Anda di halaman 1dari 59

KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH.

ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Sampel kajian terdiri daripada 40 responden yang dipilih dari 1 buah sekolah menengah di Daerah Batu Gajah. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi 36 item soalan. Perisian SPSS telah digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Data analisis menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratusan dan sistem piawai. Hasil kajian mendapati keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup aspek penggunaan alatan tangan dalam kalangan guru Sekolah Menengah kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak adalah berada pada tahap yang sederhana. (katakunci: keberkesanan, pengajaran dan pembelajaran, penggunaan alatan tangan)

ABSTRACT: The purpose of this research is to evaluate the effectiveness of using hand equipments in teaching and learning in Sekolah Menengah Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak. . This research is using stratified sampling procedure. A total of 40 samples of Form Two students involving as respondents. Instrument that is used in this research is a questionnaire which contains 36 items. The SPSS software was used to perform the statistical analysis required. Descriptive statistical method (mean, percentage, frequency and standard deviation) were used to perform the analysis required. The findings showed that the effectiveness of teaching and learning Living Skills aspects using hand equipments among secondary schools in Batu Gajah, Perak is at moderate level . (Keywords: effectiveness, teaching and learning, using hand equipments)

Bab 1 Pengenalan Menurut Sufean (2004) pendidikan dari segi semantiknya adalah merangkumi didikan latihan. Didikan adalah komponen akliah atau intelek dan latihan yang merangkumi gerak laku perbuatan. Didikan lebih tertumpu kepada pembentukkan kemahiran motor atau gerakan seperti kemahiran melakukan kerja dan aktiviti. Sufean (2004) juga menerangkan education (pendidikan) dari segi etimologi adalah berasal dari perkataan Latin iaitu educere dan educare. Educere member definisi to lead out iaitu menzahirkan keupayaan diri mengenai pembelajaran untuk membina manusia supaya mencapai tahap sedar kendiri tentang kewujudan diri dalam hubungan kweujudan makhluk-makhluk lain, alam dan Yang Maha Pencipta. Educare pula bermaksud to train mengenai keperluan seperti keperluan hidup, keperluan sosial, keperluan pembangunan ekonomi dan sebagainya.

Pendidikan Kemahiran Hidup merupakan salah satu daripada beberapa mata pelajaran yang mengutamakan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan seharian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). mata pelajaran ini telah digubal kea rah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana kerja.

Tanggungjawab yang diberikan oleh sektor pendidikan dalam membentuk generasi yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam semua bidang dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran provokasional yang bertujuan melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran asa secara teori dan juga praktikal bagi melancarkan kehidupan seharian dengan lebih bersistematik dan terancang. Kementerian Pendidikan pada tahun 1991 telah memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup kepasa pelajar sekolah menengah di seluruh negara yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Teras dan Elektif. Bahagian Teras mempunyai tiga komponen yang merangkumi tajuk Reka Bentuk dan Teknologi, Perdagangan dan Keusahawanan serta Kekeluargaan manakala

komponen bagi Elektif pula terdiri daripada Kemahiran teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian serta Perdagangan dan Keusahawanan. Bahagian Teras adalah diwajibkan kepada semua pelajar manakala dalan komponen Elektif pulan, pelajar hanya diwajibkan mengambil salah satu daripada empat komponen yang ditawarkan. Bagi bahagian Elektif ini, komponen pilihan ditentukan oleh pihak sekolah kepada semua pelajar bermula daripada tingkatan satu dan akan dikekalkan dengan komponen pilihan tersebut sehingga pelajar ke tingkatan tiga dan seterusnya menduduki peperiksaan PMR. Keseluruhan komponen mata pelajaran Kemahiran Hidup ini melibatkan proses pengajaran teori dan disusuli dengan kerja amali.

Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah harian biasa bagi tahap menengah rendah kebiasaannya merangkumi dua bahagian iaitu penguasaan dari aspek teori sesuatu topik dan juga amali yang dijalankan selepas pengajaran teori di dalam kelas. Lazimnya, guru diberikan peruntukan sebanyak 3 waktu yang bersamaan dengan 135 minit bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah kelas teori dan amali selama seminggu bagi setiap kelas tingkatan 1, tingkatan 2 mahupun tingkatan 3 sekolah menengah harian biasa.

Berbeza dengan subjek lain, Kemahiran Hidup Bersepadu memberi tumpuan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Oleh yang demikian, mata pelajaran ini harus dijalankan secara tidak langsung semasa mengendalikan amali. Semasa kelas amali dijalankan, penggabungan antara kaedah amali dan kaedah teori akan berlangsung sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Kemahiran hidup juga merupakan salah satu subjek yang menggalakkan para pelajar berfikir secara kritis dan kreatif kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, pelajar akan menjana pemikiran mereka untuk lebih berimaginasi dan kreatif.

Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), generasi muda perlu mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi dengan memperolehi kemahiran-kemahiran tertentu bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi tetapi juga dalam bidang vokasional dan teknologi sama ada di sekolah-sekolah biasa atau pun di sekolah-sekolah vokasional dan teknik. Pengenalan mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu di sekolah-sekolah biasa untuk peringkat menengah rendah juga merupakan salah satu usaha jangka masa panjang untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang berkemahiran dan berketrampilan dalam setiap bidang pekerjaan yang diceburi di samping dapat memenuhi keperluan Wawasan 2020.

1.1

Latar Belakang Kajian

Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), generasi muda perlu mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi dengan memperoleh kemahiran-kemahiran tertentu bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi tetapi juga dalam bidang vokasional dan teknologi sama ada di sekolah-sekolah biasa atau pun di sekolah-sekolah vokasional dan teknik. Pengenalan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah biasa untuk peringkat menengah rendah juga merupakan salah satu usaha jangka masa panjang untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang berkemahiran dan berketrampilan dalam setiap bidang pekerjaan yang diceburi di samping dapat memenuhi keperluan Wawasan 2020.

Menurut Hunter, 1995 dalam Esah, 2003, Pengajaran berkesan boleh dilihat sebagai suatu proses penyampaian maklumat dan memberikan pengalaman yang dapat mengubah tingkah laku seseorang pelajar secara kekal dari segi kefahaman mahu pun kemahiran yang mereka perolehi semasa sesi pengajaran berlaku atau pun semasa menjalankan latihan amali yang diberikan oleh guru. Maka pengajaran berkesan boleh ditakrifkan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar.

Kajian yang dijalankan ialah berkaitan dengan keupayaan pelajar mempraktikkan kemahiran dalam penggunaan alatan tangan yang telah dipelajari di sekolah dalam kehidupan seharian mereka. Radzali (1981) berpendapat bahawa peralatan di dalam bengkel setiap satunya mempunyai jangka hayat yang tertentu. Pengurusan dan penyenggaraan alatan tersebut perlulah secara berkala mengikut aktiviti amali yang telah dijalankan dengan menggunalan peralatan tersebut. Justeru, guru harus menjelaskan peraturan keselamatan

menggunakan alatan tangan kepada pelajar sebelum kelas amali dilakukan. Selain daripada guru, pihak sekolah juga turut sama bertanggungjawab memastikan aspek keselamatan pelajar menggunakan segala peralatan tangan yang terdapat di dalam bengkel.

Guru Kemahiran Hidup seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran berdasarkan aspek pedagogi yang telah dipelajari sebelum menjadi guru lagi. Kaedah seperti demonstrasi, kaedah projek, kaedah simulasi, kaedah penyelesaian masalah, kaedah inquiri penemuan dan kaedah perbincangan harus digunakan dengan menyeluruh agar pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak tertumpu kepada satu kaedah sahaja yang akan menyebabkan pelajar mudah berasa bosan dan tidak fokus dengan apa yang dipelajari pada hari tersebut. Cooper(1977) dalam Lee (1997) berpendapat, keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan dan sikap mengajar guru sendiri. Kaedah pengajaran yang diguna pakai oleh guru di dalam kelas akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran. Lee (1980) pula menyatakan bahawa sesetengah daripada amalan pedagogi yang dijalankan dalam pendidikan adalah membimbangkan kerana semakin banyak guru yang menggunakan kaedah pengajaran yang menjadikan pelajar semakin pasif. Pelajar menjadi pasif apabila guru hanya menggunakan one way communication iaitu penerangan sahaja di dalam kelas dan seterusnya menyebabkan pelajar berasa bosan dan tidak fokus dalam kelas. Kaedah penerangan ini mungkin sesuai digunakan di dalam kelas teori akan tetapi tidak sesuai digunakan bagi kelas amali. Seharusnya kelas amali menjadi medan untuk pelajar bertanya dengan lebih lanjut mengenai teori yang telah dipelajari di dalam kelas dan mengaplikasikannya semasa proses kerja amali dijalankan. Kaedah penerangan ini jika berpanjangan di dalam kelas amali kemungkinan besar objektif pengajaran tidak akan tercapai seratus peratus malah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan alatan tangan juga menghadapi cabaran.

