Anda di halaman 1dari 5

Salam Sejahtera. Penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai .

Ia bermaksud seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihat salahsatu atau semua daripada perkara-perkara berikut keberkesanan, kelancaran,fungsi dan

operasi. Dalam pelajaran Pendidikan Seni Visual penilaian boleh dibuat berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Ia turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Ini disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, ia turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu. Kanak kanak dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran kanak kanak.

Kegiatan seni merupakan strategi dan kaedah pembelajaran untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur bahasa, emosi, fizikal, kognitif, kreativiti dan kerohanian, sikap dan nilai agar dapat membentuk insan secara menyeluruh.Ini adalah tertakluk kepada persepsi dan daya tafsir yang berbeza. Dalam aktiviti seni, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk berfantasi berdasarkan imaginasi dan kreativiti masing-masing. Bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, guru perlu merancang aktiviti seni dan kreativiti dengan menekankan perancangan pengajaran berdasarkan kesediaan dan

pengalaman serta mengikut konteks kesanggupan murid-murid untuk belajar. Selain itu, pemilihan bahan penting kerana memberikan impak terhadap hasil tangan mereka.

Salam Sejahtera. Saya bersetuju dengan pendapat saudara aktiviti seni dapat mengembangkan kreativiti seorang kanak-kanak dan juga kognitif serta menunjukkan kematangan dalam berfikir serta pengawalan emosinya .Kita akan dapat melihat hasil kerja seni seorang murid melalui kekemasan , cantik dan menarik serta motif penghasilan .Selain itu , Seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan , keseronokan dan kesenangan estetik . Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej dan pihak penerima mesej tersebut akan saling bersama menyempurnakan mesej - mesej yang di sampaikan . Dengan lain perkataan ,

komunikasi yang berkesan hanya akan berlaku dengan sempurna apabila mesej pengirim dapat diterima dengan tepat oleh sipenerima. Bagi orang yang mempunyai ilmu seni apabila bertemu dengan objek alam semulajadi seperti bunga , daun , haiwan dan sebagainya, ia akan dapat mencipta dan melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap objek tersebut.

Perkembangan ini menyebabkan usaha untuk memupuk kreativiti di peringkat sekolah di dalam Pendidikan Seni Visual dianggap sebagai sangat mendesak dan penting. Dalam dunia penuh persaingan global ketika ini, memiliki pengetahuan dan kepintaran yang tinggi tidak memadai. Pengetahuan dan kepintaran tersebut mesti disertai dengan kreativiti agar pelajar kita dapat bersaing di peringkat global apabila mereka dewasa nanti.

Salam 1 Malaysaia Penialain boleh dilakukan secara sumatif lebih bermakna kerana ianya memberi

maklumat tentang penguasaan pelajar secara menyeluruh. Ianya boleh dibuat melalui portfolio yang dihasilkan oleh pelajar. Pengujian lebih merupakan pengukur kepada kemampuan guru menfasilitasi pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar. Luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya mungkin agak sukar untuk dinilai.Tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard yang sangat tinggi, dan biarlah bersesuaian dengan pelajar- pelajar di dalam kelas serta cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang medium seni.

Salam Sejahtera Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir . Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini.

Salam sejahtera Saya bersetuju dengan pendapat saudari bahawa penilaian seni dan kreativiti kanakkanak perlu dilaksanakan merentasi bidang seperti pendidikan, seni dan psikologi. Kanak-kanak diajar menggunakan seni untuk melahirkan apa yang terpendam di dalam fikiran mereka . Sebagai seorang guru dapat membuat penilaian dengan melihat hasil kerja seni mereka .Contohnya jika kanak-kanak yang tidak mendapat kasih saying daripada ke dua ibu bapa mereka akan menghasilkan lukisan yang menunjukkan kea rah itu atau kanak-kanak yang melukis dalam keadaan marah atau emosinya tidak setabil akan menghasilkan kerja seni yang tidak sempurna setara dengan emosinya. Jadi penilaian yang dilakukan oleh seorang guru itu merangukumi bidang psikologi dan kognatif .Kanak-kanak juga akan menggambarkan sikap atau emosinya melalui lakaran seperti perasaan gembira, sedih, marah dan takut kanak-kanak. Kebijaksanaan seorang guru perlu supaya dapat memahami dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian, merekod atau merakam aktiviti seni yang dilaksanakan di dalam atau luar bilik darjah.

Salam Sejahtera, Saya bersetuju dengan idea saudari bahawa hasil seni mestilah cantik dan kemas. Hasil seni yang cantik dan kemas itu sangat baik kepada kanak-kanak keranan ia adalah proses membentuk sikap dan emosi . Selain itu ia adalah suatu proses perawatan yang terdapat dalam terapi seni tampak yang boleh sama-sama kita fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri boleh dijadikan ruang untuk Pendidikan Seni Visual diolah sebagai mekanisme pemulihan. Jika benar maka mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah suatu subjek yang penting dan jangan diabaikan.

Salam Sejahtera Cetusan emosi boleh menimbulkan kreativiti seperti kenyataan Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan ada kebenarannya. Aktiviti-aktiviti sebegini boleh ditokok tambah kerana kekangan masa dan dilakukan oleh guru di luar kelas atau di luar waktu pengajaran. Contoh yang dijadikan bukti, pelajar melepaskan tekanan dan meluahkan emosi mereka secara kreatif menerusi lukisan mural dan seni grafitti dengan memilih dinding dan tembok yang sesuai seperti yang pernah dilakukan di penjara dan pusat-pusat pemulihan. Suatu persoalan tentang pelajar yang melempiaskan emosi melalui berkarya khususnya dalam seni visual perlu dinilai kembali. Secara asasnya ia bermula dari awal lagi jika guru itu dapat mengesani pilihan warna yang selalu menjadi pilihan pelajar. Apabila terlalu banyak memalitkan warna merah dan memilih objek-objek berwarna merah, dikatakan ada kaitan dengan emosi yang agresif, tegang, panas dan marah. Betulkan jika saya keliru. Sampai ke tahap mana guru perlu membiarkan ia bebas atau menyekatnya? Jika benar kenyataan dari sudut psikologi, perkaitan warna dengan jiwa, peringkat awal lagi guru dapat melakukan proses terapi.

Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

Anda mungkin juga menyukai