Anda di halaman 1dari 14

HIA 3023 AKHLAK ISLAM

DISUSUN OLEH: ABDUL MUNIR BIN ISMAIL

DEFINISI AKHLAK
Banyak definisi berdasarkan:1) Pemikiran 2) Instint (naluri dalaman) 3) Tabiat semula jadi 4) Kehendak (akhlak) (Dr. Abdul Fattah Ahmad al-Fawi, Akhlak: dirasatun falsafiyyatun diniyyatun, cet 1990) h.13.

Definisi Akhlak
Dari

sudut bahasa: Sifat pembawaan (), tabiat (nature/), maruah (), dan agama (). Kesimpulannya ia merupakan gambaran kepada sifat dalaman manusia. Akhlak itu adalah dirinya, sifatnya dan kerangkanya ().

sambungan
al-khalqu

juga bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik.

Dari sudut istilah

1) 2)

Ibn Maskawaih: mendefinisikan akhlak sebagai: satu keadaan jiwa seseorang yang membawa kepada satu-satu perbuatan (tindakan) tanpa perlu kepada pemikiran ( )atau penelitian (). Beliau membahagikan Keadaan jiwa ini kepada 2: Sesuatu yang menjadi tabiah dari pembawaan asal (fitrah) Terhasil daripada adat dan latihan.

Imam Ghazali (505H): Beliau telah memberikan beberapa definisi: 1) Membaiki ( )tiga kekuatan jiwa iaitu:1) kekuatan pemikiran () 2) Kekuatan marah () 3) Kekuatan syahwat () 2) melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh individu itu sendiri beliau berhujah () )216:( ) ( 3) Membuang/menghilangkan segala sifat buruk yang diperincikan oleh syarak iaitu dengan seseorang itu membenci dan menjauhinya sebagaimana beliau menjaihi perkara kotor/najis ( )seterusnya membiasakan dengan adat/akhlak yang baik serta rindu untuk melakukannya sehingga beliau merasa nikmat mengamalkannya

Definisi yang paling jamik: suatu keadaan yang tertanam ( )di dalam jiwa yang menampilkan perbuatanperbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk Al-Ghazali, Ihya ulum al-din, j3, h.52.

Beberapa definisi lain yang hampir sama dengan definisi al-Imam al-Ghazali: 1) al-Fakhrul al-Razi: satu pemilikan jiwa yang memudahkan seseorang itu untuk melakukan perbutan yang baik. (al-Razi, Tafsir al-Kabir, j30, h.81).

Beliau mengkhususkan dengan akhlak yang baik mengambil kira kebiasaan (sebutan) akhlak.

kesimpulan
Suluk

( )atau perbuatan () tidak dianggap(menjadi) akhlak melainkan jika telah menjadi kebiasaan ()dan kelaziman diri () . Ada yang berpandangan akhlak ini ialah kebiasaan yang diinginkan ( ).

Perbezaan antara ( )dengan ()


Akhlak

ialah pembawaan dan tabiat. Manakala al-Takhalluq ialah usaha seseorang untuk menzahirkan akhlak berlawanan dengan batinya.

Pandangan umum ulama terhadap akhlak


Ulama

salaf berpandangan agama itu adalah akhlak yang baik dan akhlak yang baik itu adalah agama. Oleh itu Ibn Abbas berpendapat hadis bermaksud .

PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL


Menurut

istilah, moral berasal daripada bahasa latin moralis atau mores iaitu jamak kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah, baik, atau buruk.

Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos daripada ethos yang juga membawa erti adat kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan dan norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan pandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu. Nilai-nilaian bersifat relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat.

Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapat disamakan dengan istilah akhlak daripada bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti.