Anda di halaman 1dari 9

Solat Sunnat Tahiyatul Masjid

Dari Abu Qatadah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalau sekiranya salah satu di antara kalian masuk ke dalam masjid maka dilarang untuk duduk di dalamnya sebelum mengerjakan solat dua rakaat (solat Tahiyatul Masjid)

Adab Iktikaf: Membaca Al-Quran, berzikir, shalat, atau duduk diam. Jauhi pada berbual atau apa saja yang bersangkutan dalam hal-hal keduniaan. Niat Iktikaf

Sahaja aku iktikaf dalam masjid kerana Allah Ta'ala.

Lafaz Niat Solat Sunnat Tahiyat Masjid

"Sahaja aku sembahyang sunnat tahiyat masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

Solat Sunnat Dhuha


Waktu mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit. Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia"

Niat Solat Dhuha: Membaca Al-Quran, berzikir, shalat, atau duduk diam. Jauhi pada berbual atau apa saja yang bersangkutan dalam hal-hal keduniaan.

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :

Lafaz Niat Solat Sunnat Tahiyat Masjid

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kemegahan (keagungan) ialah kemegahanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu."

Solat Sunnat Awwabin


Dilakukan selepas Fardhu Maghrib menanti waktu Isya', didahului dengan 2 rakaat sunnat Maghrib dan 2 rakaat sunnat Awwabin, dan 2 rakaat lagi sunnat Awwabin (jumlah 6 rakaat). Sedangkan fadhilah sembahyang sunat 6 rakaat setelah sembahyang maghrib dengan tidak ada bicara di antaranya sama dengan beribadah 12 tahun.

Lafaz Niat Sembahyang Sunnat Awwabin:

Sahaja aku sembahyang sunnat awwabindua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bersabda Nabi saw yang bermaksud: "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'H.R. ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat tersebut :

"Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu, semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Solat Sunnat Tahajjud


Jumlah rakaat solat tidak ada ketentuan yang pasti, tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat. Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud

Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :

Lafaz Niat Solat Sunnat Tahiyat Masjid

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kemegahan (keagungan) ialah kemegahanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu."

Solat Sunnat Hajat


Lafaz Niat Solat Sunnat

Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

"Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Halim (Tidak segera menurunkan seksa) lagi Maha Mulia. Maha Suci Allah Tuhan (Yang Memelihara) arash yang agung. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Aku memohon kepadaMu kepastian rahmatMu kepastian maghfirahMu, kemenangan dari tiap-tiap kebaikan selamat dari dosa. (Ya Allah) jangan engkau biarkan diriku berdosa melainkan Engkau ampuni, tiada ada kesusahan melainkan Engkau bukakan jalan keluar dan tiada sesuatu yang Engkau redhai melainkan Engkau luluskan, Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang." HR Turmuzi dan Ibn Majah. Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barang siapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

Solat Sunnat Tasbih


Jikalau dilakukan waktu siang satu salam saja dan jika dilakukan waktu malam dua salam.Bilangan solat tasbih adalah 4 rakaat. Diperintahkan bagi kita untuk mengerjakannya setiap hari sekali, kalau tidak sanggup, satu kali dalam satu jumaat, atau satu kali dalam sebulan, ataupun satu kali dalam setahun, jika tidak sanggup juga, satu kali dalam seumur hidup! Bacaan tasbih itu ialah :

Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala Caranya ialah : 1. Setelah membaca doa iftitah dibaca tasbih 15 kali. 2. Setelah membaca fatihah dan surah 10 kali. 3. Ketika rukuk dan setelah membaca tasbih rukuk, dibaca 10 kali. 4. Semasa I'tidal dan setelah bacaan I'tidal 10 kali. 5. Sujud pertama dan setelah membaca tasbih sujud, dibaca 10 kali 6. Semasa duduk di antara dua sujud setelah membaca doa yang biasa di dalamnya, dibaca 10 kali 7. Sujud kedua dan setelah membaca tasbih sujud, 10 kali. Doa Solat Sunnat Tasbih

"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana

orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orangorang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran. Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."

Solat Sunat Witir


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli AlQuran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Jumlah solat witir itu ialah 11 rakaat, dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat:

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Anda mungkin juga menyukai