Anda di halaman 1dari 77

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya,sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa menghiraukan maksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketigatiganya mempunyai perbezaan. Maka setiap konsep pengujian, pengukuran, pentaksiran dan penilaian Bahasa Melayu mempunyai perbandingan yang ketara. Seterusnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan transformasi dengan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk menggantikan peperiksaan atau exam oriented yang dikatakan kurang baik. Diperkenalkan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR 2016. Mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan PMR sepenuhnya pada 2014. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai. Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU) iaitu satu blue print ujian / test specification. JSU ialah satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran . Kandungan JSU merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan. JSU dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian. Dengan itu JSU dapat membantu penggubal membina item soalan kerana ujian tidak dibina secara sembarangan supaya dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. JSU adalah panduan kepada penggubal soalan dan menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa. Dalam penghasilan JSU kita perlu pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji. Kemudian, Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran dan kemudian bina carta dua hala. Seterusnya, tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran dan tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid . akhir sekali, semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan sama ada menepati kehendak objektif kurikulum

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya tugasan projek Program Ijazah di bawah tajuk BMM3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bagi program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dapat disiapkan dengan jayanya. Oleh hal yang demikian, saya dengan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Suhemi Bin Abdul kerana telah banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Segala jasa dan pengorbanan beliau dalam mencurahkan ilmu dan pengetahuan amatlah saya hargai. Seterusnya, tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan kerana sentiasa berkongsi idea, maklumat dan tunjuk ajar yang tidak akan saya lupakan sama sekali. Kemudian, kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana tanpa dorongan daripada semua yang terlibat saya tidak mungkin akan dapat menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

BANDINGBEZA KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURA, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN
Dalam menempuh kehidupan seharian, kita sering kali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Sebagai guru kita perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya,sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa menghiraukan maksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketigatiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambilkira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari daripada membuat keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan, sama ada mudah atau sukar, penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini, penilaian akan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan saintifik, maka keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian.

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Sebenarnya, aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan juga sains kemasyarakatan bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement), penilaian (evaluation) dan pentaksiaran (assessment). Dalam pengukuran, individu didedahkan kepada pembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanakkanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven-Matrices, Weschler dan A.C.E.R. Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangya dua keputusan yang utama perlu diambil. Pertama, berkaitan dengan tujuan penilaian dijalankan. Misalnya, pihak sekolah ingin meningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendah dan selepas membuat penilaian, mendapati taraf bacaan tidak memuaskan, maka kedua, satu tindakan baru perlu diambil.

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

PENGUJIAN
KONSEP
Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalaj yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbanch (1970), Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Contoh skala bernombor ialah 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan ( IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan olehMilagros 1981, (dipetik dari Raminah,1991) yang menegaskan bahawa : Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.(Raminah 1991:2).
7

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas. Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya. Ujian yang merupakan alat pengukur hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja. Tujuan pengujian adalah untuk mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai, mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain. Malahan pengujian juga adalah ujian petempatan yang akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran. Ia bertujuan menentukan aras bahan pengajaran yang sesuai digunakan. Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi. Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

PENGUKURAN
KONSEP
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Contohnya, Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur pencapaian Matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi atau ciri tertentu seseorang individu atau pelajar mengikut alat yang digunakan. Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru. Alat pengukuran yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Tujuan pengukuran dapat dilihat dari segi pengajaran dan pentadbiran. Dari segi pengajaran, fungsi-fungsi pengukuran adalah seperti mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperoleh, mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperoleh, mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain, mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. Manakala
9

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


jika dilihat dari segi pentadbiran, fungsi-fungsi pengukuran adalah untuk mendapatkan maklumat untuk pengaliran atau pengumpulan. Selain itu, bagi mendapatkan maklumat untuk bimbingan, bagi mendapatkan maklumat tentang kecekapan guru dan bagi mendapatkan maklumat untuk rekod prestasi dan rekod profil yang kemudiannya dibekalkan sebagai maklum balas kepada pelajar serta ibu bapa.

10

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

PENTAKSIRAN
KONSEP
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah instrumen, kumpulan yang ditaksir, respon, kumpulan yang menaksir dan skor.

11

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

PENILAIAN
KONSEP
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan makmal, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada pensyarah mengajar dan pelajar belajar. Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik kuliah dan makmal sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran. Seseorang pensyarah biasanya merangka objektif dan kandungan kursus yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran kursus berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalansoalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif kursus yang dirancang dan kandungan yang diajar. Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta

12

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil. Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Dengan itu, penilaian melibatkan tiga langkah seperti mendapatkan maklumat melalui cara mengukur, menetapkan suatu criteria bagi pengukuran dan membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran. Misalnya,kriteria yang disediakan ialah selepas sesuatu pengajaran, para pelajar seharusnya menyelesaikan tujuh daripada sepuluh soalan matematik tentang operasi tolak. Sekiranya, para pelajar tidak mencapai criteria tersebut, guru berkenaan hendaklah membuat pertimbangan langkah sesuai yang sepatutnya diambil. Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas. ( Lihat Rajah 1.1)Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan. Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu. Contoh data kualiti adalah seperti Ahmad adalah seorang pelajar yang cerdas dan berinsiatif, Data kuantitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti Ahmad mempunyai darjah kecerdasan 120. Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan. Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang pembelajaran pelajar dan menggalakkan guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran. Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihanpilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

13

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di universiti, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dewan kuliah dan makmal dicapai. Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

14

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

RAJAH 1.1 : Perhubungan antara penilaian, pengukuran dan pengujian

15

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

PERBEZAAN ANTARA PENGUJIAN,PENGUKURAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


JADUAL 1.1
PENGUJIAN DEFINISI Teknik mengukur perubahan tingkah laku individu. PENGUKURAN Proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan pencapaian pembelajaran individu. PENTAKSIRAN Merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan
16

PENILAIAN Proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif.

