Anda di halaman 1dari 11

KEGANASAN DALAM SUKAN Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada keganasan.

Sifat dan sikap agresif memang sinonim dengan sukan terutamanya sukan yang berbentuk kontak seperti ragbi, hoki, bola sepak, bola jaring dan beberapa jenis sukan yang lain. Keganasan dalam sukan merupakan satu fenomena tingkah laku.Ianya merupakan satu fenomena tingkahlaku yang sentiasa berlaku dalam sukan. Ianya juga dikenali sebagai suatu perlakuan yang bermatlamat atau mempunyai niat sehingga boleh menyebabkan dan mendatangkan kecederaan dan kesakitan secara fizikal dan psikologikal. Apa itu keganasan ? Baron dan Richardson (1994), keagresifan merupakan apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan. Wann ( 1997 ), satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecederaan secara fizikal, verbal atau psikologikal ke atas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan dan / atau perbuatan yang mendatangkan kerosakan harta benda yang berpunca dari kemarahan. Silva (1981): keagresifan sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau mengakibatkan kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut. Definisi keganasan: Perlakuan yang bermatlamat (berniat). Menyebabkan atau mendatangkan kecederaan dan kesakitan secara fizikal dan psikologikal Ditujukan kepada benda hidup yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan Sebarang jenis keganasan yang berlaku dalam sukan sama ada dilakukan ketika pertandingan oleh atlet, jurulatih, pegawai mahupun oleh penyokong. Keganasan dalam sukan boleh membawa kepada kecederaan dan kematian. Sikap agresif kadangkala diperlukan dalam sukan untuk menyerang pihak lawan.

Keagresifan yang terlalu melampau akan menyebabkan tumpuan menjadi semakin kecil. Kesannya, pemain akan melakukan kesilapan. Keganasan melibatkan : 1. Atlet 2. Pegawai 3. Jurulatih 4. Penonton Teori keganasan a) Teori Naluri (Instinct Theory) Teori Naluri diasaskan berdasarkan kepada penulisan psikologis tersohor Sigmund Freud dan seorang ethologis,Konrad Lorenz.Freud (1950) melihat keagresifan sebagai naluri dalaman atau sesuatu yang tertanam dalam diri manusia sama seperti lapar, dahaga serta nafsu seks. Oleh kerana ia merupakan naluri semula jadi manusia sifat agresif ini tidak boleh dikikis dari dalam diri manusia tetapi ia boleh dikawal serta diluahkan dengan pelbagai cara. Antaranya dengan menggunakan aktiviti sukan sebagai salah satu cara untuk meluahkan tekanan keagesifan dengan cara yang dibenarkan dalam konteks masyarakat kita hari ini. Menurut pendekatan Teori Naluri ini keagresifan perlu diluahkan secara terus untuk menghilangkan tekanan yang terpendam dalam diri seseorang individu.Proses meluahkan keagresifan ini disebut sebagai katarsi. Segala bentuk perlakuan yang lasak dan kasar dianggap sebagai proses meluahkan keagresifan yang terpendam ataupun katarsis. Sukan merupakan wadah yang sesuai untuk melepaskan keagresifan yang terpendam kerana ia dianggap sebagai tempat untuk melepaskan tekanan yang dibenarkan. Contohnys, seorang pentinju boleh meluahkan keagresifannya di gelanggang tinju manakala seorang pemain ragbi boleh melepaskan geram dengan membuat tackle terhadap pemain lawan di padang permainan.

b) Teori Frustration-Aggression

Teori ini berkaitan dengan sikap agresif yang berlaku disebabkan oleh perasaan kecewa pada diri seseorang ekoran daripada berlakunya kegagalan. Kenyataan ini telah dikemukan oleh perasaan kecewa pada diri seseorang ekoran daripada berlakunya kegagalan.Kenyataan ini telah dikemukakan oleh Dollard, Doob, Miller dan Mower (1939). Namun pada hari ini,kenyataan ini tidak diterima sepenuhnya kerana tidak semestinya orang kecewa akan menyebabkan berlakunya sikap agresif dalam sesuatu aktiviti sukan atau senaman. Kajian dan pengalaman telah menunjukkan bahawa seseorang yang kecewa tidak akan melepaskan sikap agresif sewenang-wenangnya Malah, menurut Gill (1986), sikap agresif tidak selalunya ditonjolkan dalam sesuatu aktiviti sukan atau senaman kerana ia boleh disalurkan dalam pertandingan sukan. Contohnya, terdapat bukti bahawa ahli sukan kontak yang kecewa dalam sesuatu pertandingan dapat mengawal dan merendahkan tahap agresif dalam diri mereka di samping menggunakan pengalaman-pengalaman lampau. c) Teori Pembelajaran Sosial Teori ini menerangkan agresif sebagai sikap seseorang yang belajar melalui penelitian orang lain yang mempunyai sikap ganjil. Sebagai contoh, ahli psikologi Bandura (1977) telah mendapati bahawa kanak-kanak yang melihat orang dewas melakukan sesuatu yang ganas akan meniru perbuatan tersebut lebih banyak berbanding dengan kanak-kanak yang tidak terdedah dengan perbuatan yang ganas. Malah, menurut kajian yang dilakukan oleh Smith (1988) terhadap sukan hoki ais,yang mana terdapat pergaduhan sukan tersebut dan tindakan yang agresfi itu telah dilakukan oleh pemain-pemain yang lebih professional di mana tindakan yang agresif itu merupakan sesuatu yang normal dalam permainan sukan hoki ais. Kajian Pembelajaran Sosial dalam sukan juga menunjukkan bahawa kebanyakan atlet tidak diajar untuk bertindak ganas tetapi sikap agresif ini datang dengan sendirinya dengan melihat orang lain melakukannya dalam permainan-permainan yang lepas.Bandura (1977), Thirer (1993) telah menekankan bahawa peranan penting orang lain banyak membantu dalam mengawal atau menyebabkan sikap agresif, memandangkan model pembelajaran adalah orang yang bersikap agresif.

Jenis-jenis keagresifan atau keganasan: 1. Keagresifan ketara Silva 1984, menyatakan keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain (ataupun objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula ( kepuasan ) apabila melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya. kecenderungan untuk mencederakan individu dengan sengaja bermatlamat untuk menyakitkan secara fizikal atau psikologi yang didorong oleh rasa marah atau kecewa.

Contoh: Seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah menyiku pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan). Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain pertahanan. Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan tersebut dan ganjarannya ( kepuasan ) pula adalah melihat pemain tersebut menanggung derita kesakitan akibat tindakannya. Tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas pemain penyerang pasukan lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi

2. Keagresifan instrumental

Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk mencederakan individu lain, bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti

kemenangan, hadiah atau prestij. Individu yang bertindak agresif tadi melihat tindakan tersebut sebagai instrumental ( perlu dilakukan ) untuk mencapai matlamatnya.

dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada rakannya yang lain. Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya memenangi perlawanan tersebut.

tindakan mencederakan pihak lawan sebagai satu cara Dalam contoh ini, niat untuk untuk mencapai matlamat mencederakan (penyerang kemenangan atau ganjaran pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama pemain pertahanan tersebut ialah untuk memenangi perlawanan. 3. Keagresifan asertif Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan). Dalam konteks ini, niat untuk mencederakan individu yang lain tidak timbul sama sekali. Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan-peraturan permainan dan tiadanya niat untuk mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan. Penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan selagi tackle tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika berlaku kecederaan kepada pemain lawan akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan bersih serta mengikut peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan.

Contoh kes keganasan dalam sukan Bola sepak 1. Perlawanan yg berlangsung pada bulan februari 2008, semasa bermain untuk Arsenal, Eduardo Da Silva menerima satu tackle kasar dari pemain pertahanan Brmingham City, Martin Taylor yang serta-merta dibuang padang. Da Silva patah fibula kiri dan buku lali yg cedera teruk. Setahun kemudian, beliau menyarung semua jersi Arsenal setelah sembuh sepenuhnya. 2. Kejadian pemain tengah pasukan Perancis Zidane menanduk pemain pertahanan Italy Materazzi dalam perlawanan akhir Piala Dunia tahun 2006. Sehingga kini Zidane masih belum mengemukakan sebab beliau menanduk pemain pertahanan Italy. Terdapat khabar angin menyatakan bahawa beliau membuat demikian sebab Materazzi menghina ibunya sebagai pelacur.

Sukan tinju

1. Kejadian Mike Tyson mengigit telinga Evander Holyfield sehingga telinganya putus pada tahun 1997. Peristiwa Tyson menggigit putus telinga Evander Holyfield merupakan peristiwa yang menggemparkan tinju dunia. Saat itu merupakan pertemuan kedua antara Holyfield dan Tyson setelah Holyfield menang TKO pada pertemuan pertama. Dalam pertemuan bertajuk,The Sound and The Fury ini Tyson dua kali menggigit telinga Holyfield dan terkena diskualifikasi dari wasit Mills Lane. Ia kemudian dijatuhi hukuman larangan bertanding selama satu tahun.

