Anda di halaman 1dari 54

TAKSONOMI OBJEKTIF PENDIDIKAN

Taxonomy
Mula digunakan pada awal kurun ke 19. Berasal daripada perkataan Yunani taxis yang bermaksud susunan.

Taksonomi
Bermaksud pengkelasan, terutama pengklasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, mengikut perkaitan-perkaitan semua jadi
Sumber: Websters New Collegiate Dictionary, 1953

Taxonomy
Grouping of organisms The science of classifying plants, animals, and microorganisms into increasingly broader categories based on shared features. Traditionally, organisms were grouped by physical resemblances, but in recent times other criteria such as genetic matching have also been used.

Taxonomy
Principles of classification The practice or principles of classification

Study of classification The study of the rules and practice of classifying living organisms
Sumber: Encarta World English Dictionary [North American Edition] & (P) 2001 Microsoft Corporation.

Sejarah
Dipengaruhi Tyler Objektif pendidikan menjadi asas kepada pembinaan kurikulum dan ujian. Dalam Konvensyen Persatuan Psikologi Amerika di Boston, 1948 telah ditimbulkan idea untuk menyediakan taksonomi pendidikan.

Taksonomi objektif pendidikan


1959, Jawatankuasa dipengerusikan oleh Bloom menghasilkan 3 taksonomi objektif pendidikan :-

Domain kognitif Domain afektif Domain psikomotor

Taksonomi objektif pendidikan


Domain kognitif mengandungi 6 kelas:1. Pengetahuan 2. Kefahaman 3. Aplikasi 4. Analisis 5. Sintesis 6. Penilaian

Domain kognitif

PENILAIAN SINTESIS ANALISIS APLIKASI PEMAHAMAN PENGETAHUAN

Domain afektif

MEWATAK MENGORGANISASI MENGHARGAI MEMBUAT RESPONS MENERIMA

Domain psikomotor

PERMULAAN ADAPTASI RESPONS NYATA MAKANISME RESPONS TERBIMBING KESEDIAAN PERSEPSI

1.0 PENGETAHUAN
Mengingat kembali kaedah, proses, corak, struktur, latar dsbg.

Objektif pembelajaran pada aras pengetahuan dalam domain kognitif menekankan penyusunan semula isyarat, tanda saran, dan petunjuk, yang terlibat dalam proses mengingat.

1.10 Pengetahuan tentang perkara khusus: Knowledge of specifics Mengingat semua fakta-fakta yang berasingan (Recall of specifics and isolable bits of information)

1.11 Pengetahuan tentang istilah : Knowledge of terminology Mengetahui dan mengingat semula erti istilah-istilah dan simbol-simbol (verbal and non-verbal symbols)

1.12 Pengetahuan tentang fakta khusus


Knowledge of specific facts Mengetahui dan mengingat semula tarikh, nama orang, tempat, ukuran sesuatu, ciriciri sesuatu dsb.

1.21 Pengetahuan tentang cara/kaedah mengendalikan perkara khusus: Knowledge of ways and means of dealing with specifics

Pengetahuan tentang cara/kaedah menyusun, menyelenggara, mengurus, mempelajari atau menilai sesuatu termasuk tahu kaedah menyelidik, menyusun mengikut kronologi, kriteria membuat penilaian dsb.

1.21 Pengetahuan tentang perkara lazim


Pengetahuan tentang cara-cara khusus melakukan sesuatu, yang dianggap sesuai dalam situasi tertentu (majlis, tempat, masa, dsb). Misalnya: pekerja tahu cara bertutur dengan sopan, berpakaian kemas, mengamalkan ketepatan masa, yang semuanya dianggap sesuai di tempat kerja.

1.22 Pengetahuan tentang trend dan urutan


Knowledge of trends and sequences Pengetahuan tentang proses, arah, hala tuju, gerakan atau perubahan sesuatu mengikut peredaran masa,

1.23 Pengetahuan tentang pengkelasan dan kategori


Knowledge of classifications and categories Pengetahuan tentang kelas, pembahagian, set, susunan yang penting dalam sesuatu bidang ilmu, aktiviti menyelesaikan masalah, gerak kerja untuk mencapai sesuatu tujuan dsb.

1.24 Pengetahuan mengenai kriteria


Pengetahuan tentang bagaimana fakta, prinsip, pendapat, tingkah laku, dsb. Diuji dan dinilai

1.25 Pengetahuan tentang pengkaedahan


Methodology Pengetahuan tentang kaedah menyelidik, teknik dan prosedur mengkaji sesuatu perkara atau sesuatu bidang. Contoh: pengetahuan tentang kaedah saintifik dalam penyelidikan; atau penyelesaian sesuatu masalah kesihatan bayi.

