Anda di halaman 1dari 3

KONSEP IBADAH

PENGERTIAN IBADAH Kalimat ibadah berasal daripada kalimat `abdun. Ibadah dari segi bahasa bererti patuh, taat, setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu. Menurut istilah syarak: taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah swt. Dari segi istilah agama Islam pula ialah tindakan, menurut, mengikut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diserukan oleh para Rasul-Nya, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.Ibnu Taimiah pula memberi takrif Ibadah, iaitu nama bagi sesuatu yang disukai dan kasihi oleh Allah swt. Abu Al-Ala Al-Maududi telah mentarifkan ibadah daripada segi bahasa dan istilah di dalam bukunya Asas-asas Islam seperti berikut: Bahasa: Merendah diri, tunduk, patuh dan taat Istilah : Taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian dir sepenuhnya kepada Allah subhaanahu wa taaala. Al-Quran menjelaskan bahawa ibadah sebagai ubudiyyah dan ketaatan. Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah : ayat 172)

ASAS-ASAS IBADAH
1. Ketundukan Menurut mengikut dan mendekatkan diri dengan segala perintah yang disyariatkan oleh Allah. Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya di atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan 2. Kecintaan - kepatuhan ini hendaklah juga lahir dari rasa cinta kepada Allah. Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah, nikmat-nikmat dan rahmatNya. Kesedaran ini juga lahir daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah. Firman Allah s.w.t bermaksud Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali Imran : 31)

Jenis-jenis Ibadah
Ibadah khusus Ibadah khusus merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan seumpamanya. Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. semua ibadah ini tidak boleh ditambah dan dikurangkan mengikut kehendak sendiri. Ibadah Umum Segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus yang dilakukan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata. Perbuatan ini

merangkumi segala perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian manusia. Ada juga sesetengah ulamak menambahkan ibadah ini kepada beberapa jenis ibadah lain. Lain-lain ibadah itu adalah : Ibadah Badaniah : tubuh badan seperti sembahyang, menolong orang dalam kesusahan dan lain-lain.

Ibadah Maliyah : harta benda seperti zakat, member sedekah, derma dan lain-lain Ibadah Qalbiyah : hati seperti bersangka baik, ikhlas, yidak hasad dengki dan lain-lain lagi

Anda mungkin juga menyukai