Anda di halaman 1dari 2

SOALAN OBJEKTIF

1. Apakah itu pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme? A Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berfokuskan guru. B Suatu pembelajaran yang memastikan murid bukan hanya menerima pengetahuan daripada orang lain tetapi membina pengetahuan sendiri secara aktif berdasarkan pengalaman sedia ada. C Pendekatan yang berasaskan kepada falsafah bahawa hampir semua guru boleh menguasai aktiviti pengajaran dengan baik. D Suatu pendekatan yang mengandaikan senua murid mempunyai pengetahuan sedia ada yang sama dan harus diaplikasikam bagi mencapai tujuan pembelajaran yang sama.

2. Proses pendekatan induktif adalah A Mentafsir data, mengaplikasi konsep dan membuat contoh khusus. B Memberi contoh, membuat kesimpulan, membentuk konsep. C Membuat kesimpulan, mengaplikasi konsep dan mentafsir data. D Memberi contoh khusus, mentafsir data dan membuat kesimpulan.

3. Berikut adalah jenis-jenis pendekatan deduktif kecuali A Satu hukum daripada pernyataan B Penyelesaian masalah C Membukti hipotesis D Membentuk generalisasi baru

4. Dalam pengajarannya guru tidak menetapkan objektif pelajarannya secara spesifik dan mementingkan pelajar sendiri membentuk objektif pembelajaran mereka. Dalam konteks ini guru menggunakan pendekatan A penyelesaian masalah B induktif C konstruktivisme D deduktif

5. Bagaimanakah proses pembelajaran berlaku dalam pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme? A pelajar mengkategorikan pengalaman baru berdasarkan pengalaman sedia ada. B Pelajar mensintesis pengalaman baru berdasarkan pengalaman sedia ada. C Pelajar menghirarkikan pengalaman baru ke dalam pengalaman sedia ada. D Pelajar menggabungkan pengalaman baru dengan pengalaman sedia ada.

6. Pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme adalah satu pendekatan yang baik untuk digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana ia menggalakkan A penyiasatan, pelaporan, penerokaan B refleksi, pembacaan, pelaporan C penerokaan, penyoalan, refleksi D pembacaan, pelaporan, penyoalan

7. Pengajaran yang berasaskan pendekatan induktif adalah satu gaya pengajaran di mana pelajarpelajar digalakkan mencari, meneliti dan mempelajari sendiri perkara yang ingin dipelajari. Yang manakah antara berikut merupakan konsep-konsep induktif dalam pengajaran? I II III IV A B C D Membuat justifikasi daripada spesifik ke umum Memproduksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum Membentu satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu konsep keseluruhan I dan II II dan III I, II dan III Semua di atas

8. Seorang guru memulakan pengajaran dengan memberi arahan dan kemudiannya memberi penerangan dan menunjukkan cara. Selepas itu, guru tersebut meminta pelajar berbincang dan menyediakan satu laporan lengkap. Prosedur seperti ini melibatkan A Pendekatan deduktif B Pendekatan induktif C Model pembelajaran koperatif D Model pembelajaran pengalaman

9. Apakah peringkat yang perlu dilakukan untuk mengesan sejauh mana apa yang dipelajari seseorang itu berkesan? A Transformasi B Adaptasi C Refleksi D Penilaian

10. Menurut pendekatan deduktif, peranan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk A mendengar penerangan guru B menguasai idea dan maklumat C mengkategori data dan membuat inferens D membuat klasifikasi dan membina konsep

Beri Nilai