1.30 Pengetahuan tentang perkara universal dan pengabstrakan: Pengetahuan tentang skema dan pola (schemes and patterns). Pengetahuan tentang bagaimana idea dan fenomena disusun. Termasuklah teori, generalisasi, prinsip yang digunakan dalam sesuatu bidang untuk memahami sesuatu masalah atau fenomena

1.31 Pengetahuan tentang prinsip dan generalisasi.


Pengetahuan untuk menerangkan, menghuraikan, meramal atau menentukan arah atau tindakan yang sesuai.

1.32 Pengetahuan tentang teori dan struktur pengetahuan.


Pengetahuan pada aras abstract formulations yang tinggi.

Mengetahui dan dapat mengingat kembali teori dan struktur ilmu dalam bidang tertentu.

KEBOLEHAN & KEMAHIRAN INTELEKTUAL


Ia merupakan kecekapan, kemahiran atau teknik intelek untuk menyusun, menyusun semula dan mengurus bahan serta masalah bagi mencapai sesuatu tujuan. Bahan atau fakta terlibat mungkin yang diberi atau yang diingat.

KEBOLEHAN & KEMAHIRAN INTELEKTUAL


Kategori operasi mental tersebut ialah:2.0 Kefahaman 3.0 Aplikasi 4.0 Analisis 5.0 Sintesis 6.0 Penilaian

Taksonomi
Bloom
1. Pengetahuan:
Pengetahuan Disusun bermula dengan perkara konkrit kepada yang lebih abstrak 2. Kebolehan intelek & kemahiran: i. Kefahaman ii. Aplikasi iii. Analisis iv. Sintesis v. Penilaian

2.0 KEFAHAMAN
Kefahaman berada pada aras asas dalam penaakulan. Sejenis pemahaman individu terhadap apa yang disampaikan. Pemahaman membolehkan individu menggunakan bahan atau idea tersebut tanpa merujuk kepada bahan lain atau melihat implikasinya.

2.1 Terjemahan
Dapat menyatakan atau meringkaskan apa yang diketahui dalam bentuk lain dengan tepat. Contoh: menyatakan simbol matematik dalam bentuk perkataan dan sebaliknya; menyatakan makna metafora, sindiran dsb.

2.2 Pentafsiran
Kebolehan memahami sesuatu idea secara menyeluruh.

Contoh: Dapat mentafsir berbagai jenis data dan maklumat tentang pendidikan; Dapat menghurai dan merumus sesuatu.

2.3 Ekstrapolasi
Kebolehan membuat perluasan (extension), kesimpulan, penelahan daripada data atau maklumat yang diketahui untuk melihat implikasinya, kesannya, dsb.

3.0 APLIKASI
Penggunaan idea, teori, prinsip yang abstrak, tata cara atau kaedah am dalam situasi yang lebih konkrit. Contoh: Menggunakan sesuatu teori pengajaran untuk merancang bahan dan kaedah pengajaran sesuatu topik.

Pemindahan Pembelajaran
Aplikasi menekankan konsep pemindahan pembelajaran. Latihan dalam sesuatu bidang boleh dipindahkan dengan mudah kepada bidang jika mempunyai persamaan. Pemindahan lebih berkesan jika latihan melibatkan kaedah penyelesaian masalah, pembelajaran konsep dan generalisasi (bukan fakta-fakta dalam keadaan tertentu).

4.0 ANALISIS
Kebolehan membuat analisis atau mencerakinkan sesuatu, seperti idea, prinsip, kaedah atau maklumat menjadi unsur-unsur atau bahagian yang lebih kecil.

4.1 Analisis unsur


Kenal pasti unsur-unsur yang terdapat dalam sesuatu idea, prinsip, kaedah, maklumat, dsb.

Kebolehan melihat atau mengenal andaianandaian yang tersirat, yang tidak dinyatakan.
Kebolehan membezakan antara fakta dan hipothesis; contoh dan prinsip, dsb.

4.2 Analisis hubungan antara unsur (relationships)


Kebolehan melihat dan mecerakinkan hubungan antara pembolehubah, bahagian atau unsur di dalam sesuatu idea, hubungan antara satu idea dengan idea yang lain, hubungan antara bahagian dalam sesuatu kaedah, maklumat, dsb.

4.3 Analisis prinsip organisasi unsur


Kebolehan mencerakinkan bahagian-bahagian dalam struktur, susunan atau sistem yang menyatukan sesuatu idea, teori, hujah, kaedah dsb., termasuk struktur yang eksplisit dan implisit, dan elemen-elemen di dalamnya yang menjadikannya satu unit.

Contoh: kebolehan mengecam atau melihat bentuk (form) dan pola sesebuah novel, puisi, lukisan, teori, dsb.

5.0 SINTESIS
Mengecam unsur-unsur atau bahagianbahagian supaya terbentuk satu keseluruhan. Kebolehan mengabung/menyusun bahagian-bahagian dan menjadikannya satu pola, struktur, sistem yang baru, yang tidak wujud sebelum ini.

