Anda di halaman 1dari 1

Proses Mendengar Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu mendengar deretan bunyi bahasa, memahami

bunyi tersebut, menguasai makna beberapa deretan bunyi dan bertindak terhadap bunyi.

Mendengar deretan bunyi bahasa. Individu yang mendengar bunyi dari unsur- unsur yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi- bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang akan dikesan. Setelah mendengar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.

Memahami bunyi tersebut. Sesuatu bunyi yang didengar berkaitan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan atau tingkah laku yang dilakukan dengan bunyi yang dilafazkan. Bila proses ini berulangkali dilakukan ia akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.

Menguasai makna beberapa deretan bunyi. Di peringkat ini, ia dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama. Sebagai contoh, bunyi menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi yang lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpatu dan sebagainya. Pendek kata pendengar yang baik akan faham maksud setiap ujuran yang dilafazkan. Bertindak terhadap bunyi. Di peringkat ini hanya terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan