Anda di halaman 1dari 9

REFLEKSI Berdasarkan kepada lima teori pembelajaran yang dipelajari,iaitu konstruktivis, kognitif, behavioris, sosial dan humanis.

Teori yang telah dipilih bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam kelas ialah teori kognitif. Teori kognitif telah dipelopori oleh Wolfgang Kohler, Jerome Seymour Bruner dan David Ausubel Menurut Choong Lean Keow (2011), ahli-ahli kognitivis menekankan kepada proses mental. Antara proses yang terlibat ialah seperti membuat keputusan , penyelesaian masalah, menganalisis, menilai dan mengingat. Ketika melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas, setiap orang dikehendaki untuk menepati masa dan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya selama sepuluh minit bagi sesi p&p masing-masing. Selain itu, daya pemikiran yang kreatif juga diperlukan agar proses pembelajaran berjalan dengan berkesan dan menyeronokkan. Aktiviti p&p yang dilakukan melibatkan 15 orang murid tahun

empat. Didapati setiap individu mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Hal ini disebabkan oleh menurut Choong Lean Keow (2011), pembelajaran yang dipelajari masa kini berasaskan kepada pembelajaran sebelumnya. Ini bermakna, perbezaan wujud hasil daripada perbezaan dari segi latar belakang dan tahap motivasi mereka. Guru perlu mengetahui mod pembelajaran yang berbeza sama asaq enaktif, ikonik dan simbolik. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang dilakukan telah menggunakan Matematik sebagai subjek dan pemfokusan kepada Ciri-ciri Bentuk dan Ruang. Matematik dianggap bersesuaian dengan penggunaan teori pembelajaran kognitif kerana melibatkan proses pemikiran seperti membuat keputusan, penyelesaian masalah, menilai dan mengingat. Pendekatan yang digunakan dalam melakukan aktiviti p&p ialah pendekatan deduktif iaitu pembelajaran daripada umum ke khusus. Selain itu, menurut Choong Lean Keow (2011), Ausubel berpendapat sesi p&p haruslah dikaitkan dengan pembelajaran sebelumnya.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam bilik darjah, didapati terdapat pelbagai kekuatan dan kelemahan yang telah dikenal pasti dan beberapa cadangan sebagai langkah mengatasi perlu dilakukan untuk keberkesanan proses p&p di kemudian hari di samping bagi memperkembangkan profesionalisme keguruan. Kekuatan dan kelemahan telah dikenal pasti melalui respon yang telah diberikan oleh rakan-rakan, muhasabah diri dan pengulangan rakaman yang telah dirakam oleh rakan-rakan. Antara kekuatan yang telah dikenal pasti ketika melakukan proses p&p ialah dapat mengaitkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlansung dengan pengalaman sedia ada murid-murid. Contohnya, bertanyakan kepada murid bentukbentuk yang terdapat di dalam bilik darjah dan murid menjawab meja berbentuk segi empat tepat manakala kipas berbentuk bulat. Menurut Ausubel melalui Choong Lean Keow (2011), faktor yang paling mempengaruhi pembelajaran murid-murid kita ialah pengetahuan sedia ada mereka. Guru hendaklah bijak dalam menghubungkaitkan pengalaman sedia ada murid-murid dengan proses p&p agar p&p bejalan dengan lebih lancar dan bermakna. Oleh itu, proses asimilasi berlansung apabila pengalaman sedia ada murid dikaitkan dengan pengetahuan baru. Menurut Choong Lean Keow (2011), menurut teori pembelajaran kognitif, pembelajaran masa kini hendaklah berasaskan kepada pembelajaran sebelumnya disamping proses pembelajaran yang melibatkan pemprosesan maklumat, iaitu proses ini bersifat aktif dan dipengaruhi oleh pengetahuan sedia ada murid. Oleh itu, kekuatan ini hendaklah dipraktikkan ketika mengajar kelak dalam menjadi seorang guru yang berprofesional tinggi. Selain itu, kekuatan lain yang dikenal pasti ialah kerap memberikan penghargaan kepada murid-murid sebagai peneguhan ketika proses p&p berlansung. Contohnya, setiap kali murid berjaya memberikan jawapan yang betul pujian akan diberikan bagi meningkatkan keyakinan murid dan meransang murid untuk mencuba lagi memberikan jawapan yang betul. Menurut Mok Soon Sang (2009), Bruner bersetuju dengan Mazhab Behavioris yang mementingkan penggunaan peneguhan dan terdapat perbezaan dalam teori Bruner iaitu kanak-kanak mengambil inisiatif sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan didorong oleh intrinsik ingin tahu. Oleh itu, berdasarkan kepuasan

