Anda di halaman 1dari 1

Koleksi Mutiara Kata Cinta 1.

Yakinlah bahawa orang yang mencintai anda kerana sesuatu akan meninggalkan anda setelah dia mendapat sesuatu. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj 2. Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj 3. Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj 4. Hakikatnya setiap manusia adalah cantik dan jelita, lantaran setiap manusia adalah ciptaan Yang Maha Esa. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj 5. Jadilah lebih bijak sebab tiada gunanya hidup tanpa kebijaksanaan. DR. HM TUAH ISKANDAR alHaj 6. Jika anda telah pergi kepada sepuluh orang untuk mendapat nasihat pada masalah yang sama, anda sebenarnya telah membuang masa. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj 7. Meniti di atas cinta yang songsang ibarat berjalan di taman penuh berduri nikmatnya ada tetapi kesakitan tetap terasa. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj 8. Silaplah jika kita gagal memahami cinta, lebih silap apabila menolak cinta bahkan lebih-lebih silap kita menjadi rosak oleh cinta. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj 9. Untuk dicintai anda juga mesti menyintai. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj 10. Salinglah cinta menyintai untuk menikmati hidup penuh berkualiti. DR. HM TUAH ISKANDAR alHaj 11. Cinta dirasai melalui perasaan kemudian difahami melalui akal. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj 12. Apabila berlaku perselisihan dalam perkahwinan lakukan ia dalam kelembutan. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj 13. Anggun melambangkan keluhuran budi serta peribadi yang indah. DR. HM TUAH ISKANDAR alHaj

Anda mungkin juga menyukai