Anda di halaman 1dari 7

Gaya seseorang belajar berbeza dan guru perlu meneliti ini di kalangan pelajarnya.

Gaya pembelajaran didefinisikan sebagai motivational interest or pattern that is preferred when processing new information or experiences. Gaya ini perlulah disesuaikan dengan pendekatan pengajaran. Jadi guru perlulah menggunakan pendekatan yang pelbagai bagi memenuhi keperluan yang pelbagai. Guru-guru yang merancang pengajaran dan pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran pelajar, insyaallah akanberjaya meningkatkan pencapaian akademik, sikap dan disiplin pelajar. Daya penarik, pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukan merupakan pengganti kepada perancangan pengajaran pembelajaran yang berterusan dan berkesan (Prehn, 1980).

Cara mengenalpasti

Tip pembelajaran

1. Pelajar visual biasanya: perlu melihat apa yang sedang dipelajari untuk memahaminya sangat peka kepada warna berbakat seni (artistik) menghadapi masalah dengan arahan lisan berkemungkinan bertindak balas secara berlebihan terhadap bunyi menghadapi masaalah pengajaran berbentuk syarahan kerap salah tafsir makna perkataan

Pelajar visual patut: guna grafik untuk membuat pengukuhan, filem, slaid, illustrasi, gambar rajah dan contengan gunakan kod warna untuk menyusun nota dan bahan-bahan persendirian

minta arahan bertulis guna carta alir dan rajah untuk mencatat nota gambarkan perkataan atau fakta yang ingin dihafal

2. Pelajar auditori biasanya: lebih gemar mendapatkan maklumat dengan cara mendengar perlu mendengar untuk memahami menghadapi masalah mengikuti arahan bertulis kesusahan dalam membaca bermasalah dalam menulis tidak berupaya membaca bahasa gerak badan dan mimik muka

Pelajar auditori patut: Guna alat perakam untuk membaca dan mengikuti kelas dan syarahan belajar dengan membuat temu bual atau aktif dengan perbincangan soalan peperiksaan dan arahan dibaca secara lisan atau guna perakam

3. Pelajar kinestatik biasanya:

lebih suka hands-on aktiviti boleh mencantum bahagian-bahagian alatan tanpa membaca panduan susah duduk diam belajar dengan lebih baik jika ada penglibatan pergerakan fizikal mungkin ada koordinasi badan yang baik dan kemahiran athlit

Pelajar kinestatik patut: menggunakan cara pembelajaran experiential rehat dengan kerap semasa pembelajaran menekap huruf dan perkataan semasa belajar ejaan dan menghafal fakta mengguna komputer untuk pengukuhan jenis sensori menghafal atau melatih dengan berjalan dan membuat jasmani kebolehan diluahkan melalui tarian, drama atau gimnastik

Sumber:Middlesex Community College

Apabila anda.. VISUAL Mengeja

AUDITORI

KINESTATIK Anda

Anda melihat perkataan itu di minda Anda mendengar perkataan itu

menulis perkataan itu Bercakap Anda tidak suka mendengar terlalu lama. Anda guna perkataan seperti lihat, Anda suka mendengar dan tidak sabar hendak bercakap.

gambarkan dan guna imaginasi.

Anda guna perkataan seperti dengar dan fikir. pegang. Memberi tumpuan

Anda mengguna pergerakan badan ketika

berkomunikasi seperti tangan dan mimik muka. Anda guna perkataan seperti rasa, sentuh dan

Anda hilang tumpuan dalam keadaan yang ada pergerakan Anda

hilang

tumpuan dalam keadaan bising

Anda hilang tumpuan apabila banyak aktiviti di sekeliling Anda lupa rupa tetapi ingat

Berjumpa seseorang semula Anda lupa nama tetapi ingat rupa nama Anda ingat apa yang dilakukan sebelum itu bersamanya Berurusan dengan seseorang Suka berurusan secara bersemuka telefon Suka berurusan ketika membuat aktiviti Membaca Suka ayat yang deskriptif dan imaginasi Suka

Suka

berurusan

melalui

dialog

dan

bayangkan

mendengarkan percakapannya

Suka membaca dan suka bahagian aksi sahaja

Membuat sesuatu yang baru di tempat kerja Suka melihat demonstrasi, rajah dan poster Suka arahan secara verbal dan berbincang dengan orang lain melakukannya Sumber: www.chaminade.org/inspire/learnsti.htm Suka terus mencuba dan

Mengikut Dunn dan Dunn, gaya pembelajaran dikategorikan kepada lima stimulus iaitu Psikologi, Persekitaran, Sosiologi, Emosi dan Fizikal.

Psikologi bermaksud kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.(Kamus Dewan). Psikologi pendidikan ialah kajian tentang perlakuan atau tingkahlaku manusia dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Clifford, 1984 mengatakan psikologi pendidikan sebagai applying the methods of psycology to studying the process of education. Antara kepentingan psikologi pendidikan kepada guru ialah membolehkan guru memahami mengapa pelajar begini

dan begitu, membantu pelajar memahami diri mereka sendiri, membantu guru merancang objektif pengajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkannya. Guru juga dapat meramalkan tingkahlaku pelajar sama ada tingkahlaku yang disenangi atau tidak digemari dan ini boleh membantu guru merancang usaha untuk memotivasikan pelajar supaya lebih berminat belajar dan kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.

Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Persekitaran belajar tanpa bising, musik, berkerusi, meniarap dan sebagainya. Emosi belajar dengan bantuan guru. sendiri, perlu motivasi dan boleh belajar bila-bila masa.Sosiologi suka belajar sendirian atau berkumpulan. Fizikal belajar dengan bahan maujud, pengetahuan sedia ada dan membuat sendiri.

STIMULUS

UNSUR

CIRI-CIRI

ALAM SEKITAR

Bunyi Suka belajar tanpa bising atau dengan mendengar muzik Cahaya Suka belajar di tempat yang cerah atau kurang cahaya

Suhu Suka belajar di tempat yang sejuk atau panas Pola Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal

seperti berbaring atau duduk di atas lantai EMOSI

Motivasi

Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru

Ketabahan

Boleh belajar dalam jangka masa yang pendek atau panjang Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru

Tanggungjawab Struktur

Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi

untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara SOSIOLOGI

Sendiri Suka belajar secara sendirian Pasangan Suka belajar secara pasangan

Rakan Sebaya Suka belajar dengan rakan sebaya Pasukan Suka belajar dalam pasukan

Guru Suka belajar dengan bimbingan guru Pelbagai Cara Dapat belajar dengan mana-mana cara yang tersebut di atas FIZIKAL

Persepsi

Suka belajar dengan benda/perkara maujud atau abstrak atau melalui pengalaman

Makan Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar Waktu Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa Gerakan PSIKOLOGI Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar

Global atau Analitik Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; Pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis

Otak Kiri atau Otak Kanan

Pelajar yang memproses maklumat menggunakan otak kiri suka

belajar bahagian-bahagian bahasa dan membuat pengiraan dan analisis. Pelajar yang memproses maklumat menggunakan otak kanan suka belajar secara keseluruhan membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu. Impulsif atau Reflektif Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar

yang reflektif berfikir sebelum bertindak. Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn

Kesimpulannya dengan mengetahui tahap perkembangan pelajar yang berbeza dari segi fizikal, sosial dan emosi, guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Guru akan dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Pelajar yang belum sampai tahap kesediaannya tidak boleh dipaksa. Pelajar yang belum bersedia, bolehlah diberi aktiviti pembelajaran yang lebih mudah atau asas dan latih tubi. Pelajar yang lambat perkembangannya boleh diberi aktiviti pengayaan. Oleh itu guru perlulah menyediakan bahan yang berlainan mengikut kesesuai

Anda mungkin juga menyukai