Anda di halaman 1dari 21

1.

0 Pengenalan

Keupayaan individu berbahasa dengan berkesan dapat melahirkan komunikasi yang amat diharapkan. Sedap di mulut enak di halwa telinga kata pujangga. Hal ini kerana bahasa telah wujud sebagai alat berkomunikasi antara satu sama lain seiring dengan kemajuan manusia (Husin Fateh Din et. al, 2011). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), literasi bermaksud kebolehan membaca dan menulis. Takrifan literasi (celik huruf atau kenal huruf) biasanya memaksudkan keupayaan membaca dan menulis, atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Dalam bahasa pendidikan, Literasi Asas bermakna literasi klasik atau tradisional tentang pembelajaran mengenai bagaimana untuk membaca, untuk menulis, dan untuk melakukan perkiraan dan operasi angka; literasiliterasi asas di dalam kesemua masyarakat dipelajari secara formal dalam suasana pendidikan asas dan menengah, terutamanya sekolah-sekolah awam atau persendirian, tetapi kadangkala literasi-literasi asas ini dipelajari di rumah atau di dalam pusat-pusat komuniti. Dalam konteks yang lebih tepat, literasi bermaksud mampu membaca dan menulis pada tahap yang memadai untuk berkomunikasi, atau tahap yang membolehkan seseorang memahami dan meluahkan pandangan dalam masyarakat celik huruf agar dapat bergaul dalam masyarakat (Hasnah Awang et. al, 2010). Tugasan ini dimuatkan dengan menghuraikan tentang aktiviti

prabacaan, pratulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan. Selain itu, pengkaji juga akan menghasilkan bahan bantu belajar (BBB) yang sesuai berkaitan dengan teknik lakonan serta menulis aktiviti dan strategi yang digunakan berdasarkan BBB yang dibina dan persembahan BBB.

2.0 PRABACAAN Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Prabacaan terdiri daripada kemahiran-kemahiran yang akan dapat menyediakan asas bacaan dalam kalangan murid-murid. Antara kemahiran yang boleh dilaksanakan iaitu membentuk huruf, bentuk, angka dan sebagainya. Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan, pengamatan

pendengaran, aktiviti pergerakan tangan dan mata, koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Jelas di sini bahawa peringkat prabacaan merupakan satu tahap peringkat yang perlu dilalui oleh murid-murid sebelum mereka mula membaca. Terus mengajar membaca tanpa melalui fasa persediaan dan tahap yang sepatutnya boleh memberi kesan negatif terhadap pembelajaran murid-murid seterusnya. Aktiviti prabacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada murid-murid sebelum mereka boleh membaca. Secara ringkasnya, kemahiran membaca murid-murid dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu pengamatan penglihatan, pendengaran dan pergerakan mata dan tangan. Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa kita membaca kita

sebenarnya sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan murid-murid boleh diperkenalkan dengan 2

memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan memadan ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan murid-murid dengan membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan untuk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar murid-murid sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu, semasa ibu bapa atau guru membacakan cerita atau ayat, mereka harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus menyoal murid-murid dari mana ayat mula dibacakan. Selain itu, pendengaran juga biasa digunakan terutama bersama pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Ini membolehkan murid-murid mengenal pasti huruf sebelum berkembang untuk membaca perkataan dan ayat. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah memperkenalkan sebahagian perkataan yang penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama pelajar. Selain itu, guru harus mengajar bersama-sama huruf dengan ayat. Contoh ialah a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama elakkan menggunakan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling langsung untuk kanak-kanak mahir dalam pendengaran adalah bertutur dengan kanak-kanak atau membaca kepada kanak-kanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa. Pengalaman inilah penting dalam perkembangan membaca. Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan tangan. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna menggunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan untuk melatih kanakkanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus. Selain itu, guru juga boleh memberi permainan yang menggunakan objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat 3

memberi aktiviti seperti menggunting tetapi harus dibimbing oleh guru semasa menggunakannya.

