Anda di halaman 1dari 23

ISI KANDUNGAN

Kandungan
Muka surat
Isi kandungan………………………
……………. 1
Pengenalan…………………………
…………… 2-3
Profil kanak-kanak…………………
…………. 4--18
Dapatan maklumat………………
………………. 19
Teori perkembangan yang
digunakan

1 | Page
umtuk memahami kanak-
kanak…………………. 20-22
Refleksi………………………………
………... 23-24
Bibliografi……………………………
………… 25-28

2 | Page
Pengenalan
Saya telah ditugaskan untuk menyediakan satu profil kanak-kanak sebagai salah satu
tugasan untuk matapelajaran Perkembangan Kanak-kanak. Tugasan ini wajib disiapkan oleh
semua pelajar dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Tugasan ini mewajibkan para
pelajar memilih seorang kanak-kanak yang berumur lingkungan 6 hingga 12 tahun untuk
dijadikan sebagai sampel. Saya telah memilih seorang kanak-kanak yang berumur 9 tahun
bernama Muhamad Nazrul Naim Bin Saad sebagai kanak-kanak ujian. Berdasarkan soalan
tugasan yang diberikan, saya diminta untuk menyediakan profil kanak-kanak iaitu profil bagi
Muhamad Nazrul Naim Bin Saad dan profil tersebut mestilah mengandungi dua daripada tiga
latar belakang perkembangan kanak-kanak tersebut. Latar-latar tersebut adalah latar belakang
perkembangan fizikal, kognitif dan bahasa serta sosial dan emosi. Saya telah memilih untuk
latar belakang perkembangan fizikal serta kognitif dan bahasa untuk tugasan saya. Oleh itu,
saya telah menjalankan pemerhatian, temubual dan bacaan tentang tugasan ini. Saya telah
menjalankan pemerhatian untuk mengenalpasti tahap perkembangan fizikal Muhamad Nazrul
Naim Bin Saad. Semasa saya menjalankan pemerhatian saya menyediakan senarai semak
bagi memastikan ciri perkembangan fizikal dapat dikenalpasti. Saya juga menjalankan
beberapa aktiviti untuk menguji tahap perkembangan fizikal dan kognitif serta bahasa Muhamad
Nazrul Naim Bin Saad. Saya juga menemuramah ibubapa Muhamad Nazrul Naim untuk
mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai Muhamad Nazrul Naim terutamanya dari
segi perkembangan kognitif dan bahasa beliau. Ibu bapa Muhamad Nazrul Naim memberikan
kerjasama yang baik. Profil kanak-kanak yang lengkap boleh didapati dalam ruangan
seterusnya.

