemudian. Sesungguhnya negara telah kehilangan aset yang sangat berharga kepada agama dan negara. Mengapakah perkara sebegini terjadi? Perkara ini berkaku kerana kita tidak menghargai otak pintar yang mereka miliki kerana sibuk dengan perbincangan dan percaturan yang dibuat sehingga tiada tindakan yang dilakukan. Pihak berwajib perlu mengambil ikhtibar atas kejadian yang berlaku agar tidak berulang ke atas Adi Putra Abdul Ghani, kanak-kanak pintar Matematik. Menurut Hollingworth dan McLoughlin (2001) telah memberi gambaran terperinci lima masalah atau cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak ini iaitu: a. Mendapatkan tugasan yang mencabar di sekolah b. Bersabar dengan orang yang tidak secerdiknya (to suffer fools gladly) c. Mengelakkan sikap sinis / negatif terhadap autoriti d. Menentang kecenderungan mengasingkan diri (daripada orang lain yang tidak secerdiknya) dan e. Mengelakkan pembentukan sikap suka menipu dan memanipulasi orang lain. Hollingworth dan McLoughlin (2001) juga mendapati kebanyakan pelajar pintar cerdas bersikap dingin (apathetic) kerana mereka merasa kecewa dengan persekitaran sekolah. Berpunca daripada perkembangan yang terlalu awal dalam lokus kawalan dalaman dan kepuasan hasil kerja sendiri, mereka menghadapi masalah untuk patuh kepada norma, menafikan pengiktirafan luaran dan memilih untuk menjalani hidup mengikut nilai sendiri. Semua tingkah laku tersebut dianggap oleh orang lain sebagai mencabar autoriti dan tradisi. Kegagalan pihak sekolah memberi perhatian yang wajar kepada pelajar pintar cerdas ini kerana menganggap mereka tidak perlu diberi program pendidikan dan bimbingan yang khusus. Berikut adalah gambaran keadaan guru yang merasa tertekan untuk mengakui keupayaan kanak-kanak pintar cerdas:

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 123 Guru biasanya berasa ragu-ragu kepada kemahiran matematik yang luar biasa pada tahap ini. Mereka mungkin menganggap kebolehan memanipulasikan nombor ini tidak berpadanan dengan pemahaman yang secukupnya. Mereka juga berasa gelisah tidak menyediakan latihan secukupnya kepada pelajar tersebut dan takut dipersoalkan oleh ibu bapa. Ini menjadikan guru tetap memberi latihan yang sama kepada semua pelajar. Walaupun ini bermakna pelajar pintas cerdas hanya mengulangi sesuatu yang telah sedia ada dikuasai (Gallagher & Gallagher,1998 ) Menurut Encyclopedia of Special Education (2002), di antara ciri khusus kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang mempunyai keistimewaan yang memerlukan program pendidikan yang berbeza dengan pelajar lain adalah seperti berikut: a. Mereka cepat belajar bahan baru dengan mudah b. Mereka cepat dewasa sebelum waktunya. Bakat muncul dengan lebih awal dan pencapaian lebih tinggi daripada penempatan kelas c. Mereka mempunyai kosa kata yang luas, membaca lebih awal secara lisan dan fasih serta menulis dengan baik d. Mereka membuat keputusan dengan baik, faham dengan mudah dan mempunyai kedalaman intelek dan logik e. Mereka telah memperluaskan kesedaran dunia merespon lebih elemen daripada sebuah situasi dan menyedari secara sosial Selain Encyclopedia of Special Education (2002), mencadangkan ciri-ciri yang diperlukan untuk program pendidikan bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat ialah: a. Mencabar kognitif pada tahap pemikiran yang kompleks b. Mencabar peluang untuk pengeluaran produk c. Mencabar pekerjaan melalui penghasilan produk d. Mencabar melalui perbincangan dengan rakan sebaya. e. Mencabar pengelaman yang menggalakan kesefahaman system nilai kemanusiaan. f. Mencabar dalam kerja-kerja yang khusus dan kompleks. g. Mencabar kaedah baru dalam sistem pembelajaran h. Mencabar menggunakan kebolehan sebenar i. Mencabar pemikiran kreatif,penyelidikan dan penyelesaian masalah serta membuat keputusan dalam kepimpinan. Menurut Rashid Mohd Saa (Mingguan Malaysia, 3 Februari 2008) sepatutnya sudah sampai masanya kita mewujudkan satu pusat bagi mengurus kemunculan kanak-kanak pintar yang bertaraf genius ini. Salah satunya ciri sistem pendidikan misalnya tidak boleh terlalu rigid. Sistem yang agak rigid perlu menjadi lebih anjal dalam menangani kes-kes seperti ini. Kita perlu membantu mengembangkan minda dan potensi yang ada pada kanak-kanak pintar cerdas supaya tidak mempersiakan kelebihan dan anugerah yang terdapat dalam dirinya. Program PERMATA Pintar yang di anggotai oleh beberapa individu dari pelbagai latar belakang termasuk agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi dan NGO telah dilancarkan pada 2 Mac 2009 oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Universiti Kebangsaan Malaysia telah di amanahkan untuk melaksanakan program tersebut. Program PERMATA Pintar ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak pintar cerdas mengalami proses pembelajaran yang dapat merangsang minda mereka (Rosmah Mansor, 2009). Untuk tujuan mengenal pasti pelajarpelajar pintar cerdas, UKM telah membina tiga ujian saringan: Ujian PERMATA Pintar UKM 1, UKM 2 dan UKM 3. Ujian-ujian ini dibina setara dengan ujian-ujian IQ yang diguna pakai di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Buat masa ini, ujian saringan PERMATA Pintar UKM 1 telah dimasukkan dalam talian dan boleh diakses oleh