3.0 PRATULISAN Menulis merupakan ketrampilan yang dimiliki oleh individu sama juga seperti kemahiran berbahasa yang lain. Setiap ketrampilan hanya diperoleh melalui latihan. Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif (Literasi Bahasa Melayu, 2011: 69). Salah satu keperluan akademik yang utama di sekolah dewasa ini ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Menulis dapat dikatakan sebagai satu proses untuk menyampaikan perkara yang tersirat dalam minda seseorang, meluahkan idea-idea yang bernas lagi berkesan kepada khalayak dalam bentuk grafik (Siti Hajar Idrus, Husin Fateh Din (2011:87). Menurut Nazariyah Sani (2011), kemahiran pratulisan ialah kemahiran yang menjadi asas kepada kemahiran tulisan mekanis. Aktiviti ini

mengandungi aktiviti fizikal dan psikomotor. Matlamat aktiviti ini dilakukan supaya murid-murid bersedia untuk belajar menulis dan dapat membantu mereka membentuk huruf dengan betul, mendirikan asas menulis yang kukuh agar kanak-kanak dapat menulis dengan baik, cekap dan kemas. Peringkat pratulisan ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata dilberikan kepada murid dari awal lagi. Hal ini membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas. Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan pergerakan tangan terlebih dahulu seperti

mengerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas 5

supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa menggunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramasramas jari dan sebagainya. Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melbatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktivitiaktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas. Latihan pergerakan jari, tangan dan mata iaitu latihan melembutkan motor halus merupakan fasa yang mesti dilalui oleh murid-murid sebelum kemahiran menulis dilakukan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah mewarna secara bebas dan secara terkawal. Mewarna secara bebas bermaksud menggunakan pelbagai media warna seperti pensel warna, crayon dan warna air. Manakala, mewarna secara terkawal bermaksud menggunakan pelbagai media warna ke atas gambar yang diminati. Selain itu, aktiviti bagi pergerakan jari, tangan mata yang juga boleh dilakukan ialah menjahit. Menjahit ialah aktiviti menyambung sesuatu seperti kain yang koyak dengan menggunakan jarum dan benang. Bahan yang digunakan seperti jarum, benang dan kain perca. Cara melakukannya tertakluk kepada bentuk tugasan yang diarahkan oleh guru. Selain itu, aktiviti yang juga boleh dilakukan bagi aktiviti pratulisan ialah nyanyian dan pergerakan tangan. Murid-murid bernyanyi sambil

menggerakkan tangan dengan bimbingan guru. Antara tajuk lagu yang sesuai adalah lagu Enjit-enjit Semut, Kalau Rasa Gembira, Tari Lenggang dan sebagainya. Aktiviti menguli doh merupakan salah satu aktiviti bagi pratulisan.

Murid-murid diberi peluang membuat doh sendiri dengan menggunakan tangan dengan bimbingan guru. Aktiviti melukis di udara, pasir, air dan cermin juga merupakan latihan bagi pratulisan. Antara latihan yang boleh dilakukan ialah melukis bentuk atas udara, melukis bentuk asas di atas pasir dan melukis dalam air dengan bimbingan guru. Melalui aktiviti ini, murid dapat melatih pergerakan motor halus mereka. Aktiviti pratulisan juga boleh dilakukan melalui aktiviti memadankan bentuk, gambar dan huruf. Aktiviti ini dijalankan dengan meminta murid-murid membuat garisan lurus pada pasangan gambar yang sepadan, iaitu bentukbentuk asas yang serupa, gambar yang dibahagi dua bahagian atau huruf besar dan huruf kecil.

Kesimpulannya, kemahiran pratulis dalam kalangan kanak-kanak bermula dengan perkembangan motor halus. Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan (Literasi Bahasa Melayu, 2011:88).