yang diperoleh daripada aktiviti pembelajaran, peneguhan yang dihasilkan akan bertambah kuat. Melalui prinsip ini jelas menunjukkan peneguhan bukan dihasilkan melalui ransangan luar tetapi motivasi dalaman. Peneguhan yang diamalkan dalam aktiviti p&p ini hendaklah diteruskan ketika mengajar suatu hari nanti kerana mempunyai profesionalisme keguruan. Kekuatan lain ketika berlansungnya proses p&p ialah mengajar daripada konkrit ke abstrak. Perkara ini telah dikenal pasti ketika menunjukkan dahulu bentuk model dua dimensi dan tiga dimensi sebelum menjurus kepada ciri-ciri dua dimensi dan tiga dimensi. Berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi-isi pembelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu daripada konkrit ke abstrak. Menurut Mok Soon Sang (2009), berdasarkan prinsip struktur, Bruner mencadangkan penggunaan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada bentuk abstrak. Prinsip pengajaran dan pembelajaran Bruner berdasarkan prinsip sekuen yang kedua menekankan guru hendaklah mengikut pemeringkatan isi pelajaran murid iaitu berdasarkan konkrit kepada abstrak, mudah ke kompleks dan daripada bahan konkrit. Selain itu, Bruner turut mencadangkan penggunaan Kurikulum Pilin (Spiral Curriculum) di sekolah iaitu berdasarkan konkrit ke abstak, dan tahap asas ke canggih. (Mok Soon Sang, 2009) Selain itu, penggunaan bahan maujud turut dilakukan dalam proses p&p agar isi pembelajaran dapat diperoleh semaksimum yang mungkin oleh murid-murid. Menurut Mok Soon Sang (2009), murid-murid sekolah rendah hanya memahami matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan konsep Matematik dengan berkesan. Semua konsep Matematik yang baru harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit. Ketika melakukan proses p&p di dalam bilik darjah, bahan maujud yang telah digunakan ketika langkah pertama iaitu bahagian penerangan ialah model bahan maujud yang berbentuk contoh-contoh dua dimensi dan tiga dimensi seperti segi empat tepat, segi tiga, bulatan, kubus, kuboid dan sfera. Dalam usaha mempertingkatkan profesionalisme keguruan, guru boleh memperbanyakkan bentuk bahan-bahan maujud.

Dari segi strategi pembelajaran pula, didapati strategi berpusatkan murid telah diamalkan ketika aktiviti p&p selaras dengan saranan pelopor teori pembelajan kognitif. Menurut Chong Lean Keow (2011), guru berperanan sebagai fasilitator dalam proses p&p. Guru bertindak sebagai pengatur maklumat yang hendak disampaikan bagi memudahkan murid untuk mengaitkan konsep baru dengan pengetahuan sedia ada. Contohnya, dalam proses p&p, bahan maujud telah ditunjukkan dan murid-murid diminta untuk mengira bucu dan sisi yang terdapat pada bahan maujud tersebut. Menurut Bruner, murid-murid akan lebih mudah memperoleh pengetahuan sekiranya mereka menemuinya sendiri.( Chong Lean Keow,2011) Kekuatan lain yang telah dikenal pasti ialah dapat mengenal pasti perbezaan individu yang terdapat pada setiap murid-murid. Oleh itu penggunaan pembelajaran mengikut mod berbeza telah dilakukan iaitu dengan menggunakan mod enaktif ketika penerangan tentang ciri-ciri beserta bahan maujud dan mod ikonik ketika mengira bucubucu bentuk bersama para murid bagi memenuhi kehendak murid yang berlainan. Menurut Chong Lean Keow (2011), guru hendaklah menyedari abhawa setiap murid mungkin berada pada mod pembelajaran yang berbeza sama ada enaktif, ikonik atau simbolik. Selain itu, kekuatan lain ialah berjaya mengaitkan pembelajaran yang bermakna daripada pembelajaran yng berbentuk hafalan. Contohnya ketika proses p&p, murid tidak diminta menghafal ciri-ciri bentuk dua dimensi atau tiga dimensi sebaliknya menyatakan bersama-sama ciri-ciri yang terdapat pada bahan-bahan maujud yang ditunjukkan selain mengaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman sedia ada murid. Menurut Ahmad Subki Miskon dan Syed Ismail Syed Mustafa (2011), Ausubel menekankan kepada pembelajaran yang bermakna dan kurang bersetuju dengan pembelajaran yang bersifat hafalan. Oleh itu, guru hendaklah berusaha membantu murid memahami sesuatu konsep dan perkaitan antara isi pelajaran dengan pertalian antara pengalaman baru dengan pengalaman lama. Disamping itu, sebagai seorang guru pengawasan kelas amat dititikberatkan. Berdasarkan respon rakan sekelas menyatakan bahawa ketika proses p&p berlansung, suara amat lantang dan jelas selain wujudnya komunikasi dua hala antara guru dan

