Anda di halaman 1dari 2

-agensi khas yang akan menguruskan semua aspek berkaitan dengan kekeluargaan -pasangan yang baru berkahwin mengikuti

kursus keibubapaan -menyediakan tempat tinggal yang selesa bagi golongan berpendapatan rendah

Keluarga terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik. Keluarga memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Cara-cara sesebuah keluarga mendidik dan membesarkan anaklah yang menentukan keperibadian anaknya suatu hari nanti. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membesarkan anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menyediakan tempat tinggal untuk anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa haruslah menghantar anak-anak ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan dan mengajar adab, tingkah laku serta etika kepada anak-anak mereka. Seterusnya, keperluan asas seperti makanan dan minuman juga wajib disediakan oleh ibu bapa. Setiap perkara tersebut merupakan keperluan asas anak-anak. Namun, mengapakah gejala sosial seperti merokok, menghisap dadah dan melepak semakin berleluasa pada zaman globalisasi ini? Apakah sebab-sebab berlakunya masalah ini? Ramai pihak yang berpendapat bahawa gejala sosial ini berpunca daripada kelemahan institusi keluarga. Ibu bapa kurang meluangkan masa bersama keluarga mereka kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka. Hal ini menyebabkan anak-anak berasa sedih dan pilu kerana kurang kasih sayang daripada keluarga. Perkara ini mendorong mereka untuk terjebak dengan gejala sosial bagi melepaskan stres dan tekanan. Terdapat beberapa usaha-usaha yang dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mengukuhkan institusi keluarga. Antaranya ialah dengan mengadakan kempen kesedaran tentang peri pentingnya institusi keluarga. Sebagai contoh, kempen ini akan mendidik ibu bapa untuk sering meluangkan masa bersama anak-anak agar anak-anak akan berasa lebih disayangi. Oleh itu, masalah gejala sosial dalam negara dapat dikurangkan. Tambahan pula, ibu bapa akan diajar tentang cara-cara untuk melahirkan keluarga yang lebih sempurna dan sihat. Maka, kempen kesedaran haruslah sering dijalankan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang peri pentingnya kasih sayang dalam institusi keluarga. Selain itu, kerajaan seharusnya menggubal satu perundangan baru yang dapat meningkatkan lagi keutuhan institusi keluarga. Sekiranya undang-undang di negara lebih ketat, rakyat akan lebih takut untuk mengendahkan keluarga mereka. Sebagai contoh, kewujudan akta yang lebih menyeluruh dan mampu menangani kes-kes seperti penceraian, penderaan anak dan isteri mampu memberikan satu sinar baru kepada pembentukan keluarga yang lebih sihat. Masyarakat akan lebih berhati-hati sebelum mendera atau lari dari rumah begitu sahaja kerana sedar peruntukan perundangan yang ketat boleh memberi impak kepada diri mereka sekiranya dilakukan tanpa berfikir terlebih dahulu. Maka, tindakan mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk keluarga yang lebih baik di negara ini. Seterusnya, kerajaan seharusnya mewujudkan sebuah agensi khas yang akan menguruskan semua aspek berkaitan dengan kekeluargaan. Agensi agensi ini akan memberi khidmat nasihat dan sebagainya. Agensi ini akan merangka semua tindakan yang bersesuaian dengan perancangan kerajaan setelah mengadakan kajian mengenai keadaan keluarga di negara ini. Sebagai contoh, sekiranya sesebuah keluarga mempunyai masalah dengan keluarga mereka, agensi khas ini dapat membantu keluarga tersebut dengan memberikan nasihat yang sewajarnya. Jelaslah, pewujudan agensi khas dapat menguruskan semua aspek berkaitan dengan kekeluargaan.

Kesimpulannya, kerajaan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan institusi kekeluargaan yang bahagia di negara kita. Namun, setiap pihak haruslah bekerjasama dengan pihak kerajaan agar masalah gejala sosial dalam kalangan anak mereka dapat dikurangkan. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.