Oleh itu, kaedah yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran terutamanya ketika aspek penggunaan alatan tangan seharusnya sesuai dan tidak membosankan. Namun begitu, disebabkan oleh perbezaan individu maka kesesuaian kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran kerja amali penggunaan alatan tangan dan kesesuaian kepada pelajar juga trurut dipengaruhi oleh sifat individu pelajar itu sendiri.

Kebiasaannya, semua guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup akan diberi buku-buku panduan untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan selain daripada buku teks untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kebanyakkan buku-buku panduan ini dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Aspek-aspek seperti kaedah pengajaran, keselamatan mengenai diri sendiri, orang lain dan alatan turut dinyatakan. Dengan ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan tentang kemahiran menggunakan alatan tangan pada peringkat awal iaitu secara teori. Lazimnya dari segi aspek amali pula, guru akan mengaitkan pengetahuan yang dipelajari daripada buku panduan dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam kelas amali seperti pengajaran tentang aspek penggunaan alatan tangan. Selain daripada buku panduan, seminar dan juga kursus-kursus juga perlu diadakan agar dapat meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran guru (Abd Karim,1994). Kemahiran guru adalah penting dalam kerja amali terutama sekali dalam aspek penggunaan alatan tangan kerana guru yang tidak mempunyai kemahiran asa berkaitan dengan alatan tangan hanya mampu mengajar teori sahaja dan tidak mampu untuk menjalankan amali dengan sempurna. Hal ini kerana, guru akan dijadikan tempat rujukan pelajar apabila menghadapi masalah menguasai kemahiran menggunakan alatan tanga. Sekiranya pelajar tidak mempunyai tempat rujukan ataupun kemahiran guru diragui oleh pelajar dari segi persepsi pelajar maka nescaya proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. Hal ini disebabkan kerja-kerja praktikal dan amali adalah komponen yang penting dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup ( Newable & Cannon, 1989).

1.2

Penyataan Masalah

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tidak hanya melibatkan pembelajaran secara teori sahaja tetapi juga melibatkan pembelajaran berbentuk amali. Sebagaimana yang kita sedia maklum, subjek ini lebih kepada pembelajaran berbentuk amali yang dijalankan di dalam bengkel kerana kelengkapan dan kemudahan yang ada dapat membantu pembelajaran amali dilakukan dengan baik. Namun, ia bergantung kepada pengetahuan dan bagaimana guru tersebut mengendalikan peralatan tangan dengan baik semasa kelas amali dijalankan.

Aspek yang penting di dalam kelas amali ialah penggunaan alatan tangan. Hal ini kerana dalam Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus yang diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk Penilaian Menengah Rendah mulai 2005, aspek ini diuji secara langsung dalam modul dua (tingkatan dua) di bawah sub tajuk menggunakan alatan tangan. Sementara dalam modul empat (tingkatan tiga), penggunaan alatan tangan adalah secara tidak langsung dalam sub tajuk pembinaan projek.

Oleh itu, kajian mengenai kaedah pengajaran guru dan juga kemahiran guru dalam penggunaan alatan tangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan perlu diselidik dan diambil kira dari segi persepsi pelajar untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran aspek penggunaan alatan tangan. Kaedah pengajaran yang tidak sesuai dan kemahiran guru yang tidak mencukupi dari persepsi pelajar tidak dapat memenuhi kepuasan pelajar dalam proses pembelajaran.

Keupayaan pelajar mempraktikkan kemahiran penggunaan alatan tangan yang dipelajari di sekolah dalam kehidupan sehari-harian adalah berbeza berdasarkan persepsi pelajar masing-masing. Masalah proses belajar merupakan masalah yang kompleks sifatnya (Ad.Rajjakkers, 1980).

Penyelidik mengkaji keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah harian biasa. Dalam kajian ini, pelajar yang menjadi penilai dan aspek kajian ialah melibatkan kaedah pengajaran guru, keupayaan pelajar mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan tangan, kemahiran guru menggunakan alatan tangan dan juga pengetahuan pelajar dari segi peraturan keselamatan menggunakan alatan tangan.

1.3

Kerangka Konseptual Kajian Teori Konstruktivisme ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.

Kaedah pengajaran guru dalam kelas

amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan tangan yang telah dipelajari

Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah. Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk: i. Mengenalpasti kaedah pengajaran guru yang paling dominan dalam penggunaan alatan tangan di sekolah menengah. ii. Mengenalpasti amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan tangan yang telah dipelajari di sekolah semasa kelas amali. iii. Mengenalpasti sama ada guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan alatan tangan sewaktu kelas amali dijalankan di sekolah.

1.5

Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan dengan memberi tumpuan kepada persoalan-persoalan berikut: i. Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan tangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. ii. Apakah tahap kesediaan guru mengenai kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

iii. Apakah tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian pelajar.

1.6 1.7

Persoalan Kajian

Penyelidik akan mengemukakan 4 aspek persoalan yang berkaitan untuk dijawab oleh responden. Antara aspek-aspek kajian yang akan difokuskan adalah seperti berikut:I. Apakah kaedah pengajaran guru yang paling dominon dalam penggunaan alatan tangan di sekolah. II. Apakah amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan

tangan yang dipelajari di sekolah dalam kehidupan harian. III. Apakah guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan alatan tangan sewaktu kelas amali di sekolah. IV. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kaedah pengajaran guru yang dominan, pengetahuan pelajar dari segi penggunaan alatan tangan, amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran dan kemahiran guru dalam menggunakan alatan tangan di sekolah bandar dan sekolah luar bandar.

1.8

Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak. Sekolah ini adalah merupakan salah sebuah sekolah harian biasa yang terletak di daerah Batu Gajah, Perak. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan 2 dalam pelbagai kecerdasan. Pemilihan sampel adalah bersifat purposif, yakni sampel diambil dari kelompok pelajar yang berada di Tingkatan 2. Sehubungan dengan itu, hasil kajian yang diperoleh tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar lain yang mempelajari mata pelajaran ini.

Kajian ini juga hanya dibataskan kepada pelajar tingkatan 2 sahaja kerana skopnya lebih pravokasional dan pelajar tingkatan 1 masih baru dalam mengikuti mata pelajaran Kemahiran Hidup ini manakala bagi pelajar tingkatan 3 pula mereka berada si sesi yang

berlainan dengan pelajar tingkatan 1 dan 2. Kekekangan masa menghadkan kajian yang dilakukan. Justeru itu, memandangkan banyak jenis alatan tangan yang digunakan oleh pelajar dalam kerja amali, penyelidik hanya memilih tiga jenis alatan tangan sahaja dalam kajian ini.

1.9

Definisi Konsep

Perbincangan berikut adalah tentang beberapa konsep yang digunakan dalam kajian ini. Antara konsep-konsep tersebut termasuklah: Perbincangan berikut adalah tentang beberapa konsep yang digunakan dalam kajian ini. Antara konsep-konsep tersebut termasuklah:

1.8.1

Keberkesanan

Menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-empat, 2007), maksud keberkesanan ialah menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan membawa kepada sesuatu perubahan (perkembangan), efektif atau mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu golongan dan lain-lain (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan dan sebagainya).

1.8.2

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran pravokasional yang bertujuan untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas secara teori dan juga praktikal yang diperlukan untuk mengendalikan kehidupan seharian dengan penuh sistematik. Mata pelajaran ini ditawarkan kepada semua pelajar di tingkatan 1 hingga 3. Matlamat perlaksanaan mata pelajaran ini adalah untuk mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan

produktif. Mata pelajaran ini juga digubal untuk membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Jadual 1.1: Organisasi Kandungan Mata Pelajaran KHB

BAHAGIAN TERAS

BAHAGIAN PILIHAN

Reka Bentuk dan Teknologi 1. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek 2. Elektronik 3. Lukisan Teknik 4. Masakan 5. Tanaman Hiasan

Pilihan 1 Kemahiran Teknikal

Pilihan 2 Ekonomi Rumah Tangga (ERT)

Pilihan 3 Pertanian

Pilihan 4 Perdagangan dan Keusahawanan

Sumber: Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 3 (2002)

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3 (2002), mata pelajaran ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan pilihan. Bahagian Teras adalah bahagian yang wajib dipelajari oleh semua pelajar, manakala bahagian pilihan terdiri daripada Pilihan Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga (ERT), Pertanian dan juga Perdagangan dan Keusahawanan. Dalam bahagian pilihan, pelajar perlu mempelajari salah satu daripada empat komponen pilihan. Jadual 1.1 di atas menunjukkan organisasi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan 2.

1.8.3

Alatan Tangan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), takrifan alat ialah sebagai barang apa yang diperlukan atau digunakan untuk membuat sesuatu. Manakala peralatan pula ialah bermacam-macam alat. Tangan ialah anggota tubuh dari kepala, bahu sehingga ke hujung jari. Oleh yang demikian, alatan tangan boleh disimpulkan sebagai barang-barang yang diperlukan untuk membuat atau menghasilkan sesuatu objek dengan menggunakan tenaga daripada tangan.