5.1 Penghasilan satu komunikasi unik


Pembinaan suatu komunikasi di mana penulis atau penuturnya cuba menyampaikan suatu idea, perasaan, atau pengalaman kepada orang lain. Contoh: Kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan sebuah cerita pendek, dsb.

5.2 Penghasilan suatu rancangan/pelan operasi


Membina sebuah pelan tindakan atau rancangan operasi untuk sesuatu tujuan, mengikut keperluan tertentu.
Contoh: Dapat memberi cadangan menguji sesuatu hipotesis; dapat merancang satu rancangan pengajaran yang sesuai untuk sesuatu situasi.

5.3 Membina satu set hubungan yang abstrak


Kebolehan membina/membangunkan satu set hubungan yang abstrak, seperti teori, hipotesis, untuk menghuraikan sesuatu fenomenum, atau mengklasifikasikan fakta.
Kebolehan membuat deduksi berdasarkan propositions yang diberi.

Contoh: Dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor-faktor diberi; Dapat memperbaiki teori yang sedia ada berdasarkan fakta baru. Kebolehan membuat penemuan atau generalisasi baru dalam bentuk simbol matematik.

6.0 PENILAIAN
Membuat pertimbangan (judgement) nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah, bagi sesuatu tujuan. Membuat penilaian dan pertimbangan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Penggunaan sesuatu kriteria untuk menilai sesuatu sama ada kriteria dari luar atau dari dalam.

6.1 Pertimbangan dari segi bukti dalaman


Menilai ketepatan sesuatu menggunakan buktibukti logik, ketekalan, dan lain-lain kriteria dalaman. Contoh: Kebolehan menunjukkan kesilapankesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan.

6.2 Pertimbangan dari segi kriteriakriteria luaran


Penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contoh: Perbandingan mengenai teori-teori utama, generalisasi, dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

Rumusan
Taksonomi objektif pendidikan domain kognitif dibahagikan kepada 6 kategori iaitu:
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Rumusan
Pengetahuan
Kenal atau ingat kembali maklumat. Definisikan, siapakah, apakah, di manakah....

Kefahaman
Tingkah laku yang menunjukkan pelajar boleh menyusun maklumat dalam minda.

Huraikan, bandingkan, nyatakan semula, dengan perkataan sendiri, jelaskan idea utama

Rumusan
Aplikasi
Menggunakan maklumat yang baru dipelajari. Kelaskan, gunakan, pilih, tuliskan contoh, selesaikan

Analisis
Memerlukan pelajar berfikir secara kritikal dan mendalam. Kenal pasti motif atau sebab, rumuskan, tentukan bukti, sokong, mengapakah

Rumusan
Sintesis
Menghasilkan sesuatu yang original dan kreatif, meramal, dan selesai masalah. Ramalkan, hasilkan, reka bentuk, bina, bagaimanakah memperbaiki, apakah yang akan berlaku jika, bagaimana menyelesaikan, dsb.

Penilaian
Memerlukan pelajar membuat pertimbangan tentang sesuatu idea, penyelesaian kepada masalah, beri pandangan dsb. Adakah pelajar sekolah masa kini tidak berdisiplin?

Latihan 1
Semak kenyataan berikut dan pilih objektif aras analisis?
A. mengenali ayat pasif B. menukar ayat aktif kepada ayat pasif. C. membezakan antara ayat aktif dan ayat pasif. D. menggabungkan ayat pasif dengan ayat aktif.

Latihan 2
Setelah menunjukkan cara-cara memformat teks, guru mengarahkan pelajar seperti berikut untuk memastikan kefahaman mereka:A. Formatkan teks yang diberi. B. Nyatakan semua langkah-langkah memformat teks. C. Apakah kelebihan memformat teks menggunakan komputer? D. Apakah yang dimaksudkan dengan memformat teks?

Latihan 3:
Mengikut taksonomi objektif pendidikan, pelajar yang boleh mencerakin idea, prinsip, kaedah atau maklumat dan menjadikannya unsur-unsur atau bahagian-bahagian kecil adalah pelajar yang sudah mencapai aras _______ :A. B. C. D. Analisis Sintesis Kefahaman pengetahuan

Latihan 4
Pembelajaran pelajar mencapai aras sintesis sekiranya dapat :A. B. Menyediakan sebuah rancangan mengajar. Mengenalpasti faktor-faktor yang menimbulkan masalah dalam bilik darjah. C. Membandingkan pencapaian semasa dengan pencapaian murid tahun lepas. D. Mengajar mengikut persediaan mengajar yang disediakan.

Rujukan:
Bloom, B.S. (Editor). (1998). Taksonomi objektif pendidikan, Buku pedoman 1: Domain kognitif. Terjemahan Abdullah Junus. Kuala Lumpur: DBP.

Anda mungkin juga menyukai