4.0 PEMULIHAN BACAAN Pemulihan bacaan telah disediakan bagi membantu murid mengatasi masalah kelemahan khusus dalam pembelajaran terutamanya dalam penguasaan asas kemahiran membaca seperti menyebut suku kata dan perkataan. Kumpulan murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas membaca pada tahap yang tertentu akan mengikuti program pemulihan untuk bacaan. Program ini menggunakan

pendekatan klinikal untuk merawat kesukaran belajar atau masalah dalam pembelajaran yang dihadapi oleh murid yang berkenaan. Terdapat segelintir murid-murid yang mengalami masalah bacaan yang serius dan memerlukan kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Sindrom Down, Lemban, Disleksia, kanak-kanak pemulihan, dan kanak-kanak berkeperluan khas. Dalam konteks pengajaran pemulihan bacaan ada empat kaedah popular yang boleh digunakan iaitu kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham, dan semua kaedah ini digolongkan sebagai pendekatan kinestetik. (Azman Wan Chik, 1993) Kaedah VAK merupakan gabungan deria penglihatan dan

pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Menerusi kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu Kaedah VAK dilaksanakan mengikut langkah Pada peringkat pertama murid-murid dikehendaki

berdasarkan ingatannya. pengajaran yang betul.

memerhatikan perkataan yang hendak dipelajari dan seterusnya menyebut perkataan tersebut. Kemudian murid-murid diminta menulis perkataan itu Langkah yang terakhir murid-murid diminta Langkah VAK ini

berdasarkan ingatannya.

membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal. diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.

Kaedah yang seterusnya ialah kaedah membaca pelbagai deria (VAKT). ertinya V ertinya visual/ penglihatan, A ertinya auditori/pendengaran, K kenestetik/pergerakan dan T ertinya tekstil iaitu sentuhan

menggunakan jari-jari. VAKT. VAKT sesuai dipraktikkan untuk murid-murid pemulihan kerana ada murid yang hebat dari segi penglihatan, ada murid hebat dari segi pendengaran, ada murid hebat dari segi pergerakan dan ada 8

murid hebat untuk merasa/ menyentuh barulah mereka dapat belajar dengan hebatnya. Salah satu teknik untuk mengendalikan kaedah VAKT ialah

menerusi cara belajar sambil bermain. Belajar sambil bermain sebenarnya salah satu teknik dari banyak teknik lain seperti bercerita, bermain pupet, teater dan sebagainya. Contohnya, guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan seni lakonan. Murid-murid diminta berlakon dan memegang watak masing-masing mengikut kehendak guru. Murid-murid boleh berlakon secara spontan. Secara tidak langsung murid dapat mengalami sendiri pengalaman itu menggunakan pancaindera mereka. Konsep belajar sambil bermain adalah salah satu jenis terapi main. Terapi boleh ditafsirkan sebagai pengubatan atau pemulihan kepada seseorang (tidak menggunakan ubat-ubatan dari doktor pakar). (Kamaruddin Hj Husin, 1993) Model atau pendekatan yang seterusnya ialah Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK). Kaedah KGBK menggabungkan kaedah fonik dan

fonemik dan suku katanya yang jelas. Dengan itu pengajaran membaca Bahasa Melayu boleh dibuat dengan menggabungkan pengajaran bunyi beberapa huruf vokal asas (a i u) dan bunyi huruf satu huruf konsonan, misalnya bunyi b membentuk suku kata (ba bi bu) dan terus membaca Ertinya pendekatan ini perkataan mudah baba bibi dan sebagainya.

menggabungkan bahagian membunyikan huruf dan suku kata dengan membentuk dan membaca seluruh perkataan dalam pelajaran yang sama. Dalam satu unit pelajaran, murid diajar membunyikan huruf (a i u b) dan suku kata (ba bi bu) dan terus membentuk perkataan yang bermakna (baba, bubu, ibu, abu) dan membacanya. Kemudian mereka menulis huruf, suku kata dan perkataan yang mereka baca. Pada pelajaran yang berikutnya murid diajar untuk membunyikan konsonan k misalnya bunyi suku kata ka ki ku dan terus membentuk dan membaca perkataan (kuku, kaki, aki). Jika dicantum dengan suku kata ba bi bu yang dipelajari sebelumnya, murid boleh membina dan membaca perkataan dan ayat seperti (buku abu, abu buka buku). Ini beerti unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan dalam satu unit pengajaran dan pembelajaran membaca. Pada akhir setiap pelajaran kanak-kanak boleh membaca perkataan, frasa atau ayat 9

bermakna.

