Anda di halaman 1dari 9

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

FAKTOR-FAKTOR PENGHIJRAHAN NENEK MOYANG

Faktor Tarikan (Luaran)


Kekayaan Ekonomi Tanah Melayu Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikan untuk menggajikan buruh asing Kestabilan Politik

Kekayaan Ekonomi Tanah Melayu


Perkembangan dan kemajuan ekonomi yang pesat kesan daripada Revolusi Perindustrian Peluang ekonomi & Keperluan tenaga buruh menjayakan perusahaan bijih timah di samping peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan bandar terutamanya. Peluang untuk mengerjakan pertanian di bawah sistem Kangcu (Johor) menggalakkan lagi kedatangan orang-orang Cina.

Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikan untuk menggajikan buruh asing Proses penghijrahan kaum Cina dilakukan melalui beberapa sistem, antaranya ialah melalui Sistem Tiket Kredit yang diusahakan oleh kelompok Cina yang lebih dikenali sebagai kongsi gelap. Sistem Kangcu turut diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor.

Kestabilan Politik
Kestabilan politik adalah hasil daripada dasar pemerintahan British yang liberal menjadi salah satu faktor penarik. British menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu.

Faktor Tolakan ( Dalaman)


Kejadian bencana di negara asal Keadaan politik yang tidak stabil di negara asal imigran Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan

Kejadian bencana di negara asal


Bencana alam yang berlaku di China seperti kemarau, banjir dan sebagainya menyebabkan penderitaan yang amat teruk ke atas penduduknya. Pertanian yang menjadi nadi ekonomi China ketika itu tidak dapat dijalankan akibat bencana alam Berlaku kebuluran yang teruk akibat bekalan makanan yang tidak mencukupi.

Keadaan politik yang tidak stabil di negara asal imigran


Keadaan huru-hara di bawah pemerintahan Manchu. Kekacauan, pembunuhan dan kekejaman sering terjadi dan tidak terkawal. Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat dan pemberontakan. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu.

Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan


Pertambahan mahupun lebihan penduduk yang tidak terkawal telah menyebabkan permintaan untuk memenuhi kekosongan tenaga kerja sama ada dalam bidang profesional ataupun tidak melebihi kuantiti penawaran pekerjaan oleh kerajaan China. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah pertanian turut menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi.