Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN AJK PENGANGKUTAN HARI PERTAMA (4 MAC 2013) Pada tarikh 4 mac 2013 yang lalu, Jabatan Pendidikan

Jasmani dan Sains Sukan ( PJSS) , IPG Kampus Sultan Abd. Halim telah menganjurkan Amali Lawatan Ilmiah yang wajib disertai dan dikelolakan sendiri oleh Kumpulan PISMP Sem 5,Minor Pendidikan Jasmani sebagai memenuhi syarat seperti yang terkandung dalam silibus. Skop lawatan meliputi Majlis Sukan Negeri (MSN), Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan Persatuan Squash Pulau Pinang telah diiringi para pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Lawatan pada hari pertama telah disertai oleh 36 peserta iaitu meliputi 20 orang daripada kelas PFK, 10 orang daripada kelas P5B dan ketua kelas seramai 6 orang yang terpaksa mengikuti lawatan ilmiah ini lebih awal kerana terlibat dengan kursus pada hari yang berikutnya. Kami telah bertolak ke destinasi pertama dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim dengan menaiki bas yang telah ditempah. Bas bertolak mengikut seperti jadual iaitu pada pukul 8.00 pagi ke destinasi yang pertama iaitu Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Pergerakan bas sepanjang perjalanan bergerak dengan lancar . Kami selamat tiba di MSN Pulau Pinang pada pukul 9.00 pagi. Setelah selesai lawatan di MSN Pulau Pinang dan Jabatan Belia dan Sukan pada pukul 2 petang, kami seterusnya bergerak ke destinasi lawatan kedua iaitu Pusat Squash Pulau Pinang dengan menaiki bas yang memakan masa selama 30 minit dari Jabatan Belia dan Sukan. Bas tiba di destinasi pada pukul 2.30 petang. Lawatan di Pusat Squash berakhir pada pukul 4.00 petang. Tepat jam 4.15 petang kami semua bergerak pulang ke IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan selamat tiba pada pukul 5.30 petang. Keseluruhannya pergerakan bas menepati masa seperti yang dirancang dalam tentatif program. Bas yang dipandu oleh pemandu bas dipandu secara selamat dan menepati piawai had kelajuan seperti yang ditetapkan.