Anda di halaman 1dari 2

CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN MINGGU 11 (8 APRIL - 12 APRIL 2013) FOKUS : KAWALAN KELAS KETIKA MENGHADAPI MASALAH SUARA

TINDAKAN SUSULAN Bagi mengelakkan masalah ini daripada berterusan, antara cadangan saya adalah saya akan mengenakan hukuman kepada murid-murid sebegini dengan cara memindahkan mereka ke kumpulan-kumpulan yang lain bermaksud duduk semeja dengan pelajar perempuan. Sekiranya masih berlaku masalah itu, saya akan memanggil murid-murid terbabit tampil dan berdiri di hadapan. Kebiasaannya cara begini dapat mengatasi masalah ini dengan berkesan. Namun seandainya berlaku lagi atau murid yang sama atau yang lain melakukan kesalahan ini, saya akan mengenakan tindakan yang lebih tegas. Pada kebiasaannya, ayat amaran saya terpaksa bawa kamu berjumpa guru besar juga berfungsi untuk mengawal tingkahlaku murid. Murid yang berjaya mengawal tingkahlaku akan diberikan pujian, saguhati ataupun usapan (yang bersesuaian dengan adat). Hal ini bagi menaikkan semula perasaan bangga dengan kekuatan diri yang hilang setelah menerima teguran. Saya menetapkan masa selama seminggu iaitu pada minggu ini juga untuk saya menilai sama ada muridmurid dapat mengubah tingkahlakunya atau tidak.

CATATAN PENAMBAHBAIKAN TINDAKAN SUSULAN Pada minggu hadapan saya akan memerhatikan keadaan murid- murid ini ketika proses pengajaran dan pembelajaran nanti. Sekiranya masalah ini dapat dikurangkan, maka cara yang saya gunakan boleh dikatakan berkesan. Saya juga akan meminta pendapat guru-guru di sekolah bagi menangani masalah ini. Di samping itu, saya juga akan berbincang dengan guru disiplin tentang hukuman yang sesuai kepada murid-murid. Oleh itu, bagi mengelakkan masalah

sebegini berulang kembali, saya akan sentiasa memberi arahan dengan tegas supaya mereka menumpukan 100 peratus perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai