Anda di halaman 1dari 9

Merancang Kejayaan Penulisan Komuniti OKU Berpendidikan Tinggi

Kertas Kerja Merancang Kejayaan Penulisan Komuniti OKU Berpendidikan Tinggi

Pembentang ZAMRI MOHAMAD Pembangun Latihan Penulisan Komersial kursuspenulisan.com

Abstrak Industri buku dalam bahasa Melayu melalui peningkatan yang mendadak pada setiap tahun. Melalui penambahan penerbit tempatan, rangkaian kedai buku, pengedar-pengedar dan pertambahan pesta buku peringkat nasional dan negeri, kek industri ini semakin dikongsi oleh para penulis secara professional dan konsisten. Situasi industri buku yang semakin konsisten dari aspek penerbitan tidak dirai secara terancang dan berstruktur oleh komuniti orang kurang upaya (OKU) berpendidikan tinggi. Penulisan secara professional OKU bagi memenuhi keperluan industri buku tempatan adalah kaedah mengurus persepsi masyarakat dan meningkatkan daya produktiviti kumpulan OKU berpendidikan tinggi. Melalui model pengurusan kejayaan penulisan, komuniti OKU dapat menguasai komponen 3P iaitu, penulis, penulisan dan pemasaran secara bertahap dan menjadi satu cabang penting kepada sumbangan intelektual secara komersial di negara ini.

Merancang Kejayaan Penulisan Komuniti OKU Berpendidikan Tinggi

Pengenalan Laporan berita, Malaysia perlu terbit 27,000 judul buku (Utusan, 2009) menyebut, ukuran penerbitan dalam negara diambil kira bagi mencapai status negara maju. Malaysia mesti mencapai kuantiti penerbitan minima sejumlah 27,000 judul setahun bagi memenuhi keperluan 27 juta penduduk negara. Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Hasan Hamzah membuat anggaran RM300 juta diperlukan sebagai suntikan industri. Sehingga tahun 2010, jumlah buku umum yang diterbitkan adalah 10,000 judul. Vinutha Mallya (2005) menyebut, sejumlah 500 penerbit berdaftar di Malaysia. Jumlah ini adalah peningkatan yang mendadak bagi memenuhi kehendak industri buku.

Situasi permintaan lawan penawaran Situasi yang dihadapi oleh penerbit-penerbit tempatan adalah kekurangan penulis profesional yang dilatih secara teori dan praktikal yang dapat memenuhi keperluan pasaran terbuka. Percubaan demi percubaan dilakukan oleh penerbit-penerbit tempatan bagi menambah jumlah penulis tempatan yang dapat memenuhi slot-slot yang kosong dalam pelbagai genre. Ini dilakukan melalui latihan penulis di bawah rumah penerbitan berdasarkan genre yang dimahukan. Slot-slot kosong ini menjadi ruang dan peluang kepada para penulis OKU bagi membina platform kredibiliti secara langsung. Melalui pengurusan kejayaan penulisan, mereka dapat merancang harta intelek mereka, ia menjadi satu kerjaya profesional.

Merancang Kejayaan Penulisan Komuniti OKU Berpendidikan Tinggi

Kajian kes penulis Penulis OKU penglihatan Penerbitan Karna Dya yang ditubuhkan pada tahun 2005 merintis kepada pembangunan penulis OKU secara profesional. Pada tahun 2010 buku berjudul Tiru Macam Saya ditulis oleh Dr Wong Huey Siew. Buku tulisan Dr Wong, penulis OKU penglihatan memfokuskan kepada mitos dan konsep percaya kendiri (self esteem). Ia dikategorikan sebagai buku urus diri. Dr Wong merupakan pensyarah di Open University Malaysia dan pernah menerbitkan buku berjudul Persekitaran pembelajaran bagi pelajar cacat penglihatan di sekolah menengah pendidikan khas dan program integrasi di bawah Institut Social Malaysia pada tahun 2006. Penulis OKU fizikal Yue (1999) mendedahkan seorang penulis bernama Hirotada Ototake, seorang penulis OKU fizikal yang menulis buku berjudul Gotai fumanzoku atau No Ones Perfect. Guru yang ketiadaan tangan dan kaki akibat sindrom tetra-amelia mengalihkan penceritaan diri kepada bentuk penulisan jibunsyi. Ia adalah autobiografi yang ditulis oleh individu itu sendiri ketika masih hidup. Percubaan penerbitan jibunsyi dilakukan oleh PTS Media Group, dahulu dikenali sebagai PTS Publication and Distributors. Ainon Mohd (2006) menyatakan tujuh buah novel jibunsyi diterbitkan oleh PTS dan dipasarkan ke pasaran kedai buku terbuka. PTS juga menjadi medium penerbitan penulis OKU bagi menerbitkan buku mereka. S. Rafidah H. Basri yang merupakan OKU fizikal telah menulis dan menerbit empat buah buku bermula pada tahun 2008 sehingga 2011. Rekod yang sama diusahakan oleh PTS melalui penerbitan buku tulisan Hamedah Wok Awang, penulis OKU fizikal yang merupakan pensyarah maktab perguruan dan penerima anugerah pengetua cemerlang (Ainon, 2007) Empat judul buku meliputi buku non fiksyen dan fiksyen. Buku non fiksyen yang ditulis adalah Sinergi dalam Pembangunan Sekolah dan Sekolah sebagai Pembangun Modal Insan. Buku-buku non fiksyen beliau adalah Cerita-Cerita Motivasi untuk Guru dan Cerita-Cerita Motivasi untuk Pelajar
3