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 124 pelajar-pelajar dari umur 9 hingga 15 tahun melalui laman sawang yang telah dibina. Pelajar yang berjaya dalam ujian PERMATA Pintar UKM 1, akan diminta untuk menduduki ujian PERMATA Pintar UKM 2 yang akan dijalankan di sekolah-sekolah mengikut zon dan seterusnya PERMATA Pintar UKM 3.

PENILAIAN (ASSESMENT)
Kecerdasan didefinisikan sebagai kebolehan untuk belajar, memahami atau deal dengan situasi baru serta mempunyai kemahiran dalam menggunakan alasan dan sebab dalam setiap situasi yang dihadapi. Kecerdasan juga merupakan kebolehan untuk menggunakan pengetahuan dalam mengendalikan suatu persekitaran atau berfikir secara abstrak sebagai pengukuran dengan kriteria-kriteria objektif . Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Intelligence Quotient atau IQ didefinisikan secara teknikal sebagai kadar atau nisbah pengujian antara umur mental ( Mental Age) dengan umur kronologi (Chronological Age) yang kebiasaannya dinyatakan sebagai nisbah (Qoutient) didarabkan dengan 100. Secara konvensionalnya ia digambarkan sebagai skor ujian.

a. Ujian Kecerdasan Stanford-Binet (Stanford-Binet Intelligence Test).


Ujian ini dicipta oleh Alfred Binet untuk membantu dalam menentukan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam persekolahan di Perancis. Binet bersama-sama dengan rakan sekerjanya iaitu Theodore Simon membangunkan soalan-soalan yang memfokuskan tentang persekolahan seperti perhatian, memori, dan kemahiran menyelesaikan masalah. Dengan menggunakan soalan-soalan tersebut, Binet dapat meramalkan murid yang akan berjaya dalam persekolahan. Beliau menyedari bahawa sesetengah murid dapat menjawab soalan-soalan yang kebiasaannya dijawab oleh murid yang lebih tua atau dalam kelas yang lebih tinggi, sementara murid yang sebaya dengannya hanya dapat menjawab soalan-soalan yang biasa dijawab oleh murid pada peringkat umur tersebut. Berdasarkan pemerhatian tersebut, Binet telah mencadangkan konsep umur mental (Mental Age), atau ukuran kecerdasan berdasarkan purata kebolehan kanak-kanak dalam kumpulan umur tertentu ( Wagner, 2010). Ujian kecerdasan yang pertama ini dikenali sebagai Binet-Simon Scale, akhirnya telah menjadi asas kepada ujian kecerdasan yang digunakan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, Binet sendiri tidak mempercayai bahawa psychometric instruments beliau ini boleh digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan (Wagner, 2010). Binet menyatakan bahawa konsep kecerdasan terlalu luas untuk diukur menggunakan angka. Binet dengan tegas menyatakan bahawa kecerdasan terpengaruh dengan beberapa faktor, perubahan masa dan hanya boleh dibandingkan diantara kanak-kanak yang mempunyai latarbelakang yang sama ( Wagner, 2010). Menurut Wagner (2010), Ujian Kecerdasan Stanford-Binet menggunakan angka yang dikenali sebagai intelligence quotient (IQ), dalam mempersembahkan skor individu di dalam ujian tersebut. Skor ini dihitung dengan membahagikan umur mental (mental age) individu tersebut dengan umur kronologi (chronological age) mereka dan kemudian membahagikan angka tersebut dengan 100. Sebagai contoh, kanak-kanak dengan umur mental 12 dan umur kronologi 10 mempunyai IQ 120 (12/10 x 100).

