Anda di halaman 1dari 12

E L E M E N 1 :-

NAMA UMUR

: LATIFAH BT. KERYA : 46 TAHUN

ALAMAT : WARISAN DUKUN ENTERPRISE , BENGKEL KEREPEK KAWASAN PERNIAGIAAN PELDA KAMPUNG SERTIK

CLARISA : Selamat pagi , puan . Bolehkah saya bertemu bual dengan puan mengenai perniagaan puan di sini ? PUAN : Boleh saja , teruskan .

CLARISA : Terima kasih , puan . Nama saya Clarisamae dari SMK SULAIMAN Bentong , Pahang . Pertama sekali , saya ingin bertanya , Apakah nama perniagaan Puan ? PUAN : Warisan Dukun Enterprise .

CLARISA : Dimanakah terletaknya perusahaan Puan ? PUAN : Kawasan Perniagaan Felda , Sertik .

CLARISA : Bolehkah Puan ceritakan sedikit sejarah ataupun asal- usul kegiatan ekonomi yang diusahakan oleh Puan ? PUAN : Tiada salahnya . Saya memulakan perusahaan membuat kuih-kuih tradisional ini sejak umur 12 tahun . Perusahaan ini mudah juga . Saya memulakan perusahaan ini secara kecil-kecilan . Terutamanya pada musim perayaan , majlis perkahwinan , dan apabila mempunyai tempahan . Nampaknya , perusahaan saya mencapai perkembangan . Oleh itu , saya membuka sebuah bengkel untuk membesarkan lagi perusahaan ini . CLARISA : Wah , perusahaan Puan memang maju . Seterusnya , pihak manakah yang mengusahakan perusahaan Puan ini ? PUAN : Tanpa bantahan , suami sayalah yang banyak membantu dalam memperkembangkan perusahaan membuat kuih tradisional ini . Suami saya telah menyediakan tempat untuk mengusahakan kegiatan ekonomi ini , modal , peralatan , pinjaman Fama dan banyak lagi . CLARISA : Apakah tujuan utama Puan menjalankan kegiatan ini ? PUAN : Tujuan Puan menjalankan perusahaan ini adalah untuk menambah pendapatan keluarga . Kedua adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada sesiapa yang berminat terutama penduduk yang berhampiran .

CLARISA : Seterusnya , bagaimanakah proses membuat kuih peneram ini dan apakah alatan yang digunakan ? PUAN : Oleh sebab kuih tersebut kuih tradisional , kuih ini biasanya dibuat secara manual . Bahannya merupakan tepung dan gula merah . Peralatan pula ialah senduk dan kebanyakkannya menggunakan tenaga sendiri . Bagi menghasilkan acuan , kami menggunakan cara manual juga . Kemudian , kami meneram dan gorengkannya . CLARISA : Kos Pengendalian Puan untuk menghasilkan kuih-kuih tradisional ini biasanya berapa ? PUAN : Kalau biasanya untuk membuat satu adunan , dalam RM30 . Dalam sehari kita membuat tiga adunan . CLARISA : Soalan saya yang seterusnya ialah apakah jenis-jenis kuih yang Puan hasilkan selain daripada kuih peneram ? PUAN : Selain itu , kerepek pisang , bahulu loyang dan rempeyek berherba .

CLARISA : Apakah status dan identiti keluarga Puan ? PUAN : Saya sudah berkahwin . Mempunyai enam orang anak , empat masih bersekolah dan dua sudah bekerja . CLARISA : Bagaimanakah dengan sumber pendapatan Puan ? PUAN : Sumber pendapatan dari perusahaan ini sepenuh masa . Saya memang menumpukan perusahaan ini untuk menyara pendapatan keluarga . CLARISA : Adakah perusahaan Puan ini memenuhi permintaan orang ramai ? PUAN : Setakat ini permintaan adalah di sekitar Kampung Sertik . Malah , saya telah mengedarkan keluaran saya ke dalam daerah Bentong . CLARISA : Melalui perusahaan Puan ini , bagaimanakah peluang pekerjaannya ? PUAN : Peluang pekerjaan di tempat perusahaan saya masih banyak kelonggarannya . Penduduk berhampiran boleh bekerja di sini . Secara tidak langsung , saya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Kampung Sertik . CLARISA : Puan , cabaran apakah yang Puan hadapi dalam perniagaan ini ? PUAN : Pertama dari segi saingan , kekurangan pekerja dan modal .

CLARISA : Bagaimana dengan penglibatan pihak luar ataupun galakan kerajaan ? PUAN : Diberi galakan untuk latihan terutamanya untuk Industri Kecil Sederhana .

CLARISA : Bagaimanakah reaksi masyarakat terhadap perusahaan Puan ini ?

PUAN : Reaksi daripada masyarakat masih tidak begitu memuaskan tetapi saya cuba untuk mempromosi keluaran saya ke luar daerah Bentong . CLARISA : Soalan saya yang terakhir ialah apakah saranan ataupun harapan Puan untuk perusahaan ini ? PUAN : Harapan Puan sekeluarga memanglah untuk berjaya dan memperkembangkan lagi perusahaan ini . Kalau boleh , saya ingin menjadikan perniagaan saya ini menjadi terkenal di daerah Bentong dan ingin memperbesarkan lagi perniagaan saya menjadi sebuah kilang untuk membekalkan kuih-kuih tradisional ke seluruh Malaysia . CLARISA : Sekian sahaja temu-bual saya . Terima kasih Puan kerana sudi ditemubual . PUAN : Sama-sama .

Anda mungkin juga menyukai