Merancang Kejayaan Penulisan Komuniti OKU Berpendidikan Tinggi

Merancang kejayaan penulis Pembangunan penulis OKU berpendidikan tinggi mengambil kira tiga komponen yang menjadi asas kepada penghasilan buku yang memenuhi kejayaan buku di pasaran. Komponen penulis, penulisan dan pemasaran adalah komponen yang dikuasai oleh mana-mana penulis bagi merancang kejayaan karya. Komponen ini menjadi struktur kejayaan kepada mana-mana institusi yang merancang kepada penerbitan secara konsisten dalam pasaran terbuka bagi mendukung idea penulis OKU sampai kepada pembaca. Komponen Penulis, Kenal Diri Disiplin penulis di peringkat akademik dilatih semula dalam acuan penulisan komersial bagi menghidupkan potensi karya dalam pasaran. Penulis juga mempunyai kecenderungan membaca yang konsisten. Ini dapat dilihat melalui tingkah laku pembelian buku dan kewujudan perpustakaan di rumah. Ini mendorong kepada keperluan memori bahasa yang dibina secara berperingkat melalui pembacaan. Faktor aptitude memainkan peranan bagi memilih hala tuju karya yang mahu dihasilkan. Aptitude adalah komponen kemampuan individu bagi melakukan sesuatu bidang pada pada tahap tertentu. Ia mendorong kepada pembangunan bakat. Penulis non fiksyen menguasai penulisan maklumat dengan baik melalui penyampaian yang jelas, teratur dan berstruktur. Kebolehan penyampaian fakta yang mudah difahami pembaca diperlukan bagi penulis non fiksyen. Penulis fiskyen yang memerlukan kemahiran seni dalam bahasa dan imaginasi bagi menghasilkan karya. Kebolehan menguasai penyampaian cerita yang mengadunkan imaginasi menjadi logik karya secara serentak diperlukan oleh penulis fiksyen.

Merancang Kejayaan Penulisan Komuniti OKU Berpendidikan Tinggi

Komponen Penulisan, Kenal Karya Penulis menguasai format penulisan mengikut genre yang diceburi. Penguasan format mendorong kepada produktiviti karya secara konsisten. Proses merancang kejayaan penulis tidak dapat dilakukan apabila amalan kaedah peluru tabur dilakukan oleh penulis. Amalan ini berlaku apabila penulis menyiapkan manuskrip sepenuhnya. Kemudian penulis menghantar kepada penerbit dengan harapan ia diterima dan diterbitkan. Penerbit komersial tidak melayan manuskrip yang dibangunkan tanpa merujuk kepada gaya kerja dan jenis karya yang dimahukan mereka. Ia dikategorikan sebagai unsolicited manuscript. Amalan ini berpunca daripada kepercayaan mereka bahawa pengetahuan mereka dimahukan oleh pembaca. Falasi ini tidak disambut secara positif melalui angka jualan di kedai-kedai buku. Amalan peluru tabur yang diamalkan oleh penulis-penulis amatur tidak membantu kepada pembangunan penulis OKU secara profesional. Penerbit-penerbit kini lebih cenderung mengamalkan budaya kerja kuih tempah. Budaya kerja kuih tempah bermaksud penerbit sudah mempunyai senarai buku yang ingin diterbitkan dan mencari penulis-penulis yang berminat menulis buku yang dicadangkan. Kelebihan menulis buku yang disenaraikan oleh penerbit ialah penulis tidak berhadapan dengan penolakan. Manuskrip yang ditulis mengikut kriteria-kriteria yang diberi oleh penerbit. Bagi penerbit yang mengamalkan budaya kerja ini, ia memudahkan penulis mendapatkan contoh buku daripada mereka bagi melihat konsep buku yang dijadikan rujukan mereka. Editor-editor perolehan yang bertanggungjawab mencari penulis akan menunjukkan buku-buku yang menjadi rujukan konsep mereka. (Zamri, 2009) Komponen Pemasaran Pendidikan pemasaran ke atas penulis OKU mendorong kepada peningkatan angka jualan buku. Pemasaran yang dilakukan penulis adalah berdasarkan kaedah mulakan apa di tangan, iaitu mengenal pasti apakah medium yang dapat dijadikan asas interaksi dengan bakal pembaca.
5

