Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN ASAS BELIA BERPERSATUAN

KAWASAN BUKIT BINTANG PADA 27, 28, & 29 MAC 2009

DI HOTEL SERI MALAYSIA, PORT DIKSON

Pendahuluan

Persatuan Belia kebelakangan ini tidak berupaya memainkan peranannya sebagai agen

pembangunan masyarakat setempat. Ianya sering berhadapan dengan masalah

kepimpinan, kepengikutan, sumber kewangan dan faktor-faktor lain. Ketiadaan minat

dalam kerja sukarela, kekurangan pelapis untuk memimpin di samping ketidak cekapan

mengurus organisasi adalah antara sebab utama kegagalan sesebuah organisasi. Terdapat

dimana sebanyak 2.8 juta yang berpesatuan, manakala sejumlah 7.7 juta belia yang tidak

berpesatuan. Justeru itu, ahli dari pemimpin persatuan perlu diberi latihan, pendedahan

serta bimbingan yang sewajarnya di dalam aspek-aspek kepimpinan dan pengurusan dari

masa ke masa.

HARI PERTAMA

JUMAAT 27 Mac 2009

Pendaftaran bermula jam 2.30 petang di kantin, Pejabat Belia dan Sukan, Kg. Pandan.

Peserta diminta mengisi borang untuk pendaftaran.

3.30 petang – Semua peserta bertolak menaiki bas dari Kompeks Belia dan Sukan Kg.

Pandan ke Hotel Seri Malaysia, Port Dickson.

1
5.30 petang – Semua peserta tiba di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson. Mereka diminta

untuk ”check in” hotel 1 bilik diperuntukkan untuk 4 orang. Tedapat 10 bilik kesemuanya

tidak termasuk bilik urusetia. Taklimat tentang kursus diberikan oleh jawatankuasa

bertugas (En. Farihan). Ahli jawatankuasa kursus diperkenalkan, objektif, dan peraturan

serta perjalanan kursus diperjelaskan kepada semua peserta.

6.30 petang – Para peserta dimaklumkan untuk solat, turun makan malam pada pukul 7,

dan aktiviti ’Ice Breaking’ akan dimulakan pada pukul 8.30malam. Para peserta beredar

ke bilik masing-masing

8.30 malam – Aktiviti ’Ice Breaking’ dimulakan. Tugasan pertama, peserta diarahkan

untuk melukis gambar diri masing-masing. Setelah selesai, gambar peserta ditukarkan

oleh fasilitator dan peserta mencari dan menemubual gambar tersebut. Peserta

memperkenalkan rakan baru mereka kepada semua audience lain. Setelah selesai

pembahagian kumpulan dibuat. Peserta di minta mengira secara nombor untuk

mengetahui jumlah peserta iaitu 39orang. Setelah itu peserta dibahagikan kepada 4

barisan. Peserta melakukan aktiviti bagi menunjukkan rasa percaya pada rakan baru

masing-masing. Peserta dibahagikan kumpulan mengikut barisan mereka.

Setiap kumpulan telah melantik seorang ketua. Mereka telah membentangkan hasil kerja

kumpulan dengan baik. Setiap kumpulan diberikan 2 keping kertas majung dan 2 batang

pen marker berbeza warna. Mereka diminta menulis nama kumpulan, logo, nama ahli

2
kumpulan, motto dan mencipta tepuk sorak. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk

membentangkan hasil kerja kumpulan dan kumpulan lain boleh menyoal kumpulan

tersebut. Aktiviti berjalan dengan harmoni dan menyeronokkan.

Akhir sesi, En. Samsul memberikan kesimpulan dan memuji penglibatan semua. Tujuan

aktiviti dijalankan untuk memberi peluang kepada semua peserta berfikir secara rasional

dan matang serta berupaya menjawab semua pertanyaan. Ini dapat melatih diri menjadi

pemimpin yang berani dan bijak menangani isu semasa.

Sesi berakhir jam 11.00 malam.

Peserta dibenarkan untuk minum malam yang disediakan.- Menu: pengat pisang.