1.8.4

Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran (P&P), merujuk kepada proses pengajaran yang memerlukan komunikasi antara guru dan murid. Guru sebagai orang yang bertindak memberikan ilmu. Strategi pengajaran yang terbaik dapat memberikan pengalaman yang bermakna dalam diri pelajar. Seels & Richey (1994), berpendapat strategi pengajaran ialah spesifikasi untuk memilih dan menyusun peristiwa dan aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran.

Bab 2 Kajian Literatur

2.1

Pengenalan Kajian Literatur merupakan kajian-kajian lepas yang dijadikan panduan untuk

meneruskan kajian ini. Bab ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan kajian. Ia membincangkan beberapa persoalan kajian yang dibuat berkaitan dengan minat pelajar Kajian-kajian ini mempunyai hubung rapat dengan pengajaran dan pembelajaran seperti kaedah pengajaran guru, amalan pelajar di rumah dan kemahiran menggunakan alatan tangan.

2.2

Kerangka Teori

Pembelajaran adalah satu proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan, yang berlaku sejak lahir. Pembelajaran bermula dengan satu rangsangan dan rangsangan itu ditadbir mengikut kecenderungan tertentu yang sebahagian besarnya ditentukan oleh pengalaman yang sedia ada (Atan, 1982). Manakala, teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan (Mok Soon Sang, 2002). Menurut Timothy J. Newby, Donald A. Stepich, James D. Lehman dan James D. Russell (2000) pula, teori pembelajaran merupakan set prinsip-prinsip yang terurus bagi menerangkan bagaimana seseorang individu itu belajar, iaitu bagaimana mereka memperolehi kebolehan dan pengetahuan baru.

Mengikut Ragbir Kaur (2007) menjelaskan guru yang profesional adalah guru yang dapat mengamalkan segala kemahiran profesional yang telah diterima semasa menjalani latihan ikhtisas. Hal ini kerana guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang diperakauntabilitikan untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru yang profesional

hendaklah mempunyai mutu personal yang sesuai dengan tugas dan status guru (Sufean, 2004). Mutu personal guru termasuklah sahsiah dan sikap, minat, kreativiti dan motivasi, kemahiran berkomunikasi, keyakinan, sifat-sifat kepimpinan, pengetahuan am yang luas, sikap positif dan pencapaian istimewa yang dapat meningkatkan profesionalisme perguruan.

Teori pembelajaran yang digunakan dalam Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah adalah Teori Konstruktivisme.

2.2.1

Teori Konstruktivisme

Dekad ke-20 telah meletakkan Teori Pembelajaran Konstruktivisme sebagai asas terhadap corak pembelajaran hari ini. Teori ini berasal daripada Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori Zon Perkembangan Prokimal (ZPD) oleh Vygotsky. Teori ini meletakkan anggapan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.

Menurut Wittrock (1978 dalam sumber yang sama 2004) teori ini bermaksud pembelajaran itu mesti generatif, iaitu mengambil tindakan bagi mencipta sesuatu daripada pembelajaran mereka. Ia memandang realiti sebagai sesuatu yang dikonstrukkan dan pengalaman menentukan realiti persepsi merupakan satu instrumen untuk berfikir yang boleh menginterprestasikan adegan, objek dan persepsi daripada hanya memahami dan mengingati pengetahuan secara objektif sahaja. Teori ini cuba mencipta suasana yang diperlukan untuk mencetuskan idea-idea baru yang lebih kreatif. Pembelajaran adalah aktif dan mendorong menyelesaikan masalah berdasarkan kepada penemuan intrinsik. Faktor yang menentukan pembelajaran

terdiri daripada sifat-sifat pelajar itu, pengetahuan sedia ada, motivasi, dan pelbagai tugasan pembelajaran.

Suasana pembelajaran menjadi lebih menarik dengan aktiviti-aktiviti hands on semasa menghasilkan projek di bengkel. Pelajar dapat menggunakan kemahiran dan pengalaman yang sedia ada ketika menjalankan aktiviti pembinaan projek. Pelajar boleh belajar pada tahap kemampuan dalam suasana yang sebenar. Pelajar tidak lagi digalakkan menghafal tetapi digalakkan meningkatkan tahap pemikiran tinggi bagi menyelesaikan masalah. Secara tidak langsung, kemahiran berkomunikasi mereka dapat dipertingkatkan, iaitu tidak terkongkong kepada pembacaan secara sendiri dan menghafal fakta daripada buku teks.

Berikut adalah beberapa pandangan tokoh pendidikan mengenai konsep dan pengertian konstruktivisme yang dipetik Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pusat Perkembangan Kurikulum 2001 yang bertujuan untuk memperjelaskan lagi konsep konstruktivisme yang berbeza daripada pelbagai ahli pendidikan tentang konsep konstruktivisme berdasarkan kajian mereka yang terdahulu. Antara ahli pendidikan yang mengamalkan pendekatan konstruktivisme dalam kajian mereka ialah;

i.

Briner, M, (1999) mengatakan Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

ii.

McBrian & Brandt (1997) mengatakan Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

iii.

Nik Aziz Nik Pa (1999) berpendapat Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Hal ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada seseorang individu kepada kepada individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membantu pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.

2.2.2

Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), pembelajaran konstruktivisme mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

i.

Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai panduan untuk guru merancang pengajaran;

ii.

Menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan rakan pelajar dan gurunya;

iii.

Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran;

iv.

Mengambil kira kepercayaan dan perubahan sikap pelajar;

v.

Mengambil kira dapatan kajian tentang cara pelajar mempelajari sesuatu idea;

vi.

Menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen;

vii.

Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar;

viii.

Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar; dan seterusnya;

ix.

Menyokong pembelajaran secara koperatif.

Kesimpulannya, seseorang guru perlu memiliki beberapa kemahiran yang tersenarai di atas untuk menjadikan diri mereka seorang guru yang konstruktivisme dan seterusnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang konstruktivisme.

2.3

Kajian Literatur 2.3.1 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Bahru Kajian oleh : Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya, Gangagoury A/P Chinnapan dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup dan faktor-faktor yang mempengaruhi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dilakukan di 10 Pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Johor

buah Sekolah Kebangssan Tamil di kawasan Johor Bharu dengan memfokuskan kepada tahap pengetahuan, minat, beban tugas, kesesuaian bengkel dan juga sokongan pihak pentadbiran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang tinggi. Manakala faktor kesesuaian bengkel,beban tugas dan sokongan pihak pentadbir berada pada tahap sederhana. 2.3.2 Kesesuaian Isi Kandungan, Masa, Kemudahan Dan Alatan Dan Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi) Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Kajian oleh : Abdul Rahim Bin Hamdan & Mohd Zawawi Bin Ismail dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam matapelajaran Kemahiran Teknikal dari perspektif guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. Disarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pihak Pentadbir Sekolah supaya mengkaji peruntukan masa yang dibekalkan untuk pengajaran matapelajaran Kemahiran Teknikal. 2.3.3 Tahap Keyakinan Dan Sikap Guru Terhadap Pengajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Zon Skudai Dan Nusajaya, Johor. Kajian oleh : Wan Nur Izzati Binti Wan Ab Hamid dari Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup. Objektif khusus kajian adalah untuk mengkaji tahap keyakinan guru dalam aspek teori dan amali serta sikap guru berdasarkan opsyen terhadap pengajaran kemahiran hidup. Hasil

kajian mendapati tahap keyakinan guru dalam aspek teori dan amali berada pada tahap sederhana dan sikap guru berada pada tahap tinggi terhadap pengajaran kemahiran hidup. Kajian juga mendapati bahawa tahap keyakinan dalam aspek teori dan amali serta sikap guru opsyen lebih tinggi berbanding guru bukan opsyen terhadap pengajaran kemahiran hidup. Oleh itu, tahap keyakinan dan sikap guru yang mengajar kemahiran hidup amat penting bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan yang sewajarnya. 2.3.4 Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Daerah Segamat, Johor. Kajian oleh : Chu Siew Pang dari Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Segamat, Johor. Hasil kajian mendapati keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup aspek penggunaan alatan tangan di kalangan guru Sekolah Menengah di Daerah Segamat, Johor adalah berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kaedah pengajaran guru, pelajar mengetahui peraturan keselamatan, pelajar mempraktikkan kemahiran dalam kehidupan harian dan guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan alatan tangan sewaktu kelas amali di sekolah menengah kawasan bandar dan juga kawasan luar bandar, Daerah Segamat, Johor. 2.3.5 Faktor-faktor Mempengaruhi Keberkesanan Dan Pembelajaran Di Dalam Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Bagi Pelajar Tingkatan Tiga Di Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Perak. Kajian oleh :Tai Chen Hiung dan Supli Effendi Rahim dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Penulisan ilmiah ini bertujuan untuk meninjau faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bengkel kemahiran hidup bersepadu di Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Perak. Faktor-faktor

yang dikaji adalah faktor peralatan dan kelengkapan, keselamatan, dan pengurusan. Dapatan kajian menjelaskan bahawa pelajar tingkatan 3 memberi kerjasama yang baik kepada gurunya ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran sama ada kelas atau amali dalam bengkel dengan mematuhi peraturan dan arahan yang diberikan oleh guru kemahiran hidupnya. Secara keseluruhannya tahap pengurusan merupakan faktor yang penting mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran dalam bengkel kemahiran hidup bersepadu di kedua-dua Sekolah Menengah kebangsaan daerah perak ini. 2.3.6 Pengaplikasi Teori Konstruktivisme Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Reka Cipta. Kajian oleh : Noor Azizah Binti Ahmad dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti pengaplikasian Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta di 4 (empat) buah daerah di Negeri Kedah. Tumpuan kajian adalah kepada 5 (lima) aspek yang dinyatakan dalam Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek-aspek konstruktivisme dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta. Walau bagaimanapun, fasa penggunaan idea didapati berada pada tahap terendah. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan juga telah dikemukakan untuk memastikan bahawa objektif pengajaran dan pembelajaran Reka Cipta dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

2.4 Rumusan Berdasarkan penelitian pengkaji terhadap kajian-kajian lepas yang dijalankan oleh pengkaji terdahulu, dapatlah dirumuskan di sini bahawa kajian-kajian tersebut lebih memberi tumpuan kepada penerapan kaedah pengajaran guru di dalam kelas dan aplikasi pelajar terhadap kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Kajian yang dijalankan termasuk dengan pengetahuan keselamatan bagi penggunaan alatan tangan yang telah dipelajari dan penyelenggaraan alatan tersebut secara berkala. Justeru, dalam kajian ini, pengkaji akan menjalankan kajian secara lebih tertumpu kepada kaedah pengajaran yang dijalankan oleh guru dan kesannya terhadap pelajar.

Bab 3 Metadologi Kajian I.1 Pengenalan

Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya menjamin kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini bersesuian dengan pemboleh ubah yang hendak dikaji serta hipotesishipotesis yang digunakan dalam kajian. Bab ini juga menjelaskan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian ini yang terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu reka bentuk kajian, tempat kajian, subjek kajian dan instrumentasi. 3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Menurut Majid (1998), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Jenis penyelidikan ini adalah jenis tinjauan. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanaan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak. Data yang diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang telah diedarkan kepada responden yang terpilih mewakili populasi iaitu seramai 40 orang pelajar Tingkatan Dua. Setiap maklumat telah ditafsirkan secara kuantitatif kerana penilaian melalui pendekatan ini lebih bersifat subjektif.

3.3

Populasi dan Sampel Kajian

Subjek kajian terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak yang mempelajari subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Pelajar dipilih berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun semasa mereka berada dalam Tingkatan Satu tahun 2011. Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Cerdas, Kumpulan Sederhana dan Kumpulan Lemah. Rekod Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Satu Tahun 2011 merupakan dokumen yang digunakan dalam kajian ini untuk menentukan kumpulan pelajar.

Jadual 3.2 menunjukkan analisis Kertas Kemahiran Hidup Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 bagi tahun 2011. Jadual 3.3 menunjukkan pelajar tingkatan dua mengikut kumpulan cerdas, sederhana dan lemah.

Jadual 3.1 : Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 (2011)

Gred

Jumlah Calon

Jumlah Lulus 37

Jumlah Gagal 3

PAT 2011

16

11

40

Jadual 3.2 : Taburan Sampel Kelas Tingkatan 2 Mengikut Kumpulan

Kumpulan Cerdas Sederhana Lemah Jumlah

Bilangan 8 27 5 40

Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian, manakala menurut Portney dan Walkin (1993), sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak. Penggunaan saiz sampel menurut Majid (1998) perlu digalakkan

melebihi 30 unit kerana anadaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit. Dengan pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan. Seramai 40 orang pelajar dari keseluruhan kelas tingkatan 2 secara rawak yang terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan telah dipilih untuk menjadi bahan kajian.

3.4

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden (Tuckman, 1978). Cates (1980) pula berpendapat, pengunaan instrumen berbentuk soal selidik adalah amat berkesan jika ia disediakan dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Dalam keadaan masa dan kos yang terhad, ia merupakan cara yang paling sesuai digunakan. Dengan menggunakan soal selidik juga responden tidak perlu menulis nama dan ini memungkinkan mereka menjawab dengan jujur (Cockburn, 1996).

Penggunaan soal selidik tertutup adalah baik kerana ia tidak memerlukan subjek berfikir atau melahirkan idea-idea baru terhadap sesuatu soalan (Kerlinger, 1986). Data-data yang diperolehi juga akan disusun secara teratur, jelas dan seterusnya dapatan dianalisis daripada jawapan yang diberikan untuk ditafsirkan dengan lebih berkesan. Soal selidik dalam bahagian ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :

BAHAGIAN A :

Latar belakang responden dan keluarga.

BAHAGIAN B : .

Soal selidik tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan tangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

BAHAGIAN C :

Soal selidik mengenai tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

BAHAGIAN D :

Soal selidik mengenai tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian pelajar.

Dalam kajian ini, Skala Likert digunakan bagi memudahkan responden menjawab. Menurut Najib (1999), Skala Likert digunakan di mana responden dan subjek dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain. Penyelidik telah menyediakan 4 kategori bagi Skali Likert ini. Responden hanya perlu menandakan pilihan jawapan yang paling sesuai mengikut pengetahuan dan pengalaman mereka. Jadual 3.1 menunjukkan skor dan simbol yang digunakan bagi Skali Likert yang digunakan di dalam kajian ini. Aras Persetujuan Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Singkatan SS S TS STS Skor 4 3 2 1

Jadual 3.1

Skala Likert

3.2

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Menurut Majid (1998), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Jenis penyelidikan ini adalah jenis tinjauan.

3.4.1

Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang Responden dan

Keluarga

Bahagian ini mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor demografi iaitu jantina, prestasi akademik, lokasi sekolah, bilangan adik-beradik, taraf pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan keluarga. Responden perlu menjawab dengan menandakan ( ) pada ruangan yang disediakan mengikut kesesuaian maklumat yang ada dan menyatakan maklumat yang diperlukan. Kaedah ini mampu memberikan maklumat tepat yang dikehendaki ( Borg dan Gall, 1983). 3.4.2 Bahagian B : Tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan tangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Soalan dalam bahagian ini adalah bermula dengan item soalan 1 hingga 7. Responden perlu menanda skala 1 hingga 5 yang menyatakan tahap persetujuan responden terhadap setiap pernyataan yang diberikan. Pernyataan yang diberikan adalah mengenai tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan tangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Untuk memudahkan responden menjawab, penyelidik menggunakan pemeringkatan skala lima mata seperti berikut :

1 2 3 4 5

Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

3.4.3 Bahagian C :

Tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Soalan dalam bahagian ini adalah bermula dengan item soalan 1 hingga 5. Responden perlu menanda skala 1 hingga 5 yang menyatakan tahap persetujuan responden terhadap setiap pernyataan yang diberikan. Pernyataan yang diberikan adalah mengenai tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Untuk memudahkan responden menjawab, penyelidik menggunakan pemeringkatan skala lima mata seperti berikut :

1 2 3 4 5

Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

3.4.4 Bahagian D :

Tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian pelajar.

Soalan dalam bahagian ini adalah bermula dengan item soalan 1 hingga 5. Responden perlu menanda skala 1 hingga 5 yang menyatakan tahap persetujuan responden terhadap setiap pernyataan yang diberikan. Pernyataan yang diberikan adalah mengenai tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian pelajar. Untuk memudahkan responden menjawab, penyelidik menggunakan pemeringkatan skala lima mata seperti berikut :

1 2 3 4 5

Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

3.5

Prosedur Kajian

Kajian ini dijalankan melibatkan beberapa prosedur iaitu; Prosedur Pertama Meminta kebenaran dari Dekan Fakulti Teknikal dan Vokasional untuk membuat penyelidikan di sekolah. Setelah sampai di sekolah, meminta kebenaran dari pengetua untuk menjalankan penyelidikan yang melibatkan satu kelas Tingkatan 2 sahaja.

Prosedur Kedua

Penambahbaikan terhadap item-item soal selidik dilakukan mengikut kesesuaian tajuk, tujuan dan objektif kajian selepas meneliti segala maklum balas yang diterima pihak-pihak yang terlibat. Bagi memastikan alat ukur kajian ini sesuai dari segi isi dan formatnya, pengkaji mendapatkan khidmat nasihat daripada pengetua, guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah yang sama.

Selain itu, penyelidik juga menyerahkan satu salinan soal selidik kepada pengetua sekolah. Tujuannya adalah sekadar makluman kepada pengetua tentang item-item soalan yang diedarkan kepada pelajar atau sampel kajian dan juga untuk memenuhi peraturan bagi melaksanakan kajian di sekolah ini. Penyelidik juga mendapatkan pandangan daripada guru-

guru lain yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Segala pandangan dan cadangan responden diterima untuk disesuaikan dengan keperluan kajian.

