Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI 1 Alhamdulillah syukur saya dengan limpah kurnia dan rahmatMu dapat hambaMu ini menyiapkan tugasan Teknologi

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (EDU3105) dengan jayanya, walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Hashin bin Mohamad yang banyak memberi tunjuk ajar kepadaku. Berbanyak terima kasih juga saya ucapkan kepada isteri yang dicintai kerana memahami keadaan suaminya yang sedang belajar begitu juga dengan anak-anak. Terima kasih juga kepada rakan-rakan.Dengan cara perbincangan idea datang mencurah-curah ilmu.Jikakalau kita berseorangan kepala menjadi buntu.Dulu saya kurang mahir dalam ICT tetapi semenjak belajar banyak yang saya belajar dan perolehi ilmu banyak ilmu tentang penggunaan ICT. Buat pertama kali melihat soalan yang diberi oleh pensyarah pembimbing iaitu En.Hashin bin Mohamad timbul satu pertanyaan dalam kepala saya adakah saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui buku-buku dan internet. Tetapi alhamdulillah berkat kesabaran dan usaha serta semangat yang tidak berputus asa, tugasan ini dapat dibereskan dengan sempurnanya Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini banyak halangan-halangan yang terpaksa saya harungi .Dengan kesibukan mengajar murid-murid di sekolah yang banyak memerlukan perhatian dan bimbingan daripada serta melayan kerenah anakanak di rumah membuatkan saya mempunyai masa yang terbatas. Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya dapat mendalami banyak pengetahuan. Semua itu boleh dipraktikkan di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Begitu juga dalam merancang aktiviti untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian yang berkesan.Selepas menyiapkan tugasan ini pemahaman saya lebih mendalam dan insyaAllah akan saya praktikkan dalam pengajaran saya di sekolah demi anak bangsa yang tercinta. Rasa lega di dalam hati dan boleh menarik nafas panjang. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan tolak ansur daripada isteri dan anak-anak dan kerjasama daripada rakan sekelas dan rakan sejawatan serta bimbingan daripada pensyarah pembimbing,dapat saya menyiapkan tugasan ini. Sesukar mana pun tugasan kalau kita

berusaha dengan tekun dan sabar ianya akan dapat diselesaikan dengan jayanya. Alhamdulillah. Wassalam.

Disediakan oleh, ....................................................................... (MOHD SHAHRUL AMIN BIN ABD RAHIM)