Anda di halaman 1dari 13

HONDA MALAYSIA

Tan Sri Loh Boon Siew

Pada sekitar tahun 1980an, boleh dikatakan 10 buah motorsikal yang berada di jalanraya, 7 buah daripadanya adalah dari model Honda Boon Siew. Sedar atau tidak nama Boon Siew pada motorsikal Honda ini bukanlah datang dari Negara Jepun tetapi ia adalah nama individu yang bertanggungjawab untuk membawa masuk motorsikal Honda terbabit ke Malaysia iaitu mendiang Tan Sri Dato Loh Boon Siew (Tan Sri).

SEJARAH
Tan Sri Dato' Loh Boon Siew (1915-1995) atau dikenali sebagai "Mr Honda" merupakan pengasas Boon Siew Honda. Loh dilahirkan di HuiAn, Daerah Fujian, China. Dia menghabiskan zaman kanak-kanaknya mengumpul najis babi yang berguna sebagai bahan bakar untuk mendapatkan duit.

Ketika berusia 12 tahun, dia tiba di Pulau Pinang menaiki sebuah bot kecil dari China. Dia hanya mampu bertutur dalam bahasa Hokkien. Ketika baru tiba dia bekerja sebagai pelatih mekanik kereta dengan upah 3 ringgit sebulan. Dia tinggal dalam kuarters pekerja "kolie keng" di 4, Katz Street, Pulau Pinang dan dia menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh bas dengan bayaran 10 sen setiap buah.

Ketika berusia 18 tahun, Loh membeli 11 unit bas pertamanya dengan menggunakan simpanan 2,000 ringgit. Dia membaiki bas tersebut dan menjualnya dengan harga 12,000 ringgit. Kemudiannya dia membeli 39 unit bas yang lain. Pada tahun 1942, kesemua wang hasil keringatnya dirampas oleh tentera penjajah Jepun semasa Perang Dunia ke 2. Tetapi Loh tidak berputus asa, selepas 1945 setelah Jepun kalah, dia mula menjual basikal dan peralatan motorsikal, kemudian dia mengembangkan perniagaannya untuk menjual kereta terpakai dan juga bas.

Pada tahun 1950-an, Loh membuat langkah pertama dalam pembangunan hartanah dengan membina vila di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew di Pulau Pinang. Pada tahun 1958, ketika bercuti di Jepun Loh melihat motosikal Honda Super Cub sangat mendapat sambutan. Dia percaya bahawa mesin berkos rendah pasti akan mendapat pasaran yang meluas di Malaysia yang sedang membangun. Loh mengatur perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda kerana menyedari potensi besar Honda. Sebagai tanda ikatan kepercayaan dan hormat yang semakin mendalam, Japanese Honda Motor Co Ltd kemudian melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal motorsikal Honda di negara ini pada ketika 50 unit Honda 4-stroke cub dibawa masuk ke Malaysia.

Beberapa tahun kemudian kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motosikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda.Honda Cub menjadi motosikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bermaksud motosikal kecil.

LATARBELAKANG PERNIAGAAN
Tan Sri yang yang lahir pada tahun 1916 di Tanah Besar China mula tiba di Pulau Pinang pada tahun 1924. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelatih mekanik kereta pada ketika itu. Bebekalkan dengan semangat kerja yang kuat dan minatnya dalam bidang permotoran, Tan Sri telah berjaya membuka sebuat bengkel kereta sebagai seorang mekanik dengan duit simpanan beliau di Rope Walk, Pulau Pinang. Beliau juga telah telah melaburkan keuntungan dari bengkel kereta yang beliau kendalikan dengan membeli beberapa buah bas dan seterusnya pada ketika itu beliau mengendalikan syarikat bas pengangkutan awam di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Penang Yellow Bus Company. Sehingga hari ini, nama Tan Sri masih lagi setanding dengan ahli korporat yang ternama yang lain walaupun telah meninggal dunia pada tahun 1995.

Pada tahun 1958, ketika bercuti di metropolitan Jepun, Loh perasan popular meluas motosikal Honda Super Cub. Dia percaya bahawa mesin berkos rendah, amat berkesan akan mendapat pasaran yang meluas dalam kawasan yang semakin maju di Malaysia. Loh mengatur perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda, pencipta motosikal itu, yang dengan cepat menyedari potensi besar bagi kejayaan subsidiari Honda di Malaysia. Tidak menghairankan, bilik pameran Honda Malaysia terletak di Jalan Pitt, Pulau Pinang, berhampiran dengan rumah Boon Siew. Sebagai tanda ikatan kepercayaan dan hormat yang semakin mendalam, Japanese Honda Motor Co Ltd kemudian melantik Boon Siew pengedar tunggal motorsikal Honda dinegara ini pada ketika 50 unit Honda 4-stroke cub dibawa masuk ke Malaysia dalam sejarah. Beberapa tahun kemudian kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motorsikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motorsikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk motorsikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bererti motorsikal kecil di Malaysia.

Ciri-ciri keusahawan Tan Sri Loh Boon Siew


Berorientasikan Peluang Kemampuan Untuk Berwawasan Berkeyakinan Tinggi dan Optimistik Mempunyai Tahap Komitmen dan Keinginan Untuk Berjaya Yang Tinggi Mengambil Risiko Yang Sederhana

SYARIKAT MILIKAN
Tan Sri telah memperluaskan usaha niaganya dalam pembangunan hartanah, perladangan dan perhotelan melalui syarikat perlaburannya iaitu Oriental Holdings Sdn Bhd. Oriental Rubber and Palm Oil Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada Oriental Holdings Sdn Bhd yang mengembangkan usaha niaga dalam sektor perladangan khususnya kelapa sawit ke Indonesia pada tahun 1994

Ini menunjukan Tan Sri adalah seorang yang kreatif di mana beliau tidak mahu bergantung kepada satu bidang peniagaan (permotoran) sahaja. Dengan hanya membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia sebanyak 15 unit sahaya pada peringkat permulaan, ia terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Sehingga hari ini, lebih dari 2 juta unit motorsikal Honda berada di atas jalanraya Malaysia.

Sumbangan

Dia turut memainkan peranan dalam gabungan singkat antara Kwong Wah Yit Poh dan The Star (Malaysia) pada 1974, dan antara jasa baiknya merupakan penubuhan Hospital Lam Wah Ee dan Rumah Orang Tua Pulau Pinang - (Penang Old Folks Home).

SEKIAN TERIMA KASIH