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 125

MA / CA x 100 = IQ

Antara contoh soalan ujian dalam Binet-Simon Scale (1911 Revision) yang dibina berdasarkan tahap kesukaran kanak-kanak mengikut perbezaan umur (Gardner et al,1996) Four Years Name key, knife, penny Repeat three figures Compare (the length of) two lines Six Years Distinguish morning and evening Copy diamond Count thirteen pennies Eight Years - Compare two objects from memory Count from twenty to zero Repeat five digits Ten Years - Place five weights in order Copy a design from memory Place three words (e.g., Paris, fortune, and stream) in two sentences Twelve Years Give more than sixty words in three minutes Defines three abstract words Comprehend a disarranged sentences

b. Ujian Kecerdasan Wechsler (Wechsler Intelligence Scales)


David Wechsler merupakan seorang ahli psikologi Amerika, yang juga seperti Binet percaya bahawa kecerdasan melibatkan angka mengikut perbezaan kebolehan mental setiap individu. Wechsler menggambarkan kecerdasan sebagai the global capacity of a person to act purposefully, to think rationally, and to deal effectively with his environment. Ekoran dari perasaan tidak puas hati dengan limitations ujian kecerdasan Stanford-Binet, Wechsler telah menerbitkan ujian kecerdasan yang baru yang dikenali sebagai Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS) pada tahun 1955 (Wagner, 2010). Wechsler juga turut membangunkan dua ujian yang berbeza khas untuk kanak-kanak iaitu Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC) dan Wechsler Preschool and Primary Scale of Intelligence (WPPSI). Ujian untuk golongan dewasa telah diubah dari yang asal dan dikenali sebagai WAIS-III. WAIS-III mengandungi 14 subtests dengan dua skala dan menyediakan tiga skor iaitu composite IQ scores, verbal IQ scores dan performance IQ scores. Skor-skor dalam setiap subtest dalam WAIS-III boleh digunakan dalam mengenalpasti masalah pembelajaran. Diantaranya dalam kes-kes di mana skor yang rendah dalam mana-mana bidang digabungkan dengan skor yang tinggi dalam bidang yang lain mungkin menunjukkan individu itu mempunyai masalah pembelajaran yang khusus (Kaufman, 1998). Jika ujian kecerdasan Stanford-Binet skor berasaskan mental age dan chronological age, di dalam WAIS pula skor dikira berdasarkan perbandingan diantara skor individu dengan skor individu-individu lain dalam kumpulan umur yang sama. Purata skor adalah 100 dengan dua pertiga skor dianggap sebagai menipu dalam ujian, kebiasaan skor adalah di antara 85 dan 115. Kaedah pemarkahan ini telah

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 126 menjadi standard technique dalam ujian kecerdasan dan ia juga digunakan dalam ujian kecerdasan Stanford-Binet yang terbaru (Kendra Van Wagner, 2010). Wechsler Intelligence Scale subtest (S.R, Homack & C.R, Reynolds, 2007) :Subtest Vocabulary Huraian 42 item requiring the examinee to name picture items and provide oral definitions of words 26 item requiring the examinee to choose which pictured objects share a common words are conceptually alike 13 item requiring the examinee to use blocks to reconstruct visual patterns Pengukuran Fund of information, acquired knowledge, longterm memory, verbal expression Acquired knowledge, verbal concept formation, verbal reasoning, abstract thinking

Similarities

Block Design

Visual-perceptual organization, visual problem solving, motor coordination, fluid reasoning, processing speed Visual-perceptual organization, abstract reasoning, fluid reasoning