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).

FUNGSI

Mengesan hasil pembelajaran yang diperoleh.

Juga mengesan hasil pembelajaran, jenis-jenis kemahiran dan kemajuan.

Satu proses untuk Membuat mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. pentaksiran tentang pencapaian pelajar untuk tujuan pemulihan atau penggredan.

MASA DIBERI Sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

CARA

Melalui itemitem (soalansoalan ujian)

Berbagai-bagai cara memperoleh data kuantitatif.

Instrumen, kumpulan yang ditaksir, respon, kumpulan yang

Melalui ujian dan alat-alat lain seperti soal selidik,


17

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


menaksir dan skor. rekod, anekdot, senarai semak.

FOKUS

Satu-satu unit pembelajaran

Satu-satu unit pembelajaran

Berdasarkan maklumat pengujian dan data kualitatif dari pemerhatian, soal selidik atau senarai semak.

atau beberapa atau beberapa unit pembelajaran. unit pembelajaran.

HASIL

Menunjukkan pencapaian para pelajar dalam satu

Menunjukkan pencapaian dalam segmen pelajaran yang

Skor mestilah sari dan boleh dipercayai untuk

Menunjukkan pencapaian dan tingkah

memastikan keadil laku pelajar an kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. secara keseluruhan.

atau beberapa diukur. unit pembelajaran.

PROSES PELAKSANAAN

Persediaan ujian, pentadbiran

Proses pengujian dan merekod

Proses pembelajaran yang merangkumi

Proses pengukuran, proses


18

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


dan pemeriksaan. markah/gred. aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat. penganalisisan , proses interpretasi, melapor dan tindakan.

BENTUK

Pemerhatian, ujian, lisan dan bertulis.

Ujian bertulis dengan markah dan gred.

(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).

Jadual/gred berdasarkan teknik perangkaan.

19

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

RUMUSAN
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran, pentaksiran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utama pengujian ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar. Selain itu, untuk menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran yang tertentu. Hasil pencapaian dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan pengujian. Di samping itu, pengujian dapat menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajarannya dan dapat melatih pelajar sebagai persediaan untuk peperiksaan awam yang datang. Pengujian dapat menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di universiti. Penilaian di bilik kuliah dan makmal boleh membantu para pensyarah menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar. Manakala, pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan. Tujuan pengukuran adalah untuk menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara pelajar. Selain itu, pengukuran adalah untuk membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya. Malah, untuk pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai. Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan daripada keputusan pengukuran. Pengukuran juga adalah untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu
20

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


peringkat persekolahan. Bahkan, pengukuran juga sebagai rujukan criteria bagi pihak yang berkenaan untuk tujuan tertentu.Pengukuran dalam pendidikan pula merupakan suatu proses bagi memperoleh nilai kuantitatif untuk menentukan takat atau pencapaian pembelajaran pelajar. Berbanding dengan pentaksiran pula tujuan utamanya adalah sebagai

penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Malah, sebagai alat mencari punca kelemahan murid dan bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru. Pentaksiran juga menilai prestasi dan kemajuan pelajar, mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar dan

membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan. Serta membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar. Bahkan pentaksiran adalah untuk membuat klasifikasi atau pembahagian murid dan memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik serta memudahkan pihak yang bertanggungjawab membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan. Manakala, penilaian pula merupakan konsep yang paling menyeluruh. Ia merupakan proses taksiran perubahan tingkah laku pelajar melalui pengukuran secara kuantitatif dan berdasarkan maklumat kualitatif. Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal

penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.

21

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


Bukti empirikal pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian pensyarah terhadap keberkesanan pengajarannya. Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian dapat dirumuskan dalam Jadual 1.1.

22

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

PERBINCANGAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TRANSFORMASI PBS MENGGANTIKAN PEPERIKSAAN

23

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan transformasi dengan memperkenalkan sistem pentaksiran yang hoistik iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan pendidikan yang terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan atau exam oriented yang dikatakan kurang baik. Diperkenalkan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR 2016. Mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan PMR sepenuhnya pada 2014. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik. Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksanakan dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan didokumentasi. Antara kebaikan transformasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sistem ini mentaksir aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek(JERI).PBS member penekanan kepada kesemua aspek JERI.Ia akan mentaksir proses dan produk iaitu mengamal konsep assessment for learning dan assessment of leaning.PBS terdiri daripada empat komponen iaitu Pentaksiran pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik.Kesemua komponen ini ditadbir disekolah.

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Selain itu, kebaikan transformasi ini, melalui pentaksiran psikometrik adalah maklumat yang bersifat akademik dan peribadi diperlukan untuk membantu pembelajaran murid. Pentaksiran Psikometrik melengkapkan keperluan ini dengan mendapatkan data selain daripada pencapaian akademik. Maklumat yang memperihalkan kepelbagaian ciri peribadi dan potensi murid ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan murid untuk lebih memahami murid itu supaya pembelajaran boleh dipertingkatkan. Selain digunakan untuk mengenal pasti dan mengasah kebolehan atau bakat terpendam murid dapat dipertingkat dan dimanfaat manakala kelemahan murid dapat diperbaiki.

Pentaksiran Psikometrik boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran murid. Pentaksiran Psikometrik tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. Malahan, baik juga terhadap murid-murid yang mengikuti aliran agama kerana kerangka standard prestasi merangkumi penguasaan pengetahuan,kemahiran dan pengamalan adab tingkah laku. Jesteru, pentaksiran dilakukan untuk melihat perkembangan semua aspek pembangunan insan yang selama ini tidak ditaksir. Bahkan, peranan PAJSK dalam PBS juga membantu meningkatkan pencapaian murid dengan membekalkan maklumat sebagai pelengkap kepada kemenjadian murid yang seimbang dan harmonis, pencapaian, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum diambil kira sebagai sebahagia daripada wajaran 40% PBS untuk UPSR.

25

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Pengumuman Muhyiddin pada sesi penggulungan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) di Dewan Rakyat, lewat petang semalam, untuk memperkenalkan sistem pentaksiran berasaskan sekolah bagi menggantikan sistem peperiksaan adalah antara pendekatan yang mungkin diambil dalam memantapkan lagi sistem pendidikan negara. Melalui sistem itu yang sudah diamalkan di kebanyakan negara, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai oleh guru dan kemudian diukur pencapaiannya. Bagi ibu bapa, jaminan Muhyiddin bahawa pendekatan itu tidak akan menjejaskan pembelajaran iaitu cara guru mengajar dan murid belajar ketika ini sudah pasti memberi kelegaan kepada semua pihak. Pastinya pakar pendidikan, ahli akademik, guru dan ibu bapa ternanti-nantikan pelaksanaan sistem pentaksiran ini yang tidak lagi berorientasikan peperiksaan. Pengurangan tumpuan kepada peperiksaan membolehkan pelajar mempunyai lebih banyak masa diberikan kepada mata pelajaran tertentu serta kegiatan kokurikulum, sekali gus memberi kesan positif kepada keseluruhan sistem pelajaran. Kita percaya sistem pentaksiran ini dapat mencapai matlamat negara untuk melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi. Muhyiddin berkata, beliau bersetuju peperiksaan penting tetapi pemansuhan UPSR dan PMR dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek perbelanjaan mengurus, penggunaan sumber manusia dan mengurangkan beban tugas guru untuk mengendalikan peperiksaan. Beliau berkata, guru memberi banyak tumpuan untuk mencapai gred A cemerlang dan urusan sekolah juga banyak menjurus ke arah itu, menyebabkan tanggungan kerja bertambah yang turut membebankan pelajar.

26

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Disebabkan pencapaian diukur menerusi peperiksaan, ibu bapa yang prihatin terpaksa menghantar anak ke kelas tuisyen walaupun sekolah menyediakan sistem pembelajaran yang agak baik, kesannya, kos untuk tuisyen berbilion ringgit setiap tahun dan memberi keuntungan kepada pihak tertentu, katanya. Muhyiddin berkata , pengurangan peperiksaan juga memberi peluang guru dan murid memberi tumpuan kepada meningkatkan kemahiran insaniah, inovasi dan kreativiti. Sementara itu, beliau berkata, kementerian pada peringkat akhir kajian melaksanakan program permulaan sesi persekolahan formal daripada 6+ tahun kepada seawal 5+ tahun dalam usaha memastikan sistem pendidikan di negara ini seiring Plan Transformasi Negara (GPT) untuk mencapai modal insane bertaraf dunia. Katanya, kajian terperinci mendapati 95 peratus kanak-kanak sudah menguasai kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis) dan mempunyai kemahiran bersosial dengan rakan sebaya seawall umur lima tahun melalui pendidikan prasekolah. Kementerian juga mahu melahirkan modal insane berkemahiran dan kebolehpasaran bermula di peringkat prasekolah dengan merombak sistem pendidikan Teknik, Vokasional dan Kemahiran (pendidikan Voctech) supaya menjadi pendidikan arus perdana. Ini membabitkan penambahbaikan kurikulum pendidikan Voctech sedia ada melalui pengukuhan pendidikan daripada berasaskan pengetahuan kepada kemahiran supaya mencapai standard bagi memnuhi keperluan pekerjaan dan pasaran semasa,katanya.

27

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Seterusnya, guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Kebaikannya, portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran.Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai.Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.

28

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Guru Penyelaras PBS SK Taman Bukit Maluri, Cheong Oi Lai, berkata pendekatan baru ini membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur. Katanya, portfolio memudahkan guru menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan mereka dan cara mengatasinya. Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam. Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali, katanya. Beliau berkata, band satu peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya. Hal ini akan memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam kebolehan murid mengikuti pembelajaran dalam kelas dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan mereka. Di samping itu, proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balas dan sepadu. Sambil mengajar, guru membuat pentaksiran secara tidak formal kerana guru tahu menilai sama ada murid telah menguasai apa yang diajar atau belum.

