Anda di halaman 1dari 2

KELDAI YANG RAJIN DAN BIJAK Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

dan salam sejahtera Sederap harapan menggapai impian, Muhd Fathurrahman nama diberi, Berperi indah sahut cabaran, Wakil SK Abang Leman datang kemari

pantun

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan hakim seterusnya hadirin dekat. dihati. Kawan-kawan apa khabar?...pada hari ini saya ingin bercerita mengenai Seekor Keldai Yang Rajin dan Bijak. Di sebuah ladang yang amat luas, Hidup seekor sang keldai, Berwarna hitam badannya kurus sangatlah rajin dan setia

Nyanyi ikut lagu papaku pulang dari kota

Ya kawan-kawan, setiap hari ia akan bekerja keras menolong tuannya. Peladang itu, amat sayang kepada keldainya. Peladang itu mempunyai ladang gandum yang sangat luas. Dia mempunyai pekerja yang ramai. Setiap kali musim menuai, Peladang sibuk tidak terperi, Gigih membantu wahai si keldai, Hingga tibalah waktu tengahari.

pantun

Haaakawan-kawan..nak tauapabila tiba waktu makan tengahari keldai akan membawa makanan kepada tuannya. Makanan tersebut disediakan oleh isteri peladang yang baik hati dan cantik orangnya. Makanan diletak di dalam beg dan diletakkan di atas belakang keldai. Selain itu, keldai juga ditugaskan untuk membawa gandum ke pekan. Wahai keldai, aku letakkan guni-guni gandum ke atas belakang kamu dan bawanya ke pekan kata peladang Baik tuan, jangan risausaya akan berhati-hati dalam perjalanan sahut keldai pula sambil berjalan dukdukduk..duk Kawan-kawan, keldai melakukan semuaaa kerja tanpa membantah.keldai itu terlalu patuh dan hormat tuannya. Maka peladang menjaga keldainya dengan baik.
1

Pada suatu hari, peladang ingin membawa gandum yang telah dituai ke pekan. Dia meletakkan guni-guni gandum itu di atas belakang keldai itu. Dia memegang tali yang diikat pada leher keldai. Walaupun bebanan yang dibawanya berat, namun keldai berasa bangga kerana dapat berbakti pada tuannya. Cuaca pada hari itu sangat panas, matahari memancar dengan terik. Setelah beberapa lama berjalan, keldai berasa sangat haus. Hausnya tekak aku, Di mana boleh aku dapatkan airkata keldai lalu menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari air. Kasihan keldai ku kata peladang berasa kasihan melihat keldainya yang letih dan dahaga. Dia membawa keldai berehat di bawah sebatang pokok. Tiba-tibaduk duk duk duk.keldai menuju ke arah sepohon pokok kaktus. Lalu ia terus makan pokok kaktus itu. Keldai dapat menghilangkan hausnya dengan memakan pokok kaktus itu kerana pokok kaktus mempunyai banyak air. Peladang gembira melihat keldainya sudah bertenaga semula. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan. Hah .Kawan-kawan, dari cerita ini kita dapat pengajaran Yang pertama kita mesti ada sifat bertolak ansur Yang kedua jangan mengeluh jika kita diberi tugas Yang ketiga kita harus mempunyai sikap sayang menyayangi walaupun pada binatang Begitulah kawan-kawan kisah Seekor Keldai Yang Rajin dan Bijak. Akhir kata daripada saya Berundur tikus kerana kucing, Berundur saya kerana loceng Sekian. Terima kasih
pantun

Anda mungkin juga menyukai