Anda di halaman 1dari 5

KEPENTINGAN ETIKA GURU

Posted by I N D A H Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. 5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. 6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

Konsep Profesion

Pendidikan merupakan salah satu faktor penting dalam mencapai misi Nasional. Guru telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misiini dan berusaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Berdasarkan ciri-ciriprofesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu . Untuk menjadi seorang yang profesional haruslah bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mempunyai outonomi bertugas dengan mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Selain itu , konsep guru dianggap sebagai satu profesion. Maksud profesion adalah sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi, bertanggungjawab, dan bermoral tinggi serta mematuhi kod etika yang ditetapkan oleh organisasinya. Contohnya keguruan, peguaman,akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan. Profesion merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Profesion juga banyak menggunakan keupayaan dan mendapatkan latihan khusus supaya pihak yang dilatih Mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. Dalam bidang profesion juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. Malah, profesion juga merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaiantaranya dan bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya. Menurut kamus dewan (1989), di bawah konteks pendidikan guru, adalah diertikan sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada guru pelatih, murid, dan sebagainya. Keguruan pula telah diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru iaitu yang merangkumi peranan, tugas, dan kelayakan sebagai guru. Sebagai contoh masyarakat menyanjung sifat-sifat keguruan iaitu peranan serta tugas guru yang luhur. Konsep guru sebagai satu profesion boleh ditakrifkan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas misalnya latihan dijalankan dalam maktab perguruan. Manakala, profesion keguruan merupakan satu pekerjaan yang berkaitan dengan peranan, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Manakala konsep profesion perguruan dan keguruan dapat dibezakan. Profesion perguruan merupakan pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan pula merupakan satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat. Tetapi , adakah keguruan sebagai satu profesion? Terdapat penerangan yang berbeza iaitu keguruan sebagai satu profesiondan keguruan bukan satu profesion. Keguruan sebagai satu profesion dianggap sebagai pekerjaan yang penting dan bersifat autonomi. Untuk memenuhi profesion, guru-guru

memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas. Guru juga digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan dan lebih mengutamakan perkhidmatan. Malah, keguruan bukan satu profesion mempunyai kelayakan akademik dan latihan yang berbeza. Antara ciri-ciri yang terdapat dalamnya termasuk terdapat kuasa kesatuan,keseragaman ahli kesatuan serta kuasa Autonomi. Keguruan bukan satu profesion juga berkaitan dalam bidang ikhtisas yang lain.

Kepentingan Kod Etika Perguruan Malaysia Bagi memartabatkan profesion keguruan, guru adalah subjek utama yang akan menyumbang ke arah pencapaian matlamat ini. Perkara utama yang perludilaksanakan ialah guru itu harus memahami konsep sebenar kod etikakeguruan.Setiap organisasi kerajaan ataupun swasta mempunyai kod etika yang tersendiri untuk membentuk ahlinya ke arah yang dikehendaki. Bagi seorang guru yang telah memilih pekerjaan ini sebagai profesion dalam hidupnya juga tidak terlepas dengan kod etika keguruan. Kod etika keguruan adalah bertujuan untuk menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesionnya. Menurut kod etika keguruan, perkara pertama yang ditekankan ialah tanggungjawab terhadap pelajar. Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, 1995 bahawa etika merupakan satusistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Manakala dalamKamus Oxford, 1994 pula didapati etika diertikan sebagai prinsip moral atau set prinsip moral. Etika juga merupakan tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Maksud etika profesional adalah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Antara skop etika professional termasuk mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan sebagainya. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. Kod etika perguruan merupakan satu prinsip yang mengawal kemoralan dan perlakuan guru. Kod etika perguruan juga adalah satu panduan perlakuan atau etika

kerja untuk profesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi kod etika dan mengamalkan peribadi mulia dalam menjalankan tugas harian. Antara kod etika perguruan termasuk tanggungjawab terhadap pelajar , tanggungjawab terhadap ibu bapa , tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara , serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Yang pertama sekali adakah tanggungjawab terhadap pelajar. Pihak guru harus mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Mereka juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Untuk melindungi kepentingan murid, merahsiakan maklumat ikhtisasatau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Peranan guru adalah membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Sebagai teladan , pihak guru perlu menunjukkan suatu carapakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Sebagai seorang guru juga harus memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Kod etika perguruan yang kedua adalah tanggungjawab terhadap ibu bapa. Sebagai seorang guru yang profesion harus menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha mewujudkan hubungan mesra serta kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Selain itu, pihak guru perlu menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan rumah tangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa. Jika perlu , guru akan memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Manakala guru juga harus mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar serta mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa. Kod etika perguruan yang ketiga adalah tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Sebagai seorang guru yang profesion , guru harus mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang , guru perlulah memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Selain itu, guru-guru juga dikehendaki menghormati masyarakat tempatan, berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara serta sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Pihak kerajaan menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Sebagai guru, meraka akan memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral dan kebudayaan masyarakat. Malah guru-guru perlu berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik. Yang akhir sekali adalah tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Sebagai seorang guru yang profesion, mereka perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.Guru-guru tidak boleh melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru dan mereka harus berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Guru-guru haruslah sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan dan mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Seterusnya adalah kepentingan etika guru. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan dan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan juga menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ini menyebabkan guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Dengan ini,guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ini telah membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlama tpendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).