Merancang Kejayaan Penulisan Komuniti OKU Berpendidikan Tinggi

Bajet pemasaran yang terhad dihadapi oleh penulis menjadikan penerbit memilih judul-judul yang dibawa ke hadapan bagi tujuan promosi (Ainon, 2012) . Kaedah tribes yang diperkenalkan oleh Seth Godin digunakan secara efektif oleh novelis remaja, Ain Maisarah. Menjadikan Facebook sebagai medium interaktif secara aktif, Facebook beliau diikuti pembaca buku-bukunya seramai 152,000 orang. Kaedah tribes mensasarkan 1000 orang pengikut setia yang bersedia membeli apa sahaja produk yang dikeluarkan oleh individu yang diikuti mereka (Godin, 2008). Jumlah ini adalah jumlah menentukan survival produk dan mereka adalah sneezer atau kumpulan yang menghebahkan kepada khalayak.

Merancang Kejayaan Penulisan Komuniti OKU Berpendidikan Tinggi

Kesimpulan Kumpulan penulis OKU profesional yang berpendidikan tinggi dapat dibangunkan melalui peranan latihan, institusi dan pertubuhan dengan mengambil kira keperluan komersial. Faktor komersial karya ditentukan melalui dapatan penerbit bagi mempakejkan buku yang dapat dijual. Sinergi ini ditingkatkan dan disempurnakan melalui latihan para penulis. Pelan perancangan penulisan memenuhi tiga komponen yang dikuasai oleh penulis OKU profesional. Komponen penulis, penulisan dan pemasaran yang bersepadu memudahkan kemasukkan buku-buku tulisan OKU ke rangkaian kedai buku serta diterbitkan secara digital.

Merancang Kejayaan Penulisan Komuniti OKU Berpendidikan Tinggi

Rujukan Buku Zamri Mohamad (2009) Tip Menjadi Penulis Bestseller, Kuala Lumpur, PTS Publication and Distributor, Godin, S (2008) Tribes, We Need You to Lead Us, USA, Penguin Books Akhbar BERNAMA (2009, April 2009), Malaysia perlu terbit 27,000 judul buku, Utusan Malaysia http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2009&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_2 (diakses pada 30 April 2013) Yue, M (1999, Julai 19), Japanese Bestseller Puts Disabled in Positive Light, LA Times, http://articles.latimes.com/1999/jul/19/news/mn-57404 (diakses pada 30 April 2013) Laman web Ainon Mohd, (2006), Projek Jibunsyi, 30 April 2013, dari laman web http:// universitipts.com/index.php/site/comments/projek_jibunsyi/ Ainon Mohd, (2007), Penulis Buku ini Lumpuh Akibat Kemalangan Jalanraya, 30 April 2013, dari laman web http://universitipts.com/index.php/ penulis_buku_ini_lumpuh_akibat_kemalangan_jalanraya/ Ainon Mohd, (2012), Peranan Penulis Mempromosi Buku Sendiri, 30 April 2013, dari laman web http://universitipts.com/index.php/site/comments/ peranan_penulis_mempromosi_buku_sendiri/ Vinutha Malllya (2012) As KL Book Fair Opens Publishers Eye Booming Southeast Asia, 30 April 2013, dari laman web http://publishingperspectives.com/2012/04/askl-book-fair-opens-publishers-eye-booming-southeast-asia/

Merancang Kejayaan Penulisan Komuniti OKU Berpendidikan Tinggi

Mengenai pembentang

Zamri Mohamad adalah trainer atau jurulatih penulis yang melatih agensi kerajaan dan swasta melibatkan penulisan berikut Penulisan buletin berpengaruh untuk edaran dalaman Penulisan buletin berpengaruh untuk pelanggan Penulisan fasa Mekah untuk web portal agensi Penulisan rencana akhbar dan majalah Penulisan buku umum untuk pasaran komersial

Beliau juga melatih kakitangan dalam bidang kreativiti dan inovasi kepada kakitangan. Menulis di akhbar dan majalah sejak tahun 2001 dan menulis sejumlah 22 buah buku kategori popular. Tugas beliau adalah menukarkan jurnal dan bahan akademik kepada bahan bacaan umum. Bekerjasama dengan rakan-rakan penerbit dalam pembangunan latihan penulis. Membangunkan penulis-penulis komuniti berbahasa Melayu di Australia, Mesir dan Singapura. Merupakan finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian pada tahun 2010 dan 2011 Perhubungan (t) +60192880451 (e) zamrimohamad@gmail.com (fb) facebook.com/penulisbuku
9

Anda mungkin juga menyukai