Ini lebih mudah dan cepat untuk murid mudah membaca dan

menulis. Kesimpulannya, murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua uruf sebelum belajar membaca. (Prof Emeritus Isahak bin Haron, 2007) Kesimpulannya, potensi setiap kanak-kanak adalah berbeza

terutamanya dalam mengusai kemahiran membaca. Sebagai seorang guru kita hendaklah memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu tentang kaedah bacaan untuk pemulihan dan berusaha mengubah potensi individu pemulihan bacaan kepada tahap yang membanggakan dengan menguasai kemahiran tersebut. Selain itu, guru mestilah mempunyai kreativiti dengan

mempelbagaikan kaedah bacaan yang sesuai dengan kanak-kanak serta dibantu dengan bahan bacaan yang menarik. Sekiranya guru pemulihan

menggunakan kaedah bacaan tersebut guru mestilah telebih dahulu merancang aktiviti yang akan dilaksanakan di dalam bilik darjah supaya mencapai objektif dan hasil pembelajaran.

10

5.0 PEMULIHAN TULISAN Bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis merupakan satu kemahiran dan wahana untuk seseorang melahirkan perasaan, pendapat dan ideanya. Kemahiran ini menggabungkan beberapa aspek seperti aspek visual, aspek motor dan keupayaan untuk membentuk konsep. Tulisan juga dikenali sebagai saluran utama bagi murid untuk menunjukkan pengetahuan, keupayaan dan pencapaian mereka di dalam bidang akademik. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis akan mengalami masalah yang lebih kompleks dalam proses pembelajaran mereka berbanding murid yang telah menguasai kemahiran menulis. Menurut Mencer (1985), punca utama berlakunya masalah dalam menulis ialah masalah psikomotor, masalah emosi, kegagalan pengamatan huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah. Antara jenis masalah dalam tulisan yang sering timbul ialah lambat menulis, arah menulis yang tidak betul, tulisan terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan berlapis-lapis. Sebagai seorang guru, adalah sangat penting supaya guru tersebut peka dan mengenal pasti masalah tulisan yang dihadapi oleh murid-muridnya. Sebelum aktiviti pemulihan tulisan dijalankan oleh guru bagi membantu muridmurid yang menghadapi masalah tulisan, guru hendaklah mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan menulis. Langkah ini dinamakan sebagai saringan. Proses saringan ini boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah ketika proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru boleh menggunakan ayat atau perenggan biasa dengan memastikan ayat atau perenggan itu tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja dan mempunyai isi kandungan yang dapat difahami oleh murid. Setelah murid membaca beberapa kali ayat atau perenggan yang diberikan oleh guru beberapa kali dan setelah murid tersebut dapat mengenal pasti isi kandungannya, guru akan meminta murid supaya menulis ayat tersebut sebanyak lima kali dengan tulisan yang terbaik tanpa masa yang terhad. Setelah murid selesai menulis, guru meminta pula murid menulis ayat yang sama seberapa banyak yang mereka mampu dalam masa yang ditetapkan oleh guru tersebut. Sebaik 11