HARI KEDUA

SABTU 28 MAC 2009

5.30 pagi – Peserta Muslim dikejutkan untuk membersih diri dan solat Subuh berjemaah

dan diimamkan oleh Ahmad Mahfuz Bin Mat Shum, manakala pelajar bukan Muslim

diminta bersedia untuk aktiviti seterusnya dan membersih diri.

7.00 pagi – Senaman pagi dikelolakan oleh En. Zul. Aktiviti senaman pagi dimulakan

dengan nyayian lagu negaraku dan bacaan rukunegara diikuti dengan aktiviti lompat

3
bintang hingga seragam, hantaran bekas air mineral mengikut arahan dan membayangkan

hantaran pinggan ke belakang. Aktiviti tersebut berjalan baik dan peserta nampak

gembira. Satu aktiviti yang menyihatkan dan menghiburkan. Peserta dinasihatkan untuk

sarapan pagi selepas itu. Menu pada pagi itu adalah nasi goreng, mee kari, bubur nasi dan

roti bakar.

8.30 pagi – Aktiviti seterusnya sesi ceramah bertajuk ”Memahami Mengenai Organisasi

Belia” disampaikan oleh Puan Nurul Azieh Abdullah. Beliau menerangkan dengan jelas

siapa yang di gelar belia, apa itu organisasi dan memberikan statistik data-data tentang

aktiviti belia berorganisasi @ berpesatuan hasil dari kajian Institut Penyelidikan

Pembangunan Belia Malaysia

10.30 pagi - Minum pagi. Kami dihidangkan kuih popia goreng dan kasui..

11.00 pagi - Sesi ceramah yang kedua di sampaikan oleh En. Faizal yang bertajuk

”Konsep Kepimpinan” di akhir ceramah kami diarahkan melakukan beberapa aktiviti:

1. Bagaimana hendak menyeberang sungai. Ada 6 orang, iaitu polis, mak, ayah, anak

perempuan, anak lelaki dan penjenayah. Mereka mesti menyeberang sungai

menggunakan 1 sampan yang hanya boleh dinaiki oleh dua orang sahaja. Dalam

satu-satu waktu, anak perempuan tak boleh bersama ayah, anak lelaki tidak boleh

bersama mak, anak perempuan tidak boleh bersama anak lelaki dan penjenayah

tidak boleh bersama orang awam. Peserta membincangkan strategi dan

4
penyelesaian dalam kumpulan dan mempersembahkannya kepada rakan-rakan

lain.

2. Salah seorang peserta diminta tampil dan memberikan arahan tentang bagaimana

hendak melukis sesuatu gambar. Gambar itu tidak dapat dilihat tetapi hanya

berdasarkan arahan dari peserta tersebut.

3. Kesemua kumpulan diminta duduk di ruang kecil di belakang. Setiap ketua

kumpulan diminta menyampaikan beberapa maklumat yang perlu ditulis oleh

anak buah masing-masing.

4. Ketua kumpulan diminta menghafal skrip dan menyampaikan maklumat tersebut

kepada anak buah seorang dan seterusnya sehingga orang terakhir menulis semula

mesej yang diterima.

Pengajaran dari aktiviti ini ialah, ahli kumpulan hendaklah memberi perhatian dan

peka dengan suara ketua, kita tidak boleh menokok tambah cerita atas mesej yang

disampaikan, dan kita haruslah memastikan semula tentang berita yang kita perolehi

benar atau tidak. Aktiviti terakhir sebelum makan tengah hari ialah setiap kumpulan

diberikan sekeping kertas, dan diminta menulis mengikut arahan yang diberi oleh

fasilitator iaitu sebelah kiri tulis nama kumpulan, di bawahnya tulis nama ketua

kumpulan, di sebelah kiri tulis tarikh dan nama penghulu, manakala di tengah-tengah

tulis dan senaraikan ’fungsi tong sampah’, ruang selebihnya tandatangan ahli kumpulan.

Setiap arahan yang betul diberi markah +5 jika salah pula ditolak -10. Aktiviti ini

dimenangi oleh kumpulan BMW, diikuti Foot Step, Generasi Gemilang dan MIX.