Matrix Reasoning

35 items containing incomplete matrix patterns that the examinee completes by choosing from five possible choices

c. Ravens Progressive Matrices


Ravens Progressive Matrices (kebiasaannya dirujuk sebagai Ravens Matrices) merupakan ujian pelbagai pilihan abstrak yang dibangunkan oleh Dr. John C. Raven dalam tahun 1936. Dalam setiap item ujian calon dikehendaki untuk mengenalpasti bahagian yang soalan yang hilang untuk menyelesaikan atau menyempurnakan corak yang besar. Kebanyakan item dipersembahkan dalam borang (form) matrik 3x3 atau 2x2 (Wikipedia, 2010). Menurut Flynn (2007), Ravens Progressive Matrices merupakan ujian yang menawarkan corak atau pecahan diantara enam hingga lapan gambar atau corak dengan satu daripada corak tersebut tidak diberikan atau dihilangkan. Anda dikehendaki memilih kepingan atau corak yang sesuai dan ini melibatkan perbezaan dan persamaan dengan corak yang berada dalam kolum yang sama. Matrik ini menawarkan tiga borang (form) yang berbeza mengikut perbezaan kebolehan setiap peserta ujian iaitu: Standard Progressive Matrices : merupakan borang matrik yang asal yang diterbitkan pada tahun1938. Mengandungi lima set soalan (A-E) dengan setiap satu set mengandungi 12 item (A1-A12) yang mana item-item dalam setiap set akan lebih sukar yang mengandungi tahap kognitif yang tinggi untuk menganalisis setiap

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 127 pengetahuan dan koding. Semua item dipersembahkan dalam tulisan atau dakwat hitam manakala background berwarna putih. Colored Progressive Matrices : direka untuk kanak-kanak, orang dewasa dan individu yang mempunyai masalah pembelajaran yang teruk dan sederhana. Ujian ini mengandungi set A dan B di mana 12 item digabungkan dan menjadi set AB. Kebanyakan item dipersembahkan dengan background yang berwarna untuk merangsang penglihatan calon. Walaubagaimanapun dalam item-item terakhir dalam set B dipersembahkan dalam hitam putih, dengan cara ini jika peserta dapat melewati jangkaan ujian, peralihan dari set C, D dan E menjadi lebih senang. Advanced Progressive Matrices : merupakan lanjutan borang matrik yang mengandungi 48 item yang dipersembahkan sebagai satu set yang mengandungi 12 (set I) dan set yang satu lagi mempunyai 36 (set II). Item-item dipersembahkan dalam dakwat hitam dan background putih dan menjadi semakin sukar dalam setiap set. item ini sesuai untuk golongan remaja dan dewasa yang di atas purata kecerdasan

Contoh ujian matrik dalam Ravens Progressive Matrices

Contoh ujian matrik dalam Ravens Progressive Matrices (Maithilee Kunda, Keith McGreggor, & Ashok Goel, 2009)

T T2

T1 T4 T3

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 128

d.Ujian PERMATA Pintar UKM


Ujian PERMATA Pintar UKM 1 adalah ujian IQ yang dibina setara dengan Ujian Raven Progressive Matrices. Ujian ini berbentuk ujian atas talian yang boleh dicapai melalui laman web PERMATA Pintar di alamat: http://www.permatapintar.com.my/ujian1/ujian1 dan dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian PERMATA Pintar UKM 1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 9 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini (Mansor Zainal, 2010). Pelajar tidak diberikan had masa untuk menjawab semua soalan dalam ujian saringan ini. Bagaimana pun, jumlah jam atau minit sebenarnya yang digunakan untuk menjawab semua soalan dalam ujian ini akan diambil kira untuk membolehkan pelajar meneruskan ke ujian saringan ke dua. Ujian PERMATA Pintar UKM 2 adalah ujian saringan yang dibina setara dengan ujian WISC-IV. Ujian saringan ini mempunyai 15 bahagian yang menguji pelbagai aspek kepintaran kognisi termasuk aspek perbendaharaan kata, pencarian simbol, pengulangan nombor, pemadanan pola atau bentuk, pemahaman dan koding. Ia dibina dalam talian dan boleh dicapai dari laman web http//: www.permatapintar.com.my. Untuk menjalani ujian saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang pertama iaitu Ujian PERMATA Pintar UKM 1. Hasil ujian saringan ini akan dipaparkan mengikut kategori berikut (a) Indeks Pemahaman Lisan, (b) Indeks Penaakulan Persepsi, (c) Indeks Daya Ingatan Bekerja dan (d) Indeks Kelajuan Memproses Maklumat. Ujian PERMATA Pintar UKM 3 dibina setara dengan ujian Stanford-Binet. Ujian ini dibina untuk menguji kepintaran dalam empat aspek iaitu (a) Penaakulan Lisan, (b) Penaakulan Kuantitatif, (c) Penaakulan Abstrak dan Visual dan (d) Daya Ingatan Sementara. Untuk menjalani ujian saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang ke dua iaitu Ujian PERMATA Pintar UKM. Tujuan ujian PERMATA Pintar sebenarnya adalah untuk mencari pelajar yang pintar cerdas. Mereka yang melepasi tiga tahap ujian ini akan melalui program perkhemahan cuti sekolah yang dikendalikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka yang berjaya akan ditempatkan di sekolah PERMATA pintar yang akan dibina khusus untuk pelajar pintar cerdas ini.

