Anda di halaman 1dari 11

RINGKASAN EKSEKUTIF Pengenalan DELTA ZHULIAN MARKETING SDN.

. BHD merupakan sebuah syarikat yang mencipta keunggulan dalam barangan kemas saduran emas. Delta Zhulian amat berkemahiran dalam menghasilkan barangan kemas saduran emas yang memenuhi kehendak pelanggan serta mengikut trend atau aliran pasaran semasa. Delta Zhulian menghasilkan produl barangan kemas saduran emas di bawah jenama peribadi untuk pelanggannya dan juga produk untuk pelbagai jenama utama barangan kemas dengan ketinggian kualiti mengagumkan. Berdasarkan keunikan kemahiran dan seni pertukangan kakitangan Delta Zhulian, keunggulan kualiti produk dan pengetahuan kakitangan kami yang mendalam di dalam industri perbuatan ini, Delta Zhulian amat yakin dan optimis sekali dalam mencipta suatu tahap kecemerlangan yang baru dalam apa jua bidang di terokai. Sebagai pengeluar barangan kemas saduran emas yang terkenal dengan reka bentuk barangan kemas berkualiti tinggi yang menjadi pilihan kerana kreativitinya yang berseni, keindahan fesyennya dan ketinggian kualiti produknya. Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1956.

Modal diperoleh dari simpanan rakan kongsi iaitu seramai 5 orang. Modal keseluruhan berjumlah RM300,000 yang mana setiap rakan kongsi mengeluarkan sebanyak RM60,000.

Diterajui oleh Syaheli Binti Mohd Hata, Noorhana Binti Tukiran, Nor Al-Fatihah Binti Zainal Abidin, Isnaini Binti Hatirin dan Nor Jannah Binti Ariffin.

Lokasi Delta Zhulian Marketing Sdn.Bhd membuka syarikatnya di Bandar Bayan Lepas.

Pemilihan lokasi kami adalah berdasarkan kawasan yang strategik iaitu yang terletak di tengah-tengah Bandar Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pelan : Delta Zhulian Marketing Sdn.Bhd

Operasi Delta Zhulian Marketing Sdn.Bhd mengeluarkan pelbagai jenis barangan kemas yang sebahagian besarnya datangnya daripada penyaduran saduran berkualiti unggul dan berteknologi tinggi. Barangan kemas yang ditawarkan adalah dari pelbagai bentuk. Ia tidak dikhususkan untuk wanita dewasa sahaja tetapi juga mempunyai rekaan yang unik yang sesuai dengan remaja dan kanak-kanak pada masa kini. Barangan kemas Delta Zhulian adalah sentiasa memenuhi kehendak dan citarasa wanita. Delta Zhulian menyediakan khidmat kepada pelanggan yang tidak mampu membeli barangan kemas asli serta menyediakan penyelupan emas kembali kepada pelanggan yang mana barangan kemasnya yang sudah pudar warna. Pesanan boleh dibuat melalui internet www.Delta Zhulian.com.my.

Kelebihan Barangan Kemas Delta Zhulian Delta Zhulian adalah satu-satunya perniagaan yang menjalankan perniagaan barangan kemas saduran emas sekaligus menawarkan khidmat saduran semula barangan kemas kepada pelanggan. Kedudukan syarikat pesaing yang tidak strategik dan terlalu jauh membantu syarikat kami beroperasi dengan lancar.

Cara Mencapai Kejayaan Pengasas Delta Zhulian Marketing Sdn Bhd memilih konsep Kilauan Mempesonakan Memperkenalkan pelbagai jenis barangan kemas seperti rantai, cincin, subang, gelang tangan, rantai kaki dan kerongsang kepada wanita yang sukakan kilauan. Jujur dan berhemah dalam menguruskan syarikat.

Sentiasa mengingati Allah Taala dan momohon agar diberikan keuntungan yang berlipat kali ganda.

ASPEK KEWANGAN

Aset, Tanggungan dan Ekuiti i. Jumlah Harta Kos Projek Sedia Ada (RM 000) Tanah dan Bangunan Kenderaan Peralatan Pejabat Peruntukan Luar Jangka Perbelanjaan Pra Operasi Modal Pusingan Jumlah RM10,000 RM20,000 RM139,000 RM15,000 RM40,000 RM167,000 25,000 60,000 14.3 14.3 RM8,000 RM7,000 RM9,000 RM8,000 17,000 15,000 14.3 14.3 3 ekar = RM 4,000 2 buah van = RM 90,000 RM90,500 180,500 14.3 RM 4,500 Tambahan Jumlah RM 000 5,500 % 14.3

Kos Projek

298,000 100

Sumber Pembiayaan Kos Projek Modal Berbayar Untung Terkumpul Pinjaman Bank Lain-lain (nyatakan) Jumlah RM140,000 RM120,000 260,000 100 RM80,000 RM40,000 RM10,000 RM60,000 90,000 100,000 33.3 33.3 Sedia Ada (RM 000) RM 20,000 Tambahan (RM 000) RM50,000 Jumlah RM 000 70,000 % 33.3

Pengiraan tunai untuk menampung operasi selama 3 bulan pertama seperti berikut:

Gaji Sewa Sewa hawa dingin Telefon Air/ Elektrik Pemasaran & Promosi Lain-lain

RM21,000 RM9,600 RM1,200 RM1,500 RM2,100 RM2,700 RM2,900

Prestasi Jangkaan

I. Syarikat dijangka dapat mencatatkan jualan sebanyak RM432,740.00 pada tahun pertama. Purata jualan sebanyak RM36,062.00 sebulan adalah bersesuaian dengan pembukaan syarikat yang masih baru. II. Syarikat dijangka mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM78,821.00 pada tahun pertama operasi diikuti dengan RM77,891.00 dan RM84,610 pada tahun kedua dan ketiga. Ini memberikan pulangan atas pelaburan yang amat menarik. III. Unjuran aliran wang tunai menjangkakan firma mempunyai lebihan wang tunai yang mencukupi untuk membayar faedah serta pokok pinjaman. IV. Kedudukan unjuran ke atas nisbah semasa menjangkakan firma berkeupayaan untuk membayar semua hutang semasanya dengan selesa. Dengan ini masalah ketidaktunaian dijangka tidak akan berlaku. V. Kedudukan unjuran titik pulangan modal berada pada tahap sekitar 70% daripada jualan menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh firma mempunyai nilai sumbangan yang tinggi.

ANTARA CONTOH BARANGAN ZHULIAN YANG DIKELUARKAN OLEH SYARIKAT DELTA ZHULIAN MARKETING SDN.BHD.

OPERASI PENGELUARAN

Penggunaan Bahan Mentah Utama Di antara bahan-bahan mentah utama adalah seperti berikut : Jenis Bahan Mentah Getah Bersilikon Larutan Serbuk Pembauran ( investment powder) Acuan logam Saduran Emas Saduran Rhodium Basuhan Kimia Basuhan Elektrolisis 8 15 15 10 10 180 370 370 280 280 Kuantiti yang digunakan sebulan 12 10 Jumlah Kos Sebulan 250 100

Senarai Kakitangan

Jawatan Suntikan Lilin Pembentukan Acuan Logam Pembuatan Rantai Tempaan Pemasangan Pengukiran Pemasangan Permata Penggilapan Penyaduran Penyelidikan Perkembangan Kawalan Mutu Pengedaran

Gaji Seorang (Sebulan) RM1200 RM1200 RM1350 RM1350 RM1400 RM1450 RM1300 RM1300 RM1300 RM3500 RM2300 RM2500

Bilangan 2 2 3 3 2 2 3 3 2 2 1 2

Jumlah Gaji (Sebulan) RM2400 RM2400 RM4050 RM4050 RM2800 RM2900 RM3900 RM3900 RM2600 RM7000 RM2300 RM5000

&

KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH PENGAJIAN ISLAM PENGANTAR PEMBANGUNAN USAHAWAN (AG 3032)

NAMA PENSYARAH: EN MUHAMMAD HAFIZ BIN DATO HAJI YAAKUB NAMA AHLI SYARIAH 6: SYAHELI BINTI MOHD HATA (PID06347) NOORHANA BINTI TUKIRAN (PID06225) NOR AL-FATIHAH BT ZAINAL ABIDIN (PID06226) NAMA AHLI SYARIAH 3: ISNAINI BINTI HATIRIN (PID06357) NOR JANNAH BINTI ARIFFIN (PID06247) TAJUK : RANCANGAN PERNIAGAAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG / TAHUN 3 (2008/2009)