3 | Page
PROFIL KANAK-KANAK

1. Perkembangan fizikal

i. Pertumbuhan fizikal

4 | Page
 Berat badan

 Ketinggian

 Pertumbuhan gigi

 Kemahiran pergerakan motor

• Motor kasar

• Motor halus

2. Perkembangan kognitif

ii. Teori kognitif Piaget

3. Perkembangan bahasa

iii. Perkembangan komunikasi Pralinguistik

 Komponen dalam perkembangan bahasa

• Perkembangan fonologikal

• Perkembangan semantik

• Perkembangan tatabahasa

• Perkembangan pragmatic

BIODATA KANAK-KANAK

5 | Page
Nama: Muhamad Nazrul Naim Bin saad

Umur: 9 tahun

Bangsa: Melayu

Agama: Islam

Sekolah: SK Raja (P) Budriah

Tinggi: 124 sm

Berat: 32 kg

6 | Page
Perkembangan fizikal
Berat badan dan ketinggian
Terlebih dahulu saya akan menerangkan tentang latar belakang perkembangan fizikal
kanak-kanak yang saya pilih iaitu Muhamad Nazrul Naim Bin Saad. Saya telah menganalisis
perkembangan fizikal kanak-kanak tersebut dari empat aspek utama iaitu berat badan,
ketinggian, pertumbuhan gigi dan kemahiran pergerakan motor. Berat badan kanak-kanak yang
saya pilih iaitu Muhamad Nazrul Naim Bin saad ialah 32 kilogram (kg) manakala ketiggian
beliau pula ialah 124 sentimeter (sm). Menurut teori, berat kanak-kanak akan meningkat
sebanyak 2.5 kg setahun selepas umurnya melebihi 2 tahun hingga kanak-kanak tersebut
mencapai akil baligh. Mengikut rekod yang saya perolehi daripada waris kanak-kanak yang
saya pilih iaitu Muhamad Nazrul Naim Bin saad, semasa beliau berumur 6 tahun, berat badan
beliau ialah 23 kg. Berat badan ini tidak mengikut spesifikasi berat kanak-kanak normal. Bagi
kanak-kanak lelaki yang berumur 6 tahun, berat badan normal ialah 27 kg. hal ini mungkin
disebabkan faktor kesihatan beliau. Menurut maklumat yang saya dapat daripada ibu bapa
beliau, semasa umur 4 hingga 6 tahun, beliau mengidap penyakit sawan tarik. Namun selepas

7 | Page
penyakit yang beliau hadapi semakin pulih, kadar pertambahan berat badan beliau kembali
normal sehinggalah beliau mencapai berat badan 32 kg sekarang (9 tahun).

Bagi aspek ketinggian pula, beliau mempunyai ketinggian normal. Menurut teori,
ketinggian seorang kanak-kanak normal akan bertambah sebanyak 5 hingga 7.5 sentimeter
setahun selepas umurnya 2 tahun. Kanak-kanak ini juga mempunyai BMI (indeks jisim purata)
yang normal iaitu 20.81. julat BMI normal ialah 19 hingga 25. Jadi, beliau mempunyai berat
badan dan ketinggian yang ideal. Hal ini dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran beliau.
Jika dilihat daripada faktor baka, ibu bapa beliau mempunyai saiz badan yang normal. Selain
itu, faktor persekitaran yang dikawal baik oleh ibu bapa beliau juga memainkan peranan
penting. Menurut ibu bapa beliau, mereka mengawal pemakanan anak mereka seperti tidak
memberikan makanan segera (Fast food) kepada anak mereka terlalu kerap. Mereka juga
mengawal pengambilan lemak dan kalori dalam pemakanan anak mereka. Contohnya mereka
jarang memberikan makanan berminyak seperti roti canai sebagai sarapan anak mereka
walaupun ayah kanak-kanak tersebut merupakan peniaga roti canai.

Pertumbuhan gigi dan perkembangan motor


Seterusnya saya akan menerangkan mengenai perkembangan fizikal kanak-kanak yang
saya pilih iaitu Muhamad Nazrul Naim Bin saad dari aspek pertumbuhan gigi. Gigi kekal sudah
mula tumbuh mengantikan gigi susu beliau. Menurut maklumat daripada ibu beliau, gigi kekal
mula tumbuh di bahagian gigi kacip dan beransur ke bahagian gigi yang lain. Menurut teori, gigi
kekal mula tumbuh pada umur 7 tahun dan proses ini memakan masa yang panjang iaitu
sehingga umur kanak-kanak mencecah 12 tahun.

Seterusnya saya akan menerangkan tentang perkembangan motor beliau. Menurut teori
perkembangan fizikal, semasa umur 7 hingga 11 tahun, kanak-kanak sudah mencapai tahap
yang mencukupi dalam aspek perkembangan motor iaitu motor kasar dan juga halus. Oleh itu,
kanak-kanak seharusnya boleh menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik,
menjahit, mengait, membina model, berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki pada
lingkungan umur ini lebih menggemari permainan lasak di padang. Setelah saya
membandingkan teori ini dengan keputusan ujian dan temubual saya bersama ibu bapa kanak-
kanak yang saya pilih iaitu Muhamad Nazrul Naim Bin saad, saya dapati ciri-ciri yang ada
padanya menepati sebahagian daripada teori perkembangan tersebut. Contohnya, beliau amat
sukakan permainan yang lasak di padang seperti bola sepak. Beliau kerap kali pergi ke padang

8 | Page
sekolah yang berdekatan dengan rumahnya untuk bermain bola sepak. Ayahnya juga
merupakan pengadil yang selalu mengadili perlawanan bola sepak di kampuing beliau. Ini
sedikit sebanyak mempengaruhi minat beliau untuk bermain bola sepak. Selain itu, beliau juga
boleh bermain badminton. Ini menunjukkan perkembangan motor kasar beliau sudah mencapai
tahap yang sepatutnya dicapai semasa umur 9 tahun. Beliau juga sering membantu ibu bapa
beliau di kedai milik ibu bapa beliau. Menurut maklumat daripada ibu bapa beliau, beliau dapat
melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh pinggan, mengemas leja makan dan
menyusun pinggan dengan baik dan teratur. Hal ini menunjukkan bahawa motor kasar beliau
telah berkembang dengan sebaiknya.

Perkembangan motor halus beliau juga berada di tahap normal. Sebagai contoh, beliau
dapat menulis dengan baik dan kemas. Selain itu, beliau juga boleh mengenakan baju sendiri
dan membutangkan baju sendiri. Ini menunjukkan motor halus pada tangan beliau sudah
berkembang. Saya juga menjalankan ujian sejauh mana tahap perkembangan motor halus
beliau dengan cara menyuruh beliau meniru atau melukis semula bentuk-bentuk yang
memerlukan pergerakan motor halus yang baik. Saya dapati beliau dapat melakukannya
dengan baik. Beliau dapat membuat garisan lurus dengan kemas tanpa menggunakan
pembaris. Beliau juga boleh menggunakan gunting dengan baik dan melukis dengan cantik.
Walaubagaimanapun, beliau tidak mahir menggunakan alat muzik. Hal ini mungkin disebabkan
oleh faktor persekitaran beliau. Beliau merupakan kanak-kanak kampung yang kurang
didedahkan dengan hal-hal tersebut. Beliau juga tidak boleh berenang dan menurut ibu bapa
beliau, beliau tidak yakin untuk berenang dan masih mempunyai perasaan takut kepada air.
Walaupun beliau telah menguasai sebahagian besar perkembanagan motor kasar dan motor
halus, ibu bapa beliau masih tidak membenarkan beliau menggunakan alatan tajam seperti
pisau dan pemotong kuku. Hal ini disebabkan otot tangan beliau masih tidak kuat dan dikhuatiri
akan berlaku kecederaan. Oleh itu, ibu beliau sendiri akan membantu beliau umtuk memotong
kuku atau memotong kertas menggunakan pisau.

Oleh itu saya dapat membuat kesimpulan bahawa walaupun pada umur 9 tahun kanak-
kanak sudah mencapai perkembangan motor kasar dan halus yang baik, kanak-kanak tersebut
harus dipantau oleh orang dewasa supaya tidak berlaku sebarang kecederaan kerana pada
lingkungan umur 6 hingga 12 tahun, kanak-kanak amat aktif kerana anggota badan mereka
juga menjadi semakin kuat dan lasak.

9 | Page
Perkembangan kognitif

10 | P a g e
Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,
memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.
Seterusnya saya akan menerangkan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang saya
pilih iaitu Muhamad Nazrul Naim Bin Saad. Penerangan saya berdasarkan teori kognitif Jean
Piaget. Terlebih dahulu saya ingin menerangkan tentang teory perkembangan kognitif Jean
Piaget. Menurut Piaget, proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula
selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba
untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran
mereka. Piaget, dalam teorinya menyatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak
terbahagi kepada empat iaitu peringkat sensorimotor (semenjak lahir – 2 tahun), peringkat Pra
Operasi (2 – 7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun), Peringkat Formal (11 tahun ke
atas). Berdasarkan teori ini, kanak-kanak yang saya pilih iaitu Muhamad Nazrul Naim Bin Saad
tergolong dalam peringkat yang ketiga iaitu peringkat Operasi Konkrit. Menurut teori Jean
Piaget, kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik dan mereka
sepatutnya memahami proses tranformasi, keterbalikan dan menaakul. Jean piaget juga
menyatakan bahawa kanak-kanak dalam peringkat ini juga seharusnya dapat menguasai
konsep pengekalan (conservation). Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga prinsip
iaitu prinsip identiti, ganti rugi dan keterbalikan.

Saya telah menjalan ujian keatas Muhamad Nazrul Naim Bin Saad untuk mengkaji
sejauh mana beliau menguasai konsep ini. Saya menggunakan 2 bekas air yang sama saiz dan
mempunyai isipadu air yang sama (bekas A dan B). Selepas itu,saya menanyakan soalan
kepada beliau (soalan 1). Kemudian saya tuangkan segelas air tadi kedalam satu bekas air lain
yang lebih besar (bekas C) dan saya menayakan soalan kepada beliau (soalan 2 dan 3).
Kemudian saya tuangkan semula air dalam bekas C ke dalam bekas B dan saya menayakan
soalan kepada beliau (soalan 4).

Soalan-soalan yang saya keutarakan kepada Mohamad Nazrul Naim semasa aktiviti
dan jawapan yang saya terima ialah seperti berikut:

1. Soalan: Adakah isipadu air dalam kedua-dua bekas sama (bekas A dan B)?

Jawapan: ya.

2. Soalan: adakah isipadu air dalam kedua-dua bekas sama (bekas A dan C)?
Jawapan: tidak.

11 | P a g e
3. Soalan: air dalam bekas manakah yang lebih banyak?
Jawapan: bekas A
4. Soalan: adakah isipadu dalam kedua-dua bekas sama (bekas A dan B)

Jawapan: ya.

Berdasarkan ujian ini, saya dapat simpulkan bahawa kanak-kanak yang saya pilih iaitu
Muhamad Nazrul Naim Bin Saad masih tidak menguasai konsep pengekalan (conservation).
Sekiranya beliau boleh menguasai konsep ini, beliau akan memberi jawapan isipadu air adalah
sama dalam semua bekas. Hal ini kerana beliau tidak dapat memahami situasi dimana tiada
penambahan atau pengurangan jumlah air dilakukan (prinsip identiti), perubahan bekas C (lebar
dan rendah) yang membawa kepada penurunan paras air (prinsip ganti rugi). Apabila air
dituangkan semula ke dalam bekas B ia akan memberi paras yang sama dengan bekas A
(prinsip keterbalikan). Peringkat operasi konkrit juga menyatakan bahawa, kanak-kanak yang
berumur lingkungan 7 hingga 11 tahun sudah boleh menguasai proses pengelasan. Kanak-
kanak yang saya pilih iaitu Muhamad Nazrul Naim Bin Saad menepati teori ini kerana beliau
telah dapat mengklasifikasikan objek kedalam set atau kumpulan berdaasarkan sesuatu ciri.

Bagi menguji sama ada beliau telah menguasai proses pengelasan, saya telah
menjalankan satu aktivi. Saya telah menyediakan kadbod yang mempunyai tiga jenis bentuk
iaitu bentuk bulat, bunga dan bintang. Saya telah menyediakan tiga keping kadbod untuk setiap
bentuk dan setiap keping kadbod diwarnakan dengan warna berlainan. Contohnya terdapat tiga
keping kadbod berbentuk bintang dan setiap keping diwarnakan dengan warna berlainan iaitu
jingga, hijau dan merah. Begitu juga dengan bentuk-bentuk lain. Pertama sekali saya serakkan
kadbod-kadbod tadi. Kemudian saya menyuruh beliau kelaskan kadbod-kadbod tadi mengikut
bentuk yang sama. Beliau dapat melakukan pengelasan dengan betul. Seterusnya saya
menyuruh beliau kelaskan kadbod-kadbod tadi mengikut warna dan beliau dapat
melakukannya. Oleh itu, disini saya dapat simpulkan bahawa beliau telah menguasai
sepenuhya proses pengelasan. Menurut teori perkembanagn Jean Piaget, kanak-kanak
berumur dalam lingkungan 7 hingga 11 tahun juga sudah menguasai proses menyusun secara
bersiri sama ada susunan menaik atau menurun. Teori ini terbukti apabila Muhamad Nazrul
Naim Bin Saad juga telah dapat menguasai proses ini. Ujian penyusunan ini telah saya jalankan
terhadap beliau iaitu saya telah menyediakan kad-kad nombor 0 hingga 9 dan kad huruf iaitu
daripada huruf a hingga z. Beliau dapat menyusun kad nombor dan kad huruf tadi dengan baik
sama ada secara menaik atau menurun. Beliau juga dapat membuat susunan secara logik.
Contohnya saya telah menyusun kad berhuruf a dan c. diantara dua kad huruf tersebut saya

12 | P a g e
telah sediakan ruang untuk satu kad. Beliau telah mengambil kad berhuruf b dan
meletakkannya diantara dua kad tadi. Seterunya saya telah menyusun kad yang bernombor 5
dan 3. Saya meletakkan kad bernombor 5 dahulu kemudian kad bernombor 3 dan saya
sediakan ruang diantara dua kad tersebut. Beliau mengambil kad bernombor 4 dan
meletakkannya diatara dua kad tadi. Kesimpulan yang saya dapat saya buat berdasarkan
aktiviti ini ialah Muhamad Nazrul Naim Bin Saad telah menguasai proses menyusun secara
bersiri.

Selain itu, beliau juga masih tidak boleh membuat hipotesis atau kesimpulan awal.
Sebagai contoh, saya telah melakukan sedikit aktiviti untuk membolehkan beliau membuat
kesimpulan awal. Saya telah melepaskan seketul batu dan sehelai bulu ayam dari jarak lebih
kurang 2 meter dari udara. Saya mengutarakan soalan kepada. Soalan dan jawapan yang
diberikan oleh beliau ialah:

1. Soalan: Apa yang adik dapat lihat?

Jawapan: Batu dan bulu ayam jatuh ke bawah.

2. Soalan: Yang mana sampai ke bawah dahulu?

Jawapan: Batu.

3. Soalan: Mengapa batu sampai dahulu?

Jawapan: Batu berat.

4. Soalan: Adik boleh buat kesimpulan berdasarkan aktiviti ini?

Jawapan: Tidak boleh.

5. Soalan: Adakah adik tahu apa itu ‘kesimpulan’?

Jawapan: Tidak.

Berdasarkan aktiviti ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak berumur
9 tahun masih tidak boleh membuat hipotesis atau kesimpulan awal malahan beliau masih tidak
memahami apa sebenarnya kesimpulan.

Saya juga menjalankan aktivi untuk menguji tahap pemikiran beliau sama ada beliau
sudah boleh berfikir secara logik atau tidak. Menurut teori, kanak-kanak pada peringkat umur 7
hingga 11 tahun sudah mempunyai pemikiran logik walaupun pemikiran mereka masih terikat
dengan situasi konkrit. Saya menggunakan duit syiling 20 sen sebanyak 16 keping. Saya telah
menyusun duit syiling tersebut kedalam dua barisan mendatar dan setiap satu barisan
13 | P a g e
mempunyai 8 keping syiling. Jarak antara duit syiling juga diselaraskan dan panjang kedua-dua
barisan (barisan A dan B) adalah sama. Kemudian saya menanyakan soalan kepada beliau
(soalan 1). Seterusnya saya jauhkan jarak antara syiling dalam barisan B supaya barisan B
menjadi lebih panjang. selepas itu, saya menanyakan soalan kepada beliau (soalan 2 dan 3).

Soalan yang saya keutarakan kepada beliau dan jawapan yang saya terima ialah:

1. Soalan: Adakah bilangan syiling dalam kedua-dua barisan (barisan A dan B)sama?

Jawapan: ya.

2. Soalan: Adakah bilangan syiling dalam kedua-dua barisan (barisan A dan B) sama?

Jawapan: ya.

3. Soalan: mengapakah bilangan syiling dalam kedua-dua barisan (barisan A dan B)


adalah sama walaupun panjang kedua-dua barisan tidak sama?

Jawapan: sebab jarak antara duit syiling lebih renggang/jauh.

Berdasarkan aktiviti ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak yang
saya pilih iaitu Mohamad Nazrul Bin Saad sudah berupaya berfikir secara logik walaupun masih
terikat dengan situasi yang konkrit. Hal ini memuktikan perkembangan beliau mengikut teori
perkembangan kognitif yang dinyatakan oleh Jean Piaget.