Ice Hockey

1. Refree sedang berusaha memisahkan pemain ice hockey yang sedang bergaduh di depan goal pasukan Tampa Bay semasa permainan playoff Hoki Ais Pertama di antara Lightning. pasukan Ottawa Senator dan Tampa Bay

Faktor-faktor yang mempengaruhi keganasan dalam sukan 1. Kebangkitan Fisiologi. Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat dengan suhu suhu di persekitaran dan bunyi bisisng penoton. Suhu persekitaran berkait rapat dengan kecenderungan untuk bertindak secara agresif kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang selesa, rimas serta mudah marah. Justeru itu, kesilapan yang sedikit atau tindakan yang dianggap keterlaluan yang dilakukan oleh orang lain ke atas pemain ini akan menjadi pencetus kepada pemain tersebut untuk bertindak secara agresif. Ini telah dibuktikan oleh Reifman, Larrick dan Fein (1991) yang mendapati wujudnya perkaitan secara linear di antara suhu dan bilangan pemukul bola yang terkena bola yang dibaling oleh pembaling (pitcher). Dalam konteks ini, semakin tinggi suhu semakin agresif pembaling membaling bola sehingga ramai pemukul bola yang terkena balingan pembaling tersebut. Satu lagi faktor yang berkait rapat dengan kebangkitan fisiologi dalam sukan adalah kebisingan. Kebisingan penonton di stadium atau gelanggang boleh meningkatkan kebangkitan pemain sehingga ia boleh menggugat prestasi pemain tersebut. Kajian yang telah dijalankan oleh Donnerstein dan Wilson (1976), Green (1978) dan Glass dan Singer (1972) mendapati kebisingan yang tinggi tahap desibelnya merangsang respon agresif individu terbabit. Justeru itu, kebisingan penonton stadium menjadi pemangkin kepada tindakan agresif para pemain (Wann,1997) 2. Persepsi Individu Yang Dikasari Keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan (berdasarkan persepsi) bahawa beliau akan dikasari oleh oihak lawan. Dalam konteks ini, persepsi tentang niat pemain lawan untuk mengasari seseorang individu adalah lebih kukuh dari kekalahan atau suasana pertandingan dalam mencetuskan tindakan yang agresif di kalangan pemain. Justeru itu, pemain yang menjangkakan bahawa beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara yang sama ke atas pihak lawan.

3.

Takut Kepada Tindak Balas Yang Bakal Diterima Takutkan tindak balas yang bakal diterima dari pemain pasukan lawan lazimnya akan

mengurangkan perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan sukan. Dengan kata lain, setiap pemain menghormati pemain pasukan lawannya dan masing-masing cuba untuk mengatasi lawannya tanpa bertindak secara agresif. Bagaimanapun akan sampai satu tahap di mana setiap pemain mula mencabar lawannya dan tindakan itu menjadilkan suasana perlawanan menjadi lebih sengit. Kesannya tindakan atau perlakuan yang agresif akan meningkat kerana setiap tindakan yang agresif akan dibalas dengan tindakan yang sama ataupun lebih, untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat. Akhirnya,perlakuan agresif akan sampai ke kemuncaknya jika perlawanan tidak dikawal dengan baik. 4. Perbezaan Mata Dan Jaringan. Kajian yang dilakukan dalam sukan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin besar perbezaan mata atau jaringan, maka semakin banyak kekasaran yang dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan(Cox,1999). Bagaimanapun jika kedudukan adalah seri ataupun perbezaan jumlah mata kecil, kurang perlakuan agresif dilakukan oleh pihak yang terlibat iaitu pemain dan jurulatih khususnya bimbangkan risiko yang bakal dihadapi jika pemain melakukan tindakan yang kasar dan agresif. 5. Lokasi Perlawanan Biasanya, pasukan yang bermain di tempat sendiri akan bertindak lebih agresif kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah. Bagaimanapun, menurut Russell (1981), ia bergantung kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan. Bagi sukan bola sepak,pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia adalah sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan (Cullen & Cullen,1975). 6. Keputusan Pertandingan

Pemain pasukan yang tewas atau merasakan bahawa pasukannya tidak berpeluang untuk menang lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan pemain pasukan yang memenangi perlawanan tersebut.Ini mungkin kerana rasa kecewa berdasarkan Teori Frustrasi-Agresif (Cullen & Cullen,1975). 7. Kedudukan Pasukan Dalam Liga Pasukan yang berkedudukan di tempat teratas liga lazimnya kurang agresif (kurang melakukan kekasaran) jika dibandingkan dengan pasukan yang kedudukannya di bawah. Jika dilihat dari sudut Teori Frustrasi-Agresif, pasukan yang berjaya lazimnya sudah mencapai matlamat mereka sedangkan pasukan yang di bawah kecewa kerana gagal mencapai apa yang diidamkan. Justeru itu, mereka bertindak secara agresif untuk meluahkan tekanan yang ditanggung. 8. Jangka Masa Dalam Permainan Umumnya, perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan lazimnya akan meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan. Bagaimanapun, kenyataan ini juga bergantung kepada jenis permainan. Yang jelas, keagresifan jarang berlaku di awal masa permainan. 9. Penggunaan Steroid Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam sukan adalah kerana kesan sampingannya. Antara kesan sampingan steroid adalah peningkatan keagresifan individu yang mengambil atau menggunakan steroid. Justeru itu sebagai jurulatih atau mereka yang terlibat dalam sukan, kita perlu memastikan agar pemain tidak mengambil apa-apa jenis ubat-ubatan terlarang sebelum mereka mengikuti pertandingan.

Cara-cara mengatasi keganasan dalam sukan 1. Mendisiplinkan Atlet Dengan Sikap Yang Betul Jurulatih perlu mendisiplinkan atlet dengan mengajar mereka untuk bersikap dengan baik dan menerapkan kemahiran mengawal tekanan sewaktu bermain dalam sesebuah pertandingan. Jurulatih juga perlu mendisiplinkan atlet untuk mengawal keagresifan mereka bukan sahaja

sewaktu bermain malah selepas tamatnya sesebuah pertandingan terutama sekali jika mereka terpaksa berhadapan dengan kekalahan. Jurulatih juga perlu mengkaji perwatakan seseorang atlet tersebut. Misalannya, mendapatkan biodata atlet yang merangkumi latar belakang keluarga, rakan-rakan terdekat, pengambilan makanan, sejarah penyakit serta segala maklumat yang penting berkaitan dengan atlet tanpa mengganggu privasi atlet. 2. Ceramah Motivasi Menyampaikan ceramah-ceramah motivasi yang pada kebiasaannya disampaikan oleh pakar-pakar sukan (psikologi) sebelum sesuatu kejohanan sukan perlu menerapkan unsur-unsur fair-play kepasa atlet. Dengan cara itu, mereka bukan sahaja diberikan semangat untuk meningkatkan keyakinan diri, konsentrasi dan motivasi malah telah diberikan suntikan tentang perlunya semangat kesukanan semasa bertanding. Dengan cara tersebut, ia boleh membantu mengelakkan sikap agresif. 3. Membuat Pemeriksaan Terhadap Penonton Sebelum Memasuki Stadium. Manakala cara yang terakhir untuk mengawal sikap ini adalah dengan mengawal tindakan ganas yang dilakukan oleh penonton. Di sini terdapat beberapa strategi umum bagi mengawal tindakan agresif penonton. Antaranya, mengharamkan pengambilan alcohol kepada penonton dalam sebarang pertandingan sukan. Pemeriksaan perlu dilakukan di pintu masuk penonton bagi mengelakkan mereka daripada membawa masuk barang-barang yang membahayakan seperti mercun, kayu, benda-benda tajam serta minuman memabukkan. 4. Memisahkan Penyokong Pasukan Penyokong kedua-dua pasukan perlu dipisahkan agar tidak berlakunya pergaduhan atau perkara yang tidak diingini di dalam stadium. Perkara tragis perlu dielakkan seperti yang berlaku di beberapa Negara Eropah di mana ramai penonton mati akibat pergaduhan antara penyokong. 5. Mempromosikan Acara Sukan Sebagai Aktiviti Keluarga Apabila aktiviti sukan menjadi aktiviti keluarga, maka kita akan menjaga kesopanan serta perlakuan agar aktiviti tersebut dapat dinikmati dalam suasana yang selamat.

6.

Media Tidak Menyalahgunakan Peranannya Sebagai Penyampai Informasi Maklumat. Pihak media perlu memastikan agar laporan atau publisiti yang diberikan terhadap

perlawanan tersebut tidak ada sentiment yang negatif. Ini adalah kerana kewujudan sentimen yang negatif di antara kedua-dua pasukan bukan sahaja akan membakar api dendam di antara pemain, malahan di antara paa penyokong.Ini akan menyebabkan suasana perlawanan menjadi tegang dan merbahaya seperti yang berlaku dalam pertandingan separuh akhir Piala Eropah di antara Kelab Leeds United dan Kelab Galatasary dari Turki. Rumusan Kesimpulannya, keagresifan dalam sukan tidak mustahil untuk diatasi jika mereka yang terlibat mempunyai niat yang positif untuk bersama-sama mengatasi keadaan ini.Pengiat sukan sebenarnya bertanggungjawab untuk memastikan atlet-atlet muda di bawah didikan masingmasing dapat bertanding dalam suasana yang selamat dan kondusif.