Anda di halaman 1dari 3

Mengecat Bangunan Sekolah

KERTAS KERJA PERMOHONAN MENGECAT BANGUNAN BLOK D SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA BUNGOR KUANTAN

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi mengecat bangunan blok D Sk Paya Bungor. 1.2 Diserahkan kepada pihak pengurusan atasan untuk tujuan pertimbangan selanjutnya dan memberi persetujuan bagi peruntukan tersebut demi memastikan keceriaan bangunan sekolah dan demi keselesaan muridmurid. 1.3 Keadaan cat bangunan tersebut agak lama dan usang mencacatkan pemandangan semua pihak yang melalui kawasan sekolah. Justeru itu, sudah tiba masanya bangunan tersebut di cat. 1.4 Melalui peruntukan ini, diharapkan semua pihak akan berasa selesa dan ceria apabila berada di SK Paya Bungor.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Bangunan blok D merupakan bangunan penting di sekolah tersebut memandangkan blok D merupakan bangunan Pentadbiran,kelas-kelas dan bilik-bilik penting untuk kemudahan Pembelajaran dan Pengajaran. 2.2 Bangunan ini mempunyai 4 tingkat dan terletak di sebelah kiri pintu masuk 2.3 Cat baru amat penting demi keceriaan dan keselesaan apabila berada di sekolah. 2.4 Oleh hal yang demikian, pihak jawatankuasa berpendapat bahawa peruntukan amat ini diperlukan bagi tujuan di atas.

Mengecat Bangunan Sekolah


3.0 ANGGARAN KOS

3.1 Anggaran terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.

Anggaran Kos Mengecat Bangunan Blok D Sekolah

Bil. 1. 2. 3. 4.

Item / Perkara Cat 20 liter X 10 Tong X RM300.00 Undercoat X 10 Tong X RM200.00 Peralatan Mengecat Upah

Anggaran Kos (RM) RM3000.00 RM2000.00 RM1000.00 RM7000.00

ANGGARAN JUMLAH KOS RM13000.00

3.2 Secara kasarnya, jumlah keseluruhan yang dipohon adalah sebanyak RM 13000.00

4.0 SUMBER KEWANGAN 2

Mengecat Bangunan Sekolah


4.1 Peruntukan Yang Berhormat.

5.0 PERTIMBANGAN 5.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa memohon daripada pihak pengurusan agar dapat meluluskan kertas kerja ini supaya semua aktiviti dapat dilaksanakan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. 5.2 Dengan kelulusan ini, diharap bangunan blok D SK Paya Bungor lebih ceria. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

__________________________ ( ) Setiausaha PIBG SK Paya Bungor. )

_______________________________ ( YDP PIBG SK Paya Bungor.

Anda mungkin juga menyukai