Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN CATUR ANTARA SEKOLAH 2013

(AKTIVITI 4 : JURNAL REFLEKTIF )


TARIKH : TEMPAT : MASA : ANJURAN : 02 MEI 2013 (SABTU) DEWAN MONSOPIAD SK PENAMPANG 7.00 PAGI 4.00 PETANG KELAB PERMAINAN CATUR SMSM

BADAN CERGAS, MINDA CERDAS

REFLEKSI PERTANDINGAN CATUR ANTARA SEKOLAH MENENGAH SAINT MICHAEL,PENAMPANG DENGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAHANG, PENAMPANG Pertandingan Catur di antara Sekolah Menengah St. Michael, Penampang (SMSM) dengan Sekolah Kebangsaan Bahang, Penampang (SMKB) telah diadakan pada pagi hari Sabtu, 02 April 2013 bertempat di Dewan Monsopiad, Sekolah Kebangsaan Penampang. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Kelab Catur SMSM yang bertujuan untuk melatih pelajar mencari pengalaman serta mendedahkan para pelajar dalam bidang permainan catur disamping untuk memenuhi takwim tahunan yang telah dirancang oleh persatuan tersebut.. Ini adalah satu-satunya program yang pertama persatuan catur ikuti dan turut menjayakannya sebagaimana yang dirancang. Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan program ini, saya dapati ada beberapa kelebihan yang memberi kesan positif samaada kepada warga guru mahu pun para pelajar yang turut serta membantu kami dalam menjayakan program ini. Antara kelebihannya ialah kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru dari kedua-dua sekolah. Persediaan awal seperti perancangan aktiviti dan jadual latihan yang dibincangkan dalam mesyuarat telah membantu melancarkan program pertandingan ini. Idea-idea yang diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari sudut keselamatan semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Kerjasama dalam bermesyuarat membantu kami yang dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan peralatan dengan lebih awal dan tidak membebankan dengan perkara-perkara yang remeh sehingga menyukarkan kami dalam menyempurnakan program yang dirancang. Kerjasama yang ditunjukkkan oleh guru-guru mejadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang seronok. Dengan itu, hubungan antara sesama guru menjadi semakin erat. Kesungguhan para peserta sebelum pertandingan ini berlangsung sangat memuaskan. Latihan yang diadakan pada setiap petang membantu para peserta agar lebih bersedia pada hari pertandingan berlangsung. Kesungguhan para peserta ini telah menaikkan semangat kami untuk menjadikan pasukan SMSM bergelar juara. Selain itu, aktiviti ini juga membantu kami untuk mengenalpasti kelemahan kami sepanjang menjalani aktiviti ini. Semasa latihan para peserta diajar cara bermain catur dengan betul mengikut pergerakan yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, segala tunjuk ajar yang diberikan memberi kesan positif

kepada para peserta tentang corak permainan yang dipertandingkan. Latihan yang diberikan amat bermakna buat para peserta semua. Dari segi peralatan dan kelengkapan pula, saya rasa ianya amat mencukupi dan saya sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Kemudahan yang ada memberi keselesaan kepada kami untuk menjalankan aktiviti dengan lebih lancar. Dari segi penyediaan makanan bagi saya ianya sangat memuaskan. Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan pengalaman adalah antara kelemahan kami untuk mengendalikan aktiviti pertandingan. Ada diantara kami yang langsung tiada pengalaman dalam permainan catur. Walaubagaimanapun atas usaha yang ditunjukkan segala kekurangan dapat kami atasi sebaik mungkin. Dari segi pengadilan, ada di antara para peserta yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. Salah faham antara para peserta menjadikan suasana pertandingan menjadi sedikit hambar kerana tidak menunjukkan sikap yang sepatutnya ditonjolkan oleh setiap peserta mahu pun penganjur. Namun begitu sebagai penganjur kami akur dengan setiap keputusan kerana kami memang tiada pengalaman dalam bidang pengadilan permainan catur disamping kurang pengetahuan dengan peraturan-peraturan permainan. Segala kelemahan dan kekurangan adalah dari kami sendiri yang sudah tentunya tiada pengetahuan dalam bidang ini. Sungguhpun begitu, sepanjang penglibatan para peserta dalam program pertama ini,ia cukup membantu pihak penganjur untuk mengendalikan sesuatu acara dan mengadilinya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Saya berharap acara sebeginikan berjalan dengan lebih lancar lagi dengan persediaan yang lebih mantap dan pengalaman yang cukup tentang sesuatu permainan. Segala kekurangan dan kelemahan yang ada akan dijadikan iktibar untuk masa hadapan. Pengalaman ini cukup bermakna untuk pihak penganjur gunakan pada masa akan datang.

Memandangkan aktiviti ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, pihak penganjur dan juga Persatuan Kelab Catur SMSM dan SMKB telah sepakat untuk mengekalkan aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti tahunan kelab catur sekolah masing-masing. Dengan adanya aktiviti sedemikan, ianya secara tidak langsung mendedahkan para pelajar terhadap permainan catur yang mana merupakan suatu permainan yang semakin diminati.

Di samping itu juga, setelah melihat sambutan yang amat memberangsangkan dari para pelajar dari kedua-dua sekolah, pihak penganjur dengan kerjasama sekolah-sekolah yang terdapat di sekitar ini, telah merancang untuk mengadakan pertandingan catur ke peringkat daerah dengan tujuan untuk mencari wakil daerah ke pertandingan catur peringkat bahagian. Malah pihak penganjur juga bercadang akan mengadakan pertandingan terbuka kepada pihak luar di samping mengutip dana untuk tabung sekolah. Secara keseluruhannya, sepanjang pertandingan catur ini berjalan dari sebelum ia dilaksanakan,semasa dan selepas ia dilaksanakan semuanya memberi manfaat dan kebaikan kepada diri saya sebagai penganjur, ajk pelaksana dan sebagai guru pensaihat kelab catur sekolah. Saya harap penganjuran yang serupa ini akan diadakan lagi pada masa hadapan. Sesuangguhnya aktiviti seperti ini menyediakan peluang menimba ilmu yang pelbagai bukan sahaja dalam pelajaran, tetapi juga dari aspek pengurusan.