Prosedur Ketiga

Kajian sebenar yang dijalankan adalah berbentuk soal selidik. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan soal selidik pada waktu kelas tambahan pagi Selasa bertarikh 23hb April 2012 iaitu pada pukul 10.00 pagi di bengkel. Sebelum subjek kajian dibenarkan menjawab soalansoalan tersebut, mereka terlebih dahulu diberikan taklimat oleh pengkaji mengenai tujuan kajian ini dibuat dan peraturan-peraturan semasa menjawabnya. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soal selidik adalah selama 15 minit sahaja. Pengkaji juga mengingatkan subjek kajian agar dapat memberikan jawapan dengan jujur semasa memberi respons kepada setiap soalan yang dikemukakan. Pengkaji memungut instrumen kajian daripada semua pelajar dan seterusnya, pengkaji meneliti instrumen tersebut dan membuat analisis.

3.6

Analisis Data

Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Analisis deskriptif dan peratus digunakan untuk menentukan kekerapan tahap pengetahuan pelajar, tahap persediaan pelajar dan tahap penerapan oleh guru terhadap keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Analisis kekerapan dan peratusan digunakan untuk melihat taburan latar belakang responden seperti jantina, tahap pencapaian akademik, kumpulan, bilangan adik beradik, tahap pendidikan ibu bapa, jenis pekerjaan ibu bapa dan jumlah pendapatan bulan ibu bapa atau penjaga. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program yang digunakan adalah Statistical Package For The Social Science (SPSS) Versi 17.0. Semua data mentah yang diperolehi akan disemak agar maklumat yang diberikan oleh responden mengikut kehendak soalan. Data-data yang diperolehi akan dianalisis

menggunakan perisian SPSS. Kaedah yang akan digunakan bagi memproses data-data yang diperolehi adalah berdasarkan kepada peratusan dan min. Hasil analisis dalam Bahagian A akan ditunjukkan dalam bentuk peratusan dan frekuensi, manakala hasil analisis dalam Bahagian B, Bahagian C dan Bahagaian D akan ditunjukkan dalam jadual peratusan, min dan frekuensi serta carta bar peratusan dan frekuensi. Peratus dan frekuensi digunakan bagi melihat pencapaian matlamat kajian ini.

3.7

Rumusan

Penggunaan Statistical Package for The Social Science (SPSS) di dalam kajian ini amat memudahkan penyelidik menilai data-data mentah daripada kajian rintis dan kajian sebenar. Penyelidik menerangkan tentang cara serta kaedah yang digunakan berdasarkan kepada reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian.

Bab 4

Analisis dapatan kajian 4.1 Pengenalan

Bab ini mengemukakan analisis data secara deskriptif dan statistik. Perbincangan deskriptif menumpukan kepada penghuraian latar belakang diri responden, manakala penganalisian inferensi pula melibatkan kaedah statistik dan analisis min. Analisis yang dibuat juga akan menjawab persoalan-persoalan yang telah dikemukakan dalam bab pertama.

4.2 Huraian Latar Belakang Responden

Responden kajian adalah terdiri daripada 40 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak yang terdiri daripada pelajarpelajar Tingkatan Dua. Latar belakang responden melibatkan aspek-aspek jantina, pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1, jawatan di sekolah, tinggal bersama siapa, pekerjaan ibu dan bapa.

4.2.1

Taburan Responden Mengikut Jantina

Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina. Seramai 20 orang (50 peratus) terdiri daripada pelajar lelaki manakala 20 orang (50 peratus) adalah pelajar perempuan.

Jadual 4.1 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina

Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

Bilangan 20 20 40

Peratus 50.0 50.0 100.0

4.2.2

Taburan Responden Mengikut Tahap Pencapaian Akademik

Tahap pencapaian akademik responden diukur melalui keputusan Peperiksaan Akhir Tahun yang diperolehi oleh mereka. Tahap pencapaian akademik responden dibahagikan kepada dua kategori iaitu lulus atau gagal peperiksaan tersebut. Melalui jawapan yang diberikan dalam borang soal selidik, penyelidik dapat mengenal pasti sama ada mereka lulus iaitu lulus sekurang-kurangnya pangkat D dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Sekiranya mereka memperolehi pangkat E, mereka dianggap gagal dalam mata pelajaran tersebut. Berdasarkan jadual 4.2, didapati bahawa 37 orang (92.5 peratus) telah lulus dalam Peperiksaan Akhir Tahun Kemahiran Hidup Tingkatan 1 manakala 10 orang (7.5 peratus) telah gagal.

Jadual 4.2 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Pencapaian Dalam Peperiksaan Akhir Tahun Kemahiran

Hidup Tingkatan 1 (2011)

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 (2010) Lulus Gagal Jumlah

Bilangan

Peratus

37 3 40

92.5 7.5 100.0

4.2.3

Taburan Responden Berdasarkan Dengan Siapa Mereka Tinggal

Jadual 4.4 menunjukkan taburan responden berdasarkan dengan siapa responden tinggal. Hasil soal selidik, didapati 29 orang (72.5%) tinggal dengan ibu bapa, 8 orang (20.0%) tinggal dengan ibu sahaja dan hanya 3 orang (7.5%) tinggal dengan bapa sahaja. Secara keseluruhannya, respondan tidak ada yang tinggal dengan penjaga.

Jadual 4.3 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Dengan Siapa Mereka Tinggal

Tinggal Dengan Siapa Ibu dan Bapa Ibu Sahaja Bapa Sahaja Penjaga Jumlah

Bilangan 29 8 3 0 40

Peratus 72.5 20.0 7.5 0 100.0

4.2.4

Jenis Pekerjaan Bapa

Pekerjaan bapa responden dibahagikan kepada tujuh kategori, iaitu bekerja kerajaan, swasta, kilang, buruh, bekerja sendiri, berniaga dan tidak bekerja. Jadual 4.7 menunjukkan taburan responden mengikut jenis pekerjaan bapa mereka. Bilangan bapa responden yang bekerja kerajaan adalah seramai 8 orang (20%), bekerja swasta seramai 9 orang (18%), bekerja kilang seramai 8 orang (16%), bekerja sebagai buruh seramai 3 orang (7.5%), bekerja sendiri seramai 6 orang (15%), berniaga seramai 3 orang (6%) manakala selebihnya bapa yang tidak bekerja seramai 3 orang (7.5%).

Jadual 4.4 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan Bapa

Pekerjaan Bapa

Bilanga

Peratus

n Kerajaan Swasta Kilang Buruh Bekerja sendiri Berniaga Tidak bekerja Jumlah 8 9 6 3 6 5 3 40 20 22.5 15.00 7.5 15.0 12.5 7.5 100.0

4.2.5

Jenis Pekerjaan Ibu

Pekerjaan ibu responden pula dibahagikan kepada tujuh kategori, iaitu bekerja kerajaan, swasta, kilang, buruh, bekerja sendiri, berniaga dan tidak bekerja. Jadual 4.5 menunjukkan taburan responden mengikut jenis pekerjaan ibu mereka. Bilangan ibu responden yang bekerja kerajaan adalah seramai 6 orang (15%), bekerja swasta seramai 5 orang (12.5%), bekerja kilang seramai 1 orang (2.5%), bekerja sebagai buruh seramai 1 orang (2.5%), bekerja sendiri seramai 3 orang (7.5%), berniaga seramai 5 orang (12.5%) manakala selebihnya ibu yang tidak bekerja seramai 19 orang (47.5%).

Jadual 4.5 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan Ibu

Pekerjaan Bapa

Bilanga n

Peratus

Kerajaan Swasta Kilang Buruh Bekerja sendiri Berniaga Tidak bekerja Jumlah

6 5 1 1 3 5 19 40

15.0 12.5 2.5 2.5 7.5 12.5 47.5 100.0

4.3

Analisis Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian

Berdasarkan soal selidik yang telah dikemukakan, item-item dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Bahagian B, Bahagian C, dan Bahagian D. Bahagian B mengandungi 7 item mengenai tahap pengetahuan pelajar terhadap kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Dalam Kursus Reka Cipta. Bahagian C mengandungi 5 item mengenai tahap persediaan pelajar dalam penerimaan unsur kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dalam merancang projek reka cipta. Bahagian D mengandungi 5 item mengenai tahap penerapan unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) oleh guru kepada pelajar Kemahiran Hidup Bersepadu.

4.3.1

Tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan tangan dalam mata pelajaran kemahiran hidup.

Jadual 4.1 :

Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Item tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan tangan dalam mata pelajaran kemahiran hidup. (n = 40)

1 Item ST S % 1. Saya mampu menerangkan 2.5

2 TS %

3 KS %

4 S %

5 SS %

Mi n

SP

5.0

22. 5

47. 5 10. 0

22. 5 7.5

3.83 0.9 3 3.1 0.8 3

definisi alatan tangan. 2. Saya mempunyai pengetahuan 5.0 yang sangat baik dalam penggunaan alatan tangan. 3. Saya tahu membezakan antara 5.0 fungsi pembaris keluli dengan sesiku L. 4. Saya menggunakan apit G untuk 0.0 mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu. 5. Saya telah didedahkan dengan 2.5 penggunaan alatan tangan sejak di sekolah rendah lagi. 6. Saya dapat menyenaraikan 5 jenis 20.0 5.0 alatan tangan dengan baik. 7. Saya dapat mengenalpasti 12.5 7.5 12. 5 0.0 5.0 7.5

70. 0

7.5

12. 5

70. 0

4.38 1.1 4

20. 0

12. 5

67. 5

4.48 0.8 1

25. 0

22. 5

37. 5

3.8

1.5 9

37. 5 20. 0

17. 5 37. 5

20. 0 22. 5

3.12 1.3 6 3.5 1.2 8

kerosakan yang berlaku pada alatan tangan yang hendak digunakan 8. Saya dapat membezakan alatan 5.0 tangan untuk kerja amali kayu dan kerja amali perpaipan dengan baik. 9. Saya tahu menggunakan gergaji 0.0 tangan dengan baik. 0.0 7.5

25. 0

40. 0

22. 5

3.7

1.0 7

12. 5

5.0

82. 5

4.7

0.6 8

10. Saya tahu membersihkan semula 12.5 10. alatan tangan selepas 0 menggunakannya.

47. 5

17. 5

12. 5

3.1

1.1 4

Min Keseluruhan = 0.38

Sisihan Piawai = 0.99

Jadual 4.1 menunjukkan taburan tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan tangan dalam mata pelajaran kemahiran hidup.. Hasil kajian mendapati bahawa pernyataan Saya tahu menggunakan gergaji tangan dengan baik. mencatat min paling tinggi iaitu sebanyak 4.7 dan sisihan piawai sebanyak 0.68. Sebanyak 12.5 peratus responden menjawab sangat tidak pasti, 5.0 peratus menjawab setuju, 82.5 peratus menjawab sangat setuju manakala peratusan yang menjawab sangat tidak setuju dan tidak setuju ialah tiada. Manakala bagi hasil min paling rendah pula ialah pernyataan Saya mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam penggunaan alatan tangan dan pernyataan Saya tahu membersihkan semula alatan tangan selepas menggunakannya di mana masing-masing mencatatkan min sebanyak 3.1 dan sisihan piawai 0.83 dan 1.14. sebanyak 5.0 peratus menjawab sangat tidak setuju, 7.5 peratus menjawab tidak setuju, 70.0 menjawab tidak pasti dan 10.0 peratus menjawab setuju dan 7.5 peratus lagi menjawab sangat setuju.

4.3.2

Tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

Jadual 4.2 :

Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Item tahap tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku (n = 40)

1 Item ST S % 1. Guru akan menerangkan semula 0 tentang fungsi alatan tangan yang akan digunakan semasa dalam kelas amali. 2. Guru dapat menerangkan dengan baik 5.0 tentang fungsi setiap alatan ketika ditanya. 3. Guru akan menunjukkan tayangan 0 video kaedah penggunaan alatan tangan dengan betul kepada pelajar sewaktu kelas teori. 4. Sebelum memulakan amali, guru akan 0 mengimbas kembali tentang penggunaan alatan tangan dalam kelas amali dan menunjuk cara penggunaan alatan tersebut di hadapan pelajar. 5. Guru ialah sebagai pemudah cara dan 2.5 menjadi tempat rujukan ketika di dalam kelas amali. 6. Guru amat menitikberatkan tentang 7.5 peraturan keselamatan ketika menggunakan alatan tangan. 7. Guru akan mendemonstrasi cara 0 penggunaan alatan tangan dengan betul sebelum membenarkan pelajar memulakan kelas amali. 8. Guru akan menegur sekiranya 2.5

2 TS %

3 KS %

4 S %

5 SS %

Mi n

SP

12. 5

22. 5

65. 0

4.52 0.7 1

10. 0

25. 0

45. 0

15. 0

3.55 1.0 3

17. 5

72. 5

10. 0

3.95 0.5 2

2.5

12. 5

67. 5

17. 5

4.00 0.6 4

10. 0

65. 0

22. 5

4.05 0.7 4

5.9

22. 5

20. 0

45. 0

3.90 1.2 5

15. 0

45. 0

40. 0

4.25 0.7 0

5.0

7.5

52. 5

32. 5

4.07 0.9 1

terdapat kesalahan dalam penggunaan

alatan tangan dan menunjuk cara yang betul kepada pelajar tersebut. 9. Kaedah guru menggunakan alatan 12.5 5.0 tangan dijadikan role model kepada pelajar untuk meneruskan kerja-kerja amali. 10. Guru boleh menggunakan kesemua 0 alatan tangan yang terdapat di dalam bengkel dengan baik. 0 17. 5 52. 5 30. 0 4.12 0.6 8 15. 0 37. 5 30. 0 3.67 1.3 0

Min Keseluruhan = 0.40

Sisihan Piawai = 0.84

Jadual 4.2 menunjukkan taburan tahap tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Hasil kajian mendapati bahawa pernyataan guru akan menerangkan semula tentang fungsi alatan tangan yang akan digunakan semasa dalam kelas amali mencatat min paling tinggi iaitu sebanyak 4.52 dan sisihan piawai sebanyak 0.71. Sebanyak 12.5 peratus responden menjawab sangat tidak pasti, 22.5 peratus menjawab setuju, 65.0 peratus menjawab sangat setuju manakala peratusan yang menjawab sangat tidak setuju dan tidak setuju ialah tiada.

Manakala bagi hasil min paling rendah pula ialah pernyataan Guru dapat menerangkan dengan baik tentang fungsi setiap alatan ketika ditanya mencatatkan min sebanyak 3.55 dan sisihan piawai 1.14. Sebanyak 5.0 peratus menjawab sangat tidak setuju, 10.0 peratus menjawab tidak setuju, 25.0 menjawab tidak pasti dan 45.0 peratus menjawab setuju dan 3.55 peratus lagi menjawab sangat setuju.

4.3.3

Tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian pelajar.

Jadual 4.3 :

Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Item Tahap Penerapan yang amalan pelajar dalam mempraktikkan pelajar. (n =40) kemahiran dipelajari seterusnya

mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian

1 Item ST S % 1. Saya memahami pengajaran yang 7.5 oleh guru mengenai

2 TS %

3 KS %

4 S %

5 SS %

Mi n

SP

5.0

17. 5

47. 5

22. 5

3.72 1.1 0

disampaikan

penggunaan alatan tangan. 2. Saya mampu membuat kembali kerja 10.0 17. amali membuat kotak serbaguna di rumah. 3. Saya mampu mengajar abang atau 2.5 10. 0 15. 0 25. 0 47. 5 4.05 1.1 3 5 22. 5 17. 5 32. 5 3.45 1.3 7

bapa di rumah menggunakan gergaji tangan dengan betul.

4. Saya boleh membantu bapa memaku 12.5 17. kerusi yang rosak di rumah. 5

15. 0 22. 5

22. 5 20. 0

32. 5 87. 5

3.45 1.4 3 3.65 1.3 5

5. Saya mampu menerangkan kembali 10.0 10. kepada ahli keluarga yang lain tentang fungsi alatan tangan yang telah saya pelajari. 6. Saya akan menggunakan kelebihan 20.0 22. saya menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan satu reka cipta yang baru sebagai bahan hiasan untuk diletakkan di rumah. 7. Saya akan mempraktikkan kemahiran 12.5 17. menggunakan alatan tangan di rumah dengan sebaiknya. 8. Saya mampu untuk menukar sesendal 22.5 20. pili yang rosak di rumah tanpa bantuan sesiapa. 9. Saya boleh membantu bapa membeli 12.5 10. alatan tangan yang betul sekiranya terdapat kerosakan kecil pada barangan di rumah. 10. Saya akan mengasingkan alatan 12.5 12. 5 0 0 5 5 0

17. 5

32. 5

7.5

2.85 1.2 9

32. 5

20. 0

17. 5

3.12 1.2 6

35. 0

10. 0

12. 5

2.70 1.2 8

25. 0

17. 5

35. 0

3.52 1.3 9

32. 5

22. 5

20. 0

3.25 1.2 7

tangan untuk kerja kayu dan kerja paip di rumah agar mudah untuk dikenalpasti kegunaannya.

Min Keseluruhan = 0.33

Sisihan Piawai = 0.12

Jadual 4.3 menunjukkan tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa pernyataan Saya mampu mengajar abang atau bapa di rumah menggunakan gergaji tangan dengan betul mencatat min paling tinggi iaitu sebanyak 4.05 dan sisihan piawai sebanyak 1.13. Sebanyak 2.5 peratus responden menjawab sangat setuju, 10.0 peratus menjawab tidak setuju, 15.0 peratus menjawab tidak pasti, 25.0 peratus menjawab setuju, 65.0 peratus menjawab sangat setuju. Manakala bagi hasil min paling rendah pula ialah pernyataan Saya mampu untuk menukar sesendal pili yang rosak di rumah tanpa bantuan sesiapa mencatatkan min sebanyak 2.70 dan sisihan piawai 1.28. Sebanyak 22.5 peratus menjawab sangat tidak setuju, 20.0 peratus menjawab tidak setuju, 35.0 menjawab tidak pasti dan 10.0 peratus menjawab setuju dan 12.5 peratus lagi menjawab sangat setuju.