Menurut maklumat yang saya peroleh daripada ibubapa beliau, beliau sudah mula
menerima pendapat orang lain walaupun tidak secara keseluruhan. Contohnya, sekiranya
beliau meminta ibubapa beliau membeli mainan, ibubapa beliau selalu memberi pandangan lain
seperti mengubah keinginan beliau untuk membeli mainan kepada membeli baju yang lebih
berfaedah. Hal ini menunjukkan bahawa beliau sudah mula berubah daripada pemikiran
egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif dan menepati teori yang telah
dinyatakan.

14 | P a g e
Perkembangan bahasa
Seterusnya saya akan menerangkan tenteng latar belakang perkembangan bahasa bagi
kanak-kanak yang saya pilih iaitu Muhamad Nazrul Naim Bin Saad. Pada umur sekarang iaitu 9
tahun, beliau sudah boleh membaca dan menulis dengan baik. Beliau juga boleh memahami
cerita lisan yang dibaca di dalam buku, menghafal seni kata lagu dan mengubah suai seni kata
lagu yang dihafalnya. Hal ini selaras dengan teori yang dinyatakan oleh Naom Chomsky. Beliau
juga mempunyai pengetahuan yang lebih baik tentang nahu, tatabahasa dan perbendaharaan
kata.

Berdasarkan aktiviti yang saya jalankan terhadap beliau, beliau sudah boleh membentuk
ayat daripada satu perkataan dasar. Contohnya, saya telah memberikan beliau satu perkataan
iaitu “kucing” dan saya menyuruh beliau membina sebaris ayat yang mengandungi perkataan
tersebut. Beliau telah membinna sebaris ayat iaitu “saya membela seekor kucing bernama
Tompok”. Ayat yang dibina oleh beliau menunjukkan bahawa beliau mempunyai
perbendaharaan kata yang agak baik walaupun ayat yang dibina agak ringkas.
Walaubagaimanapun, beliau belum mempunyai kemahiran mengolah idea dan
menterjemahkannya dalam bentuk tulisan. Hal ini terbukti apabila beliau tadak dapat menulis
karangan pendek. Sebagai contoh, apabila saya menyuruh beliau menulis karangan atau cerita
pendek berkaitan dengan kucing peliharaan beliau, beliau gagal berbuat sedemikian. Hal ini
kerana beliau tidak mempunyai kemahiran menyambung dan mengaitkan ayat yang sebelum
atau selepasnya. Oleh itu, beliau tidak boleh menghasilkan karangan pendek.

Dari aspek percakapan pula, beliau sudah fasih bercakap dan beliau dapat
menyampaikan kehendak beliau melalui bahasa yang beliau tuturkan. Beliau sudah jarang

15 | P a g e
menggunakan pergerakan fizikal bagi menyokong makna yang terkandung dalam percakapan
beliau. Contohnya, apabila beliau ingin mendapatkan minuman daripada ibunya, beliau hanya
memberitahu ibunya yang beliau inginkan minuman. Beliau tidak lagi menuding jari kearah
minuman yang dikehendakinya. Menurut ibunya, beliau hanya menggunakan anggota badan
atau fizikalnya untuk menerangkan kehendaknya apabila beliau ingin menegetahui sesuatu
yang baru. Contohnya, apabila beliau melihat sesuatu yang belum pernah dilihatnya, beliau
akan menuding kearah benda tersebut dan bertanya apa sebenarnya benda tersebut. Secara
tidak langsung, beliau akan meningkatkan perbendaharaan kata beliau.

Beliau juga sudah boleh bertfikir tentang bahasa yang beliau gunakan. Contonya, beliau
boleh memberi maksud perkataan yang mereka gunakan seperti perkataan ‘lari’ dan ‘pelari’.
Beliau mengatakan bahawa lari ialah perbuatan iaitu seseorang berlari manakala pelari pula
ialah orang yang berlari. Hal ini menunjukkan beliau sudah faham tentang perbezaan maksud
kedua-dua perkataan tersebut. Beliau juga sudah mula menguasai gaya bahasa yang betul dan
sesuai digunakan dalam keadaan tertentu mengikut budaya setempat. Contohnya, beliau akan
mengucapkan salam bila betemu dengan guru-gurunya dan semasa ingin memasuki rumah.
Hal ini ditarapkan sejak kecil lagi oleh ibu bapanya dan menjadi kebiasaan bagi beliau. Selain
itu, beliau juga sudah mahir dalam menggunakan perkataan seperti sila masuk, tumpang lalu,
terima kasih, menta maaf dan sebagainya dalam pergaulan seharian. Semua ini menunjukkan
perkembangan pragmatik beliau sudah mencapai tahap yang sepatutnya dicapai oleh kanak-
kanak yang sebaya dengannya.

Berdasarkan semua maklumat ini, saya dapat simpulkan bahawa perkembangan


bahasa bagi kanak-kanak yang saya pilih iaitu Muhamad Nazrul Naim Bin Saadsebahagiannya
telah mencapai tahap seperti mana yang dinyatakan dio dalam teori manakala sebahagian lagi
masih dalam proses penambahbaikan. Hal ini bergantung kepada faktor persetitaran dimana
beliau perlu diberi lebih pendedahan dan bimbingan oleh orang dewasa terutamanya ibu bapa,
guru dan masyarakat sekeliling supaya perkembangan beliau tidak terbantut.

16 | P a g e
17 | P a g e
Teori Perkembangan Kognitif
Jean Piaget

Teori yang saya pilih ialah Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Teori ini
menyatakan bahawa proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh selepas lahir hingga
kita mencapai kematangan. Piaget juga menyatakan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai
tahap dan corak perkembangan mereka yang tersendiri. Hal ini menyebabkan kanak-kanak
yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi
juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Beliau juga mengenalpasti empat
faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi pemikiran seseorang individu iaitu
kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan
keseimbangan. Selain itu, Piaget juga mengenalpasti empat tahap perkembangan kognitif
kanak-kanak iaitu peringkat sensorimotor (semenjak lahir – 2 tahun), peringkat Pra Operasi (2 –
7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun). Oleh itu, dengan adanya teori ini, kita dapat
memastikan perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak sama ada normal atau tidak.
Walaubagaimanapun, tidak semua kanak-kanak berkembang seperti mana tang tercatat di
dalam teori. Sesetengah kanak-kanak mungkin tahap perkembangan kognitifnya lambat dan
ada yang pantas. Jika kita memerhatikan perkembangan seseorang kanak-kanak semenjak
kecil, sekiranya perkembangannya terlalu perlahan dan jauh daripada teori, kita harus
melakukan sesuatu supaya tahap perkembangannya kembali menjadi normal.

18 | P a g e
Semasa saya menyiapkan tugasan ini, saya banyak merujuk kepada teori
perkembangan kognitif Jean Piaget untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang
perkembangan kognitif kanak-kanak yang saya pilih iaitu Mohamad Nazrul Naim Bin Saad.
Sebelum saya mendapatkan maklumat mengenai kanak-kanak yang saya pilih, saya terlebih
dahulu memahami sepenuhnya Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Selepas itu, saya
menyediakan bahan-bahan untuk menjalankan aktiviti untuk menguji sama ada kanak-kanak
tersebut berkembang secara normal iaitu mengikut teori Jean Piaget. Bahan-bahan yang saya
sediakan ialah senarai semak pemerhatian, solaan temubual dan bahan-bahan untuk
menjalankan aktiviti. Saya telah menemubual ibubapa beliau untuk mendapatkan maklumat
mengenai jenis pemikiran beliau. Daripada temubual ini saya dapati beliau sudah menepati
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget iaitu beliau telah merubah daripada pemikiran secara
egosentrik kepada decentered. Beliau sudah dapat menerima pandangan orang lain supaya
beliau dapat membuat keputusan yang bijak. Saya juga telah menyediakan bahan untik menguji
sama ada beliau sudah menguasai empat proses yang dinyatakan oleh Jean Piaget di dalam
teorinya iaitu proses pengekalan (conservation), pengelasan, penyusunan secara bersiri dan
membuat hipotesis atau kesimpulan. Berpandukan aktiviti yang saya jalankan, saya dapati
beliau belum menguasai proses pengekalan (conservation) dan membuat hipotesis atau
kesimpulan tetapi telah mahir dalam konsep pengelasan dan proses penyusunan secara bersiri.
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak dalam peringkat
Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun) sudah boleh menguasai tiga proses utama iaitu proses
pengkalan (conservation), penyusunan secara bersiri dan pengelasan tetapi mereka masih
tidak mampu membuat hipotesis atau kesimpulan. Selepas saya mendapat semua maklumat
daripada keputusan aktiviti, saya bandingkan keputusan tersebut dengan Teori Perkembangan
Kognitif Jean Piaget. Hasilnya saya dapat simpulkan bahawa kanak-kanak yang saya pilih iaitu
Mohamad Nazrul Naim Bin Saad menepati tiga daripa emapat proses yang dinyatakan dalam
teori. Beliau hanya tidak menepati teori dalam proses pengekalan (conservation) kerana beliau
sepatutnya boleh menguasai proses ini tetapi beliau gagal berbuat sedemikian. Jean Piaget
juga menyatakan bahawa kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik
walaupun pemikiran mereka masih terikat situasi yang konkrit. Saya telah menjalankan satu
aktiviti untuk menguji sama ada kanak-kanak yang saya pilih iaitu Mohamad Nazrul naim Bin
Saad berkebolehan berfikir secara logik atau tidak. Keputusan ujian menunjukkan bahawa
beliau sudah mempunyai pemikiran logik dan sudah menepati Teori Perkembangan Kognitif
Jean Piaget.
Berdasarkan perbandingan antara keputusan aktiviti dan Teori Perkembangan Kognitif
Jean Piaget, saya dapat simpulkan bahawa perkembangan kognitif Mohamad Nazrul Naim Bin

19 | P a g e
Saad berada pada tahap normal walaupun beliau tidak menepati sepenuhnya Teori
Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor baka dan
persekitaran beliau.

20 | P a g e
Refleksi
Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya
saya dapat menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah
Perkambangan Kanak-kanak saya iaitu Cik Chew Ping Ping. Beliau telah banyak membantu
saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya dalam cara-cara mengumpul maklumat dan
menulis profil. Sebenarnya ini merupakan kali pertama saya ditugaskan untuk menyediakan
profil kanak-kanak. Saya telah memilih seorang kanak-kanak berumur 9 tahun iaitu Mohamad
Nazrul Naim Bin Saad. Saya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada beliau dan ibu bapa
beliau semasa saya menjalankan temu bual dan sedikit aktivi untuk menguji perkembangan
fizikal seta kognitif dan bahasa. saya akui tugasan ini banyak memberi pengalaman dan ilmu
kepada saya. Saya dapat mempelajari bagaimana untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak
dan ibubapa mereka. Selain itu, saya mendapat banyak ilmu mengenai kanak-kanak.
Contohnya saya dapat mengetahui perubahan yang dihadapi kanak-kanak tersebut semenjak
kecil mengikut pengalaman yang diceritakan oleh ibu bapanya. Hal ini membuatkan saya tahu
bahawa tidak semua kanak-kanak berkembang sama seperti teori kerana ia bergantung kepada
banyak faktor. Selian itu, saya juga dapat mengetahui kebolehan kanak-kanak yang berumur
lingkungan 6 hingga 12 tahun. Selain itu, dengan adanya tugasan ini, saya lebih memahami
teori perkembangan fizikal, kognitif dan bahasa. saya membuat persiapan awal sebelum saya
bertemu dengan kanak-kanak tersebut dan ibubapanya seperti memahami sepenuhnya teori-
teori perkembangan tersebut. Saya juga menyediakan bahan-bahan ujian untuk digunakan
dalam aktiviti dengan kanak-kanak tersebut. Saya dapat simpulkan bahawa tugasan ini
mengajar saya mengaplikasikan pengetahuan saya dalam dunia sebenar dan membuat saya
lebih memahami apa yang diajar semasa kuliah.

21 | P a g e
Bibliografi
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel.(2009) Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Rohani Abdullah. (2001). Perkembangan Kanak-Kanak – Penilaian Secara Portfolio.
Selangor Darul Ehsan : Penerbit Universiti Putra Malaysia
Dr. Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah. (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah.
Pahang Darul Makmur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd
Kamaruddin Hj Husin. (1996), Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur
: Utusan Publications
http://www.scribd.com/doc/4853347/Perkembangan-Fizikal-dan-Kognitif-Kanakkanak
22 | P a g e
http://teoripiaget.blogspot.com/

23 | P a g e