a. Apakah perbezaan ujian Ravens Progressive Matrices dengan ujian Wechsler Intelligence Scales b. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan pedagogi yang berkesan untuk kanak-kanak pintar cerdas.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 129

RUMUSAN
Kementerian Pelajaran telah menyediakan ruang untuk kanak-kanak keperluan khas menikmati pembelajaran seperti kanak-kanak biasa dengan mewujudkan Sekolah Pendidikan Khas. Oleh itu, kanak-kanak pintar ini juga tidak boleh dikecualikan dan mereka selayaknya mendapat pendidikan yang sesuai mengikut tahap minda mereka seperti kanak-kanak lain. Perlunya keperluan pendidikan untuk kanak-kanak pintar cerdas ini agar mereka dapat menikmati pembelajaran yang kondusif. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk membentuk kanak-kanak pintar cerdas ini menjadi seorang ilmuan yang dapat menyumbang kepada negara. Mereka ini perlu dibimbing dengan kefahaman agama yang sempurna dari segi rohani dan jasmani agar kelak tidak tersasar daripada batasan agama. Seorang anak yang pintar cerdas tidak akan menjadi biasa kalau diabaikan, sebaliknya dia akan menghadapi masalah sosio-emosi yang serius jika keperluan inteleknya tidak dipenuhi. Menjadikan seorang anak yang pintar cerdas kepada normal tidak lain daripada menjadikan seorang anak yang biasa kepada pintar cerdas.

RUJUKAN
C. Catherine Clark & C. Ralph (2002). Educating the gifted and talented: Rasource issues and processes for teachers second edition. London: David Fulton Publishers. D.S. Deborah (2007). Introduction to Special Education: Making A Difference (sixth edition). Amerika: Pearson Education. G. Howard, L.K. Mindy & K.W. Warren (1996). Intelligence multiple perspectives. USA: Thomson Wadsworth. H. Glynis (2006). Identifiying children with special needs: checkless and action plans for teachers. California: CORWIN PRESS A SAGE Publications Company. Hassan Mohd. Ali Ph.D (2006). Anak Kita Memang Pintar Cerdas Panduan Membina Potensi Diri Anak-anak. PTS Millinea sdn. Bhd: Selangor. James R. Flynn (2007). What is intelligence. United Kingdom: University Press, Cambridge. Joyce VanTassel-Baska (2003). Curriculum Instructional Planning & Design: For Gifted Learners. Colorado: Love Publishing Company. L.H. William (2003). Exceptional children seventh edition: An Introduction to special education. Amerika: Merill Prentice Hall. Marilyn Friend (2005). Special Education: Contemporary perspective for school professionals. USA: Pearson. Marilyn Friend (2006). IDEA 2004 Update Edition Special Education:contemporary perspectives for school Professionals. USA: Pearson. Marilyn Friend (2008). Special Education: Contemporary perspective for school professionals (2 ed). USA: Pearson. M.K. Mallick (2003). Talented children: Identification and education. New Delhi: Discovery publishing house. Morawaska, A., Sanders, M.R. (2009). Parenting Gigted and Talented Children: Conceptual and Empirical Foundations. Gifted Child Quarterly, 53 (3),163-173

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 130

Susan R. Homack & Cecil R. Reynolds (2007). Essentials of assessment with brief intelligence test. New Jersey: John Wiley & Sons. Susan Winebrenner (2001). Teaching Gifted Kids In The Regular Classroom: Strategies abd techniques Every Teacher Can Use to Meet The Academic Needs of the Gifted and Talented. United States of America: Free Spirit Publishing. Kendra Van Wagner (2010). History of intelligence testing: the history and development of modern IQ testing. http://psychology.about.com/od/psychologicaltesting/a/int-history.htm 17.11.2011: 9.50pm