4.4

Rumusan

Dalam bab ini, penyelidik telah mengemukakan analisis data maklumat yang telah dikumpul hasil daripada soal selidik yang telah dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan. Hasil dari keputusan analisis yang diperolehi akan dibincangkan dengan lebih mendalam pada Bab 5.

Bab 5 Rumusan Dan Cadangan Bab ini akan membincangkan dan merumuskan dapatan kajian berdasarkan persoalanpersoalan kajian yang telah diutarakan. Tumpuan perbincangan adalah berkaitan dengan persoalan-persoalan kajian secara keseluruhannya iaitu tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan tangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, tahap kesediaan guru mengenai kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian pelajar. Kesemua dapatan akan dihuraikan dengan jelas dan tepat agar dapat difahami dan diinterpretasi oleh pengkaji-pengkaji lain dan seterusnya dapat digunakan sebagai sumber bagi kajian-kajian akan datang. Hasil dari perbincangan, rumusan dan cadangan diharapkan akan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak khususnya dalam usaha meningkatkan kemahiran menggunakan alatan tangan secara lebih menyeluruh terutamanya dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

5.2

Perbincangan Hasil Kajian

Secara keseluruhannya, analisis dalam bab ini menunjukkan aspek-aspek keberkesanan penggunaan alatan tangan yang diukur mempunyai hubungkait yang agak sederhana. Berdasarkan kajian yang dijalankan, analisis menunjukkan minat pelajar dalam alatan tangan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mempunyai hubungan yang positif dengan gred yang diperolehi. Menurut Mok Soon Sang (2002), minat dan sikap seseorang terhadap pembelajaran boleh mempengaruhi kesediaan belajar yakni motivasi dalaman yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu dalam proses pembelajaran. Sebagaimana menurut Bruner (1966 dalam Mok Soon Sang, 2002), kanak-kanak yang baru masuk sekolah mempunyai dua jenis motivasi dalaman iaitu Intrinsik ingin tahu dan

dorongan mencapai kecekapan. Kedua-dua intrinsik ini merupakan motivasi dalaman yang kuat untuk menggerakkan dan meningkatkan kesediaan belajar di kalangan pelajar supaya dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebih aktif, mudah, seronok dan berkesan.

Modul Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif pula menyatakan pelajar perlu bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur. Slavin (1990) berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri sepertimana berikut; ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya. Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran koperatif. Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran berkumpulan dan penilaian kumpulan. Secara tidak langsung, dengan mengaplikasikan kaedah pembelajaran ini, pelajar dari pelbagai kebolehan dapat bekerjasama dalam kumpulan untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Saling bergantungan secara positif yang kuat di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi motivasi kepada setiap ahli untuk berjaya.

Walau bagaimanapun, hasil kajian ini mendapati terdapat hubungan yang positif antara kaedah pengajaran guru yang konsisten dan berpengaruh menunjukkan tanda positif pelajar memberi tindakbalas dengan apa yang telah diajar oleh guru berkenaan. Kesediaan guru di dalam kelas turut mempengaruhi minat pelajar untuk menggunakan alatan tangan dan kelak dapat menggunakan kemahiran yang telah di pelajari dalam kehidupan seharian mereka. Keberkesanaan kaedah tunjuk cara, demonstrasi dan guru sebagai role model di dalam kelas membuatkan pelajar lebih berminat untuk belajar.

5.3

Implikasi penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah.

Menurut Vygotsky (1978 dalam Mok Soon Sang, 2002), Zone of Proximal Development (ZPD) adalah bertujuan untuk mengekalkan kebolehan pelajar dengan bantuan orang dewasa atau rakan yang lebih bijak daripadanya. Idea Vygotsky ini adalah berkaitan dengan sosiocultural yang mana menjelaskan tentang keberkesanan pembelajaran kooperatif antara pelajar dengan guru dan rakan lain. Sokongan daripada guru akan membantu ke arah kejayaan pelajar. Sokongan ini bukan bermakna menidakkan kebolehan pelajar tetapi sebagai motivasi kepada pelajar agar mereka lebih yakin. Sokongan guru adalah satu langkah mendahului pelajar dan sokongan tersebut adalah merupakan satu cabaran kepada pelajar.

Menurut Vygotsky (1978 dalam sumber yang sama), untuk menilai keberkesanan pembelajaran, guru perlu berhati-hati tentang perbezaan peranan pelajar dan tanggapan guru melalui proses pembelajaran kolaboratif. Guru dan pelajar perlu menghormati peranan masing-masing dan suasana bilik darjah perlu disusun agar ianya bersesuaian dengan konteks pembelajaran kolaboratif dan setiap pelajar dapat memainkan peranan masing-masing dalam menguasai kemahiran belajar. Dalam penggunaan alatan tangan bagi setiap pelajar di dalam kelas, pelajar perlu melihat diri mereka secara aktif dalam pembelajaran berlandaskan konstruktivisme bukan menerimanya secara pasif. Di bawah konstruktivisme, ilmu pengetahuan mempunyai ciri-ciri perkembangan dan evolusi yakni sering berubah-ubah mengikut peredaran masa dan berlandaskan keperluan semasa. Ilmu pengetahuan ini tidak digunakan untuk menjelaskan kebenaran, tetapi digunakan sebagai rasionalisasi tindakan dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu. Justeru, ilmu pengetahuan yang dibina adalah melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran baru yang berkaitan.

Menurut Carl Rogers (Mok Song Sang, 2002), apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri secara sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran, hasil yang diperolehi adalah amat berkesan. Dengan cara ini, pelajar tersebut dapat meningkatkan aspek kognitif dan afektif, mengatasi kesilapan berfikir secara terburu-buru, kabur dan sempit serta dapat berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Hasilnya, pelajar dapat menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif hasil daripada kemahiran menggunakan alatan tangan yang telah dipelajari di dalam

kelas. Dengan adanya penyebatian unsur-unsur kemahiran penggunaan alatan tangan ini, pelajar dapat : I. Mengenalpasti kaedah pengajaran guru yang paling dominan dalam penggunaan alatan tangan di sekolah menengah. II. Mengenalpasti amalan mereka dalam mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan tangan yang telah dipelajari di sekolah. III. Mengenalpasti sama ada guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan alatan tangan sewaktu kelas amali dijalankan di sekolah.

5.4.1

Cadangan Kajian Lanjut Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran dan pembelajaran mata pelajatan Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah.

Berdasarkan hasil kajian, penyelidik menyenaraikan beberapa cadangan iaitu;

5.4.2

Sikap pelajar

Menurut Mok Song Sang (2002), sikap terhadap sesuatu perkara adalah dibentuk daripada kefahaman, perasaan dan tindakan. Sikap pelajar terhadap pembelajaran perlu dibentuk ke arah yang lebih positif. Seseorang pelajar yang mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran, akan mendorongkan motivasinya ke arah menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif dan bermakna. Guru perlu memupuk sikap pelajar untuk mempelajari kemahiran penggunaan alatan tangan ini supaya mereka boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Guru boleh mengaitkan kemahiran menggunakan alatan tangan ini dengan citacita yang pelajar minati seperti aktitek, mekanik, jurutera yang kebanyakkannya memerlukan kemahiran asas penggunaan alatan tangan. Guru juga boleh memberikan contoh beberapa gambaran dan peristiwa dalam kehidupan mereka di mana penggunaan

alatan tangan itu sangta penting. Perkaitan kemahiran penggunaan alatan tangan dalam kehidupan sekitar diharap dapat mempengaruhi sikap dan minat mereka untuk terus mendalami kemahiran ini. Selain itu, aspirasi atau keinginan seseorang pelajar juga turut mempengaruhi motivasinya. Tahap aspirasi seseorang itu merujuk kepada penilaian yang subjektif iaitu setakat mana hasil pencapaian yang diperolehi ke atas sesuatu kerja atau tugasan yang dilakukan. Misalnya, untuk mencapai keputusan A bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), pelajar tersebut perlu melaksanakan setiap tugasan dalam kerja kursus atau kerja projek dengan sebaik mungkin.

5.4.3

Corak Pengajaran Guru

Menurut Edward De Bono (2001) ini, guru-guru merupakan watak yang penting dalam usaha memperkembangkan daya intelek di kalangan pelajar. Justeru, kemahiran berfikir yang telah dirancang di dalam pengajaran perlu diaplikasi dan dijalankan dengan sempurna.

Dalam penggunaan alatan tangan ini, guru berperanan penting untuk mencorakkan situasi pembelajaran yang berkesan untuk mewujudkan minat dan mempertingkatkan motivasi untuk belajar. Adalah lebih praktikal sekiranya semua pelajar menghasilkan reka cipta ini daripada set bahan-bahan kayu yang sama dan berdasarkan tema yang sama tetapi pelbagai bentuk dan rupa. Set bahan-bahan kayu yang disediakan ini tidak perlu daripada bahan yang telah siap dipotong tetapi pelajar perlu mengalami sendiri proses menentukan ukuran, menggergaji, memotong dan membentuk. Biar pun proses ini memakan masa yang lama, aspek kemahiran ini perlu diberikan perhatian dan disebatikan dalam pembelajaran ini.