sahaja masa yang ditetapkan oleh guru tamat, guru akan mengarahkan supaya murid berhenti menulis dan mengumpul hasil tulisan tersebut. Ketika membuat penilaian terhadap tulisan-tulisan tersebut, guru harus meneliti aspek berikut iaitu kualiti tulisan dalam ujian tanpa had masa dan kualiti tulisan dalam ujian dengan masa yan dihadkan. Melalui ujian saringan ini, beberapa kategori murid yang perlu diberikan perhatian dan latihan pemulihan ialah murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian tanpa masa yang dihadkan, murid yang kadar penulisannya terlalu lambat dan murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau tulisannya terlalu besar atau terlalu kecil untuk dibaca. Kemudian, setelah murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis. Diagnosis bertujuan untuk menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja. Langkah diagnosis ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut. Cara yang mudah untuk melakukan proses diagnosis ialah dengan membaca tulisan murid dan menandakan semua huruf yang sukar dibaca atau yang memerlukan penelitian kali kedua. Jadual senarai semua murid dan kelemahan setiap murid dicatat di dalam jadual tersebut. Setelah itu, guru seharusnya memberikan latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas kemahiran menulis. Penerangan, tunjuk cara serta contoh yang jelas dan betul perlulah diberikan agar murid dapat mengikut dengan mudah. Guru adalah model yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran kerja bertulis juga hendaklah disediakan oleh guru dengan sempurna dan baik. Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis atau dalam fikirannya. Proses menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah sukar, oleh itu usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya sukar, walaupun murid tersebut tidak menghadapi kesukaran untuk 12

membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak. Pengajaran dan perlaksanaan aktiviti pemulihan tulisan bagi murid sekolah rendah hendaklah bermula daripada peringkat awal lagi iaitu bermula dengan mengajar cara memegang alat tulis dengan betul kemudian berterusan ke peringkat dan proses seterusnya yang melibatkan aktiviti menghasilkan garis lurus, lengkokan, bulatan dan lain-lain. Penghasilan garisan dan bentuk-bentuk ini mesti dikuasai agar mereka dapat menulis huruf dan perkataan dengan baik. Bagi mengajar cara memegang pensil dengan betul, guru hendaklah memerhatikan cara murid memegang alat tulis dan kedudukan tangannya di atas meja ketika menulis untuk memastikan pergerakan yang betul. Seterusnya, murid diminta untuk memegang pensel dengan semua jari mengelilingi pensel tersebut. Guru kemudiannya mengarahkan murid untuk membuat gerakan di udara dari kanan ke kiri dan seluruh anggota tangan harus digerakkan, bkan hanya tapak tangan sahaja. Sebaik sahaja murid mahir dalam melaksanakan pergerakan tersebut, guru menunjukkan

bagaimana tiga jari harus berada di bahagian belakang pensel dan pensel harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. Setelah itu, murid diminta untuk menggerakkan pensel naik dan turun menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Tiga jari yang lain berada di belakang pensel dalam keadaan senang dan selesa. Selepas itu, murid diminta untuk meletakkan ibu jari dan jari telunjuk di bahagian bawah pensel hampir dengan mata pensel untu melatih kawalan terhadap jari-jari di kedudukan ini. Murid kemudiannya diajar untuk melonggarkan pegangan pensel oleh ibu jari dan jari telunjuk, supaya pensel dapat bersandar ke atas jari tengah di kedudukan yang selesa dan betul. Proses ini dijalankan berulang-ulang kali supaya murid dapat membiasakan diri memegang pensel dengan betul seterusnya dapat menulis dengan baik.

13

6.0 RUMUSAN Kemahiran bahasa amat penting untuk dikuasai oleh setiap pelajar untuk meningkatkan penguasaan kognitif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bahasa seperti Kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis harus diajar oleh guru secara ansur maju dan berperingkat. Prabacaan merupakan salah satu kemahiran yang terdapat dalam kemahiran asas membaca. Aktiviti yang melibatkan pengamatan, penglihatan, pendengaran dan pergerakan tangan dan mata merupakan aktiviti yang meliputi aktiviti prabacaan. Melalui aktiviti seperti ini yang dijalankan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat mencapai serta mengukuhkan kemahiran membaca mereka ke arah yang lebih baik, menarik dan teratur. Kemahiran pratulisan merupakan kemahiran asas kepada kemahiran menulis. Murid harus menguasai kemahiran pratulisan sebelum menguasai proses meulis. Aktiviti pratulisan yang dijalanakan harus berfokus kepada pergerakan-pergerakan motor murid. Guru boleh menggunakan pelbagai bahan untuk mengajar murid-murid agar dapat menguasai kemahiran menulis. Kesimpulannya, aktiviti dalam kemahiran ini akan membantu murid agar dapat menggerakkan otot tangan, jari dan mengkoordinasikan pergerakan tangan dan mata agar lebih baik. Program pemulihan dalam pengajaran bahasa membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran mereka. Proses pemulihan seperti pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran memberi peluang kepada murid-murid untuk menguasai kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Aktiviti pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan boleh dilaksanakan melalui penyerapan pemulihan dalam mata pelajaran lain seperti Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Contohnya, guru menggunakan penyerapan pendidikan muzik dalam pengajaran kemahiran membaca. Kesimpulannya, setiap aktiviti yang dijalankan untuk prabacaan, pratulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan akan menyediakan murid 14

untuk menguasai kemahiran-kemahiran bahasa. Guru harus bijak untuk menyediakan dan memilih bahan atau merancang aktiviti yang sesuai untuk mengajar setiap peringkat penguasaan kemahiran bahasa. Dengan ini, murid akan dapat menguasai kemahiran-kemahiran dan seterusnya mengukuhkan lagi asas kemahiran bahasa.

15

7.0 PELAKSANAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) Pemilihan bahan untuk lakonan kanak-kanak perlu sesuai dengan umur dan taraf berfikir dan pencapaian bahasa kanak-kanak itu sendiri. Bentuk, isi dan tujuannya perlulah segera dapat menimbulkan minat kanak-kanak untuk menghayati cerita dan dapat memegang sesuatu watak itu dengan baik. Dalam hubungan ini beberapa kriteria umum yang mencakup pertimbanganpertimbangan didaktis metodologis dan didaktis-psikologis perlu sekali diperhatiankan. Kriteria umum yang dimaksudkan ialah skrip lakonan

haruslah dikarang berdasarkan tujuan tertentu yang berlandaskan pada tujuan pendidikan yang hendak dicapai. Contohnya, skrip lakonan untuk kanak-

kanak sekolah rendah umpamanya perlulah sesuai dengan taraf pendidikan peringkat rendah tanpa banyak menyelitkan perkara-perkara yang ada pertaliannya dengan pengajaran dan pembelajaran secara formal di sekolah. Kedua, bahan yang disaji contohnya bahan bantu belajar dalam skrip itu haruslah disesuaikan dengan bahan yang diperlukan untuk mencapat matlamat pendidikan kanak-kanak. .(Sulaiman Masri, 1993) Ketiga, skrip lakonan perlu selalu mempertimbangkan kesulitankesulitan yang akan dialami oleh kanak-kanak ketika melakonkan cerita tersebut. Umpamanya bahan atau isi cerita perlulah dimulai dengan bahan atau benda-benda yang selalu dilihat, diketahui atau didengar oleh kanakkanak, sebelum mereka melakonkan perkara-perkara yang belum pernah dilihat atau masih terbayang dalam fikiran atau perasaan mereka. Seterusnya, bahasa yang digunakan harus sesuai dengan taraf pencapian bahasa kanak-kanak. Misalnya, bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 9 tahun, jumlah perkataan yang umum mereka capai adalah sekitar 800 hingga 2000 perkataan manakala kanak-kanak yang berumur 9 hingga 12 tahun, jumlahnya ialah sekitar 2000 hingga 3000 patah perkataan. Bahasa harus terjaga dengan baik, sopan, mudah difahami, menggunakan ejaan dan tanda-tanda baca secara teratur, menggunakan ayat-ayat yang pendek dan mudah difahami dan perkataan yang tegas ertinya. (Sulaiman Masri, 1993) Bagi kanak-kanak sekolah rendah cerita dongeng yang berunsurkan teladan merupakan cerita yang sesuai dengan jiwa dan alam mereka. Pada 16

peringkat pembelajaran informal di rumah kanak-kanak telah mengenali cerita dongeng menerusi ahli keluarga mereka. Contohnya, setiap malam si ibu akan menceritakan atau membaca cerita dongeng kepada anak. Cerita

dongeng atau disebut juga sebagai mergastua sudah dikenali sejak zaman kanak-kanak. Cerita binatang merupakan salah satu bentuk cerita yang

menjadi kegemaran dalam masyarakat sederhana khususnya dalam kalangan kanak-kanak. (Othman Puteh & Abdul Masri,1984) Penggunaan cerita dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu kaedah yang efektif untuk mencapai objektif pembelajaran. Pengaplikasian pelbagai teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan cerita. Misalnya, mimos, arca

improvisasi, main peranan, simulasi, teater bercerita, pentomin, mestamu, dikon dan sebagainya. Lakonan boleh dianggap wadah yang membantu ke arah membimbing, mendidik dan melatih kanak-kanak. Cerita binatang menggunakan binatang sebagai watak-wataknya. Binatang-binatang tersebut sama ada binatang peliharaan seperti kucing, anjing, lembu, kerbau, itik atau binatang liar yang mendiami hutan-hutan rimba seperti harimau, serigala, ular, burung, buaya dan sebagainya. Cerita-cerita binatang ini menggambarkan binatang berlagak seperti manusia, mempunyai akal fikiran, dapat bertutur malah berhujah seperti manusia biasa. Di samping itu, cerita binatang ialah cerita yang watak-watak atau watak utamanya terdiri dari binatang yang diberi jiwa manusia iaitu pandai bercakap, berfikir, bertindak, menipu, tertipu dan sebagainya. Biasanya binatang-binatang ini berlakon sesama binatang. Walaubagaimanapun, terdapat juga watak binatang ini berlakon dengan makhluk lain seperti manusia, raksasa atau benda-benda yang tidak bernyawa seperti tikar, pokok, kukusan dan sebagainya. Hubungan kanak-kanak dengan haiwan dilihat begitu rapat dan sangat ketara (Mahzan Arshad, 2006). Hal ini dapat dikenalpasti dengan mudah sejak daripada peringkat awal umur mereka di mana kanak-kanak sering kelihatan teruja dan tertarik dengan watak haiwan itu sendiri. Dengan itu, cerita-cerita bertemakan haiwan seringkali mendapat tempat di hati kanak-kanak sama 17

ada hikayat-hikayat yang menggunakan watak haiwan yang pandai berkatakata mahupun kisah yang berkisar tentang realiti haiwan tersebut dan habitatnya

18

Strategi Pelaksanaan Bagi melaksanakan lakonan ini, guru telah menggunakan teknik drama kategori teater pembaca. Teknik yang melibatkan sekumpulan murid

menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang cerita akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut. Cerita yang dipilih ialah cerita binatang yang bertajuk Pengembaraan Sang Kancil. Haiwan dalam cerita ini berperwatakan manusia. Karakter

binatang dalam kategori ini bersifat seperti manusia dan mampu melakukan semua aktiviti manusia dalam kehidupan seharian. Haiwan dalam cerita ini juga boleh bertutur dalam bahasa manusia. Karakter haiwan dalam cerita jenis ini mampu berkata-kata dan berkomunikasi dalam bahasa manusia. Cerita ini juga dikategorikan sebagai epik binatang iaitu sejenis cerita binatang yang bermotif kebijaksanaan untuk memperdaya pihak lawannya. Contohnya, cerita ini berkisar tentang sang kancil yang memperdayakan serigala yang dengki. Antara watak haiwan yang digunakan dalam cerita ini ialah kancil, serigala, ular, burung, tupai, katak, kura-kura, arnab, monyet dan kerbau. Antara bahan yang digunakan untuk membuat bahan bantu belajar untuk cerita ini ialah kertas warna lembut, kertas warna, kad manila, warna air, surat khabar, dawai, kotak, gam, double tape dan pensel warna. Bahanbahan ini digunakan untuk membuat topeng dan prop untuk cerita tersebut. Setiap watak dalam cerita Pengembaraan Sang Kancil akan menggunakan topeng haiwan yang menggambarkan watak mereka. Topeng itu diperbuat menggunakan kertas lembut yang pelbagai warna. Di samping itu, pelatih juga telah menggunakan prop yang berlatarkan hutan rimba. Antara prop yang dibina ialah awan, matahari, pokok ,kolam, bunga, rama-rama dan gua. Prop yang dibina bukan sesuatu yang kaku. Murid-murid akan memainkan peranan untuk memegang watak setiap prop tersebut. 19

Selain menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik pelatih juga telah mengadaptasikan penggunaan bahan bantu belajar elektronik. Antara bahan bantu belajar elektronik yang digunakan ialah muzik latar dan slaid sebagai latar. Muzik yang dipilih sesuai dengan cerita yang berlatarkan belantara. Manakala slaid itu sebagai petunjuk untuk latar. Misalnya, untuk babak berlatarkan gua, slaid akan menunjukkan bahawa latar tersebut berhampiran atau di dalam gua. Di samping itu, pelatih juga membuat

rakaman suara yang seperti melakonkan cerita tersebut. Rakaman ini akan digunakan ketika melatih murid-murid ketika berlakon. Langkah pelaksanaan aktiviti ini ialah pertama guru memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan murid. Guru telah memilih cerita pengembaraan Sang Kancil. Guru akan meminta seorang murid menjadi pencerita manakala beberapa orang murid lain akan memegang watar sebagai kancil, serigala, ular, burung, tupai, katak, kura-kura, arnab, monyet dan kerbau. Selain itu, murid-murid juga diminta memegang watak sebagai prop awan, matahari, pokok ,kolam, bunga, rama-rama dan gua. Selepas pemilhan watak, pelakon akan memahami watak dengan membaca skrip sambil mendengar rakaman supaya mereka dapat mengikut dan menghayati watak dalam cerita berkenaan. Pencerita juga perlu membaca dengan baik dan menggunakan nada dan intonasi yang sesuai mengikut plot cerita. Pelakon dikehendaki

berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan diadakan. Guru membimbing para pelakon menjayakan lakonan dengan memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang sempurna. Pelakon harus melakonkan watak

mengikut skrip yang dihafal atau dibaca. Murid-murid yang menjadi watak prop akan menjalankan peranan masing-masing untuk menghidupkan latar cerita tersebut. Kesimpulan, teknik lakonan yang diserap dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk keperibadian kanak-kanak yang mulia dan bermoral serta dapat menghayati bidang sastera. Bidang lakonan kanak-

kanak juga berfungsi sebagai pemangkin atau motivasi. Hal ini berlaku kerana kanak-kanak dapat meneroka dan berusaha untuk berjaya. Melalui sastera kanak-kanak seseorang kanak-kanak itu mampu meningkatkan daya motivasi dan keyakinan dalam diri. Kanak-kanak akan berusaha untuk menjadi lebih 20

baik atau sama dengan kejayaan yang terdapat dalam cerita kanak-kanak itu. Contohnya cerita binatang seperti sang kancil yang memperlihatkan kepandaian sang kancil. Melalui dorongan cerita ini kanak-kanak itu akan berusaha untuk menjadi sebijak sang kancil dan lebih bijak lagi daripada sang kancil yang ada dalam cerita itu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sastera kanak-kanak itu mampu menjadi motivasi dalam diri seseorang kanak-kanak.

21