5
1.00 tengah hari – Semua peserta makan tengah hari dan menunaikan solat. Menu: Ayam

masak lemak, ikan talapia masak merah, tauhu lembut masak tauchu, sayur campur,

kerabu mangga dan sambal belacan.

2.30 petang – Sesi ceramah yang ketiga di sampaikan oleh En. Farihan tentang

”Pengucapan Awam”. En Farihan menceritakan tentang apa yang dimaksudkan dengan

pengucapan awam, jenis-jenisnya, teknik mengawal gugup, dan macam-macam lagi.

Setiap peserta diberi tugasan untuk penyampaikan pengucapan awam masing-masing

berkisar tentang belia dan diberi masa 4 hingga 6 minit seorang. Ceramah berakhir pada

jam 4.30 petang.

4.30 petang – Peserta dihidangkan dengan minum petang dan dibenarkan solat

seterusnya bersiap untuk aktiviti riadah di tepi pantai.

5.00 petang – Aktiviti riadah petang dimulakan dengan aktiviti membuat basrisan paling

panjang, para peserta bergegas mengatur barisan paling panjang, ada yang membuka

kasut, stokin, tali kasut dan berbaring di atas pasir, di akhirnya fasilitator memberi tahu

pemenang dikira berdasarkan secepat mana mereka bersedia seperti mula-mula

permainan dimulakan. Kumpulan kalah iaitu kumpulan BMW di kena kan denda

membaca ”sifir siput”. Aktiviti riadah diteruskan dengan permainan ”O som” perserta

mempunyai 3 pilihan iaitu hakim, harimau atau pemburu. Tindakan mereka mestilah

seragam. Permainan ini dimenangi oleh kumpulan MIX diikuti Generasi Gemilang, Foot

Step dan BMW. Sekali lagi kumpulan BMW didenda iaitu direndam dalam air laut.

6
Aktiviti diteruskan dengan permainan ”panjang pendek”, semua peserta diminta membuat

bulatan besar setiap orang hendaklah menyebut panjang atau pendek tetapi perbuatan

mereka berlawanan dengan apa yang disebut. Setelah tamat aktiviti, para peserta diberi

peluang untuk mandi pantai dan mandi kolam di hotel.

7.00 malam – Solat dan makan malam. Menu: daging masak merah, kerang rebus, ikan

masak tauchu dan ulam-ulaman.

9.00 malam – Para perserta mula memasuki dewan dan bersedia untuk menyampaikan

ucapan masing-masing. Tepat jam 9.30 lampu terpaksa dimatikan bagi menunjukan

sokongan terhadap Earth Hour. Masa yang ada di isi dengan membincangkan apakah

pengajaran yang didapati ketika aktiviti riadah petang tadi. Masing-masing menyatakan

menyatakan mereka seronok dengan aktiviti pada petang itu. Setelah 60minit berlalu,

lampu dihidupkan semula dan aktiviti pengucapan awam dimulakan dengan peserta lelaki

iaitu Ahmad Mahfuz, di ikuti dengan Tarmizi, Jamaliah dan peserta-peserta lain.

10.30 malam – Aktiviti dihentikan seketika untuk minum malam dan disambung semula

jam 11.00 malam.Walaubagaimanapun aktiviti tidak dapat dihabiskan kerana sudah lewat

malam. Peserta yang belum menyampaikan ucapan mereka diminta sambung pada esok

pagi. Aktiviti berakhir jam 12.00 malam. Sebelum aktiviti berakhir, fasilitator memberi

tugas supaya aktiviti majlis penutup diuruskan sendiri oleh para peserta. Peserta tidur di

bilik masing-masing.

7
HARI KETIGA

Ahad 29 Mac 2009

6.05 pagi – Solat Subuh.

7.30 pagi – Senaman pagi dikelolakan oleh En. Samsul. Aktiviti senaman pagi dimulakan

dengan nyayian lagu negaraku dan bacaan rukunegara diikuti dengan permainan ”anak

musang”. Seterusnya setiap lelaki di beri nilai 10sen dan perempuan 5sen. Mereka

diminta mengumpul ikut jumlah yang ditentukan oleh fasilitator. Aktiviti seterusnya

peserta diminta berada 4 orang dalam 1 kumpulan, buat satu bulatan, angkat tangan

kanan dan salam orang dihadapan, tangan kiri salam orang yang lain, jadikan satu bulatan

besar. Bagi menambah cabaran dan mengeratkan silaturrahim dalam aktiviti ini bilangan

peserta ditingkatkan kepada 6 dan 8 orang 1 kumpulan. Hasilnya ada kumpulan yang

dengan mudah sahaja dapat menyelesaikan aktivti, ada juga kumpulan yang tidak berjaya

langsung selain itu terdapat juga kumpulan yang terpisah kepada 2 bulatan. Pengajaran

yang didapati daripada aktiviti ini ialah, kita tidak boleh terlalu memilih kawan, perlunya

seorang ketua untuk memimpin apa-apa aktiviti dan orang bawahan secara umumnya

atau anak buah secara khususnya haruslah mengikut arahan ketua. Aktiviti terakhir

sebelum peserta menikmati sarapan, setiap kumpulan diminta berbaris di tepi kolam, dan

beratur dalam kumpulan mengikut umur dan tarikh lahir, tinggi, berat dan kekacakan.

Aktiviti ini menanamkan sikap redha dan bersyukur dengan diri masing-masing secara

tidak langsung meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara ahli kumpulan.

8
8.00 pagi – Sarapan pagi menu nasi lemak dan kuehtiew goreng. Peserta dibenarkan

balik bilik seketika untuk mengemas barang untuk ’check-out’.

9.00 pagi – Aktiviti pengucapan awam disambung.

10.30 pagi – Minum pagi. Menu: kuih cucur udang dan kuih seri muka.

11.00 pagi – Majlis penutup. Para peserta mengambil tempat masing-masing. Ketibaan

Jawatankuasa pengelola disambut dengan persembahan silat landai dari pelajar-pelajar

sebahagian peserta. Sedikit ucapan dari penghulu, penyelaras program, Pn. Nurul dan

ulasan keseluruhan program oleh En. Samsul. Penyampaian sijil dan hadiah kepada

pemenang telah disempurnakan oleh Pn. Nurul Azieh Abdullah, Pembantu Belia dan

Sukan kawasan Bukit Bintang.

Keputusan keseluruhan adalah seperti berikut :

Bil KATEGORI PEMENANG


1 Kumpulan paling gemilang Generasi Gemilang
2 Kumpulan paling cemerlang BMW
3 Kumpulan paling muhibbah MIX
4 Kumpulan Harapan Foot Step

1.00 tengah hari – Makan tengah hari. Menu: Ikan bakar beserta sos asam, lala masak

lemak, dan ayam masak kicap. Solat dan bersedia untuk pulang ke Kompleks Belia dan

Sukan Kg. Pandan. Sesi Fotografi sambil menunggu bas tiba.

9
Penutup

Kursus Kepimpinan Asas Belia Berpesatuan berjalan dengan lancar. Banyak ilmu yang

dapat ditimba melalui pelbagai aktiviti sepanjang kursus ini. Kerjasama yang baik antara

semua pihak juga melicinkan dan memudahkan semua program dilaksanakan. Cara

penyampaian ilmu atau sesuatu pengetahuan dalam bentuk ”bermain sambil belajar”

menimbulkan rasa seronok pada semua peserta. Program ini telah mencapai objektif

utamanya iaitu meningkatkan pengetahuan tentang konsep kepimpinan, asas komunikasi

dan kesukarelaan dalam persatuan belia. Ia juga berjaya menanamkan kesedaran,

keyakinan serta rasa tanggungjawab dikalangan belia. Alhamdulillah....

Terima kasih.

Dilaporkan oleh, Tarikh : 30 MAC 2009

…………………………….
(NORA FARHANA BT. ABDUL HALIM)
Penghuluwati,
Kursus Kepimpinan Asas Belia Berpesatuan Kawasan Bukit Bintang 2009.

10

Anda mungkin juga menyukai