murid soalan yang diberikan mendahului jawapan. Selain itu, murid juga diminta untuk mengangkat tangan sekiranya ingin menjawab soalan bagi mengawal kelas. Perkara ini dirujuk apabila guru meminta murid mengira sisi dan bucu yang terdapat pada bentuk dua dan tiga dimensi juga sesi soal jawab apabila guru meminta murid melambangkan bentuk-bentuk dua dimensi dan tiga dimensi dengan benda yang terdapat disekeliling. Setiap kebaikan pasti ada kekurangan dan setiap kekuatan pasti ada kelemahannya. Begitu juga dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini. Antara kelemahan yang telah dikenal pasti ialah penyampaian proses p&p dengan menggunakan pendekatan induktif. Berdasarkan kepada teori pembelajaran yang digunakan iaitu teori kognitif, pembelajaran haruslah menggunakan pendekatan dari mudah ke kompleks dan dari umum ke khusus iaitu deduktif agar memudahkan penerimaan murid-murid tentang sesuatu ilmu yang baru diperoleh. Contohnya ketika memberi penerangan. Penerangan tentang ciri-ciri segi tiga diberikan terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan penerangan ciri-ciri dua dimensi secara umum. Menurut Choong Lean Khoo (2011), David Ausebel telah mengkaji tentang penggunaan advance organisers, didapati kaedah ini menggunakan kaedah deduktif dan telah

diguna pakai bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan mengingat kembali. Kaedah ini bermula daripada umum ke khusus. Proses ini melibatkan murid untuk bergerak daripada prinsip generalisasi kepada kejadian spesifik. Oleh itu, bagi mempertingkat profesionalisme keguruan, perkara ini haruslah dititikberatkan untuk menjadi guru yang berjaya. Kelemahan turut berlaku apabila sesi pembelajaran terpaksa dimulakan lewat daripada waktu yang telah ditetapkan kerana masalah ketiadaan elektrik. Hasilnya, persembahan dalam bentuk audio-visual tidak dapat dimainkan. Oleh itu, proses p&p hanya melibatkan penerangan secara manual sahaja. Hal ini mengurangkan variasi teknik dalam proses p&p. Berdasarkan kepada teori pembelajaran kognitif yang melibatkan kepada pemikiran dan proses mental, variasi dalam teknik p&p dapat membantu dan memudahkan murid-murid untuk memahami tentang sesuatu konsep. Oleh itu, guru hendaklah mempelbagaikan teknik pengajaran untuk menarik minat

murid-murid untuk belajar di samping memudahkan murid untuk memahami tentang sesuatu konsep. Selain itu, kekurangan turut dikenal pasti dalam proses p&p ialah wujudnya masalah dalam penyusunan ayat. Penerangan yang diberikan turut tidak berjalan dengan lancar apabila terdapat dua tiga perkataan tersalah guna. Berdasarkan Choong Lean Keow (2011), guru hendaklah menyusun maklumat yang disampaikan agar muridmurid berupaya mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Berdasarkan teori pembelajaran Ausubel juga mendapati bahawa, kurikulum hendaklah disusun mengikut turutan dan setiap unit pembelajaran hendaklah berkait. Perkara ini telah dikenal pasti berlaku apabila penerangan tentang ciri-ciri dua dimensi diberikan selepas ciri-ciri segi tiga dan segi empat diberikan. Kelemahan yang telah dikenal pasti ialah tidak mengaitkan nilai-nilai murni yang diperoleh melalui aktiviti penerangan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran secara lansung. Unsur-unsur nilai murni hendaklah dinyatakan bagi mendidik murid-murid dengan nilai murni melalui pembelajaran secara tidak lansung. Disamping itu, proses p&p yang berlansung turut tidak menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara jelas. Contohnya, kaedah sumbangsaran, bercerita, perbincangan, dan demonstrasi. Disamping itu, terdapat beberapa orang rakan yang berpendapat bahawa ketika sesi p&p berlansung seakan sedikit tidak serius ketika menyampaikan pengajaran. Oleh itu bagi mempertingkatkan profesionalisme keguruan perkara ini hendaklah dielak dan diperbaiki kelak. Oleh itu, beberapa cadangan mengatasi telah dikenal pasti bagi mengelakkan masalah yang sama berulang lagi. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah sebelum memulakan proses p&p, kita hendaklah melakukan persiapan awal dengan mengulang kaji subjek pembelajaran yang akan diajar di samping menentukan

pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang bakal digunakan agar proses p&p berjalan dengan lancar. Perancangan awal yang dilakukan juga dapat mengelakkan

daripada kekalutan yang mungkin berlaku ketika proses p&p contohnya, pengulangan isi yang sama dan isi pembelajaran yang tidak teratur. Selain itu, sebagai seorang guru hendaklah segera dalam melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, sekiranya ketiadaan eletrik dan alat audio-visual tidak dapat dimainkan. Oleh itu, sebagai seorang guru hendaklah segera berfikir seperti menukar kelas lain ataupun menggunakan bahan bantu mengajar yang lain sebagai oengganti. Guru hendaklah mempunyai pelan kedua (back up planning) sekiranya aktiviti pertama tidak dapat dilansungkan atas sebab-sebab tertentu. Bagi memperkembangkan profesionalisme keguruan, kita hendaklah mempunyai menvariasikan teknik dan kaedah pengajaran. Hal ini perlu bagi memenuhi keperluan murid yang pelbagai. Menurut Choong Lean Keow (2011), antara teknik dan kaedah yang boleh digunakan ialah seperti sumbangsaran, bercerita, perbincangan,

demonstrasi dan penyelesaian masalah. Menurut Choong Lean Keow (2011), setiap murid mungkin pada mod pembelajaran yang berbeza seperti mod enaktif yang berasaskan tindakan, mod ikonik berasaskan imej dan mod simbolik yang berasaskan bahasa. Sebagai seorang guru, kita hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang setiap perkara khususnya subjek yang diajari. Oleh itu, pembacaan yang luas hendaklah dijadikan amalan. Hal ini kerana, melalui pembacaan bukan sahaja dapat meluaskan ilmu sekaligus dapat membendung daripada masalah ketandusan idea dalam menyampaikan ilmu. Pembacaan turut dapat memperkembangkan kosa kata. Masalah seperti penyusunan ayat dapat diatasi. Selain itu, guru juga secara tidak lansung hendaklah mengaitkan nilai-nilai murni dalam proses p&p. Hal ini bertujuan mendidik murid-murid agar mengamalkan nilai-nilai murni sekaligus memupuk sahsiah dan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid. Oleh itu, murid-murid yang lahir bukan sahaja cemerlang dari segi pembelajaran tetapi seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Berdasarkan kepada kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan yang telah dikenal pasti, diharap secara sedikit demi sedikit dapat mencipta peribadi

insan guru yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru disamping proses p&p yang dilaksanakan dapat memperkembangkan profesionalisme keguruan.

RUJUKAN Abdul Rahim Abdul Rashid. 1992. Pandual Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: German Daily Ahmad Subki Miskon dan Syed Ismail Syed Mustapa. 2011 . Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd Choong Lean Keow. 2011. Murid dan Alam Belajar. Ed-2. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd Ismail Said. 2009. Kaedah Pemelajaran Koperatif Sekolah Rendah. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd Mok Soon Sang. 2010. Perkembangan Kanak-Kanak. Ed-3. Puchong: {enerbitan Multimedia Sdn Bhd http://syufaal.blogspot.com/2010/08/implikasi-teori-pembelajaran-kognitif.html. pada 3 Oktober 2011 http://eprints.utm.my/6258/1/2.pdf. Dilayari pada 3 Oktober 2011 http://www.scribd.com/doc/16429506/Implikasi-Teori-Pembelajaran-Kognitif-DalamProses-Pengajaran-Dan-Pembelajaran Dilayari pada 3 Oktober 2011 http://teoripembelajaran.blogspot.com/2008/04/pembelajaran-menurut-aliran-kognitifja.html. Dilayari pada 3 Oktober 2011 Dilayari

Anda mungkin juga menyukai