29

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Selain itu, berdasarkan pentaksiran, guru tahu sama ada murid perlu mengulang balik atau mengambil langkah untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi. Pentaksiran berasaskan sekolah juga menggalakkan hubungan dua hala melalui peluang yang diberi kepada murid atau pelajar untuk bertanya dan seterusnya mendapat bimbingan dan penjelasan lebih lanjut tentang presasti yag ditunjukkan dan bagaimana meningkatkannya. Hal ini kerana maklum balas daripada pentaksir dapat diberikan terus kepada murid dan dengan kadar yang segera. Jika dilihat dari segi keburukan Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula ialah sistem ini membebankan guru hal ini kerana banyak fail-fail dan juga portfolio yang perlu guru uruskan untuk diperlihat kepada murid dan juga ibu bapa hasil pencapaian atau hasil kerja yang mereka lakukan sepanjang guru mengadakan ujian. Hal ini menyebabkan guru mengalami masalh kekangan masa kerana menghadapi tugas-tugas yang terlalu banyak sehingga kerja yang sepatutnya siap di sekolah perlu disambung dan dibawa ke rumah. Perkara ini menyebabkan guru-guru menghadapi masalah dari segi peribadi kerana menghadapi beban seperti yang disebut tadi. Bukan itu sahaja, malahan ada juga segelintir murid yang tidak mengikuti semua ujian yang dijalankan oleh guru dengan aktif. Walaupun semua murid diwajibkan untuk menyertainya namun masih ada juga murid yang ketinggalan dari segi pencapaian kerana kurangnya minat mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diadakan.

30

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Seterusnya, jika dilihat pula dari sudut sokongan dan dorongan ibu bapa. Masih ada juga ibu bapa yang kurang mengambil perhatian mengenai kepentingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini. Hal ini kerana, ada lagi ibu bapa yang masih inginkan anak-anak mereka berada di bawah tekanan peperiksaan berbanding PBS yang dianggap dapat mengelakkan murid-murid berada di paras tekanan untuk mendapatkan gred A dalam sebarang pencapain ujian. Sebagai ibu bapa, mereka memerlukan keputusan terbaik diambil kerajaan dalam situasi menang-menang, sekali gus tidak menjejaskan pembelajaran murid. Sudah pasti ibu bapa mahu melihat alternatif lebih baik jika UPSR dan PMR dimansuhkan, selain soal pengisiannya. Adakah kerja kursus akan diperkenalkan bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun seperti yang ada sekarang dan sistem pemarkahan yang akan diguna pakai dalam menilai prestasi murid dari setahun ke setahun? Ini adalah antara persoalan pokok yang perlu dijelaskan Kementerian Pelajaran bagi memberi gambaran awal mengenai sebarang transformasi sistem pendidikan yang bakal dilaksanakan. Kesimpulannya, transformasi ini merupakan pelengkap kepada proses transformasi sistem pendidikan negara. Transformasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menggantikan peperiksaan atau exam oriented mengupayakan penstrukturan sistem persekolahan. Di samping itu, kurikulumnya distruktur dalam bentuk modular yang dinamik sifatnya. Ini membolehkan kurikulum persekolahan menyerap sebarang bentuk pertambahan atau pengubahsuaian kandungan sesuai dengan keperluan semasa atau masa akan datang. Sistem Pentaksiran usaha ini dengan menjadikan pengalaman persekolahan yang tidak berorientasikan peperiksaan. Malah, perkembangan potensi murid ditaksir secara lebih menyeluruh merangkumi domain jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Kaedah pentaksiran melalui pendekatan berasaskan sekolah juga mengurangkan tekanan kepada murid, guru dan penjaga serta ibu bapa. Ini secara langsung menyediakan iklim dan pengalaman pembelajaran
31

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


yang menyeronokkan di kalangan murid. Kelangsungan daripada impak ini ialah sistem persekolahan mampu mengurangkan kecenderungan murid terlibat dengan gejala masalah disiplin dan jenayah. Pembangunan modal insan yang cemerlang intelek, sahsiah dan jati diri melalui Transformasi Kurikulum Persekolahan Kebangsaan dan SPPK secara kolektif akan menyediakan sumber guna tenaga yang diperlukan dalam menempuh cabaran dan keperluan negara dalam memacu negara ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020.

32

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU


33

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN
TAKSONOMI BLOOM (TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM ) Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

34

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


Aras Pengetahuan

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol. 2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. 3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan: Pelajar perlu menggunakan proses mental. Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru. Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah ata u betul.

35

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


Aras Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:

Penterjemahan Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

Mentafsir (Interpretasi) Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat. Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

Ekstrapolasi Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman Proses mental Maklumat asas telah diajar Perlu bahan atau alat komunikasi Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.

36

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


Aras Aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi Menggunakan proses mental aplikasi Soalan melibatkan tiga frasa iaitu Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Aras Analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis 1. Analisis unsur memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. 2. Analisis hubungan membuat perkaitan bukti dengan hipotesis. 3. Analisis prinsip pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

37

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis Soalan menggunakan proses mental analisis Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah. Situasi, dokumen perlu dianalisis Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.

Aras Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis. 1. Sintesis penyampaian menghurai dan menarik minat. 2. Sintesis himpunan satu himpunan perlakuan. 3. Sintesis cadangan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.

38

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Aras Penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

39

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) UNTUK UJIAN PROJEK BMM3103 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN Mata Pelajaran : B. MELAYU (PEMAHAMAN) Ujian Pertengahan Tahun TAHUN .

