Anda di halaman 1dari 6

OPERASI Produk dan Perkhidmatan

Kepentingan Produk dan Perkhidmatanmerekacipta, menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai jenis produk kacang putih bagi memudahkan, memenuhi, dan demi kepuasan pelanggan.

Operasi Proses Pengeluaran


CTS Kacang Puteh Enterprise menggunakan teknologi terkini seperti mesin-mesin untuk memastikan penghasilan terbaik dalam persembahan dan rasa produk yang unggul dan unik kerana syarikat ini percaya bahawa penampilan dan kualiti produk yang menarik dapat menarik ramai pelanggan untuk terus setia membeli produk keluaran mereka.

Perjalanan Operasi
Bahan Mentah
Pada peringkat ini, pihak perusahaan akan mendapatkan sumber bahan mentah daripada pembekal-pembekal yang dipercayai dan boleh menyediakan bahan mentah yang dikehendaki dalam masa yang telah ditetapkan.

Proses Adunan Tepung


Untuk menghasilkan produk seperti maruku, tepung akan diadun menggunakan rempah ratus yang berkualiti menggunakan mesin.

Acuan Tepung
Tepung yang siap diadun akan diletakkan didalam acuan tepung bertujuan untuk mendapatkan bentuk yang sama.

Proses Pembersihan Bahan Mentah


Setelah mendapatkan bahan mentah yang secukupnya, para pekerja CTS Kacang Putih Enterprise akan memulakan proses pembersihan bahan mentah seperti ubi dengan membuang kulit.

Proses Memotong Menjadi Kepingan


Siap dibersihkan, bahan-bahan mentah tersebut akan diletakkan di dalam mesin untuk dipotong menjadi kepingan-kepingan halus dan kecil

Proses Pengeringan
Proses pengeringan ini bertujuan untuk mengekalkan kualiti dan ketahanan produk.

Proses Penggorengan
Apabila produk tersebut telah dikeringkan dengan sempurna, proses penggorengan menggunakan mesin pun diteruskan.

Proses Pembungkusan
Semua produk yang telah siap dihasilkan akan melalui proses pembungkusan dimana proses tersebut dilakukan oleh pekerja-pekerja syarikat CTS Kacang Puteh Enterprise menggunakan mesin dan dibungkus dalam kuantiti yang berbeza-beza mengikut berat.

Waktu Operasi
Waktu beroperasi Berikut menunjukkan waktu perniagaan CTS Kacang Puteh Enterprise yang beroperasi sepanjang minggu: Isnin hingga Ahad - 8.00 pagi hingga 10.00 malam (merangkumi segala aspek pengurusan operasi, kewangan, pemasaran dan pentadbiran.)