Anda di halaman 1dari 2

PEMASARAN Delta Zhulian Marketing Sdn Bhd kini beroperasi di Bandar Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Di sini kami menjual pelbagai jenis barangan kemas saduran emas serta menawarkan khidmat penyaduran semula untuk semua pelanggan sekali bagi setiap tahun. Sasaran pasaran Delta Zhulian marketing Sdn Bhd menyasarkan sasaran pasaran kepada dua kelompok iaitu kelompok pertama adalah sasaran kepada individu dan kelompok kedua sasaran kepada syarikat-syarikat perniagaan lain, organisasi yang mahu menjadi pengedar kepada barangan kemas saduran emas rekaan kami untuk dipasarkan secara katalog ke seluruh negari di Malaysia. Sasaran kepada individu adalah masyarakat di Bandar Bayan Lepas dan penduduk-penduduk sekitarnya. Syarikat kami akan menetapkan sasaran pasaran yang besar dan meluas ke seluruh negeri melalui organisasi yang mahu menjadi pengedar untuk mempromosikan serta menjual barangan kami bagi setiap negeri seluruh Malaysia. Bentuk saluran pengedaran Bentuk saluran pengedaran adalah secara terus iaitu melalui pengedar setiap negari dan penjualan produk terus kepada pelanggan. Di Delta Zhulian, kami telah mengaplikasikan satu sistem pengkomputeran yang unik dan efektif untuk membungkus dan menangani jumlah stok yang besar setiap hari. Jabatan pengedaran bertanggungjawab mengasingkan setiap produk mengikut katagori, membungkus dan menandakan mereka untuk diedarkan ke pelbagai destinasi. Tanda harga dan keselamatan, kotak menarik dan uncang penyimpan disediakan bersama dengan dokumentasi berkaitan untuk mengawal setiap peringkat pengedaran.

Halangan dalam sasaran pasaran Halangan kebiasaan dan tradisi. Ini adalah kerana masyarakat lebih cenderung untuk memiliki barangan emas yang asli daripada memiliki barangan kemas yang hanya kelihatan cantik sementara. Pandangan masyarakat terhadap kualiti dan ketulenan sesuatu barangan yang lebih penting walaupun mereka dibebani masalah wang untuk memiliki barangan tersebut. Langkah mengatasi Delta Zhulian marketing Sdn Bhd akan membuat promosi secara berterusan kepada masyarakat untuk menarik perhatian mereka dengan rekaan-rekaan menarik barangan kemas kami dengan harga yang sangat rendah untuk dimiliki berbanding dengan tawaran harga rekaan barangan kemas yang tulen yang lebih mahal dan yang sukar untuk dimiliki. Kami akan mengadakan demontrasi produk kami kepada masyarakat untuk membuktikan kepada mereka bahawa barangan kemas saduran emas milik kami sukar untuk luntur warnanya sepanjang tempoh 10 bulan yang pertama walaupun dipakai secara kerap. Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk saduran semula kepada semua pelanggan kami dan meyakinkan mereka dengan memberikan kad Penyaduran semula Delta Zhulian yang boleh digunakan sekali bagi setiap tahun.

Anda mungkin juga menyukai