Bil

Kandungan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

Kata nama am Kata nama khas Kata ganti nama Kata hubung Ayat perintah Ayat Tanya Ayat seru Kata adjektif Kata sendi Kata bilangan Kata arah Kata Pemeri Sinonim Antonim Kata kerja Kata keterangan Ayat majmuk Penjodoh bilangan Penanda wacana

Pengetahuan / / /

Kefahaman

Aras Kemahiran Aplikasi Analisis /

Sintesis

Penilaian

Jumlah Item 2 1 1

Wajaran % 5 2.5 2.5 5 2.5 2.5 2.5 2.5 5 5 2.5 2.5 5 2.5 5 5 2.5 2.5 2.5 2.5 2.5 5 12.5 12.5

/ / / / / / / / / / / / / / / / / / / // / 10 25 10 25 / / 11 27.5 / / /

2 1 1 1 1 2 2 1 1

2 1 2

2 1 1 1 1 1

19. 20. Penjodoh

21. 22. Simpulan bahasa 23. Petikan 24.


(5 soalan) Petikan (5 soalan) JUMLAH ITEM Wajaran %

bilangan Kata ganda

/ / / 5 12.5 / 2 5 / / 2 5

2 5 5 40

100%

40

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

UJIAN OBJEKTIF ANEKA PILIHAN

41

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


Projek BMM3103 Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Ujian Penguasaan Tatabahasa dan Pemahaman Tahun 5 Masa : 45 minit Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga soalan 20

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah ini.

1. Abang Kamil bekerja sebagai ________ sistem di syarikat komputer. A juruanalisis B jurubahasa C juruacara D jurulatih

42

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


2. _________ duduklah dahulu, nanti saya panggilkan abang saya, kata Fitri kepada Irwan dan Fakrul. A Kita B Kami C Kalian D Mereka

3. Perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia itu akan diadakan di ________. A Dataran Merdeka B Taman Tasik Perdana C Stadium Nasional Bukit Jalil D Stesen Keretapi Kuala Lumpur

4. Wahai _________ penduduk, taatlah kepada perintah sultan! kata bendahara kepada penduduk kampung itu. A segala B pelbagai C sekalian D sesetengah

43

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


5. Sudah ________ Pak Cik Man terlantar di hospital kerana menghidap penyakit manis. A sehari B setiap C kelima D berhari-hari

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah ini.

6. Puan Maryam memberikan dua ________ buah rambutan dan dua _________ buah mangga epal kepada Ezzah. A ikat biji B tangkai biji C gugus butir D jambak butir

44

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


7. Pemuda itu __________ apabila pengemis itu meminta wang daripadanya. A tidur-tidur B bising-bising C segan-segan D marah-marah

8. Daniel terjatuh ke _______ longkang setelah terbabas ketika menunggang motosikal. A atas B sudut C dalam D tengah

9. __________ waktu malam, suasana di Kampung Makmur sungguh sunyi. A Di B Dari C Pada D Semenjak

45

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


10. Ustaz Fakhrul bercerita _______ pengalamannya ketika mengajar di sebuah sekolah di pedalaman. A dari B akan C kepada D tentang

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah ini.

11. Ibu jari kaki Adi __________ selepas tersepak akar kayu itu. A bangkit B bengkak C bongkok D bengkok

46

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


12. Suara penyanyi terkenal itu sungguh _________ hingga memukau para penonoton di dewan itu. A manis B garau C merdu D sumbang

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini.

13. Ghazali __________ Jalur Gemilang sebaik-baik sahaja dia menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest. A mengibarkan B mengibaskan C menggerakkan D menggoyangkan

47

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


14. Anuar mengikut pak ciknya __________ sotong di tengah laut. A memikat B menjerat C mencandat D memancing

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah ini.

15. Air kopi yang dibuat oleh kakak ini _________ pahit. A akan B agak C kelak D bukan

48

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


16. Mengapakah Cikgu Wan Zul masih _________ tiba lagi? tanya Guru Besar kepada Guru Penolong Kanan Satu. A belum B betapa C Sebentar D Sedangkan

17. Salina meluahkan ___________ nya kepada Husna kerana dia yakin bahawa Husna dapat memberikan nasihat yang baik kepadanya. A iri hati B isi hati C jauh hati D sampai hati

49

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah ini.

18. ___________ merokok di kawasan ini, tegur pengawal keselamatan itu kepada lelaki itu. A sila B Minta C Jangan D Jemput

19. Abang sulung saya bekerja sebagai ___________ di syarikat pembinaan itu. A olahragawan B mahasiswa C pramugara D jurutera

50

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


20. Ibu __________ apabila melihat sayur-sayuran segar yang dijual di Pasar Ringlet itu. A ketam batu B telinga nipis C serkap jarang D rambang mata

21. __________, adindaku, janganlah merajuk! A Eh B Oh C Cis D Wah

22. Tujuan saya menyimpan wang di dalam bank ____________ untuk membiayai pengajian sarjana saya di Universiti Putra Malaysia. A juga B ialah C adalah D memang

51

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


23. Saya berharap ___________ kamu selamat dalam perjalanan ke sana,kata Luisa kepada Gina. A agar B sejak C selama D biarpun

24. Budak perempuan yang ____________ itu berjalan bagai itik pulang petang. A gemuk gedempol B tinggi melangit C kurus kering D kecil molek

25. Ramesh sering kali didenda kerana ponteng sekolah. __________, dia masih tidak serik dengan mengulangi perbuatannya itu. A Namun begitu B Di samping itu C Tambahan pula D Lebih-lebih lagi

52

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


26. __________ keluarga Pak Long, ___________ keluarga Pak Ngah pun akan turut serta dalam rombongan itu. A Semakinsemakin B Daripadalebih baik C Sedangkanapatah lagi D Bukan sahajatetapi juga

Soalan 27 dan Soalan 28 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 27. Kak Nani berjaya mengalahkan pencapaian para pelajar dari negara-negara lain. A melebihi B melepasi C mengatasi D menjangkau

28. Walaupun harganya murah, namun barang elektrik itu berkualiti. A bernilai B berguna C bermutu D berharga

53

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


Soalan 29 Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. 29. Cerita drama itu mengisahkan kesengsaraan hidup yang dialami oleh sebuah keluarga yang miskin. A kelegaan B keamanan C Keselamatan D kesejahteraan

30. Mengapakah pemandu kenderaan itu disaman? Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas. A Beliau telah disaman pada pagi tadi. B Beliau telah disaman oleh polis trafik. C Beliau telah menyaman polis trafik itu. D Beliau menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

54

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

31. Di manakah sepupu Khuwailid tinggal? A Negeri Kedah B Negeri Johor C Negeri Selangor D Negeri Sembilan

55

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


32. Apakah peranan pawang dalam tarian kuda kepang? A Mengetuai para penari membuat persembahan. B Mengajar penari-penari membuat tarian. C Mengawal keadaan penari yang naik berang.

33. Mengapakah Khuwailid menulis surat ini? A Untuk menceritakan pengalamannya menyaksikan tarian kuda kepang. B Untuk menceritakan pengalaman menarikan tarian kuda kepang. C Untuk menceritakan kemeriahan majlis perkahwinan itu. D Untuk menceritakan kegiatan kebudayaan di kampung.

34. Mengapakah penonton dilarang memakai pakaian berwarna terang? A Boleh menjejaskan tumpuan para penari. B Penari-penari tidak suka akan warna terang. C Pakaian berwarna terang hanya dipakai oleh para penari. D Mengelakkan diri dikejar oleh penari yang naik berang.

56

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


35. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas. A Uzair ialah sahabat pena Khuwailid. B Tarian kuda kepang terkenal di negeri Johor. C Khuwailid dan sepupunya menari tarian kuda kepang. D Tarian kuda kepang dipersembahkan dalam kumpulan.

57

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

36. Bagaimanakah cara mengekalkan persahabatan? A Saling membenci. B Saling meninggi diri. C Saling mementingkan diri. D Saling memahami dan bersatu.

37. Kawan sejati ialah kawan yang A sentiasa bersama semasa susah. B sentiasa bersama semasa senang. C sentiasa meminta pertolongan orang lain. D sentiasa bersama semasa senang dan susah.
58

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


38. Dalam rangkap kedua, kita dinasihati supaya A melaga-laga kawan. B sentiasa bekerjasama C tidak menghormati kawan. D tidak menghiraukan kawan.

39. Pada pendapat kamu, mengapakan kita mesti mempunyai banyak kawan? A Supaya hidup kita menjadi senang. B Supaya tidak diejek oleh masyarkat C Supaya dapat bertukar-tukar pendapat. D Supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

40. Simpulan bahasa kera sumbang bermaksud A tidak jujur. B panduan hidup. C suka menolong orang. D suka mengasingkan diri.

59

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH JAWAPAN


1. A 2. C 3. C 4. C 5. D 6. A 7. D 8. C 9. C 10. D 11. B 12. C 13. A 14. C 15. B 16. A 17. B 18. C 19. D 20. D 21. B 22. C 23. A 24. A 25. A 26. D 27. C 28. C 29. D 30. D 31. B 32. C 33. A 34. D 35. C 36. D 37. D
60

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


38. B 39. C 40. D

61

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

LAPORAN / CATATAN PENGALAMAN MENYEDIAKAN ITEM DAN MENTADBIR UJIAN

62

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Sepanjang saya menyediakan item dan mentadbir ujian ini saya dapati bahawa saya masih lagi belum menguasai sepenuhnya cara untuk membina soalan item yang tepat. Tetapi hasil daripada pencarian maklumat dan juga perkongsian maklumat oleh pensyarah dan juga rakan-rakan saya dapat juga menghasilkan soalan aneka pilihan sebanyak 40 item. Selepas sahaja mendapat maklumat mengenai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) melalui tutorial dan juga kuliah, saya dapat pengetahuan baru mengenai JSU. Hal ini kerana prosesnya yang memerlukan saya mencatat kandungan JSU yang merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan. JSU dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian. Dengan itu JSU dapat membantu penggubal membina item soalan kerana ujian tidak dibina secara sembarangan supaya dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. JSU adalah panduan kepada penggubal soalan dan menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa. Dalam penghasilan JSU kita perlu pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji. Kemudian, Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran dan kemudian bina carta dua hala. Seterusnya, tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran dan tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid . akhir sekali, semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan sama ada menepati kehendak objektif kurikulum. Setelah JSU siap dibina, barulah soalan item yang mengandungi 40 soalan dapat dilaksanakan. Pelbagai sudut perlu saya teliti. Contohnya, soalan perlulah mengikut aras yang ditetapkan dengan menggunakan panduan nisbah 5:4:1 bermakna aras soalan mudah yang perlu disediakan ialah 20 soalan, soalan sederhana ialah 16 soalan dan soalan sukar sebanyak 4 soalan sahaja. Seterusnya, soalan perlulah mengikut aras yang telah siap dicatat di dalam JSU tadi mengikut tahap Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

63

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Soalan mengikut aras juga satu cabaran yang perlu dihadapi supaya menepati ciri-ciri soalan yang baik. Malahan soalan juga perlu mengikut panduan yang betul antaranya, jawapan perlulah dari ayat panjang ke pendek atau dari pendek ke panjang supaya kelihatan teratur. Seterusnya soalan yang ada tempat kosong di akhir ayat memerlukan ejaan jawapan yang dimulai daripada huruf kecil dan jika soalan ada tempat kosong di bahagian permulaan ayat, maka jawapan perlulah dimulai dengan huruf besar. Banyak lagi panduan soalan yang perlu dipatuhi. Jadi saya perlu mengikuti kehendak panduan itu supaya saya dapat meningkatkan kemahiran membina soalan untuk diaplikasikan pada masa hadapan. Seterusnya, saya menjalankan ujian tatabahasa dan pemahaman yang saya bina itu di Sekolah Kebangsaan Pantai, Seremban. Sebelum saya dan rakan yang lain diberi ruang untuk mengadakan ujian tersebut. Saya perlu berjumpa dengan Ketua panitia Bahasa Melayu untuk memberi penjelasan mengenai aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang perlu saya lakukan. Selepas mendapat kelulusan daripada Ketua Panitia Bahasa Melayu, saya dan seorang lagi rakan diminta untuk bertemu dengan Guru Kelas 5 Bestari untuk mengadakan ujian tatabahasa dan pemahaman tersebut di kelas beliau. Maka, kami membuat temu janji bersama guru kelas tersebut. Beliau memberi kami ruang untuk mengadakan ujian tersebut pada hari Khamis. Setelah itu, saya meminta sedikit maklumat daripada guru tersebut untuk mendapatkan contoh soalan ujian yang selalu diadakan di kelas tersebut. Setelah mendapat contoh daripada guru tersebut, saya dan rakan membuat muka depan soalan berdasarkan panduan soalan sekolah tersebut.

64

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Pada hari Khamis, saya dan rakan masuk ke kelas 5 Bestari untuk mengambil alih tugas guru bahasa Melayu tersebut dan meneruskan ujian tatabahasa dan pemahaman seperti yang telah dirancang. Kemudian, setelah soalan yang mengambil masa selama 45 minit itu siap dijawab, saya mengumpul kembali soalan tersebut untuk melaksanakan tugasan yang seterusnya iaitu menyediakan laporan post mortem. Hasil daripada ujian tersebut saya dapati murid-murid Tahun 5 Bestari menjawab dengan begitu baik sekali. Hal ini kerana, kebanyakan antara 12 orang yang melaksanakan ujian tersebut 9 daripadanya mendapat gred A. Manakala selebihnya iaitu 3 orang mendapat gred B. Ujian tatabahasa dan pemahaman yang buat pertama kalinya saya bina ini memberi saya ruang dan pengalaman untuk saya aplikasikan pada masa akan datang. Hal ini kerana pembinaan item soalan amat diperlukan di sekolah nanti. Malahan, kemahiran atau maklumat yang saya dapati kini akan dapat dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Konklusinya, saya amat teruja melalui pengalaman dalam menyediakan item dan mentadbir ujian tersebut kerana tugasan yang dilakukan ini merupakan pengalaman pertama yang pernah saya lalui sekaligus meningkatkan kemahiran saya dalam pembinaan soalan.

65

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

LAPORAN POST MORTEM


66

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


LAPORAN POST MORTEM UJIAN BMM3103 SEPTEMBER 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI

1. NAMA SEKOLAH 2. SUBJEK 3. KEPUTUSAN

: : :

SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI BAHASA MELAYU

SENARAI NAMA TAHUN 5 BESTARI : BIL. 1. 2. 3. 4. NAMA ABDUL WAHAB BIN RASHIDI FARRA NAZATUL AIN LUQMAN HAKIM NURUL SYAMIMI BINTI SUKRI 5. 6. AHMAD IMAN MUSTAQIM SITI NUR AQILAH SHAFIQA BINTI MOHD ROZY 7. NUR ALIAH FARHANA BINTI RAZMAN 8. ARIF HAKIMI BIN AB. RAHMAN 9. MUHAMMAD HAIRUL RIDZWAN BIN SAMSOL 10. NURUL AFFIQAH BINTI MOHD DAN
67

MARKAH 75 78 85 78

GRED B B A B

95 90

A A

80

95

90

83

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


11. NURHASLINDA BINTI ABU HASSAN 12. MUHAMMAD HILMI FITRI BIN HARUN 75 B 83 A

KEPUTUSAN UJIAN SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KEPUTUSAN 5 BESTARI 9 A B 3 C 0 D 0 LULUS 12 JUMLAH 12

PERATUS
80 70 60 50 40 30 20 10 0 A B C D GRED

68

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


Seramai 12 orang pelajar mengambil UjianPenguasaan Tatabahasa dan pemahaman Bahasa Melayu. Berdasarkan kepada analisis ujian didapati keputusan calon yang mendapat gred A seramai 9 orang (75%) manakala gred B seramai 3 orang (25%), manakala tiada pelajar yang mendapat gred C atau D yang dicatatkan. Kelulusan keseluruhan lulus adalah seramai 12 orang iaitu 100% dan senarai keputusan adalah seperti di bawah :

GRED BIL PELAJAR PERATUS A - 9- 75% B - 3- 25% C-0-0 D-0-0 4. KEKUATAN 5. KELEMAHAN : :

Pelajar telah membuat menjawab dengan teliti dan baik. Pelajar telah menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa ujian dibuat. Pelajar telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap matapelajaran ini. Pelajar telah menguasai sukatan matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 5. Pelajar telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam latihan atau pendedahan bentuk kertas soalan sebenar.

