Anda di halaman 1dari 3

http://baituldhuyuf.blogspot.com/p/siapakah-dia-guru-mursyid-dan-tugasnya.

html 25/4

Guru Mursyid
SIAPAKAH DIA GURU MURSYID DAN TUGASNYA Diantara ciri-ciri guru mursyid ialah: (1) Mengalirkan kasih sayang sepenuhnya kepada murid-muridnya bagaikan seorang ayah kepada anak-anaknya. Sabda Nabi S.A.W Aku bagi kamu bagaikan seorang bapa dengan anak-anaknya. Bagitulah hubungan Guru dengan murid memimpin kejalan ALLAH bagaikan pemandu pelancong membawa jamaahnya ke kota idaman. Andaikata gurunya tidak memahami jalan atau tersilap jalan maka sesatlah orang-orang yang dibawanya. . Sebagaimana kata syair Arab : Kerosakan dan kejahatan seorang alim yang jahat amalannya, Malah lebih malang lagi ianya menjadi idola orang yang jahil.

(2) Sentiasa beristiqamah dalam menjalankan syariat ALLAH. Jangan sekali-kali terdetik dihati untuk mengambil kesempatan terhadap anak muridnya, jauh sekali menganiayainya. Guru harus sedar seseorang akan mengorbankan apa saja yang perlu bila hati sudah terpaut oleh itu pimpinlah mereka dengan penuh keikhlasan.

92 Firman ALLAH TAALA : Wahai kaumKu Aku tidak perlu balasan dan ganjaran dari kamu, melainkan semata-mata memimpin kamu mencari keredhaan ALLAH. Begitulah ALLAH mengajar Nabinya supaya menjalankan kerja dengan penuh ikhlas dalam memimpin umatnya dan itulah yang sepatutnya disambung oleh para Ulama'. (3) Sentiasa memperingati muridnya tujuan menuntut Ilmu jangan kerana nak bermegah-megah dan membuat berbahasan. Guru juga harus memilih tajuk yang sesuai dan mudah difahami oleh murid-muridnya supaya tidak timbul fitnah. Sebagaimana kata Saidina Ali Karramallahuwajhah. Berilah penjelasan kepada orang ramai sekadar dapat dicapai oleh darjah pemikiran mereka. (4) Memberi teguran dan perbandingan contoh yang halus. Jangan menyindir dan

memandang rendah kelemahan murid-murid. Guru harus sedar mereka juga perlukan curahan kasih dan perhatian yang sama. Jadikan sirah Nabi dan hikayat ulama-ulama sebagai panduan bagi mereka. Pantang sekali membawa aliran cerita yang boleh membawa persengketaan kerana tujuan aliran suffi adalah mambawa perdamaian. (5) Hantarkan kepada murid-murid ilmu Aqidah yang sah dan tidak bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah WalJamaah. Tidak sesuai sekali dan jangan sekali membuka ruang yang luas dalam permasaalahan mazhab nanti akan menimbulkan lebih fitnah. (6) Sentiasa beramal dengan setiap ajaran yang diberikan kerana PENGAMBILAN ILMU DENGAN MATA HATI DAN AMALAN DITIRU MELALUI PANDANGAN MATA. Maka awas mata jumlahnya amat banyak dan meluas maka pandangan melalui mata menjadi ukuran manusia. Sebagaimana Firman ALLAH Taala : 44 Yang bermaksud kurang lebih, Apakah kamu menyuruh manusia lain berbuat kebaikan dan kamu lupa tentang diri kamu sendiri.

http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2012/12/mudarris.html 25/4 Mursyid Seorang Mursyid merupakan seorang guru yang telah sampai ke tahap menjadi pakar rujuk, berkeupayaan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah pendidikan yang tidak dapat dilakukan oleh guru-guru lain. Bilangan guru yang mampu melaksanakan peranan mursyid adalah terlalu sedikit kerana guru berkenaan perlu dapat melaksanakan peranan sebagai Muallim, Mudarris, Muaddib dan Murobbi selain membudayakan dirinya untuk terus belajar, membuat penyelidikan, melaksanakan penambahbaikan pada ilmu dan amalannya serta meningkatkan darjah ketakwaan kepada Allah. Dengan segala peranannya itu, seorang mursyid akan dapat menunjukkan kebenaran kepada murid serta rakan sekerja agar redha dan mendapat keredhaan daripada Allah swt.

Seperti yang telah dijelaskan bahawa peranan sebagai penyampai risalah (rasul) hanya dikhususkan kepada individu pilihan Allah dari kalangan para nabi

yang diutuskan secara khusus kepada kaum-kaum tertentu. Namun begitu, peranan untuk membina ummah akan diteruskan oleh para ulamak apabila Rasulullah saw menegaskan bahawa para ulamak merupakan waris para nabi. Waris di sini tidak disandarkan kepada pertalian persaudaraan dan tidak juga penjawatan tetapi kepada peranan dan tanggungjawab untuk menyebarkan, mendidik, membimbing umat agar hanya mempertuhankan Allah tanpa syirik, beriman dan patuh kepada tuntutan agama (perkara disuruh dan dilarang).