5.4.4

Peranan Sekolah

Panitia Kemahiran Hidup di setiap sekolah juga perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam menerapkan kemahiran penggunaan alatan tangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengambil langkah-langkah berkesan untuk mengatasinya. Contohnya, peruntukan masa yang mencukupi untuk menyiapkan projek ini dan juga penyediaan kelengkapan dan prasarana yang lengkap untuk memenuhi keperluan dalam penghasilan projek ini. Kursus dan bengkel penggunaan alatan tangan juga perlu dianjurkan dari masa ke semasa untuk menghasilkan modul-modul yang berunsurkan Kemahiran Berfikir dalam semua mata pelajaran yang terlibat.

5.5

Rumusan

Kemahiran penggunaan alatan tangan bukanlah satu tugasan yang mudah untuk dilaksanakan. Biarpun, terdapat pelajar yang mempunyai pengalaman asas pertukangan atau pernah mengunakan alat-alat pertukangan di rumah, penghasilan reka cipta ini bukanlah satu tugasan yang dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. Proses pembinaannya melibatkan pelbagai langkah yang memerlukan penelitian dan kesungguhan pelajar agar output yang diperolehi itu dapat memenuhi kriteria pentaksiran yang diperlukan dan hasil pembelajaran yang diharapkan. Jikalau mereka tidak mempunyai kemahiran yang betul, mereka pasti tidak mampu untuk menyiapkan segala tugasan kerja projek dan amali dalam tempoh masa dan mengikut jalan kerja projek yang tepat dan sempurna.

RUJUKAN

Atan Long (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Johnson, D.W., & Johnson,F.P. (1994). Joining Together. Massachussetts: Allyn and Bacon.

Kamaros Zaman M. Affendi dan Sanif Sapaat (2008). Buku Rujukan KHB PMR. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Kamarulzaman Kamaruddin. (2008). Psikologi Perkembangan: Panduan untuk Guru. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Pelan Induk Mata pelajaran Vokasional Sekolah Menengah Akademik bagi tahun 2002-2005. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Koleksi Pusat Sumber. Skudai: Fakulti Pendidikan, UTM. Muat turun daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/login.asp.

Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang, (2002). Ilmu pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Selangor: Kumpulan Budiman.

Nik Aziz Nik Pa (1999). Penggunaan Teori Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Fizik. Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000b). Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000c). Pembelajaran Masteri. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000d). Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK

KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOH INDERA WANGSA AHMAD, BATU GAJAH, PERAK

Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah.

Soalan ini mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian A, B, C, dan D. Jawab semua bahagian dengan memilih skala jawapan yang sesuai.

BAHAGIAN A LATAR BELAKANG RESPONDEN

Arahan : Sila tandakan ( ) berkaitan maklumat anda pada ruang yang disediakan.

1. Jantina Lelaki Perempuan

2. Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun Kemahiran Hidup Tingkatan 1 Markah 100 80 (cerdas) 79 60 (sederha na) 59 40 (lemah) 39 20 (gagal) 19 0 (gagal)

3. Jawatan yang disandang di sekolah

i. Pengawas sekolah ii. Pengawas perpustakaan iii. Ketua kelas iv. Bendahari atau setiausaha persatuan/kelab
4. Tinggal bersama siapa ?

Ibu bapa Ibu sahaja Bapa sahaja Lain-lain (Nyatakan)

5. Pekerjaan Ibu Bapa Pekerjaan Kerajaan Swasta Kilang Buruh Kerja Sendiri Berniaga Tidak Bekerja Bapa () Ibu ()

BAHAGIAN B -

TAHAP

PENGETAHUAN ALATAN

PELAJAR TANGAN

TERHADAP MATA

PENGGUNAAN

DALAM

PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP.

PENCAPAIAN SKALA

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3 Tidak pasti

4 Setuju

5 Sangat setuju

Tuliskan skala jawapan anda; sama ada dari 1 sangat tidak setuju atau 5 sangat setuju atau skala di antaranya, berdasarkan tahap persetujuan anda terhadap setiap pernyataan di sebelah:

NO

PERNYATAAN

SKALA JAWAPAN

1. 2.

Saya pernah menggunakan definisi alatan tangan. Saya mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam penggunaan alatan tangan.

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

3.

Saya tahu membezakan antara fungsi pembaris keluli dengan sesiku L.

4.

Saya menggunakan apit G untuk mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu.

5.

Saya telah didedahkan dengan penggunaan alatan tangan sejak di sekolah rendah lagi.

6.

Saya dapat menyenaraikan 5 jenis alatan tangan dengan baik.

7.

Saya dapat mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada alatan tangan yang hendak digunakan.

8.

Saya dapat membezakan alatan tangan untuk kerja amali kayu dan kerja amali perpaipan dengan baik.

9. 10.

Saya tahu menggunakan gergaji tangan dengan baik. Saya tahu membersihkan semula alatan tangan

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

selepas menggunakannya.

BAHAGIAN C -

TAHAP TAHAP KESEDIAAN GURU DALAM KELAS MENGENAI KAEDAH PENGAJARAN YANG SESUAI DIGUNAKAN KETIKA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERLAKU
1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Kurang Setuju 4 Setuju 5 Sangat setuju

PENCAPAIAN SKALA

Tuliskan skala jawapan anda; sama ada dari 1 sangat tidak setuju atau 5 sangat setuju atau skala di antaranya, berdasarkan tahap persetujuan anda terhadap setiap pernyataan di sebelah:

NO

PERNYATAAN

SKALA JAWAPAN

1.

Guru akan menerangkan semula tentang fungsi alatan tangan yang akan digunakan semasa dalam kelas amali.

2.

Guru dapat menerangkan dengan baik tentang fungsi setiap alatan ketika ditanya.

3.

Guru akan menunjukkan tayangan video kaedah penggunaan alatan tangan dengan betul kepada pelajar sewaktu kelas teori.

4.

Sebelum memulakan amali, guru akan mengimbas kembali tentang penggunaan alatan tangan dalam kelas amali dan menunjuk cara penggunaan alatan tersebut di hadapan pelajar.

5.

Guru ialah sebagai pemudah cara dan menjadi tempat rujukan ketika di dalam kelas amali.

6.

Guru

amat

menitikberatkan

tentang

peraturan

keselamatan ketika menggunakan alatan tangan. 7. Guru akan mendemonstrasi cara penggunaan alatan tangan dengan betul sebelum membenarkan pelajar memulakan kelas amali. 8. Guru akan menegur sekiranya terdapat kesalahan dalam penggunaan alatan tangan dan menunjuk cara yang betul kepada pelajar tersebut. 9. Kaedah guru menggunakan alatan tangan dijadikan role model kepada pelajar untuk meneruskan kerjakerja amali. 10. Guru boleh menggunakan kesemua alatan tangan yang terdapat di dalam bengkel dengan baik. 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

BAHAGIAN D -

TAHAP

PENERAPAN

AMALAN

PELAJAR YANG

DALAM

MEMPRAKTIKKAN SETERUSNYA

KEMAHIRAN

DIPELAJARI KEMAHIRAN

MENGAPLIKASIKAN

TERSEBUT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN PELAJAR.

PENCAPAIAN SKALA

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3 Tidak pasti

4 Setuju

5 Sangat setuju

Tuliskan skala jawapan anda; sama ada dari 1 sangat tidak setuju atau 5 sangat setuju atau skala di antaranya, berdasarkan tahap persetujuan anda terhadap setiap pernyataan di sebelah:

NO

PERNYATAAN

SKALA JAWAPAN

1.

Saya memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru mengenai penggunaan alatan tangan.

2.

Saya mampu membuat kembali kerja amali membuat kotak serbaguna di rumah.

3.

Saya mampu mengajar abang atau bapa di rumah menggunakan gergaji tangan dengan betul.

4.

Saya boleh membantu ayah menyelesaikan masalah kecil dalam membaiki perabut yang rosak.

5.

Saya mampu menerangkan kembali kepada rakanrakan yang lain tentang fungsi alatan tangan yang telah saya pelajari.

6.

Saya

akan

menggunakan

kelebihan

saya

menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan satu reka cipta yang baru sebagai bahan hiasan untuk

diletakkan di rumah. 7. Saya akan mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan tangan di rumah dengan sebaiknya. 8. Saya mampu untuk menukat sesendal pili yang rosak di rumah tanpa bantuan sesiapa. 9. Saya boleh membantu bapa membeli alatan tangan yang betul sekiranya terdapat kerosakan kecil pada barangan di rumah. 10. Saya akan mengasingkan alatan tangan untuk kerja kayu dan kerja paip di rumah agar mudah untuk dikenalpasti kegunaannya. 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5