Sikap pelajar yang kurang berminat membaca dan tidak mahu membuat hafalan. Tidak menguasai KBKK. Lemah dalam membuat penilaian yang tepat pada soalan. Kurang bersedia dari awal. Tidak menguasai sukatan pelajaran Bahasa melayu Tahun 5 untuk diaplikasikan pada soalan.
69

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


6. TINDAKAN SUSULAN :

Bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar, adalah diharap guru-guru sentiasa memberi perangsang dan semangat kepada pelajar untuk lebih cemerlang dalam mata pelajaran ini. Antara strategi yang digariskan untuk membantu pelajar ini adalah seperti di bawah : Membuat latih tubi soalan-soalan yang berteraskan buku teks dan membuat latihan daripada pelbagai rujukan dan buku. Membuat P&P secara berkumpulan. Membuat kelas tambahan untuk pelajar menguasai sukatan pelajaran Tahun 5. Pelajar membuat nota ringkas dan peta minda.

70

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, akhirnya tugasan projek BMM3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini dapat disiapkan dengan jayanya. Sepanjang saya melakukan tugasan projek ini saya dapati pemahaman saya terhadap konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian semakin meningkat. Malahan, saya dapat belajar untuk membina Jadual Spesifikasi Ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu. Saya juga turut bertuah kerana ketika menjalani PBS di sekolah Kebangsaan Pantai, Seremban saya telah berjaya menjalankan satu ujian yang saya buat sendiri untuk dijawab oleh murid-murid Tahun 5. Maka, hasil daripada ujian yang telah saya jalankan terhadap murid-murid tersebut saya dapat pengalaman dan pengetahuan baru untuk saya aplikasikan pada masa hadapan. Seterusnya, dapatan daripada ujian yang saya lakukan saya perlu menyediakan laporan post mortem. Melalui daripada post mortem itu saya dapat melihat peratus dan juga keputusan menyeluruh yang dapat dilihat dengan jelas untuk kita tafsir kesahihan dan kebolehpercayaan ujian.

71

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


Kesimpulannya, saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk melakukan tugasan projek yang sangat menarik ini. Selain dapat menghurai konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian, saya juga dapat memahami aspek-aspek dalam penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) serta mentadbir ujian dan menganalisis skor ujian. Sekian, terima kasih.

72

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

BUKU : Abdullah Junus ( 1992). Taksonomi Objektif Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Ahmad (2009). Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Selangor : Meteor doc. Sdn. Bhd. Lee Shok Mee dan Mok Soon Sang (1989). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2003). Siri Pendidikan Perguruan Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ee Ah Meng (2002). Pedagogi 4 Edisi Kedua (Semester 4). Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

73

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


SURAT KHABAR : (2011). Kurangkan Tekanan Peperiksaan, dilayari pada 1. 9. 2011. Didapati daripada WORLD WIDE WEB : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan_bina modalinsanberkesan/Article/print_html INTERNET : (2011). Laporan Post mortem, dilayari pada 1. 9. 2011. Didapati daripada WORLD WIDE WEB : http://panitiasejarahsbpis.blogspot.com/2009/01/laporan-post-mortemkeputusan-pmr.html (2011). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) , dilayari pada 5. 9. 2011. Didapati daripada WORLD WIDE WEB : http://pkgsp.org/v11/index.php?option=com_content&view=article&id=195:penerangantentang-pentaksiran-berasaskan-sekolah&catid=36:artikel&Itemid=92 (2011). Pentaksiran Berasaskan Sekolah, dilayari pada 5. 9. 2011. Didapati daripada WORLD WIDE WEB : http://skbukitjelutong.edu.my/main/wpcontent/uploads/2011/01/PENTAKSIRANBERASASKANSEKOLAH.pdf

74

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


BORANG KOLABORATIF
NAMA KUMPULAN SUBJEK PENSYARAH : : : : HIDAYATUL ISMA BINTI SUMADIN PISMP JANUARI 2011 BMM3103 ENCIK SUHEMI BIN ABDUL

TARIKH 24 julai 2011 -

TAJUK Penyerahan tugasan projek bmm 3103 pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah. pencarian maklumat. Pengumpulan maklumat dari pusat sumber. Pembinaan soalan dan item ujian. Ujian dilaksanakan di sekolah ketika pengalaman berasaskan sekolah (pbs). Melengkapkan tugasan projek.

TANDATANGAN

10 0gos 2011

15 ogos 2011

22 ogos 2011

8 september 2011

10 september 2011

75

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH


14 september 2011 Menghantar tugasan projek.

76

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2011 SEKOLAH RENDAH

77

Anda mungkin juga menyukai